RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 5 Julai 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel? Bab 13 & 14

  
BAB 13

Malam itu Dania cuba untuk menghubungi Ariel berkaitan berita yang memaparkan wajah mereka semalam. Berulangkali didial namun masih tetap masuk ke voice mail. Dania mendengus lantas dilemparkan handphone itu ke katil. Dia tidak keruan. Ke hulu ke hilir dia melangkah. Namun fikiran dia masih belum tenang.
“Dania… Cepat! Mari tengok berita ni!!” jerit ibunya dari ruang tamu. 
Dania segera keluar dari bilik. Kedudukan ruang tamu hanya di hadapan biliknya sahaja. Rumah teres single storey kepunyaan ibunya itu walaupun kecil namun cukup selesa untuk mereka anak–beranak berteduh Setelah kematian ayahnya. Itulah sahaja harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah untuk mereka anak-beranak.
“Ada apa, bu?” tanya dia setelah kakinya menjejaki ruang tamu.
“Tengok, tu!” ujar ibunya lantas menunjuk ke arah televisyen. 
Dania bergerak menghampiri televisyen. Arziril sedang ditemuramah oleh para wartawan berkaitan kontroversi dalam surat khabar Harian Metro hari ini.
“Terus-terang saya katakan, itu bukan saya!” jelas Arziril tenang. Dia masih lagi tersenyum menjawab.
“Tapi video klip ini dah menunjukkan bahawa itu adalah anda! Peminat takkan salah nampak, Arziril!” sangkal salah seorang wartawan.
‘Aduh! Dah orang cakap bukan tu bukan, la!’, bentak Dania dalam hati. Matanya masih lagi tertancap ke wajah Arziril.
“Saya tak nak komen apa-apa. Cuma saya boleh cakap itu bukan saya! Kemungkinan pelanduk dua serupa! Saya langsung tidak mengenali gadis itu!” jawab Arziril Ryan lagi.
“Jadi benarlah lelaki itu bukan awak? Boleh awak buktikan?”
Arziril tersenyum sinis. 
“Kamu semua sudah  maklum bahawa saya bakal mengadakan konsert tidak lama lagi. Tentulah pada masa ini saya agak sibuk dengan latihan saya. Masa yang terhad tidak mengizinkan saya untuk keluar dating dengan mana-mana perempuan? Lagipun, dalam dunia ni ada tujuh manusia berwajah seiras… tak mustahil sekiranya peminat menjumpai lelaki yang seiras saya!” jawapan yang agak logik diberikan oleh Arziril. 
Dania tersenyum bangga. Dia bersetuju dengan jawapan yang Arziril berikan. Memang dalam dunia ni ada tujuh orang berwajah seiras. So tak mustahil kalau wajah Ariel ada sedikit iras wajah Arziril. Itupun sebab Ariel seperti baru lepas makeover. Cuba kalau dia menunjukkan muka aslinya, confirm tak sama!
“Jadi, awak masih single?”
“Ya! Saya masih lagi single! Any question?” Berita mengakhiri temuramah itu apabila Arziril memberi pengakuan. 
Dania mengeluh.
Puan Faizah memandang anak sulungnya itu. Dia faham gadis itu betul-betul tertekan dengan berita tersebut. Walaupun dia tahu siapa Ariel yang sebenarnya, namun dia tak boleh memecahkan rahsia ini. Masih dia ingat ketika Ariel membuat keputusan untuk tinggal berasingan. Saat itu Ariel berterus-terang bahawa dia adalah Arziril Ryan. Nak percaya atau tidak itulah kenyataannya. 

