RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 18 Mei 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 5


Di Bukit Bintang, Dania agak teruja melihat sekumpulan budak-budak  B-Boy dan B-Girl bermain skate board dan menari tarian hip hop di situ. Helmi mendekati mereka dan memberi ‘high five’ kepada setiap member-membernya di situ. Patutlah Helmi pandai menari breakdance. Rupa-rupanya dia ada group di sini. Helmi membawa salah seorang dari budak-budak B-Boy tersebut dan memperkenalkannya kepada Dania.
Budak lelaki yang memakai baju jenama adidas, berseluar baggie dan bertopi terbalik yang mempunyai symbol nike hanya tersenyum  ke arahnya apabila mereka diperkenalkan. Nama dia Rizal. Orang panggil dia Kajai sahaja. Ariel di sebelah hanya mendiamkan diri. Langsung Helmi tidak kenalkan. Sekilas nampak perubahan wajah Ariel tatkala lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat tetapi tidak disambut.
Amboi, balas dendam nampak?, bisik hati kecil Ariel.
Kajai meminta diri untuk berlatih menari dengan kawan mereka yang lain.  
“Dania, mereka-mereka ni kawan-kawan saya. Saya belajar tarian breakdance dengan mereka-mereka ni la. Kiranya mereka sifu saya selama ni..” kata Helmi membuatkan Dania mengangguk faham.
“Lukisan apa dekat dinding tu?” tanya Dania lantas menunjukkan jari telunjuknya ke arah lukisan yang dimaksudkan. Helmi menoleh.
“Oh, itu dipanggil graffiti. Sebenarnya tarian hip hop dianggap sebagai satu seni dan cara untuk mengekspresikan seni visual kami maka muncullah graffiti ni. Jadi ia dah jadi sebahagian daripada budaya kitorang” jelas Helmi. Dania hanya mengangguk. Ariel yang mendengar dari jauh juga mempelajari sesuatu. Sangat cool orang cakap bila melihat lukisan dinding yang dilukis menggunakan spray dan cat. Lebih kurang macam mural. Orang yang melukis lukisan dinding itu mesti sangat kreatif orangnya.
“Helmi!” jerit seseorang. Lelaki tadi yang diperkenalkan kini datang membawa seorang lagi kawan mereka. Penampilan lelaki kedua ni agak selekeh sedikit. Memakai seluar pendek paras lutut, baju sleeveless dan rantai silver tersangkut kemas di lehernya. “Apa cerita lu bro lama tak lepak sini? Gua dah makan hati hari-hari tanya budak-budak ni mana lu pergi..”
“Sorry la bro, gua busy la! Ada exam semua. Ni pun free sikit sebab dah lama tak lepak sama lu orang” jawab Helmi. Lelaki itu mengambil sebatang rokok dari kocek seluarnya lantas menyalakan api. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
“Siapa diorang ni?” tanya lelaki itu sebaik sahaja matanya tertancap ke arah Dania dan juga Ariel.
“Oh, ni kawan satu sekolah. Namanya Dania. Dania, ni Ringgo. Dia ni otai dekat sini. Orang dekat sini semua kenal dia. Dia memang taiko kitorang dalam menari breakdance ni. Kitorang dekat sini semua tabik spring dekat dia. Kira legend kat kawasan ni.” puji Helmi bersungguh-sungguh. Lelaki yang bernama Ringgo itu hanya ketawa sahaja.
“Lu tak payah nak kipas gua lebih-lebih la bro! Gua simple je. Takde yang hebat pun. Lu pun sama hebat macam gua je dekat sini..” balas Ringgo dengan penuh humble.
Helmi ketawa. Dania hanya tersenyum sahaja. Ariel terkebil-kebil tidak faham.
“Eh, kejap. Gua nak join budak-budak tu kejap..” ucap Helmi lantas bergerak meninggalkan mereka dan menuju ke arah sekumpulan budak yang sedang bersiap sedia untuk berlatih menari di situ.
“Lu minat breakdance?” tanya Ringgo kepada Dania.
Dania angguk laju.
“Oh, patut la lu tangkap cintan sama Helmi. Dia ni penari breakdance yang popular dekat sekolah lu, kan?”
Sekali lagi Dania mengangguk. Tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut gadis itu. Hanya senyuman yang mampu diberikan. Tak sangka, tengok sahaja penampilan mamat depan dia ni sangat la selekeh. Kalau nak dilihat dari segi umur, lelaki ini mungkin umurnya lebih kurang awal 20-an. So memang layak dipanggil taiko la.
