RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 10 Jun 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 7




 “Dania…Lily tengok poster, ni!” ujar Yasmin sambil menghulurkan poster tersebut kepada Dania dan Lily. Dania dan Lily yang sedang sibuk membelek nota serentak memandang sahabat mereka itu. Yasmin dan Lily merupakan sahabat baik Dania sejak dari semester pertama degree. Kerana mempunyai keinginan dan minat yang sama, hubungan mereka semakin akrab. Segala cerita suka dan duka dikongsi bersama. Termasuklah cerita tentang Arziril Ryan.
“Waahhh… konsert dia, la! Bestnya… aku nak tengoklah!” ujar Lily bersemangat.
“Aku dengar tiket untuk konsert kali ni mahal sikit la!” kata Yasmin pula. Bukan apa, diorang ni bukannya berasal dari keluarga yang senang. Walaupun mereka boleh dikatakan die-hard-fan si Arziril Ryan, namun mereka tak boleh mengikut kata hati untuk membazirkan wang semata-mata kerana artis kesayangan mereka itu.
“Berapa?” tanya Dania dan Lily serentak. Kemudian masing-masing memandang. Gopoh betul! Yasmin ketawa melihat keletah kawan-kawannya. Kalau bercerita pasal Arziril, memang masing-masing tak boleh leka sedikit pun.
“Kalau nak duduk bahagian depan, harganya RM250. Kat tengah, RM190 dan yang paling murah pun RM70. Itupun korang dapat tengok lampu je la. Hehehehe…” seloroh Yasmin. Dania dan Lily mengeluh. Mahal betul harganya! Mana diorang nak cekau duit? Duit belajar pun tidak mencukupi. Masih banyak perkara penting yang mereka perlu utamakan dahulu.
“Mahalnya… mana nak cari duit banyak tu?” rungut Lily sayu. Dia menongkat dagu memikirkan cara untuk mendapatkan duit lebih. Duit yang ada dalam bank pun tinggal berapa je. Takkan nak minta dekat mak dan abahnya lagi? Abahnya baru je masukkan RM300 dalam bank dia awal bulan ni. Itupun rasa tak cukup. Maklumlah, perbelanjaan di kolej memakan belanja yang banyak. Makan lagi, hal-hal personal lagi. Hmm..
“Kau ni, Lily… simpanlah duit tu! Ini tidak… ada duit je, beli makanan! Kalau sikit takpelah. Ini kadang-kadang sampai berpuluh-puluh ringgit sehari. Makanan pulak yang mahal je. Sedar-sedar la badan kau tu dah macam tong tahu, tak!” tegur Dania geram. Mana taknya, kalau diorang lepak dekat KLCC, tempat favourite dia mesti Starbucks Coffee. Kalau tak Starbucks Coffee, mesti wajib pergi Nando’s. Nak makan tu tempat-tempat yang exclusive je. Takat KFC, McD tu… pandang sebelah mata, je…. Huhuhu
“Alaa… aku tak boleh hidup tanpa makanan la Dania…” ujar Lily tersengih, menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi. Dania mencebik.
“Kalau macam tu, kau hidup la dengan makanan kau, tu!” perli Dania. Yasmin menggelengkan kepala.
“Macam ni, la… Apa kata kalau aku bayarkan dulu duit konsert tu untuk kau. Nanti bila abah kesayangan kau tu masukkan duit, kau bayar la balik. Amacam?” kata Yasmin memberi idea. Lily angguk setuju. Nasib baik ada Yasmin kalau tak… tak dapat la dia merasa jumpa Arziril Ryan secara live. Selama ni tengok kat tv je.
“Thanks, Yasmin!! Ni yang aku sayang sangat dengan kau. Kalau kau takde, aku rasa macam……..”
“Dah, jangan nak melebih-lebih. Kau kena ingat, aku kasi pinjam je tau. Bukan sponsor!” potong Yasmin sekadar mengingatkan. Lily hanya tersengih mengangguk. Ceh! Baru nak puji lebih-lebih, dah kena potong. Tak merasa la dia nak dapat tiket FR double E dari Yasmin. Huuu..
Mata Yasmin kembali ke arah Dania pula.
“Hah, kau macam mana pula Dania? Nak aku bayarkan dulu ke tak?” tanya Yasmin mendapatkan kepastian. Dania mengetap bibir.
