RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 13 Jun 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 8


Arziril keluar dari teksi apabila sampai ke destinasi yang dituju. Setelah membayar tambang, dia memandang ke bangunan Akademi Seni Tarian di Jalan Ampang. Dia membuka cermin matanya dan disimpan di dalam beg. Kakinya melangkah masuk ke dalam.
“Selamat petang, Encik Arziril!” tegur pak guard yang sedang menjalankan tugas ketika Ariel menghampiri pondok keselamatan.
“Selamat petang, Pak Mat” balas Ariel sambil tersenyum lebar.
“Lambat encik training menari hari ni?” tanya pak guard yang bernama Pak Mat itu meramahkan diri.
“Ada kelas tadi, Pak Mat. Maklumlah… glamor… glamor jugak… Tapi belajar tu kena ambil berat,” seloroh Arziril sambil menyandarkan dirinya ke dinding pondok tersebut. Dia menghela nafas. Penat rasanya berkejar ke situ ke sini setiap hari. Namun apa boleh buat. Demi impiannya buat Dania, dia kena teruskan.
“Betul… Pakcik bangga dengan kamu ni. Jarang artis remaja sekarang ni yang ambil berat soal pelajaran mereka. Semuanya sanggup tak nak sambung belajar sebab nak kejar populariti. Hidup dalam dunia hiburan ni tak kemana sebenarnya,” nasihat Pak Mat lagi.
“Ya betul tu Pak Mat. Saya setuju sangat! Eh, takpelah, Pak Mat. Saya masuk dulu la. Nanti mengamuk pula si Encik Ki, tu!” kata Ariel lantas segera bersalam dengan lelaki itu.
“Ha… pergi la! Karang mengamuk susah pulak!” balas Pak Mat pula lalu membalas salaman lelaki muda di hadapannya itu. Dia begitu memuja lelaki muda itu. Arziril, walaupun dia terkenal dan memiliki peminat tersendiri namun dia tidak pernah sombong atau bongkak. Orangnya pula sentiasa cool dan bersahaja. Tidak pernah sekalipun dia memandang rendah pada pak guard-pak guard mahupun cleaner-cleaner di sini yang bergaji rendah. Semua dilayan sama rata. Kalaulah dia ada anak perempuan yang masih belum berkahwin, sudah lama dirisik lelaki itu cepat-cepat. Tapi masalahnya kesemua anak gadisnya sudah berkahwin. Pak Mat hanya menggeleng kepala dan tersenyum. Huh, ada hati juga dia nak bermenantukan artis terkenal seperti Arziril Ryan. Dia sedar dia tak boleh terlalu berangan-angan kosong. Kena berpijak di bumi yang nyata. Mustahil lelaki yang begitu sempurna itu ingin menjadi menantu dia. Pak Mat bergerak masuk ke dalam pos guard. Dia perlu selesaikan sedikit kerja sebelum ketua guard datang untuk memeriksa buku pelawat.
Arziril bergerak menuju ke lif. Sebaik sahaja pintu lif terbuka lantas dia memboloskan diri ke dalam dan segera menekan punat bernombor lima. Kelas tariannya di tingkat 5. Pintu lif kembali tertutup dan bergerak ke atas. Sedang leka menunggu lif sampai ke tingkat 5, sempat lagi Arziril bersiul menggembirakan hati.
Pintu lif terbuka setelah tiba ke tingkat 5. Arziril keluar dari lif dan terkejut apabila melihat Marzuki yang sedang menunggunya sambil mencekak pinggang. Dia hanya membuat muka selamba. Dah tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
“Kau kemana Zi? Lambat sangat! Tahu tak kita dah hilang masa sejam untuk berlatih!?” marah Marzuki kepadanya. Selama lelaki itu menjadi pengurusnya, Arziril sudah kenal benar dengan sikapnya. Marzuki jenis seorang yang tegas dan komited dengan kerjayanya. Walaupun kadang-kadang dia kuat membebel mengalahkan mak nenek namun dia seorang yang baik hati dan penyayang. Sebab itu dia bertahan dengan kerenah Marzuki. Semuanya demi kepentingan popularitinya. Walaupun Arziril popular, namun masih ramai lagi yang samar-samar dengan kehidupan peribadinya. Dia tidak suka hal peribadinya diambil tahu oleh sesetengah pihak terutama sekali wartawan. Biarlah dia hidup seperti orang biasa. Di pentas, dia adalah Arziril Ryan… seorang artis popular dan hak peminat-peminatnya… Tetapi di luar, dia tetap Ariel yang dulu. Seorang yang lurus bendul dan periang. Yang hanya menyintai seorang gadis bernama Dania.
“Sorry la, Ki… Aku baru habis kelas tadi!” jelas Arziril. Dia segera masuk ke dalam bilik persalinan tarian. Sempat juga dia mengintai koreographernya yang bernama Simon dan rakan-rakan tariannya yang lain berlatih. Marzuki mengikut Arziril ke bilik persalinan.
