RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 24 Jun 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel? Bab 11 & 12


BAB 11
Dania cuba mendial nombor Ariel sejak dari tadi tapi tiada jawapan. ‘Hish! Mana pula si Ariel, ni!!?, getus hati Dania. Sekali lagi dia mendail nombor namun masih belum berjawab.

‘Tidur apa!!’. Danis mendengus. Dia mesti pergi ke rumah sewa Ariel petang ini.

*****

 “Arielll…!!!!” jerit Dania dari luar pagar. Namun rumah itu seolah-olah kosong dan tidak berpenghuni. Dania mengeluh. “Mana dia, ni? Panggil tak jawab, call tak angkat!” rungut Dania kecewa. Tiba-tiba handphonennya berbunyi. Dania melihat ke skrin. Ariel!!

“Helo, Ariel! Kau kat mana!!? Aku call kau kenapa tak jawab????” marah Dania bertalu-talu. Kedengaran suara Ariel bercakap di corong telefonnya.

“Aku kat depan rumah kau sekarang, ni! Kau kat mana? Aku nak jumpa. Ada hal..” balas Ariel lesu. Seperti tidak bermaya je. Membuatkan Dania semakin dilanda kerisauan.

“Kenapa aku call kau tak angkat tadi?” tanya Dania kembali. Kali ni suaranya agak mendatar. Sudah hilang rasa nak marahnya tadi.

“Handphone aku ada masalah..” jawab Ariel selamba. Bukan ada masalah pun. Dia tak dengar bunyi handphone tadi.

“Kau kat mana sekarang?” soal Dania lagi.

“Kan aku cakap tadi aku dekat rumah kau..” balas Ariel pula.

Dania mengeluh.

“Kau tunggu situ. Aku datang. Aku dekat rumah kau ni…” balas Dania.

“Eh, aku nak gerak dah. Kalau kau nak jumpa aku.. kat SOGO boleh?” pinta Ariel memberi cadangan.

“Ok jumpa kat sana”. Belum sempat Ariel membalas, segera dia menamatkan perbualan mereka. Dania segera berlari meninggalkan rumah sewa Ariel. Dia perlu ke tempat yang dijanjikan.

*****

Dania melihat jam di tangan. Sudah pukul 5 petang namun batang hidung Ariel langsung tak nampak. Tadi janji nak jumpa dekat SOGO. Ni dah dekat 15 minit tunggu, bisik hatinya. Tiba-tiba…

“Dania!!” Dania segera mengalihkan perhatiannya ke arah Ariel yang sedang berlari mendapatkannya. “Sorry… sorry… aku ada hal, tadi!” jawab dia memberi alasan.

“Kau ke mana?” tanya Dania bengang.

“Err… aku ke… aku ke…” Ariel cuba mencari alasan agar Dania tidak menyangkal lebih-lebih. “Aku ke kedai buku tadi.” tipu dia.

Sebenarnya ketika Dania call, dia sedang sibuk menjalankan ‘photo shoot’ untuk cover majalah URTV bersama pelakon terkenal, Syarifah Amani. Dia memang tidak sedar bunyi handphonenya. Ketika dia ingin membuat panggilan, ada 20 misscalled semuanya dari Dania dan dua nombor yang tak dikenali. Dania melihat wajah Ariel nampak berbeza dari sebelumnya. Kalau dilihat lebih terperinci wajah itu seakan-akan…

“Arziril?” tiba-tiba nama itu terlepas dari mulutnya.

Ariel terkejut. Lantas dia pura-pura tak faham.

“Apa kau cakap Dania? Aku tak faham…”

“Err… kenapa muka kau nampak lain? Kau baru lepas makeover, ke?” tanya Dania lantas tangannya segera menyentuh wajah Ariel.

Ariel terkedu, segera dia beralih dari perhatian Dania.

“Err… mana ada. Aku macam biasa, je!” jawab Ariel menggelabah. Kenapa la dia boleh lupa nak ubah  ke wajah asalnya? Dia belum bersedia untuk memberitahu Dania siapa dia.

Dania memerhatikan penampilan Ariel.

‘Kenapa dia seakan-akan seperti Arziril Ryan? Ah! Mustahil! Fikiran aku je, tu!’, Dania menggelengkan kepala menyangkal.

“Aku ada benda nak tanya kau, ni!” ujar Dania.

“Apa dia?” tanya Ariel risau. Mintak-mintak bukan pasal Arziril.

“Err… kau kat…” belum pun Dania habis bertanya tiba-tiba…

“Eh, Arziril!!” jerit seorang gadis memandang Ariel.

Semua orang yang lalu-lalang segera mengalihkan perhatian ke arah Dania dan Ariel. Ariel gugup. Gadis itu dan kawan-kawannya mendekati mereka.