“Hem.. nanti aku fikirkan dulu, ye. Apa-apa hal aku roger kau kemudian..” jawab Dania. Dia masih berkira-kira samada nak pergi atau tidak. Dia kena tengok dulu duit tabungnya samada cukup atau tak untuk beli tiket tu nanti. Kalau tak cukup, dia kena cari alternative lain la pulak kan? Yasmin hanya mengangguk tanda memahami.
Selang beberapa minit kemudian, Miss Laila masuk dan mereka memulakan pembelajaran. Sedang yang lain khusyuk mendengar celoteh Miss Laila di hadapan, Dania merasakan kelas itu ada satu kekurangan. Dia memandang ke belakang, Tempat duduk Ariel kosong. Dia hairan. Takkan budak lurus bendul ni ponteng kelas, kot? Ish! Tak pernah dia buat macam ni!, getusnya dalam hati.
Tiba-tiba kedengaran bunyi orang menjerit. Pintu kelas bergegar. Pelajar-pelajar termasuk Miss Laila terkejut. Terhenti seketika celotehnya di hadapan. Mata masing-masing memandang ke pintu. Tiba-tiba tombol pintu terbuka, Ariel masuk dengan nafas yang tercungap-cungap. Tangan kanannya menggosok kepala yang sakit manakala tangan kirinya membetulkan cermin mata yang hampir terlucut. Keadaan kelas kembali gamat dengan ketawa. Ariel hanya tersengih kerang. Dania menepuk dahi. Malu sungguh bila melihat adegan sengal si Ariel sebentar tadi.
“Maafkan saya, Miss Laila!” ujar Ariel lantas menutup pintu. Dia berjalan perlahan menghampiri pensyarah mereka yang boleh dikatakan agak vogue de vast!
Miss Laila mencekak pinggang. Dia mengetap bibir. “Kamu kemana, Ariel? Kenapa lambat datang ke kelas hari ini?” soal dia dengan suara yang agak lantang. Pantang baginya kalau pelajar datang lewat ke kelasnya. Bukan masalah lewat yang diambil berat tetapi dia tak suka sekiranya pengajarannya terganggu. Ariel menelan liur. Kakinya masih lagi kaku di hadapan pensyarah muda itu. Kalau nak lari, dah tak sempat dah!, getus hatinya.
“Err… saya bangun lewat, miss. Lepas tu ketinggalan bas. Puas saya jerit dan kejar bas tu tapi bas tu tak nak berhenti,” jawab Ariel panjang berjela. Begitu jujur dan lurus bunyinya. Kali ini kedengaran bunyi ketawa semakin jelas. Lily dan Yasmin ketawa sampai tak ingat dunia. Dania pulak dah menutup separuh kepalanya dengan buku. Malu dapat kawan yang agak-agak bengong macam Pak Pandir seperti Ariel.
“Sudah! Pergi duduk tempat kamu…” arah Miss Laila lantas bergerak ke mejanya. Lagi dilayan makhluk Allah yang satu tu sudah mampu membuatkan darah tingginya naik. Budak-budak zaman sekarang ni macam-macam kerenah betul. Tak seperti dia masa zaman belajar dulu. Nak datang lewat ke kelas amatlah digeruni sebab lecturer dia time tu semuanya garang-garang belaka. Budak-budak zaman sekarang ni beruntung sebab kebanyakan pensyarah zaman sekarang ni muda-muda dan terlalu baik untuk menjadi garang kepada mereka. Sebab tu pelajar naik tocang! Ish.. ish.. ish..
“Terima kasih, miss…” ucap Ariel lalu membuka langkah. Tiba-tiba dia berhenti dan menggaru kepala. Miss Laila mengerut dahi. Keningnya diangkat tanda kehairanan.
“Hah! Apesal pulak, tu?” tanya dia bila melihat Ariel terpinga-pinga mencari sesuatu.
“Err… beg saya, miss. Tertinggal dekat luar, kot?” Ariel masih lagi tersengih sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.
Kot? Apesal la bodoh sangat budak lurus bendol, ni! Kenapa la aku boleh kenal dengan budak ni!, seloroh Dania dalam hati. Miss Laila menggelengkan kepalanya. Ariel.. Ariel.. tak sudah-sudah buat masalah. Lantas dia menyuruh Ariel mengambil begnya dan terus memulakan pengajarannya yang tergendala sebentar tadi.
