RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 2 Jun 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 6

Tahun 2006
Dania sedang leka menampal gambar artis kesayangannya di dalam diari. Tak cukup dengan itu, segala koleksi kesayangannya seperti keychain, poster, cd dan sebagainya penuh dengan gambar lelaki pujaan hatinya itu. Siapa yang tak kenal dengan Arziril Ryan… nama yang gah di persada seni suara. Bukan sahaja suaranya lunak dan merdu, malah mempunyai personaliti dan wajah yang cukup memikat gadis-gadis remaja sepertinya. Kalau nak dibandingkan dengan artis yang pernah mencipta nama dan terkenal suatu ketika dulu seperti KRU, 4U2C, NICO.. Arziril Ryan lebih terserlah bakatnya. Dari menyanyi, menari semuanya perfect! Kalah Rain penyanyi Korea yang terkenal itu.
“Dania! Ariel datang, ni!” jerit ibunya di luar bilik. Dania mengeluh. Malas betul dia nak berjumpa dengan Ariel, mamat lurus bendul yang selalu setia menemaninya sejak dari mereka kecil lagi. Kerana sifatnya yang agak jujur itu, dia menggelarkan Ariel sebagai mamat lurus bendul. Walaupun takde la lurus sangat sebab masa zaman sekolah lagi, dia seorang protector yang terbaik. Dania menyimpan diarinya di dalam laci lantas keluar dari bilik.
Ariel yang sudah tercegat di muka pintu hanya tersengih memandang Dania sebaik dia melihat kelibat Dania keluar dari pintu rumahnya. Dania mengerut dahi. Muka tension terserlah setiap kali mereka bertemu. Entah sampai bilakah harus Dania membencinya?
“Ha… apesal kau nak jumpa aku, ni!?” tanya Dania kasar ketika dia membukakan pintu pagar untuk Ariel. Lelaki itu tersengih macam kerang busuk. Meluat pula dia tengok! Dia sendiri pun tak faham dengan perangai Ariel ni. Nak kata mamat takde perasaan dia ni manusia, confirm la ada perasaan. Kira hati batu la. Kena herdik, tengking, marah, muka tetap macam tu. Seposen! Salute betul dia dengan Ariel. Memang tak makan saman betul!
“Alaa… aku bosan la duduk rumah. Tu yang datang sini jumpa kau…” ngomel Ariel dengan nada manjanya. Dania mencebik. Tak kuasa dia nak melayan mamat lurus bendul ni. Dania segera masuk ke dalam rumah. Ariel hanya mengikut jejak langkah Dania.
Sebaik kaki melangkah ke ruang tamu, Ariel segera mengambil tempat duduk di sofa. Betul-betul menghadap televisyen. Bantal yang berada di sekitar sofa itu dicapai lantas dipeluknya. Dania pula hanya tercegat berdiri di meja makan berdekatan dengan ruang tamu rumahnya. Rumah Dania takde la besar sangat. Hanya rumah teres ‘single-storey’ yang dibeli oleh arwah ayahnya suatu ketika dulu dan kini menjadi hak milik sepenuhnya oleh ibunya sendiri. Dulu mereka tinggal di rumah papan di Kampung Padang Balang, Sentul enam beranak. Sejak rumah baru itu siap sembilan tahun yang lepas, mereka pindah ke rumah itu.  Malangnya, arwah ayah Dania tidak sempat merasai rumah baru mereka kerana tempoh masa untuk rumah di kawasan  tempat tinggal mereka itu siap adalah selama tiga tahun. Ayah Dania meninggal dunia ketika mereka berumur 13 tahun. Dania mengambil sepinggan pisang goreng yang sudah sedia terhidang di atas meja lantas dibawa ke ruang tamu.
Sebaik sahaja Dania meletakkan pinggan berisi pisang goreng yang masih lagi panas itu di atas meja kopi, Ariel terlebih dahulu mengambilnya tanpa menunggu pelawaan dari Dania.
Dania menampar tangan Ariel. Geram betul dengan tingkah laku mamat lurus bendul ni. Tak menyempat-nyempat!
“Aku tak pelawa lagi, kan? Yang kau memandai-mandai ambil pisang goreng ni apesal?” tegur Dania lalu memberi jelingan paling tajam ke arah Ariel. Ariel hanya tersengih. Redha sahaja dengan tengkingan Dania yang sememangnya macam halilintar tu. Telinga dia yang sememangnya dari dulu lagi dah terbiasa mendengar jerit-pekik suara Dania itu hanya mampu menadah sahaja.