Walaupun Ariel sudah menjadi terkenal, namun dia tetap Ariel yang dulu. Seorang lelaki yang jujur dan baik hati. Ariel tidak pernah melupakan pengorbanan Puan Faizah membesarkan dia sejak kematian kedua ibu bapanya. Setiap bulan Ariel akan menghulurkan wang belanja untuk kegunaan mereka sekeluarga. Kalau tak kerana Ariel, tentu dia sukar untuk membesarkan anak-anaknya lebih-lebih lagi setelah kematian suami tercinta. 
‘Takpelah, Dania… satu hari nanti ibu yakin kau akan tahu juga siapa Ariel yang sebenarnya’, bisik Puan Faizah di dalam hati.
*****
Ariel menutup televisyen. Dia mengeluh. Rahsianya hampir-hampir terbongkar. Masih panjang lagi masa depannya. Malam ini sengaja dia menutup handphonenya. Dia tak mahu diganggu walaupun dia tahu Dania tentu akan menghubunginya. Dia tidak mahu hal peribadinya diambil tahu. Dan dia juga belum bersedia untuk memberitahu Dania. Kalaulah gadis itu sedar siapa dia sebenarnya, kiranya Dania bukan menerima dia sebagai Ariel tetapi sebagai Arziril. Dia tak mahu gadis itu hipokrit menyayanginya. Kalau boleh, biarlah Dania benar-benar menyayangi Ariel, seorang lelaki yang lurus bendul dan tidak punya apa-apa dari menyayangi Arziril yang popular, kaya dan sempurna segalanya. Dia adalah dia dan Arziril hanyalah watak sampingan untuk mengaburi mata Dania.
Hmm… aku perlu matikan watak Ariel untuk seketika sehingga perkara ni kembali reda, bisik Ariel dalam hati. Dia mencapai bingkai gambar di atas meja lampunya. Diperhatikan segenap wajah milik gadis yang begitu dia cintai. Dia sendiri tidak sangka bagaimana dia boleh menyintai Dania. Sejak kecil lagi gadis itu tidak pernah sebulu dengannya. Cemburu Dania kerana dia diberi perhatian lebih dari kedua ibu bapa gadis itu membataskan perhubungan mereka. Apa yang cuba dilakukan olehnya untuk baik dengan Dania tidak memberi apa-apa kesan pun.
Tiba-tiba dia teringat ada satu hari yang membuatkan dia mula menyenangi Dania. Di saat dia menangisi pemergian kedua orang tuanya, Dania pernah menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna pink untuknya mengelap air mata dari terus jatuh membasahi pipi. Dania pernah menjaganya sewaktu dia pengsan kerana migrain datang suatu ketika dulu. Bila dia serabut, Dania yang banyak memberi teguran walaupun dengan nada yang kasar. Namun dia tetap bahagia. Dania tidak menyukainya tetapi gadis itu banyak mengambil berat tentang dirinya secara tidak disedari oleh gadis itu sendiri. 

Mungkin akibat ambil berat yang sering Dania lakukan padanya membuatkan dia senang dengan Dania.
Sejak kemalangan itu, Dania semakin membencinya. Sehinggalah ke hari ini, Dania seperti tidak sudi menerimanya kembali. Keputusan dia untuk keluar dari rumah  itu selepas tamat SPM memberi tamparan hebat kepada Makcik Faizah. Namun, satu kemenangan kepada Dania apabila dia menghantar Ariel dengan senyuman yang cukup sinis.
Namun Ariel tidak pernah sedikit pun menyimpan dendam ataupun berkecil hati dengan sikap Dania terhadapnya. Gadis itu walaupun macam tu, Dania tetap seorang gadis yang mulia hatinya. Kalau tak mulia, masakan Dania sanggup menjaganya dulu. Dania takkan sudi memberikan sehelai sapu tangan sewaktu dia sedang bersedih. Dania menyayanginya cuma dia tidak sedar. Ariel akui saat itu.
Ariel tersenyum sendiri. Diusap lembut bingkai gambar itu sebelum bibirnya mengucup lembut. Dia rindukan Dania. Dia rindukan Makcik Faizah, Danny dan Daniel. Namun dia perlu bertahan. Buat masa ini dia perlu menjauhkan diri demi kebaikan semua orang. Sampai satu hari nanti dia akan kembali semula menjadi Ariel di mata masyarakat. Bukan lagi Arziril Ryan yang sering menjadi igauan gadis-gadis Metropolitan.
*****

