RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 21 Jun 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 9 & 10

BAB 9
Dania memecahkan tabung simpanannya. Satu persatu duit syiling dan duit kertas yang bertaburan di atas katil dikira. Sepuluh sen… dua puluh… seratus… seratus lima puluh. Dania mengeluh. Masih tak cukup lagi untuk genapkan ke tiga ratus. Mana nak cari lagi, ni?, getus hati Dania. Dia memang teringin sangat nak menyaksikan konsert live Arziril Ryan nanti. Dulu, dia tak berkesempatan untuk pergi kerana mempunyai masalah kewangan. Kehidupan bersama ibu dan dua orang adiknya yang masih kecil memang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Dulu semasa arwah ayahnya ada, mereka hidup dengan gembira. Tetapi sekarang, ibunya sahaja yang bekerja. Gajinya sebagai kerani biasa tidaklah seberapa. Tetapi ibunya tidak pernah merintih mengenai soal duit. Dania memasukkan kembali duit simpanannya ke dalam  tabung. Lantas dia keluar dari bilik.
Dia duduk di ruang tamu. Dua orang adiknya sibuk bermain di luar rumah. Mujurlah hari ini kelas batal, jadi boleh la dia melepakkan diri sahaja di rumah. Nak keluar, duit tak cukup. Dia kena berjimat sekiranya ingin ke konsert artis pujaannya itu. Ibunya pula dari pagi tadi dah ke tempat kerja. Dania baring di atas sofa sambil menonton televisyen. Tiba-tiba dia terasa mengantuk… semakin lama semakin berat mata untuk dikawal dan… Kroooh..krooh..zzzzz… Akhirnya dia tertidur dan sempat pula dia berdengkur. Memang buruk perangai…
*****
“Dania…” Arziril Ryan melambaikan tangan ke arah Dania… Dania tersenyum lebar lantas berlari ke arah Arziril Ryan, lelaki pujaannya.
“Arziril!” jerit dia. Dengan gaya manja dia berlari. Matanya bersinar-sinar penuh harapan. Tak sabar-sabar nak peluk jejaka itu. Belum pun sempat nak peluk, kakinya tersadung dan jatuh menyembah bumi. Spoil betul! Dania cepat-cepat bangun. Rambutnya dilepaskan dan dibiarkan mengerbang ditiup angin petang. Konon nak cover apa yang dah berlaku tadi. Poyo ok!
Arziril mendekatinya lantas memegang kedua-dua tangannya. Mata mereka bertaut. Wah! Macam cerita Romeo and Juliet pula. “Saya cintakan awak!” ucap Arziril dengan penuh gentlemen. Dania ternganga. Rasa terharu apabila akhirnya Arziril memilih dia dari dua orang lagi rakannya, Mimi dan Yasmin.
“Saya juga!!” balas dia excited. Wajah mereka semakin dekat… bibir mereka semakin hampir… Wah! Adegan bercium bakal berlaku sebentar lagi. Romantiknyaa… Matanya dipejamkan. Konon nak ambil feel… Semakin lama semakin dekat dannnn…
“Dania!!!!” Dania berhenti dan spontan matanya terbuka. Siapa pula yang mengacau ni? Dia menoleh… kelihatan Mimi dan Yasmin memandang ke arahnya dengan muka bengkek. Masing-masing membawa parang dan kapak untuk berperang…
“Seraaaaaaaannnggggg…..” jerit Yasmin dan Mimi sambil menghayunkan kapak dan parang ke langit. Dania ternganga… Ah! Sudaahh… Dia tak nak mati lagi… Tolooooonggg…
*****
Dania terjatuh dari sofa. Dia tersedar… Ceh! Mimpi rupanya… Kedengaran lagu ‘Nsync’’ memecah kesunyian. Hish! Siapa pula yang call aku tengahari buta, ni?, dengus Dania lantas mengambil handphone di sisinya.
“Haluuu…” sapa dia.
“Dania!!” Jeng… jeng… jeng… Dania terpaku… “Oii, Dania…aku la Yasmin!!” ujar Yasmin dengan suara yang lantang. Sepuluh batu boleh dengar suaranya dari corong handphone.