“Alah, dah kau letak pisang goreng tu dekat sini. Takkan untuk tengok kot? Mestilah untuk makan, betul tak!” usik Ariel mengambil hati Dania. Dia tidak kisah sekiranya Dania nak menengking dia dengan macam mana cara sekalipun. Dia sanggup! Asalkan dia dapat menggembirakan hati gadis kesayangannya ini sudah cukup!
“Masalahnya.. kau ni memang muka tak malu! Datang tak berjemput! Makan tak dipelawa! Pakai belasah je kan? Cuba la beradab sikit bila datang rumah orang!” marah Dania lagi. Sekilas, dia mengambil pisang goreng tersebut lalu duduk di sebelah Ariel. Digigit pisang goreng tersebut sehingga tinggal separuh. Belum sempat dikunyah, dikeluarkan kembali gigitan pisang goreng itu dari mulutnya. Dia menepuk-nepuk lidahnya menahan panas!
Ariel hanya ketawa melihat gelagat Dania.
“Tu la! Marah aku lagi. Kan dah kena! Lain kali makan tu baca la bismillah dulu. Lepas tu tiup sehingga pisang ni jadi sejuk sikit, barulah kunyah. Ini tak. Pakai telan je. Tak pasal-pasal melecur lidah kau tu! Tu la.. aku ni berdaulat tau!” usik Ariel lagi. Geli hati dia melihat gaya Dania yang macam cacing kepanasan menahan pedih. 
“Diamlah!”  tengking Dania lalu segera bangun dari duduknya dan menghampiri cermin dinding berdekatan. Dijelirkan lidahnya di hadapan cermin untuk melihat keadaan lidah yang terasa perit. Nasib tak melecur. Setakat merah sahaja. Dania mengeluh. Kembali dia bergerak mendekati Ariel yang sedang asyik menghayati pisang goreng yang dimasak oleh ibu Dania.
Ariel dengan keluarga Dania sememangnya rapat. Sejak kematian kedua ibu bapanya dulu, Ariel dijaga oleh ibu dan ayah Dania. Habis SPM, Ariel mengambil keputusan untuk duduk di luar sahaja. Sebab itu setiap kali bila dia datang ke rumah ni, selamba je dia buat rumah ni macam rumahnya sendiri.
Dania mengambil kembali gigitan pisang goreng yang dimakannya tadi dan makan semula. Matanya tertancap ke arah televisyen yang menayangkan cerita Korea “The Successful Story of the Bright Girl!” di TV3. Suka benar dia dengan cerita tersebut. Sangat sweet dan romantik lebih-lebih lagi bila melihat hero cerita itu yang tersangatlah comel! Jalan ceritanya pun lebih kurang macam cerita dia dan Ariel. Oh no! Dia tak mahu Ariel menjadi hero! Eh? Apesal Ariel masuk dalam ini cerita pulak!? Adeh~ Simpang malaikat 44.
Ariel hanya mengerling ke arah Dania yang sedang khusyuk menonton televisyen. Dia sendiri tak faham, apa la yang best sangat cerita Korea ni. Lebih kurang je bagi dia. Muka hero Korea mostly semua sama. Gaya rambut yang sama, muka ala-ala jambu, kurus dan tinggi. Handsome? Huh, dia lagi handsome kot!? Kalau nak dibuat perbandingan, dia pun ada juga persamaan dengan  mamat Korea ni. Bila dia menari di atas pentas, sorakan paling kuat untuk dia. Tapi itu hanya untuk watak Arziril la. Watak Ariel yang dipegangnya sekarang hanyalah watak lelaki yang boleh dikutuk sebagai mamat perasan kalau dia mengaku yang dia tu sama taraf dengan hero Korea kat tv ni ha!
“Best ke cerita ni?” tanya Ariel sambil mulutnya penuh dengan pisang goreng.
“Kenapa kau tanya?” Dania mengerut dahi. Agak tidak senang dengan persoalan yang dilemparkan oleh Ariel. Lelaki itu masih lagi dengan riak takde perasaan.
“Takdelah, aku tengok ramai sangat budak-budak perempuan kat kolej tu cerita pasal cerita Korea ni. Bagi aku takde yang menarik pun. Setakat jalan cerita yang biasa-biasa je..” ulas Ariel panjang lebar. Dania mengeluh. Dihabiskan gigitan terakhir pisang goreng di tangan sebelum kembali bersuara. Bengkek jugak bila dengar komen dari mulut takde insurans si Ariel ni! Suka hati mak nenek dia je nak bagi komen macam tu!