“Kan dari dulu lagi aku dah suruh kau datang je dengan kereta. Nak kata tak mampu, duit kau tu dah beriban dalam bank. Anak dara orang pun kau dah boleh pinang. Ini tak…nak juga naik bas dan teksi. Kau kena sedar, Zi… Kau tu bukan orang biasa. Kau tu artis popular. Masa itu duit, tahu!” bebel Marzuki lagi. Arziril mengeluh. Malas betul dia nak mendengar mamat ni pot…pet…pot…pet… Leka dia menyalin pakaian.
“Ye, aku tahu. Tapi aku tak suka la hidup macam ni. Aku nak hidup macam orang biasa!” ujar Arziril lantas mengenakan baju T-Shirt tanpa lengan yang menampakkan otot-otot badannya. Badan Arziril tegap dan bidang. Selain menari, dia gemar ke gym untuk melatih otot dan pernafasannya agar tidak semput ketika membuat persembahan. Walaupun di hadapan rakan-rakan yang lain Arziril nampak lemah dan selalu termengah-mengah, namun itu adalah satu lakonan semata-mata bagi menutup peribadi sebenarnya sahaja.
“Kalau nak hidup macam orang biasa kenapa kau jadi artis?” tanya Marzuki. Arziril diam. Ada sebab kenapa dia tekad untuk menjadi artis popular. Semuanya adalah kerana DANIA!
            Pernah suatu  ketika dulu Dania mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang B-Girl yang terkenal. Biasalah, budak-budak. Saat itu cuma inginkan keseronokkan semata-mata. Hal lain dah tak fikir dah. Sejak Dania berkenalan dengan kawan-kawan Helmi, gadis itu belajar menari breakdance dan banyak membuat persembahan breakdance bersama-sama dengan Helmi sewaktu di sekolah dulu. Tetapi sejak gadis itu putus dengan Helmi, dia sudah hilang semangat untuk menari breakdance lagi.
Dania pernah menyalahkan Ariel sebagai penyebab dia putus dengan Helmi. Ariel sentiasa mengambil tahu hal dia dan mengongkongnya menyebabkan Helmi malas untuk meneruskan perhubungan mereka. Namun mereka berbaik semula apabila Ariel memujuknya dan meminta maaf atas apa yang berlaku.
Hubungan Ariel dan Dania yang semakin baik kembali keruh apabila mereka mengalami kemalangan sewaktu dia dan Dania menunggang motosikal ke kedai runcit. Kerana kemalangan itu menyebabkan Dania terlantar di hospital selama sebulan. Motosikal yang dipandu Ariel berlanggar dengan akar pokok lantas jatuh  menghempap kaki Dania. Sungguhpun dia telah sembuh  namun dia tidak boleh menari lasak seperti dulu. Sampai sekarang Ariel menyalahkan dirinya. Sebab itu juga Dania membencinya sampai ke hari ini. Dan kerana itu juga, dia tekad untuk menjadi artis demi menyempurnakan hajat Dania yang tidak kesampaian.
Ariel minat R&B dan hiphop sejak kecil. Pada mulanya dia tidaklah pandai menari, tetapi disebabkan Dania, dia berusaha keras dalam diam. Setiap hari habis sekolah, dia mesti bertemu dengan Ringgo di sebuah studio di Taman Melawati untuk belajar menari breakdance sehabis boleh. Itupun tanpa diketahui oleh sesiapa. Kadang-kadang sahaja dia melawat kawan-kawan yang lain di Bukit Bintang. Itupun  mencari masa ketiadaan Helmi mahupun Dania di situ.
Semasa umurnya 16 tahun, Ariel mencuba nasib memasuki uji bakat tarian dan memukau Encik Azman Rahim yang ketika itu menjadi juri. Encik Azman Rahim merupakan seorang koreografer terkenal. Dia percaya Ariel boleh pergi jauh lantas mengambil Ariel sebagai anak didikannya. Nama Ariel atau Azril ditukar kepada Arziril dan Ryan diambil sempena nama bapanya, Rashidi. Walaubagaimanapun, personaliti sebenar Ariel sengaja dirahsiakan atas permintaannya kerana dia tidak mahu peminat-peminat especially Dania tahu mengenai dirinya. Biarlah Dania kenal dia sebagai Syed Azril bin Syed Rashidi dan bukan Arziril Ryan. Encik Azman bersetuju kerana baginya nama tak penting, hanya bakat mengubah nasib.
Bakat Ariel diketengahkan apabila umurnya mencecah 16 tahun, dia menjadi backup dancer untuk persembahan konsert KRU Megatour pada tahun 1997. Pujian demi pujian diterima dan akhirnya pihak rakaman EMI Music mengambil Ariel sebagai artis rakaman. Dua tahun selepas itu, album pertamanya bertajuk ‘Power of Dancer’ dengan single terbaru ‘Budak Mania’ berjaya menarik perhatian peminat-peminat yang ketika itu fanatic dengan lagu berentak R&B dan Hiphop. Jualan album singlenya meningkat ke 10,000 unit dalam  masa dua minggu. Memang betul-betul membanggakan bagi artis baru seperti dia.