Semasa Ariel berjalan menuju ke tempat duduknya, sempat pula dia mengenyit mata ke arah Dania. Dania mencebik. Rasa nak muntah pulak bila tengok perangai tak senonoh Ariel. Yasmin dan Lily pulak sibuk mengusiknya. Eee… geram betul. Pembelajaran mereka diteruskan tanpa apa-apa gangguan. Namun dalam hati Dania, dia betul-betul sakit hati dengan usikan kawan-kawannya. Mana taknya, kawan-kawan yang lain tahu Ariel dan Dania berkawan rapat sejak kecil. Dan mereka sering dikenen-kenenkan sebagai pasangan kekasih yang paling cocok. Kalaulah bukan kerana ibu, dah lama dia buat rancangan untuk larikan diri dari Ariel. Hatinya sakit! Tak gemar dengan usikan tersebut!
*****
Setelah kelas tamat, mereka segera bergerak ke Café.
“Petang ni kita nak ke mana?” tanya Yasmin untuk mengetahui agenda mereka seterusnya.
“Kita pergi main boling dekat PAS (Plaza Alam Sentral), nak!?” ujar Lily memberi idea.
“Tak nak lah. Asyik main boling, je. Bosan!” bantah Dania selamba. Tangannya sibuk mengutil-ngutil tali beg sandangnya sambil berjalan agak malas menuju ke Cafe. Dia agak malas untuk bergerak kemana-mana petang itu. Plan dia kalau boleh lepas makan ni nak lepak kat rumah je. Kelas petang ni pulak kebetulan batal. So semakin berkobar-kobar la dia nak pulang ke rumah.
“Habis tu kita nak buat apa?” tanya Lily tak puas hati apabila ideanya ditolak.
“Oit, Dania! Tunggu!”. Mereka bertiga menoleh apabila terdengar seseorang memanggil nama Dania. Ariel berlari sambil melambaikan tangan ke arah mereka. Dania menjeling lalu menyambung langkahnya semula.
“Dania, pakwe kau panggil, tu!” sindir Lily. Yasmin pula dah mula tertawakannya. Dia diam. Memang tak sayang mulut betul minah sorang ni. Kalau ikut hati, rasa nak cucuh mulut kawannya itu dengan cili je! Saja cari pasal! Huh.
“Tak sangkakan… ada jugak manusia spesis pelik macam Ariel tu kat Malaysia, ni” gurau Yasmin pula.
“Mana tak peliknya. Dia tu aku tengok blur je memanjang. Dah tu, selalu sangat sakat si Dania ni. Dania, kau dengan Ariel tu betul ke tak pernah ada apa-apa perasaan!?” usik Lily lagi. Dania mengetap bibirnya.
“Korang berdua boleh diam, tak!? Apa kes tiba-tiba cerita soal perasaan aku dengan Ariel pulak ni? Korang kalau tak tahu apa-apa jangan banyak tanya! Diam-diam sudah!” marah Dania apabila kawan-kawannya sibuk bertanyakan soal dia dan Ariel. Lily dan Yasmin tercengang. Eleh.. baru tanya sikit pun sampai nak mengamuk. Apa kes!?
“Dania…” panggil Ariel lalu menarik tangan Dania. Dania menepis.
“Eh, apa ni pegang-pegang!? Aku tak suka, tau!” bentak Dania kepada Ariel. Ariel masih lagi melepaskan lelahnya setelah penat mengejar mereka.
“Sorry… sorry… aku tarik tangan kau supaya suruh kau berhenti. Kau tak dengar ke aku panggil kau, tadi?” jelas Ariel cuba menjernihkan keadaan. Dia sendiri pun tak faham kenapa tiba-tiba Dania nak emosional tak pasal-pasal.
“Eh, suka hati aku la nak berhenti ke tak nak. Penting sangat ke panggilan kau, tu?” perli Dania dengan jelingan tajam. Ariel terdiam.
“Takdelah… aku ingatkan nak ikut kau pergi makan” jawab Ariel lemah. Dia tahu Dania tak suka dengannya. Tetapi dia cuba untuk berbaik dengan gadis itu. Ariel takde kawan baik di kolejnya itu. Hanya dengan Dania tempat dia menumpang manja.