“Kalau kau  tak minat, jangan banyak cerita! Tak payah tengok pun takpe. Aku takde pun nak paksa kau tengok cerita kesukaan aku ni!” balas Dania keras. Sekali dengan jelingan paling tajam untuk mamat takde insurans di sebelah dia ni.
“Takdelah, aku cuma nak tau je. Kenapa ramai sangat yang addicted cerita korea ni..” Ariel masih lagi tidak mahu melencong ke cerita lain. Dia tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan yang sebenar-benarnya.
Dania mengeluh.
“Kalau kau  nak tahu, cerita Korea ni kebanyakkannya menceritakan kisah kehidupan. Cerita dia sweet, hero dan heroin yang handsome dan comel, lepas tu pengakhiran ceritanya banyak memberi moral kepada kita. Paling penting sekali jalan ceritanya menusuk perasaan terutama bila datang bab sedih. Perempuan suka cerita-cerita macam  ni. Faham!?” terang Dania panjang lebar. Ariel hanya mengangguk.
“Oooo..” melopong mulutnya menyebut ‘ooo’ tu. Baru dia faham kenapa perempuan suka tengok cerita Korea ni.
“The Successful Story of the Bright Girl?” sebut Ariel apabila cerita yang ditonton mereka diselangi iklan sebentar. “Cerita ni pasal apa? Pasal budak perempuan ni hidup susah lepas tu cuba pikat mamat kaya ni untuk jadi kaya ke? ” tanya Ariel lagi. Cerita Korea, memanjang cerita sama. Orang kaya jumpa orang miskin. Gaduh lepas tu jatuh cinta. Benda biasa bagi dia.
“Kau ni kalau tak tanya boleh tak? Menyibuk aje la!” tegur Dania. Meluat betul la dengan Ariel ni. Naik menyampah dia nak melayan pertanyaan mamat tu. Dia ingat cerita Korea ni pasal orang miskin orang kaya je ke?
“Yelah, nama tajuk dia ‘The Successful Story of the Bright Girl. Confirm la dalam mindset orang ingat cerita ni pasal tu je. Tak gitu Cik Dania?” usik Ariel menunjukkan barisan giginya yang sangat cantik. Dania mencebik. Matanya dinaikkan ke atas. Meluat betul! “Ke kau nak lelaki kaya pikat kau macam dalam cerita tu?” spontan bibir Ariel mendekati wajahnya. Terasa hembusan nafas lelaki itu menampar pipinya. Dania seraya mengelak. Terkejut beruk dia dengan kelakuan Ariel yang sangat tidak disangka. Ariel hanya ketawa apabila melihat raut wajah Dania yang cuak!
“Kau ni memang gila kan, Ariel!!?” marah Dania lantas bangun dari dudukannya. Dia bergerak ke dapur. Malas nak melayan kerenah Ariel yang kadang-kadang gila tu. Bila datang lurus bendulnya, memang lurus sangat. Bila datang gila dia, gila sangat-sangat! Ketawa Ariel memecah suasana yang sunyi masih lagi kedengaran.
Dania mendekati ibunya yang sedang sibuk menggoreng pisang di dapur.
“Ibu! Tengok Ariel ni! Geram betul la Dania!” rengek Dania pada ibunya manja. Dia sememangnya amat manja dengan Puan Faizah. Sejak kematian ayahnya 5 tahun yang dulu, hanya pada ibunya sahaja tempat dia dan dua adiknya bermanja. Dia sangat mengagumi dengan ketabahan ibunya sejak ayah mereka meninggal dunia.
“Apehal la korang berdua ni. Kalau berjumpa je mesti bergaduh. Cuba kalau berbaik sikit. Karang ibu kahwinkan kamu dengan si Ariel tu nak?” bebel Puan Faizah dengan kerenah anaknya itu. Dania terdiam. Dia terus mencebik. Kahwin dengan Ariel!? Pergghh.. simpang malaikat 44. Kalau takde lelaki kat dunia ni, dia semestinya takkan pilih Ariel sebagai suaminya! Confirm tidak!
“Apa ibu ni! Cakap benda yang merepek-repek. Nak kahwin dengan Ariel!? Confirm la Dania tak nak!!!” marah Dania. Dia paling benci Ariel. Memang sejak dari kecil lagi dia anti dengan mamat tu. Sebab apa? Sebab antara dia dan Ariel, ada sejarah hitam yang tak mungkin dapat dia lupakan. Salah satu tanda kenapa dia begitu bencikan lelaki itu. Dia cuba untuk tidak jatuh cinta kepada lelaki itu walaupun sedikit. Tapi kalau Arziril Ryan ajak kahwin, confirm dia sanggup! Ahaks..