“Awak Arziril, kan?” tanya gadis itu.

Ariel mengetap bibir. Dania terpinga-pinga.

 “Eh, bukan! Awak salah orang…” jelas Ariel menafikan.

“Ye, penampilan awak betul-betul macam Arziril. Wajah awak pun sama!!” beria-ia gadis itu mengiyakan. Orang semakin ramai berkumpul. Suasana semakin kecoh.

 Dania semakin rimas. Hanya satu cara sahaja.

“Eh, Siti Nurhaliza!” ujar Dania sambil menunjukkan jarinya ke arah bertentangan. Semua orang menoleh. Tertipu dengan kata-kata Dania. Apa lagi… Dania menarik tangan Ariel untuk berlari meninggalkan tempat itu. Cabut! Orang ramai yang berkumpul tadi tersedar dan mula mengejar mereka. Mungkin mereka peminat fanatik Arziril Ryan.

Dania dan Ariel lari dengan penuh semangat. Orang ramai masih lagi mengejar. Menyusahkan betul diorang ni!, desis hati Dania. Tangannya masih lagi kuat menggenggam tangan Ariel. Sampai sahaja di depan Bangunan Mara, mereka menyembunyikan diri di bawah tangga. Orang ramai yang mengejar mencari-cari kelibat mereka.

“Mungkin mereka dah lari ke sana, kot?” beritahu salah seorang dari peminat Arziril. Semua orang mengikut dia mengejar bayang… hahaha… Keadaan kembali tenang semula. Dania menghela nafas. Dadanya turun naik. Sudah lama dia tidak berlari seperti ini. Dania memandang Ariel. Lelaki itu menundukkan wajahnya. Dia pun kelihatan nampak penat.

“Ariel!” sapa Dania.

Ariel mengangkat muka. Mukanya merah.

“Kau, ok?” tanya Dania mengerut dahi.

Ariel mengangguk.

Dania merasakan ada sesuatu yang pelik. Dia memandang ke bawah. Terkejut dia apabila melihat tangannya menggenggam kemas tangan Ariel. Lantas dia melepaskannya dengan spontan. Dia mengalihkan pandangan. Mukanya pula kembali merah menahan malu.

‘Mak aih, camne boleh terpegang tangan dia ni?’ rungut Dania dalam hati.

 “Errr… aku rasa dah ok, kot? Jom la kita balik!” ajak dia lantas segera keluar dari bawah tangga.

Ariel hanya mengikut sahaja tanpa kata apa-apa.

Mereka berdiri.

“Nanti dulu!” Dania memandang Ariel. Dia segera mengacau-bilaukan rambut Ariel yang kelihatan  kemas tadi. “Tak nak ada orang salah faham!” jawab dia apabila Ariel mengerut dahi.

Ariel tersenyum dan mengangguk. Mereka berjalan pulang bersama.

Dalam perjalanan, Dania masih mengerling ke arah Ariel. Hatinya tidak berpuas hati dengan penampilan Ariel kali ni. Apakah?

*****

Sampai sahaja di hadapan rumah Dania…

“Ermm… thanks hantar aku pulang” ucap Dania.

“It’s ok! Lagipun aku dah lama tak hantar kau pulang, kan?” ujar Ariel. Dania tersenyum. Mereka saling berpandangan. “Takpelah! Aku pulang dulu… thanks sebab tolong selamatkan aku tadi!” Ariel mematikan pandangan antara mereka. Kalau lebih-lebih karang, takut Dania tersedar.

“Alaa… dorang tu salah orang la! Tiba-tiba nak kejar kita buat apa, kan?” balas Dania bersungguh-sungguh. Walaupun hatinya terdetik dan merasa pelik namun dicuba untuk tidak berprasangka buruk terhadap Ariel.

“Betul… betul…!! Err… aku balik dulu… Babai…” Ariel meminta diri. Dia berjalan berundur. Masih malu-malu dengan Dania. Tiba-tiba dia terlanggar batu besar. Dia tergelincir dan terjatuh. Dania ketawa.

“Ariel, Ariel… kau ni masih lagi macam dulu la! Gopoh!!” tegur Dania sambil ketawa. Ariel tersengih. Dia bahagia tengok Dania ketawa. Lama sangat dia tidak melihat gadis itu ketawa. Ariel angguk cover lantas berlari meninggalkannya. Dania menggelengkan kepala. Kemudian dia segera bergerak ke pintu pagar. Tiba-tiba dia berhenti… macam ada sesuatu yang dia terlupa.