“Kau ni cakap perlahan boleh, tak? Menggelegak taik telinga aku dengar kau jerit! Silap-silap hari bulan aku pula yang pekak!” marah Dania bengang.
“Ooppss… sorry. Hehehe… Aku nak bagitau kau, ni… Konsert Arziril akan berlangsung pertengahan bulan depan. Dah keluar dekat NTV7 sekarang ni. Pergi la tengok iklan dia!” kata Yasmin excited.
“Yek? Sat aku buka!” Dania mencapai remote control lantas ditukar ke channel 7. Kelihatan Arziril Ryan menari dengan penuh professional di atas pentas. Wajahnya yang berpeluh betul-betul memikat hati dan perasaannya. Ni mesti adegan konsert sebelumnya. Time ni Arziril masih muda. Handsomenyaaa. Arziril melambaikan  tangan  ke arah peminat lantas menyambung kembali tariannya yang memukau setiap pandangan.
“Serius… Handsome kan! Terror giler dia menari!!!” kata Yasmin disebalik corong handphonenya. Dania tidak membalas. Dia leka dengan tarian Arziril. Teringat sewaktu dia di sekolah dulu. Kalau la dia tidak ditimpa kemalangan dulu, mesti dia dah jadi penari sekarang. Mana la tahu, boleh jadi backup dancer Arziril ke? Tapi tu la. Semuanya dah pun berlaku, dia tak boleh lasak seperti dulu lagi. Semuanya salah Ariel! Eh, bukan… salah dia sendiri!! Kalau tak kerana dia asyik membebel dan mengganggu perhatian Ariel menunggang dulu, tentu semuanya takkan berlaku. Ya! Salah dia…!!
“Dania…!” panggil Yasmin. Dania tersedar dari lamunan.
“Ya?” balas Dania. Matanya masih tertancap di kaca televisyen.
“Keluar yok petang, ni?” ajak Yasmin. Dania mengeluh.
“Sorry la, beb! Aku takde duit la. Duit yang ada sekarang ni, aku nak simpan untuk beli tiket konsert Arziril tu nanti” jelas Dania sayu.
“Yek? Erm… takpelah! Kalau macam tu aku pun malas nak keluar. Nak simpan duit gak!” ujar Yasmin bergurau. Dania ketawa. Yoyo oo jek kawan aku ni. Diakan anak orang kaya, minta je dengan mak bapak confirm boleh dapat. Tak seperti dia. Memanjang je tak berduit. Yelah, dia bukannya orang senang. Anak yatim pulak tu.
“Ok, la! Jumpa kat kelas esok! Tata…” kata-kata Yasmin membuatkan Dania tersedar dari lamunannya.
“Ok… Thanks inform aku! Apa-apa hal nanti roger la ye? Tata..” balas Dania lantas ditekan punat merah. Dia kembali melihat iklan yang mengambil masa sepuluh minit itu. Alangkah bestnya kalau Arziril jadi pakwe aku… Oh! Indahnya dunia!! Dania kembali dengan angannya tak sudahnya.
            Sedang dia asyik menonton, tiba-tiba dia teringatkan Ariel. Hem dimanakah budak lurus tu ye? Lama benar dia tak jumpa dengan Ariel. Ariel pun dah lama tak melawat mereka sekeluarga. Busy sangat ke dia? Takkan kerja part time pun sampai takde masa nak jenguk mereka? Haish.. kenapa dia tiba-tiba teringatkan si Ariel tu? Dulu bila mamat tu selalu datang, dia sambut dengan muka tegang tapi sekarang ni bila mamat tu membisu.. dia pulak yang mula rindu. Eh? Berpantun pulak aku. Apa kes!?
            Dania menggelengkan kepalanya. Tidak faham soal hati sendiri. Rindukah dia sebenarnya? Dania tersenyum sendirian.
 
BAB 10
Ariel mendekati Dania ketika gadis itu sedang leka mencari bahan bagi menyiapkan assignment yang diberi oleh Miss Laila.
“Dania… rajin kau, ye?” puji Ariel.
Dania mencebik.
            “Thanks for your compliment. Sorry la aku takde duit nak belanja kau!” perli Dania. Dia begitu khusyuk mencatit point-point penting dalam kertas. Ariel hanya tersengih. Lama benar dia tidak lepak bersama Dania. Maklumlah, dia agak busy dengan latihan tarian dan vokalnya. Dia memandang sahaja Dania.