Encik Azman pula diiktiraf sebagai koreographer terbaik kerana melahirkan seorang anak muda berbakat besar seperti Ariel. Namun ketika namanya semakin meningkat naik, Encik Azman mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Semangat Ariel luntur saat itu kerana kehilangan orang kuat dan tulang belakangnya. Ariel berhenti sekejap. Namun demi Dania, semangat dia datang kembali dan dia perlu meneruskan perjuangan. Dan kini dia berjaya di atas kakinya sendiri. Di sana sini namanya disebut-sebut. Kiranya boleh kalahkan nama Siti Nurhaliza la. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu sejak namanya melonjak naik, rahsia Ariel masih belum terbongkar. Semua orang hanya kenal dia sebagai Arziril Ryan tetapi tiada siapa yang tahu siapa Arziril Ryan yang sebenarnya. Even pengurusnya, Marzuki pun tidak tahu siapa dia.
“Arziril, dah siap ke? Semua orang dah tunggu..” tanya Simon ketika Arziril menyarung pembalut kaki. Marzuki pula sedang sibuk menjawab telefon dari wartawan yang bertanyakan mengenai konsert barunya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Ok siap! I’m coming!” jerit Arziril lantas berlari ke dewan tarian. Dia mesti berusaha keras agar konsert keduanya ini bakal memukau peminat-peminatnya sekali lagi. Ya! Itulah harapannya sejak dulu…!
“Ok, first step.. kita buat senaman ringan dulu. Then, I nak ajar you macam mana nak buat handstand. Step ni selalunya kalau kita nak freezekan sesuatu tarian. You tahukan step ni?” tanya Simon.
Arziril hanya mengangguk.
“Ok. Then after that, kita buat front and back handsprings. Most important thing is you perlu berlatih bagaimana nak imbangkan badan you dengan menggunakan dua tangan dan kemudian satu tangan. Faham?” tambah Simon lagi panjang lebar.
Arziril mengangguk lagi.
Sebenarnya bukan dia tak faham semua jenis tarian itu, dia sudah lama tahu dan praktis. Konsert dia sewaktu di London dulu, dia menyanyi dan  menari sendiri dengan bantuan backup penari yang lain. Cuma dia berhenti  sekejap dan  popularitinya merudum kerana kematian Encik Azman. Kini dia mengupah Simon untuk mengajarnya dari basic kerana dia sudah lama meninggalkan tarian yang agak berat seperti itu dan terpaksa belajar semula sedikit demi sedikit.
 “Ok! You bergerak ke dinding. Cuba lekapkan badan you ke dinding. Kaki di atas dan kepala di bawah. Yang ni dipanggil handstand pushups. I nak you bertahan dengan dua tangan selama dua minit!”
Arziril agak terkejut.
“Dua minit?” tanya dia. Simon selamba mengangguk.
“You have to freeze yourself within two minutes. I nak tengok you punya kekuatan tangan. Then if you can, I nak you buat step ni sebanyak tiga kali setiap hari. Got it?” pinta Simon memberi idea.
“Selama berapa hari?” tanya Arziril lagi.
“Until your concert is coming. You kena banyak berlatih. If you passed this step, we move to front and back handsprings. Yang ni mungkin payah sikit tapi I confidence you boleh handle because you expert on balancing your body before this right?”
Arziril hanya mengangguk sahaja walaupun ini kali pertama dia berlatih tarian yang agak mencabar. Sebelum  ini dia hanya buat moon-walk, shuffle, turtle dan robot dance. Tarian sukar yang lain hanya dilepaskan kepada backup dancer-nya sahaja. Tetapi kali ni dia kena meningkatkan tariannya ke arah yang lebih mengagumkan dan mencabar. Dia ingin kembali menjadi Arziril sewaktu umurnya belasan tahun yang dulu. Yang masih kuat dan popular.
Arziril bergerak ke dinding dan cuba menterbalikkan badannya. Dia sedaya upaya mengimbangkan badannya agar tidak mudah terjatuh. Tarian ini memerlukan kekuatan tangan yang maksimum. Dia yakin dia mampu buat. Sedangkan tarian turtle pun dia boleh buat dengan begitu sempurna kenapa tarian ini tidak boleh, betul tak? Tarian turtle lagi penat. Dia kena imbangkan badannya dan kekuatan tangan amat dititikberatkan. Kalau salah step, tidak mustahil tangannya boleh tergeliat.
Kali ini kedudukan kepala Arziril berada di bawah dan kakinya di atas. Badannya dilekapkan ke dinding untuk belajar menyeimbangkan badan. Mukanya semakin merah. Darah sudah turun ke kepala. Nafasnya agak kencang sedikit. Namun dia kena berusaha untuk dua minit yang diberikan oleh koreographernya. Simon tersenyum. Dia agak kagum dengan kesungguhan Arziril. Seorang anak muda hasil didikan arwah  Encik Azman yang tidak pernah kenal erti putus asa. Dia mula menekan punat jam randitnya. Seratus dua puluh saat mula dikira. Dibiarkan sahaja keadaan Arziril sebegitu. Kalau hasilnya positif, dia akan injakkan ke lima minit paling maksimum. Selepas itu, dia perlu mengajar Arziril tutorial handsprings pula.


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...