Dania menepuk dahi… dia terlupa tujuan asalnya berjumpa dengan Ariel! Hish! Semuanya pasal salah faham  tadi! Takpelah.. esok hari kan ada? Dia akan cari Ariel di kampus esok.


BAB 12

Dania betul-betul terkejut apabila mendengar berita mengatakan yang Ariel telah bercuti belajar dari mulut Miss Laila. Memang dia betul-betul tidak menyangka. Lelaki itu langsung tidak berjumpa dengannya apatah lagi memberitahu mengenai masalahnya kepada Dania.
Walaupun kadang-kadang dia jelik dengan perangai Ariel namun dia masih menganggap Ariel sebagai teman baik dan saudaranya sendiri. Mereka membesar bersama. Sama-sama susah sama-sama senang. Tetapi kenapa Ariel buat begitu? Hmm…
“Mesti kau gembira kan, Dania? Sebab budak lurus bendul tu betul-betul dah jauhkan diri dari kau. Kira doa kau tu dah termakbul la!” kata Yasmin ketika mereka mencari bahan di perpustakaan.
“Yelah! Selama ni kau berharap sangat budak lurus bendul tu hilang dari hidup kau!” Lily pula menambah.
Dania hanya diam. Memang dari dulu lagi, itu yang dia mahu tapi kenapa dia rasa serba salah? Kenapa dia rasa macam serba kekurangan? Dia masih tidak puas hati lagi sekiranya dia tidak mengetahui apa masalah Ariel yang sebenarnya sehinggakan lelaki itu tekad untuk berhenti belajar. Mereka hanya tinggal tiga semester sahaja lagi sebelum tamat master selama dua tahun. Sayangnya…
“Lupakan aje la cerita pasal budak, tu! Ni, ha… duit kau dah cukup ke nak beli tiket konsert Arziril?” tanya Yasmin kepada Dania.
“Min… aku pinjam duit kau dulu, kan?” sampuk Lily.
“Yelah! Kan aku dah beritahu hari tu…” jawab Yasmin.
Lily tersengih. Dia menadah tangan bersyukur.
“Hah! Macam mana kau, Dania? Dah cukup ke duit tabung kau?” tanya Yasmin sekali lagi apabila soalan pertamanya tidak berjawab.
Dania tunduk.
“Belum la. Masih tinggal RM100 lagi,” jawab Dania sayu. Dia mengeluh. Sudah hampir dua minggu dia menyimpan namun masih belum cukup. Yasmin dan Lily saling berpandangan.
“Kau pinjam duit aku dulu la, macam mana?” Yasmin memberi idea.
Dania tahu Yasmin anak orang berada. Walaupun dia anak orang berada namun Yasmin seorang kawan yang baik. Sepanjang dia mengenali gadis ini, dia tidak pernah lokek dalam membantu kawan-kawannya terutama sekali soal duit.
“Takpelah! Aku tak suka berhutang! Nanti aku  try la tanya ibu aku macammana…” ujar Dania mengeluh. Dia tak tahu apa reaksi ibunya sekiranya dia meminta sedikit wang hanya untuk kegunaan peribadinya. Takkan dia nak susahkan ibu pula? Orang tua itu dah banyak berkorban membesarkan dia dan adik-adik yang lain. Hmm…
“Wah! Dania… kau dah popular, sekarang!! Tak sangka!!” tiba-tiba seseorang menyapa mereka. Dania, Yasmin dan Lily saling berpandangan.
“Popular? Apa maksud  kau, Yazid?” tanya Dania tidak memahami kepada lelaki dikenali sebagai Yazid itu.
“Yelah… popular pasal apa?” sampuk Yasmin. Yazid dan kawan-kawannya tersengih.
“Ni, muka kau masuk surat khabar Harian Metro! Main page lagi, beb! Gila ah!” kata Yazid sambil menunjukkan surat khabar Harian Metro yang dipegangnya kepada mereka.
“Bak sini kitorang tengok!!” balas Lily lantas merampas surat khabar Harian Metro tersebut dari tangan Yazid. Mereka bertiga menatap akhbar itu betul-betul. Sah! Memang muka Dania dan…
“Arziril!!?” Lily dan Yasmin berkata serentak. Mereka berdua memandang Dania.
Dania mengerut dahi.
“What?” Dania pura-pura tak faham.
“Kau jumpa Arziril semalam?” tanya Lily. Yasmin pula terkebil-kebil tidak percaya.
“Bukan Arziril, la! Orang surat khabar ni salah faham!” jelas Dania sambil menunjal-nunjal gambar tersebut. Cuba menjelaskan perkara sebenar.
“Habis? Kalau bukan Arziril, siapa lelaki ni!? Dah terpampang tulisan besar ‘ARZIRIL RYAN RAHSIAKAN HUBUNGAN’. Dan gambar perempuan ni, gambar kau! Siap berkejar-kejaran bersama dia lagi! So, siapa nak jawab, tu?” Yasmin pula menyampuk tidak puas hati.