“Takpelah. Aku puji ikhlas tu. Dari hati aku untuk kau.” kata Ariel sambil menepuk-nepuk dadanya.
Dania mengangkat kening. Eee… tolong la budak lurus bendul, ni. Tak kuasa aku nak melayan!
“Eh, kau ni takde kerja ke? Thesis yang Miss Laila bagi tu dah siap!?” tanya Dania.
Ariel menggaru kepala.
“Aku tak tahu  nak ambil tajuk apa, la. Otak tengah blur, ni? Kau buat tajuk apa?” Ariel memanjangkan sedikit lehernya untuk melihat apa yang ditulis oleh Dania. Dania mengangkat kepalanya dan segera menutup kertas yang ditulisnya. Dahinya berkerut.
“Jangan kacaulah! Menyibuk aje!” bentak Dania lalu mencapai buku rujukan yang lain untuk dirujuk. Dia perlu dapatkan banyak bahan sebelum pulang. Selebihnya akan disiapkan sahaja di rumah. Maklumlah… rumahnya takde internet. Jadi bahan dan segala kemudahan dalam perpustakaan ni perlu digunakan sebaik-baiknya.
Ariel memuncungkan mulutnya. Dia merasa bosan. Malas betul nak mencari bahan untuk thesis-nya itu. Mata Ariel tertancap ke arah diari Dania di atas meja. Mula la datang idea nakalnya. Dia cuba mencapai diari tersebut tetapi sempat disedari oleh Dania. Gadis itu segera melarikan diari tersebut dari dicapai oleh Ariel.
“Ariel!! Sekali lagi kau kacau aku, aku jerit!!!” marah Dania dan spontan bangun dari tempat duduknya. Tangannya ditunjuk ke arah Ariel sebagai tanda amaran. Semua mata-mata yang berada di dalam perpustakaan itu memandang ke arahnya.
“Tak payah. Kau dah jerit pun. Hehehe…” ejek Ariel. Dia ketawa nakal.
Dania memandang sekeliling. Kemudian dia tersengih malu. Dia kembali duduk. Nasib baik dia masih ada rasa malu, kalau tak dah lama si Ariel ni ditendang keluar. Matanya memandang tajam  ke arah Ariel yang tak henti-henti mengetawakannya. Dia mendengus.
“Ala Dania… lama aku tak kacau kau, kan? Rindu la…” tambah Ariel lagi.
“Ariel… Aku takde masa la nak layan rindu-rindu kau tu, tau! Banyak lagi kerja lain yang boleh aku buat dari layan kau!” bentak Dania lantas bangun dan mengemas buku-buku di atas mejanya.
“Eh, dah habis ke kerja kau?” tanya dia kehairanan. Dania diam. Mukanya masam. Ariel tahu gadis itu marahkan dia. “Ok sori…sori… aku cuma nak hiburkan hati kau, je!” jelas Ariel menggelabah.
“Hiburkan  hati aku ke, hiburkan hati kau!?” perli Dania. Dia memasukkan diari dan alat tulis ke dalam begnya. Buku-buku rujukan yang digunakan dijinjing untuk dibawa pulang. Kakinya melangkah ke kaunter pinjaman. Ariel mengikut jejak langkah Dania.
Selesai membuat pinjaman, Dania segera keluar dari perpustakaan. Ariel cuba mengejar dan memujuknya namun Dania buat selamba dek je. Dia dah malas nak melayan kerenah Ariel yang agak kebudak-budakkan dan tak matang itu. Umur dah 25 tahun kot? Ariel berhenti di hadapan Dania untuk menghalang gadis itu dari meneruskan langkahnya. Dania mendengus.
“Ka.. kalau kau jalan lagi, a.. aku… aku peluk kau!” cabar Ariel takut-takut.
Dania berhenti. Dia memandang tajam ke arah Ariel. Sakit betul hati dia.
“Kenapa kau marah sangat dengan aku, Dania?” tanya Ariel sayu.