“Dah tu? Cuba la korang berdua ni berbaik-baik. Ariel tu dah lama tau tak jenguk kita. Cuba kalau dia datang melawat ni Dania layan dia macam tetamu. Tak baik tau layan tetamu macam tu. Dah, pergi ambil air oren atas meja tu.. bagi pada Ariel. Mesti dia haus sangat tu. Pergi…” arah Puan Faizah lagi. Dania mencebik. Segera dia meninggalkan ibunya di dapur. Langsung tidak diambil jag berisi air oren tu di atas meja makan seperti yang diarahkan tanda protes! Rajuknya kali ni tidak mendapat sokongan ibunya. Begitulah ibu. Suka sangat menangkan Ariel. Entah apa mamat ni dah guna-gunakan ibu entahlah! Sakit betul hati dia!
Dania kembali duduk di sebelah Ariel. Mukanya tegang. Disilangkan tangannya ke dada. Matanya tertancap ke skrin tv. Tidak mahu melayan Ariel. Perasaan marahnya membuak-buak.
Ariel tahu gadis itu tengah marahkan dia. Dia cuba menjernihkan keadaan. Ariel memandang Dania. Huish.. tegang sungguh mukanya. Macam nak makan orang pun ada.
“Dania, kita keluar nak tak?” ajak Ariel tiba-tiba dengan penuh mengharap.
Mata Dania membuntang tiba-tiba. Terkejut dengan ajakan dari lelaki di sebelahnya ini.
“Apa? Keluar? Dengan kau!? Tolong sikit… Tak mahulah!” tolak Dania lantas kembali menyilangkan lengannya ke dada. Apa barang keluar dengan budak ni. Lain la kalau si Arziril Ryan tu yang datang mengajak aku dating… alahai… indahnya dunia ini.
“Alaa… Takkan nak datang kat rumah kau, je? Jomlah! Aku belanja kau tengok wayang, makan-makan, karaoke… nak?” Ariel masih lagi tak putus asa mengajak Dania keluar. Dania berang.
“Eeee…. Rimaslah! Aku dah ajak kau  masuk rumah aku ni dah kira bagus, tau! Jangan nak paksa aku boleh, tak!!?” bentak Dania tak puas hati.
“Dania, kenapa layan Ariel macam tu?” tegur ibunya sambil menatang dulang berisi dua gelas jus oren. Dia menjeling. Ibunya dari dulu lagi suka melayan kerenah si Ariel ni. Apa yang istimewanya budak ni dia pun tak tahu. Kalau tak kerana ibunya yang memintanya menjaga Ariel sejak dari zaman sekolah sehinggalah ke universiti, jangan harap la dia nak melayan budak lurus bendul itu. Jangankan bercakap, pandang sebelah mata pun dia tak hingin! Ibu pun satu, dah lupa ke apa yang Ariel dah buat pada dia masa mereka berumur 10 tahun dulu?
“Minum, Ariel..” pelawa Puan Faizah sebaik dia meletakkan gelas berisi air oren tersebut di hadapan Ariel. Ariel mengucapkan terima kasih lalu meneguk air tersebut. Dania di sebelah mencebik lagi. Macam orang kebulur je!huh…
“Wah! Sedapnya air oren ni…Pandai makcik buat” puji Ariel selepas dia meneguk satu gelas air itu dengan penuh rakus. Puan Faizah hanya tersenyum sahaja.
“Gelojoh la kau! Macam tak pernah minum bertahun-tahun…” marah Dania sambil mengerut dahi. Ariel hanya tersengih memandangnya.
“Penatlah. Tadi aku berlari pergi ke rumah kau” jawab dia jujur.
“Siapa suruh kau lari? Rumah aku ni takde kaki nak lari dari kau!” herdik Dania pula. Ibunya menggelengkan kepala.
“Dania, cuba cakap baik-baik dengan Ariel. Ibu tak pernah ajar tau Dania layan tetamu macam tu!” tegas ibunya sekali lagi. Dania mendengus. Dia menekan punat remote untuk menukar siaran lain. Dari siaran ke siaran akhirnya sampai ke siaran yang mengiklankan konsert Arziril Ryan di Stadium Merdeka yang akan diadakan tidak lama lagi. Dania mendekatkan dirinya ke peti televisyen. Mulutnya ternganga melihat kekacakkan wajah si Arziril. Dah start berangan pulak dia.