“Itu Ariel la… bukan Arziril!” kata Dania mengeluh. Bebola matanya naik ke atas. Malas nak layan persoalan diorang. Kalau cerita panjang-panjang karang jadi isu besar pulak.
“Ariel!!?” Yasmin, Lily, Yazid dan kawan-kawannya terkejut. Mereka tidak percaya.
“Aku tak percaya!” balas Yasmin.
“Betul! Aku pun!!” sampuk Lily pula.
“Wes… Ariel tu budak bendul! Budak loser macam dia tu… mana boleh jadi Arziril” ejek Yazid kasar. Dia dan kawan-kawannya ketawa. Dania memandang tajam ke arahnya. Rasa sakit hati pula bila Ariel diperkotak-katikkan.
“Mulut kau ni memang takde insurans kan, Yazid? Ariel tak pernah cari pasal dengan kau, kenapa kau nak cari pasal pulak dengan dia?” tegur Dania. Suaranya agak tegas tapi masih lagi rendah nadanya.
Yazid tersenyum sinis.
“Hai, marah nampak? Ooopss… lupa pula.Kau kan aweks budak loser, tu! So sama-sama loser la! Hahahahah!” sekali lagi mereka ketawakan Dania. Dania mengetap bibir. Geram betul bila dirinya dikatakan sebagai seorang yang loser. Matanya masih memandang tajam ke arah Yazid dan kawan-kawannya. Suasana diam seketika. Lily dan Yasmin cuba menenangkannya.
“Dah la, Dania. Jangan dilayankan sangat diorang ni..” Yasmin menyabarkannya.
“Kau diam, Yasmin!” bentak Dania membuatkan Yasmin tercengang.
Dania mengangkat jari telunjuknya ke arah Yazid sebagai amaran.
“Sekali lagi kau sebut perkataan loser, aku lempang muka kau!” cabar Dania.
Yazid dan kawan-kawannya kecut.
“E’eleh… rilekslah! Takkan gurau sikit pun nak marah?”balas Yazid takut-takut. “Dah la jom kita blah! Kang singa betina ni mengamuk naya, je!”
Yazid segera meninggalkan mereka. Diekori oleh teman-temannya selepas itu. Masing-masing takut dengan perubahan emosi Dania yang sudah seperti singa betina.
“Kau panggil aku apa!? Kalau kau anak jantan, datang sini lawan la! Tengok siapa yang loser sekarang!” Dania melantangkan suaranya. Hilang sudah sifat keperempuanannya.
Yazid dan kawan-kawannya langsung tidak menghiraukan pertanyaannya. Mereka semakin menjauhi mereka bertiga. Lily menarik Dania supaya duduk.
“Dah la tu, Dania!” marah Lily. Dania menghela nafas dan terus duduk. Rasa amarahnya masih belum hilang. Lily dan Yasmin betul-betul terkejut. Tidak pernah Dania marah sampai macam tu sekali. Dania menyapu mukanya berulangkali. Dia perlu tenang.
“Kau ok, ke?” tanya Yasmin risau.
Dania mengangguk.
“Astaghfirullahalazim…” ucap dia menarik nafas.
Yasmin dan Lily menyuruhnya bertenang.
“Kenapa kau marah sangat bila diorang ejek Ariel macam tu?” tanya Yasmin apabila melihat marah Dania kembali reda.
“Yelah… sebelum ni kau biasa, je.” kata Lily bersetuju.
Dania diam. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh marah sampai begitu sekali. Dania memandang mereka berdua.
“Itu Ariel sebenarnya. Samada korang nak percaya atau tidak, terpulanglah!” ujar Dania membetulkan keadaan.
Yasmin dan Lily masing-masing mengerut dahi. Mereka tidak tahu samada nak percaya atau tidak kerana bukti telah terserlah.
Dania mengangkat begnya lalu bergerak keluar dari kelas.
“Eh, Dania.. Sabarlah!” jerit Yasmin dan Lily.
Namun sahutan mereka langsung tidak diendahkan oleh Dania. Semedang gadis itu bergerak meninggalkan kelas yang sudah tamat masa pembelajarannya. Yasmin dan Lily mengejarnya. Mereka langsung tak faham. Apa yang telah berlaku semalam? Adakah itu Ariel? Tetapi kenapa wajahnya persis Arziril Ryan? Sangat mengujakan..

4 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

Best....

Cik Waniey berkata...

tenkiu2 ^^

baby mio berkata...

best.

Cik Waniey berkata...

tenkiu baby mio! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...