Sumpah! Tiada niat di hati untuk membuatkan gadis ini marah. Niatnya cuma ingin mendapat sedikit perhatian dari Dania. Tidakkah gadis itu rindukan dia sejak hampir dua bulan mereka tidak duduk melepak bersama? Demi Allah, dia rindukan gadis itu setiap saat. Acapkali dia menari, menyanyi dan apa sahaja yang dilakukan, gadis ini yang sering bermain di fikiran. Dia sayangkan gadis ini sejak dari kecil lagi. Kenapa Dania tidak pernah menyedarinya?
Dania memeluk erat buku  rujukannya. Budak ni dah gila agaknya!, marah dia dalam hati. Dania malas nak membalas. Kakinya segera memulakan langkah kembali. Ariel ditolak ke tepi.
Ariel terpinga-pinga.
“Dania, kau nak ke mana!!?” jerit Ariel.
Gadis itu buat tak layan dengan jeritan Ariel.
“Dania, aku sa….” Langkah Dania semakin laju meninggalkan Ariel jauh ke belakang. Aku sayangkan, kau!, jerit Ariel dalam hati. Dia mengeluh dan kecewa. Dania semakin jauh dengannya.
Dania turun dengan wajah  mencuka. Dalam hatinya menyumpah lelaki itu. Entah bila dia boleh melarikan diri dari Ariel? Dia rimas dengan perangai Ariel yang bodoh-bodoh alang itu. Kalau la Ariel tu Arziril, seorang yang gentlemen dan romantik… kan bagus! Tapi dia tidak sedar, Arziril itu la Ariel sebenarnya.
*****
Arziril Ryan merehatkan dirinya setelah penat berlatih tarian dengan backup dancer yang lain. Dia mengelamun sebentar mengenai kejadian semalam. Kenapa Dania begitu emosional semalam? Adakah gadis itu betul-betul bencikan dia?
“Zi!!” sapa Marzuki dengan suara yang agak lantang. Arziril tersedar. Dia memandang Marzuki dengan muka blur. “Aku panggil nama kau banyak kali kau tak dengar, berangan je kerja kau! Kenapa? Bergaduh dengan awek, ke?” perli Marzuki. Arziril mengeluh.
“Apehal kau panggil aku?” tanya dia tanpa menjawab pertanyaan si Marzuki. Marzuki menghulurkan buku nota kecil ke arah Ariel.
“Jadual kau untuk beberapa hari ni. Petang ni kau kena berlatih vocal dengan Cikgu Adnan. Esok pula ada press conference kat Hotel Swiss. Semuanya untuk preparation pasal konsert kau tu nanti.” jelas Marzuki panjang lebar.
Arziril membaca setiap jadual yang telah dirancang untuknya. Dia mengeluh. Dia rasa penat sejak dua menjak ini. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia berhenti dari belajar dan tumpu perhatian sepenuhnya dengan kariernya sebagai artis. Kalau nak diikutkan situasi sekarang, dia mampu untuk mengumpul wang yang banyak. Dalam bank pun dah beratus-ratus ribu malah meningkat ke jutaan ringgit duitnya. Itu semua hasil titik peluhnya selama sembilan tahun bergelar anak seni ini.
“Ki, apa pendapat kau kalau aku berhenti belajar?” tanya Arziril meminta pandangan. Marzuki tersenyum ke arahnya.
“Zi, pelajaran tu penting. Kalau takde pelajaran, susah hidup kau di kemudian hari. Jadi artis popular ni tak lama. Ada jatuh dan bangun. Kenapa tiba-tiba kau fikir macam tu?” tanya Marzuki hairan.
Arziril mengeluh.
“Aku penatlah, Ki. Terkejar sana terkejar sini. Dua-dua aku nak capai dalam masa yang sama. Aku rasa aku nak hold master aku dulu la. Lagipun aku dah ada degree. Itu dah cukup untuk masa depan aku kot? Sekarang ni aku nak fokus kepada kerjaya aku dulu. Masa nama aku tengah naik ni, better aku concentrate dengan karier aku. Nanti bila dah kurang sikit show, baru aku akan fikirkan balik pasal master aku ni” jelas Ariel lantas melunjurkan kakinya yang lenguh. Dia membuat senaman untuk mengurangkan lenguh di kaki.
Marzuki mengangguk.
“Up to you la, Zi. Kalau itu yang kau rasa baik dan tidak membebankan kau, kau teruskan la niat kau  itu. Aku support kau dari belakang aje,” ujar Marzuki menepuk bahunya.