BAB 14
Sudah hampir tiga minggu Dania tidak berjumpa dengan Ariel. Kalau dulu, walaupun mereka jarang melepak bersama, kadang-kadang dia jumpa juga dengan Ariel. Tetapi sekarang, jangankan berjumpa… call dia pun tak dapat. Dania mengeluh. Dia rasa macam timbul perasaan rindu dengan Ariel. Yelah, dulu semasa lelaki itu ada di depan mata… dia benci tapi bila dah lama tidak bersua muka, baru la dia tahu bahawa Ariel itu la pelengkap hidupnya. Dia dan Ariel membesar bersama. Suka duka mereka tempuhi bersama namun baru kini dia menyedari Ariel penting dalam hidupnya.
“Dania!” jerit Lily. 
Dania memandang rakan baiknya itu.
“Hmm… ada apa?” tanya dia dengan nada tidak bermaya. 
Lily menarik kerusi lantas duduk di hadapan gadis itu.
“Tengok la, ni!!!” Lily melambai-lambaikan sekeping kertas kepada Dania. “Yasmin dah belikan tiket untuk aku. Tiket VIP, seh! Bahagian depan sekali!!” kata dia bangga. 
Dania menjeling. Itu pun nak tunjuk ke?, bisik Dania dalam hati. 
Semalam, Dania tekad untuk tidak jadi mengikuti Yasmin dan Lily menyaksikan konsert Arziril. Tiba-tiba dia rasa dia perlukan duit itu untuk membeli buku rujukan. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya. Wanita itu telah banyak berkorban demi dia dan adik-adiknya. Bila difikirkan, apalah sangat konsert Arziril kalau nak dibandingkan kesusahan yang dialami mereka sekeluarga. Dia bukan anak orang berada seperti Yasmin dan Lily. Minta aje, for sure diorang boleh dapat.
“Kau betul-betul tekad  ke tak nak pergi?” tanya Lily. 
Dania mengeluh. Tangannya yang dari tadi sibuk menulis berhenti tiba-tiba.
“Kalau aku tak tekad, aku dah suruh si Yasmin tu belikan untuk aku!” ujar Dania selamba.
“Alaa… tak best la kalau kau tak pergi. Bukan senang nak join konsert macam ni. Kau kan peminat fanatik Arziril Ryan. Takkan kau nak lepaskan peluang ni.” bebel Lily lagi memujuknya.
“Habis, kau nak aku buat apa? Kau nak sponsor aku ke tiket konsert tu?” tanya Dania meminta penjelasan. 
Lily hanya tersengih menayangkan giginya.
“Kalau aku ada duit, aku akan support kau. Tapi… tiket mahal la, Dania. Aku ni pun pinjam sikit duit dari Yasmin,” luah Lily. 
Dania menjeling lantas menyambung semula penulisannya yang tergendala tadi.
“Kau lambat lagi ke kat library, ni?” tanya Lily kembali setelah lama mereka berdiam diri.
“Kenapa?” Dania masih sibuk menyiapkan thesis-nya.
“Ingat nak ajak kau pergi makan… laparlah!” jawab Lily lantas menggosok perutnya yang kelaparan. 
Dania mengeluh.
“Yasmin mana?” Mata Dania melilau-lilau mencari kelibat Yasmin. Dari tadi dia tak nampak batang hidung gadis itu.
“Yasmin dah balik. Katanya ada hal!” jawab Lily mematikan persoalannya. 
Dania mengangguk. 
“Jomlah, Dania!!” ajak Lily berharap.
“Yelah… yelah! Tapi bagi aku siapkan ayat terakhir aku  ni, dulu!” Dania bersetuju. Nak tak nak dia kena juga temankan minah buntal, ni. Kalau bab makan, memang dia nombor satu. 
Lily tersengih kerang. Berjaya jugak dia memujuk sahabat baiknya itu.
“Ni yang buat aku sayang sangat dengan kau, ni!” gurau Lily lantas mencuit hidung Dania. 
Dania mencebik. Geli betul dia mendengar.
*****
‘Ariel, kau kat mana? Aku cari kau kat rumah, kau takde. Aku call, kenapa tak angkat?’
Dania menekan butang send. Masuk kali ini dah lima kali mesej dia hantar namun langsung tiada balasan. Bila dia call, lelaki itu seolah-olah tak mahu melayan panggilannya. Adakah Ariel sudah jauh hati? Tapi hari itu dia ok je. Entah-entah pasal berita hari tu, tak? Dania mengeluh.
Sampai sahaja dia di hadapan rumah, Dania membuka pagar. Tiba-tiba…
“Akak! Ni ada surat untuk akak!” jerit Danny, adiknya yang kedua berlari keluar. Walaupun Danny sudah berumur 16 tahun, namun perangainya seperti budak berumur 13 tahun. Dia sendiri pun tak tahu apa masalah budak ini. Lurus bendulnya sama seperti Ariel. Daniel pula walaupun baru berumur 12 tahun, namun dia nampak lebih matang  malah lebih bijak dari Danny. Terbalik pulak rasanya. Danny menghulurkan surat itu kepada Dania.