“Dania! Mari tengok saya menari!!” panggil Helmi lantas melambai-lambai kea rah mereka bertiga.
“Ok!.. Kejap eh Ringgo..” Dania meminta diri. Dia berlari-lari anak menuju kea rah Helmi dan rakan-rakannya yang lain. Ringgo mengambil lagi sebatang rokok dari dalam koceknya. Dinyalakan api ke hujung rokok dan menghisapnya sesedap rasa. Kepulan-kepulan asap rokok dihembuskan ke udara. Matanya sekilas menelek lelaki di belakangnya pula. Dipandang dari atas ke bawah kemudian dia tersenyum.
“Hei, nama lu siapa?” tanya Ringgo dengan nada kerek.
Ariel terkebil-kebil lagi. Dia seakan-akan blur.
“Ariel..” balas Ariel. Matanya masih lagi tertancap ke arah Dania yang begitu mesra dengan Helmi. Gadis itu menepuk tangan teruja bila melihat Helmi membuat headspin di hadapannya. Timbul rasa cemburu dibenak hatinya. Dia ingin jadi seperti itu. Dia sudah membayangkan bila dia di situasi Helmi dan Dania bertepuk tangan melihat persembahannya. Dia tersenyum sejenak.
“Lu suka budak perempuan tu ye?” soalan Ringgo itu membuatkan Ariel tersedar dari lamunannya. Sekilas dia tersenyum.
“Err…”
“Lu tak payah nak kencing sama gua la! Tengok innocence muka lu tu, gua dah tahu..”
Ariel menggaru kepala yang tidak gatal.
“Lu minat breakdance?”
Ariel mengangguk laju.
“Kau boleh ajar aku, ke?”
Ringgo tergelak. Semakin lama semakin kuat.
“Gua tengok lu macam beria-ia nak belajar. Kalau lu berminat, gua boleh ajar lu tapi dengan satu syarat…” Puntung rokok yang sudah habis dihisap dibuang ke lantai. Kasut Sneakers yang dipakainya memijak hujung puntung itu bagi memadamkan apinya.
“Apa dia?”
“Dekat sini bukan ada satu group sahaja tetapi banyak group. Tempat ni paling sesuai untuk kitorang bebas menari. Dulu kami digelar penari jalanan. Dipandang negatif oleh sesetengah masyarakat kerana membawa elemen barat yang boleh mencacatkan minda orang muda di sini terutama sekali remaja. Namun sedikit demi sedikit, tarian kami diterima oleh masyarakat. Segala tohmahan kami terima dengan hati terbuka. Kitorang menari tak kira tempat. Di  mana sahaja kitorang bantai menari janji ada sebiji radio di sisi kitorang. Tapi di sini la port kitorang. Gua tengok lu ada potensi. Malah boleh jadi terkenal lebih dari Helmi. Cuma lu kena ada stamina yang kuat terutama sekali tangan dan kaki.” 
            “Boleh kau ajar aku?”
“Boleh, tetapi lu kena bersungguh-sungguh. Gua tak suka mengajar orang yang hanya setakat nak main-main. Itu bukan prinsip gua..” balas Ringgo keras.
Ariel tersenyum. Mukanya berseri-seri kegembiraan.
“Aku memang betul-betul nak jadi macam Helmi. Tolong ajar aku..”
            Ringgo ketawa lagi. Dia menepuk bahu lelaki itu berkali-kali.
            “Esok, after sekolah.. lu datang sini. Gua ajar lu basic dulu..”
            “Err.. tapi boleh tak kau jangan bagitau sesiapa especially Helmi dan Dania?”
            Ringgo mengerut dahi.
            “Kenapa?”
            “Aku tak mahu diorang tahu aku nak belajar tarian ni. Please..” Ariel merayu-rayu.
            Ringgo tersenyum sinis.
            “Ok! I keep my promise. See you tomorrow..” balas Ringgo lantas meninggalkannya. Ariel tersenyum lega. Yes! Akhirnya..

4 orang beri kritikan::

AmyZainudin berkata...

wahhh ariel >___< jeng2....

NurAtiZa berkata...

Dalam diaM-diam Ariel nak belajar tarian breakdance....

saadiah abdul satar berkata...

Hai...best nye...ooo..dari sini la areil belajar menari
....


Bg lg bab 6 pulak....best arr..

Cik Waniey berkata...

cite ni mungkin pening sket sbb bnyk flashback.. tp korg nilai la nnti eh? ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...