Arziril mengangguk. Dia tekad.
*****
“Betul kamu  nak cuti belajar, Ariel?” tanyaProfesor Dr.Madya Manisah, dekan Fakulti Kejuruteraan tersebut sewaktu Ariel menghulurkan ‘surat cuti belajar’ kepadanya. Matanya tajam  memandang Ariel.
Ariel mengangguk berkali-kali. Dia agak gelabah apabila pertama kali berdepan dengan dekan yang dikatakan agak garang dan bengis oleh senior mereka sebelum ini.
“Kenapa? Boleh bagi saya reason yang munasabah,” tanya Profesor Dr. Madya Manisah sekali lagi.
Ariel gugup.
“Err… saya… saya nak kerja, Prof!” jawab Ariel. Rasanya jawapan itu dah cukup munasabah, kot?
Kening Profesor Dr. Madya Manisah terangkat. Jawapan yang agak tidak memberangsangkan.
“Kenapa? Kamu ada masalah kewangan, ke?” Profesor Dr. Madya Manisah sekali lagi tidak puas hati. Dia memandang Ariel yang kelihatan gugup menjawab.
“Err… ye!” tipu Ariel. Bukan itu masalahnya, dia sebenarnya dah tak larat nak hipokrit. Dia nak berhenti seketika untuk belajar. Dia penat ke hulu ke hilir. Lagipun minat dia sekarang bukan ke arah  itu dah. Dia bertahan di UiTM ni pun hanya semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Dania. Tetapi gadis itu kini semakin jauh dengannya. So, apa gunanya berada lama di tempat ini kalau gadis itu sudah tidak sukakannya lagi.
“Kalau kamu ada masalah kewangan, kami boleh bantu. Saya lihat result kamu sebelum ini agak cemerlang. Sayang kalau kamu bercuti sekarang. Kamu masih ada tiga semester lagi untuk habiskan.Saya tak yakin kalau kamu dah mula bercuti, kamu akan sambung balik dalam situasi kamu yang macam ni. Kalau kamu mahu, saya boleh bantu kamu untuk dapatkan scholarship, Ariel” jelas Profesor Dr. Madya Manisah.
Ariel tersenyum.
“Takpelah, Prof. Saya dah  tekad. Saya kena tangguhkan dulu master saya buat masa ni. Prof jangan risau, bila saya ada duit dan masa.. saya akan sambung semula pelajaran saya. Saya tahu pelajaran ni yang menjamin masa depan saya sebenarnya. Saya takkan sia-siakan.” jawab Ariel bersungguh-sungguh. Profesor Dr. Madya Manisah mengeluh.
“Baiklah. Kalau dah itu keputusan kamu, saya tak boleh nak paksa. Kamu ada harapan untuk pergi jauh, Ariel. Tetapi mungkin ini adalah keputusan kamu yang terakhir. Pihak kami tak boleh nak cakap apa. Just wanna say, ‘good luck’ for your future undertaking” jelas Profesor Dr. Madya Manisah tersenyum.
Ariel mengangguk.
“Terima kasih, Prof.” ucap Ariel sebelum dia bangun dari dudukannya.
Profesor Dr. Madya Manisah hanya mengangguk.
Ariel keluar dari bilik dekan. Dia menghela nafas.
‘Ceh! Mati-mati aku ingat Profesor Dr. Madya Manisah  ni garang. Takde la garang sangat. Baik, je! Rupa-rupanya senior sebelum ni sengaja nak takut-takutkan kitorang, hmmm…’ ngomel Ariel dalam hati. Dia berjalan keluar dari pejabat dan  menuju ke lobi. Ketika itu dia tidak menyedari kelibat Lily yang memerhatikannya sejak dia keluar dari bilik dekan. Lily hairan lantas segera berpatah balik ke cafe untuk bertemu dengan Dania dan Yasmin. Niatnya untuk ke tandas terbantut.
*****
Lily berlari mendapatkan Dania dan Yasmin yang sibuk berbual.
“Dania! Dania!” jerit Lily dengan nafas tercungap-cungap. Dania dan Yasmin terkejut.
“Kau kenapa, Lily? Macam kena kejar hantu, je?” perli Dania.