“Eh, Ariel.. Kitorang tak ingin la nak makan dengan budak lurus bendul macam kau!” bentak Yasmin tiba-tiba. Ni lagi sorang. Spesis si Dania ni jugak! Patutlah diorang ni sahabat karib. Satu kepala, satu emosi dan satu perangai!
“Betul… betul…” kata Lily pula setuju.
“Itu korang… tapi aku bukan nak makan dengan korang. Aku nak makan dengan Dania! Kan Dania, kan?” ujar Ariel pula lantas mendekati Dania. Lily dan Yasmin saling berpandangan. Bengkek juga diorang dengan jawapan angkuh si Ariel. Eleh! Bikin panas jek!
“Dania, kau nak mamat ni join kita, ke?” soal Yasmin tidak berpuas hati.
“Kenapa tak boleh? Ibu Dania sendiri suruh aku jaga Dania. So kemana sahaja Dania pergi, aku kena ikut dia!” balas Ariel dengan mendabik dada. Dania mengeluh. Nak tak nak dia kena setuju. Betul kata Ariel. Ibunya banyak kali pesan supaya Ariel menjaga Dania di kolej. Ibunya sendiri tidak mempercayai Dania. Sebab itu dia sanggup mengupah mamat sengal ni untuk jadi penjaga tak berbayar dia. Adei..
“Dah la… jom!” ajak Dania. Ariel melonjak kegembiraan. Lily dan Yasmin mencebik. Mereka bergerak ke Café. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba telefon bimbit Ariel berbunyi. Masing-masing memandangnya.
“Err… korang pergi makan dulu, la! Nanti aku datang…” ujar Ariel. Dania mengangguk lantas menarik tangan kedua-dua kawannya ke Café. Ariel bergerak mencari tempat yang jauh dari orang untuk menjawab telefonnya. Sewaktu berjalan menjauhi Ariel, sempat lagi Dania menoleh memandang ke arah lelaki itu. Wajah Ariel yang jernih dan tenang sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi serius. Perwatakkannya juga berubah. Dari seorang yang kalut kepada seorang yang agak berketrampilan. Dania mengerut dahi. Siapakah yang menelefon Ariel sehingga dapat mengubah perilaku lelaki itu tiba-tiba?
“Hello…” sapa Ariel. Kali ini dengan suara yang garau dan macho. Bukan lagi watak takut-takut seperti tadi. Kedengaran suara pengurusnya, Marzuki bercakap tidak henti-henti di corong telefon bimbitnya. “Ok, aku datang sekarang…” ujar Ariel lantas bergegas meninggalkan tempat itu.
Dania dan kawan-kawannya yang sedang duduk di dalam Café itu ternampak kelibat Ariel yang berlari meninggalkan tempat mereka. Lelaki itu seperti terkejarkan sesuatu.
“Kenapa dengan Ariel, tu? Nampak macam ada hal penting, je” tanya Yasmin.
“Yelah… tadi beria-ia sangat nak makan dengan kita…” ujar Lily pula. Dania mengerut dahi. Dia pun hairan. Dah la tak jumpa mereka dulu, ini blah macam tu, je! Pelik?
“Dah la… biarkanlah dia! Korang juga yang suka kan kalau dia tak join kita makan.” perli Dania. Dia melihat menu di tangan. Tiba-tiba perutnya terasa lapar semacam.
“Takdelah. Aku hairan. Dia tu mana ada kawan kat sini. Tapi selalu aje dapat panggilan. Dah la tu… panggilan tu nampak macam penting sangat.” jelas Yasmin tidak berpuas hati.
“Betul la. Aku pun rasa macam tu, juga.” Lily bersetuju dengan kata-kata Yasmin. Dania terdiam. Adakah Ariel ada masalah? Tapi lelaki itu jarang menceritakan masalahnya pada dia. Setiap kali berjumpa dengannya, lelaki tu sering nampak gembira. Dania membiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu apabila Yasmin mula memanggil pelayan untuk memesan makanan. Namun dalam hatinya, terbit rasa kurang senang dengan pertanyaan yang diajukan oleh Yasmin sebentar tadi. Adakah Ariel ada menyimpan satu rahsia yang dia sendiri tidak ketahui? Persoalan itu hanya dibiarkan berlalu tanpa jawapan.

1 orang beri kritikan::

Ainaa Mastura berkata...

Best nye :) x sabar nak tahu reaksi dania bila tahu pasal ariel nant

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...