“Surat apa ni, dik?” tanya Dania lembut. Dicapai surat itu lantas mengoyakkan sampulnya. Kertas di dalam sampul itu dikeluarkan sedikit namun masih tidak diketahui kertas apakah yang dipegangnya itu.
“Entah?” jawab Danny lantas berlari masuk ke dalam rumah. 
Dania segera mengekori jejak langkah Danny. Sampai sahaja di ruang tamu, Dania meletakkan begnya di atas sofa. Surat di tangan dibaca. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isi di dalam surat itu.
“Tiket konsert Arziril!!?” Dania menutup mulutnya. Dia terkejut. 
Terdapat 4 keping tiket semuanya. Dah la tu, tiket VIP lagi. Dania betul-betul tak menyangka. Siapakah yang baik hati menghadiahkan tiket ini kepadanya? Nak kata dia menang kuiz Era FM takde la pulak, kan? Dia tak pernah telefon atau  memasuki apa-apa kuiz dari mana-mana pun sebelum ini.
“Surat apa, Dania?” tanya ibunya tiba-tiba. 
Dania menunjukkan tiket itu kepada ibunya.
“Tak tahu siapa yang bagi tiket konsert Arziril Ryan ni, bu? Baik sungguh orang tu!” ujar Dania semasa ibunya sibuk membelek tiket tersebut. 
Kemudian ibunya tersenyum. Dania mengerut dahi. “Kenapa ibu senyum?” tanya dia tidak memahami.
“Jangan-jangan ada secret admirer Dania yang bagi, kot?” gurau ibunya. 
Dania menggeleng tidak percaya.
“Tak mungkin la, bu! Dania mana ada secret admirer… lagipun tiket ni tiket VIP, tau! Kos untuk 4 keping ni lebih kurang seribu lebih harganya! Baiknya orang itu habiskan seribu ringgit duitnya hanya untuk Dania. Mesti silap rumah, ni!” sangkal Dania.
“La, kenapa pulak? Manalah tahu ada anak Dato’ yang minat kat anak ibu yang comel ni, ke? Apalah sangat kalau setakat seribu ringgit dia habiskan untuk Dania? Tu menunjukkan orang itu ikhlas!” tambah ibunya lagi mengusik. 
Dania rasa nak tergelak bila diusik oleh ibunya sebegitu. Mengarut betul ibu ni! Orang gila je yang buat macam  tu untuk dia.Siapalah yang nak dekat perempuan yang panas baran macam  dia ni? Dah la panas baran, kasar pulak tu. Memang malang la nasib lelaki tu kalau suka dekat dia. Dia membelek lagi surat tersebut. Kosong! Kiranya orang itu hanya menghantarkan tiket ini kepadanya tanpa apa-apa mesej? Siapa dia? Dania pening memikirkannya.
“Berapa banyak dia kasi?” tanya Puan Faizah sekadar ingin tahu. Dia tahu siapakah empunya gerangan yang baik hati tu yang menghantar tiket kepada Dania. Confirm la si Ariel. Dia yakin Ariel memang sukakan Dania. Kalau tak, takde la lelaki itu berkorban selama ni. Dania sangat beruntung. Tapi sayang, dia masih belum sedar kebaikan yang Ariel dah buat untuknya selama ini. Bukan belum sedar malah tak nak menyedarkan diri. Hatinya selama ini hanya dipenuhi dengan dendam dan benci. Macam mana nak terbit rasa sayang dalam hati tu. Puan Faizah betul-betul berdoa agar satu hari nanti Dania akan sedar siapa yang dia sayang sebenarnya.
“Ada empat tiket, bu! Cukuplah untuk kita anak-beranak..” jawab Dania.
“Alhamdulillah, dapatlah kita pergi tengok nanti kan?” 
Dania sekadar mengangguk. Namun kepalanya berputar ligat memikirkan siapakah empunya badan yang sudi menghadiahkan tiket konsert itu kepadanya. Takkan la Arziril Ryan kot? Haha.. lagilah nonsense! Kenal pun tidak, macammana mamat tu nak kasik hadiah ni pada dia. Adeh, bila terlampau banyak berfikir membuatkan kepalanya pening. Anggap ajelah rezeki Allah jatuh dari langit. Dia antara hamba Allah yang teristimewa yang dapat hadiah yang cukup berharga tu. Ni kalau tunjuk dekat Yasmin dan Lily ni confirm dorang jealous. Dorang tiket kena bayar, dia dapat free jek! What a miracle…

1 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

Best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...