RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 21 Jun 2013

Sinopsis Dia, lelaki pilihanku


 
Hai kengkawan semua.. Okeh, kali ni ada cerita terbaru yang Waniey nak kuarkan. Masih dalam proses menyiapkan manuskripnya. Hope kengkawan sudi menerima cerita ke-4 Waniey ini. InshaaAllah, target nak kuarkan manuskrip ni tahun depan klo sempat. Doa2kan la eh? hehehe
Terima la.. "Dia, lelaki pilihanku"

SINOPSIS
Couple clash, couple clash, couple clash, itulah rutin percintaannya saban hari sehingga dia dinobatkan sebagai seorang 'playgirl' oleh teman seperjuangannya. Namun bukan itu yang dipinta. Bukan jodoh agaknya. Sepanjang hidupnya, bermacam-macam jenis lelaki yang dia kenali dan kerana pengalaman itu mengubah dirinya menjadi seorang perempuan yang sangat bencikan manusia bernama lelaki.
Bermula dari kisah cinta pertama antara dia dan Aiman Khusyairi, jiran sekampung merangkap rakan baiknya. Lepas itu Ahmad Mustaqim, kekasih hati sewaktu di zaman universiti. Namun tiada jodoh di antara kedua-duanya.
Perkenalan dengan rakan sekerja yang selama ini hanya jeling-menjeling, usya-mengusya membabitkan perasaan antara mereka. Namun dek kerana sikap Azmir Bukhari yang menyakitkan hati, panas baran dan selalu mengongkong begitu menyeksa dirinya. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu sudah mempunyai kekasih hati tetapi tamak mahukan kedua-duanya. Laila Batrisya tidak punya pilihan, perpisahan dipinta.
Di rumah pula, dirinya selalu di dalam di lema dengan sikap Harraz Aidit yang merupakan abang tiri lain ayah dan ibu. Lelaki itu sering sahaja mencari pasal dengannya. Mereka bagaikan anjing dengan kucing. Tak boleh berjumpa walau sekejap cuma. Pasti akan ada perbalahan. Sebab itu dia malas nak pulang ke kampung sekiranya dia bercuti. 
“Kau ni bila nak kahwin? Nak jadi anak dara tua ke?” soal Harraz kepadanya satu hari.
 Stress! Pitam! Semua ada! Perkataan andartu semakin ditakuti olehnya lantas Laila Batrisya belajar membuka hati untuk manusia yang bergelar lelaki dan kembali aktif dengan dunia perkenalan melalui alam maya.
Kehadiran Zaquan Adha dalam hidupnya membuka lembaran baru untuk Laila Batrisya bercinta semula. Namun, ada je yang tak kena. Cinta mereka mati di tengah jalan. Setelah kegembiraan lenyap dek kerana perangai Zaquan, dia bertemu pula dengan Kamarul Zaman. Percintaan antara dia dan Kamarul Zaman banyak mengajarnya erti cinta yang sebenar tetapi sekali lagi cintanya diuji. Apakah kesudahan cerita ini? Siapakah  si Mr. Right yang sebenar?
“Allah telah memberikan sekeping hati untuk kita mencari kerana hati itulah jodoh kita”
 

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...