“Wah! Handsomenya dia….” puji Dania apabila melihat wajah pujaan hatinya di televisyen. Ibunya dan Ariel saling berpandangan. Mata Dania tak kelip-kelip menatap wajah Arziril Ryan di kaca televisyen.
“Dania…” sapa Ariel.
“Diamlah! Tak nampak aku tengah melayan pakwe aku, ni!?” bentak Dania lantas menyambung kembali angannya itu. Ariel menggelengkan kepalanya. Begitu juga ibu Dania. Gadis itu betul-betul dah kemaruk dengan cinta fantasinya.
“Kau suka sangat dengan Arziril tu kenapa? Bukannya bagus sangat pun..” kutuk Ariel. Kadang-kadang dia sendiri pun nak tergelak bila mengutuk dirinya sendiri. Arziril Ryan dengan Ariel merupakan orang yang sama. So tak salah kalau dia mengutuk diri sendiri kan?
Dania mendengus. Dipandang setajam yang mungkin kepada Ariel.
“Kalau nak comparekan dia dengan kau, 120 kali lebih bagus dia dari kau tahu tak! Kau jangan sesekali nak kutuk pakwe aku ni. Kalau tak, jangan salahkan aku sekiranya esok kau tak boleh bercakap!” ugut Dania keras. Dia paling benci bila ada orang mengutuk kekasih hatinya. Siapa Ariel yang berani cakap Arziril Ryan macam tu? Jauh langit dengan bumi la! Huh..
“Tapi memang handsome pun Arziril tu kan, sayang?” puji Puan Faizah. Kali ini dia menyebelahi anak kesayangannya itu. Mata Dania bersinar terang. Mana taknya, dia begitu gembira bila kali ini ibunya memuji kekasih hati selaku menyebelahinya dari mamat dungu ni! Huh..
“Mestilah, ibu! Cuma orang tu aje yang jealous bila takde orang yang minat dekat dia. Huh!~” perli Dania lantas menjeling ke arah Ariel. Ariel buat muka selamba. Apa dia kisah? Walaupun Dania bencikan dia, tetapi Dania sukakan Arziril. Dan Arziril adalah dia sendiri. Kalau la minah depan dia ni tahu, tentunya dia tak boleh terima yang dia bakal jilat balik apa yang sudah dia ludah! Ariel tersenyum. Takpelah, kasi time untuk Dania memuja dirinya. Sekurang-kurangnya dia rasa bangga bila dia mempunyai die-hard-fan macam Dania. Gadis yang dicintainya sejak kecil.
“Tapi ibu tengok wajah Arziril persis Ariel. Dania tak perasan ke?” uji Puan Faizah sambil mengangkat keningnya. Dania ternganga. Ariel gugup! Ah sudah!.. Dania mengerlingkan matanya kearah Ariel. Ariel menelan liur. Risau andaikata Dania juga perasan akan perubahan air mukanya. Haish Makcik Pijah ni.. time-time macam ni la dia nak main banding-banding muka! Tahulah dia kenal siapa Arziril Ryan ni. Aduh..
“Tak pun! Ibu je yang perasan! Huh…” balas Dania tidak bersetuju. Ariel menarik nafas lega. Matanya ralit melihat Dania yang masih lagi sibuk menonton televisyen. Nasib minah ni tak perasan! Fuh…
Puan Faizah hanya tersenyum. Dijeling pula ke arah Ariel lantas mengangkat keningnya berkali-kali. Ariel menggeleng-gelengkan kepalanya untuk memberi ‘hint’ kepada Makcik Faizah supaya jangan sesekali membocorkan rahsia dia kepada Dania. Senyuman Makcik Faizah semakin melebar. Dia faham maksud Ariel. Sengaja dia buat begitu sebab dia nak tengok persepsi Dania mengenai Arziril Ryan dengan Ariel. Rupa-rupanya gadis itu masih belum faham dan tahu membuat perbandingan lagi.

3 orang beri kritikan::

saadiah abdul satar berkata...

Mcm mn dania boleh tak perasan ye muka diorang ni sama.....

Cik Waniey berkata...

sbb dia benci sgt dgn Ariel smpai xpenah nak terfikir yg arziril ryan tu ariel... and dia xpenah sngka sbb perwatakan mereka berbeza...

Tanpa Nama berkata...

terjebak kejap baca hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...