Yasmin mengangguk.
“Betul… betul… Hantu jerangkung mana yang minat kat kau, ni?” kali ni Yasmin pula nak buat lawak.
 Lily menarik nafas dahulu sebelum memulakan perbicaraan. Dia betul-betul penat. Seolah-olah baru lepas berlari 1000 meter. Sedangkan jarak antara CafĂ© dengan ofis hanya 50 meter sahaja.
“Air… air…” pinta Lily.
“Nah, minum air ni, dulu! Hish! Macam-macam hal la kau, ni!” Dania menghulurkan airnya kepada Lily. Lily mengambil lantas diteguknya rakus.
“Tu… la… suruh exercise, tak mahu! Badan tu dah macam anak gajah, dah!” ejek Yasmin pula.
“Tak kisah, la apa korang nak cakap! Anak gajah ke, anak dinosor, ke… aku tak peduli! Ni ada benda penting yang aku nak bagitau korang berdua especially kau Dania!” ujar Lily lantas menarik kerusi duduk. Dania terkejut.
“Aku? Apa sangkut-pautnya dengan aku?” tanya Dania tidak memahami apa yang dikatakan oleh Lily.
“Tadi… tadi masa aku on the way nak pergi toilet, aku nampak Ariel…” Lily memulakan ceritanya setelah penatnya beransur hilang.
“So?” tanya Dania dan Yasmin serentak. Masing-masing tersenyum.
“Aku nampak dia keluar dari bilik dekan tadi. Aku rasa dia ada buat kesalahan disiplin, kot?” teka Lily. Dania dan Yasmin terkejut apabila mendengar berita itu dari Lily.
“Ish! Takkan, kot?” ujar Yasmin tidak percaya.
“Yelah, Ariel tu sikit punya baik selama aku kenal dia. Jarang aku nampak dia buat benda-benda yang dilarang dalam kampus ni. Dia tu kan lurus bendul!” bantah Dania tegas.  Ariel yang dia kenal tidak pernah buat jahat. Lelaki itu sebaik-baik manusia.
“Betul…aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia keluar dari bilik dekan tadi. Jarang tau kalau pelajar kolej ni masuk bilik dekan except kalau dia ada buat kesalahan!” kata Lily meneguhkan alasannya.
“Tak semestinya, tentu ada kerja penting yang dia kena settlekan dengan dekan? Mana tahu?” ujar Dania sekadar memujuk hati. Sekilas dia risau jugak kalau-kalau betul Ariel ada buat kesalahan tanpa dia sedari.
“Ariel tu siapa beb nak buat kerja-kerja penting dengan dekan. Dia bukannya Majlis Perwakilan Pelajar. Dia tu student biasa je kot?” balas Lily lagi. Dia begitu yakin yang Ariel ada buat kesalahan disiplin. Sebab itu dipanggil ke bilik dekan tadi.
Dania terdiam. Yasmin setujukan aje kata-kata Lily walaupun dia masih tidak percaya. Dania mengeluh. Dia perlu tanya Ariel. Mungkin lelaki itu dalam susah sekarang. Ariel tidak punya sesiapa dalam dunia ini. Kecuali dia dan familynya. Walaupun selurus mana Ariel itu, dia tetap kawan baiknya sejak kecil. Ariel tinggal bersamanya sejak kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan, 15 tahun yang lalu. Namun setelah mereka habis SPM, Ariel tekad untuk tinggal berasingan dengan mereka dan hidup sendiri di luar. Walaupun pada mulanya ibunya membantah tapi akhirnya ibunya terpaksa melepaskan Ariel. Atas alasan apa, tidak diketahui sehingga sekarang.
“Kau macam mana, Dania? Kau nak jumpa Ariel ke tanya pasal ni? Kau baik dengan dia. Aku rasa kau patut selami masalah dia. Dia tu anak yatim piatu. Takde sesiapa kat dunia ni” pujuk Yasmin.
Dania hanya mengangguk setuju. Walaupun dia amat bencikan Ariel namun ada masanya dia turut simpati dengan nasib lelaki itu.

3 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

best...

Cik Waniey berkata...

tenkiu ^^

NurAtiZa berkata...

Best.... #^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...