RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 16 Mei 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 4


Waktu sekolah hampir tamat. Seperti biasa, Helmi menunggu Dania di luar kelas. Hari ini kelasnya tamat awal kerana Cikgu Hanif tidak dapat hadir ke sekolah atas urusan peribadi dan digantikan oleh Cikgu Sarimah. Memandangkan Cikgu Sarimah ada hal, dia menamatkan kelas awal sepuluh minit dari kelas yang lain. Gadis itu melambai-lambaikan tangan ke arah Helmi yang berdiri tegak di luar kelas. Ariel yang dari tadi menyaksikan adegan gedik-gedik antara mereka berdua membuatkan dirinya meluat tiba-tiba. Nak muntah pun ada. Tolonglah Dania. Kau kasar, bila jadi perempuan ayu sebegitu rasa macam tak kena pulak rasanya.
Sebaik loceng berbunyi, Dania segera mengemaskan buku-bukunya dan memasukkan ke dalam beg sandangnya. Ariel yang dari tadi sudah siap mengemas segera bangun dan bergerak ke meja Dania.
“Ariel, kau balik dulu la ye. Aku ada hal la..” ujar Dania apabila Ariel sudah berdiri tegak depan mejanya.
“Kau nak kemana, Dania?” tanya Ariel tidak berpuas hati. Dania tidak langsung memandang wajahnya. Gadis itu sedang ralit mengemas barangnya. Sebaik selesai, dia segera menyangkutkan tali beg ke bahu. Ariel menahan gadis itu.
“Apa ni Ariel?”
“Mak kau suruh aku jaga kau. So, kalau kau nak kemana-mana aku ikut?” pinta Ariel. Dania memandang tajam ke arahnya. Namun Ariel buat selamba. Dia tak suka bila Dania sanggup menepikan dia hanya kerana lelaki bernama Helmi itu.
“Aku nak keluar dengan Helmi!” jawab Dania bengang. Kali ni suaranya agak sedikit meninggi. Sejak bila pula Ariel jadi busy body ni?
“Aku tahu.. tapi kau nak ke mana?”
“Kau tak perlu tahu la!”
“Aku ikut!”
“Tak payah la..!”
“Aku tetap ikut…!”
Dania mendengus kasar. Dia berjalan mendekati Helmi. Diikuti Ariel dari arah belakang. Dania tak boleh nak cakap apa sebab memang ibu dari dulu dah bagi pesanan dekat Ariel untuk menjaganya tak kira la dimana.
*****
            Helmi naik bengang bila melihat kemana sahaja mereka pergi mesti Ariel ada bersama. Dia berbisik ke telinga Dania.
            “Apesal budak Ariel ni ikut sekali?” tanya Helmi. Dania hanya tersengih. Dia mengangkat bahu. “Saya tak suka la” luah Helmi membuatkan Dania menjadi serba salah. Bukan dia yang pinta Ariel menjadi body guard tak bergajinya. Lelaki itu yang beria-ia nak ikut sekali. Nanti kalau dia tolak, confirm Ariel akan mengadu dekat ibunya yang dia bermain cintan di sekolah. Macam la dia tak kenal ibu. Ibu paling tak suka kalau anak-anaknya bercinta waktu sekolah. Nanti pelajaran tertinggal.
            “Sorry la awak. Ibu saya memang dah lama pesan dekat Ariel supaya jadi guard saya. So nak tak nak kena la ikut..” jawab Dania memujuk.
            “Takpelah..” Helmi sekadar mengeluh. Dia geram bila melihat Ariel menjadi penghalang date dia bersama Dania. Mereka berjalan beriringan menuju ke Lot 10.
Sepanjang berada di Lot 10, mereka hanya berjalan-jalan dan window shopping sahaja. Helmi bosan. Dari tadi dia tak boleh nak buat apa. Nak pegang tangan Dania pun dia teragak-agak. Sekilas matanya memandang Ariel. Lelaki itu sibuk memerhatikan gerak geri mereka. Geram betul dia rasa. Sudah diberi amaran sebelum ni pun lelaki tu masih buat dek je.
            “Helmi, jom kita pergi makan? Saya lapar la..” pinta Dania manja. Helmi menganggukkan kepalanya. Matanya masih lagi mengerling ke arah Ariel. Lelaki itu kelihatan sibuk menelek komik Gila-Gila di tangan. Hem, ada peluang ni. Tangan Helmi sudah menggatal untuk menyentuh tangan Dania. Namun belum sempat dia menyentuh, Ariel dah berdehem dekat belakang.
            Ariel menyimpan komik Gila-Gila yang baru dibelinya tadi ke dalam beg sandangnya. Dia melangkah  laju menghampiri mereka berdua. Sengaja Ariel berjalan di antara mereka. Dania tercengang. Apa kes mamat ni tiba-tiba berjalan di tengah mereka?
            “Better aku berjalan di tengah. Tak elok kalau ada ura-ura maksiat dekat sini..” tegur Ariel tajam. Dania mengetap bibir. Dia tak faham. Bila masa dia dan Helmi buat maksiat? Mereka hanya berjalan beriringan, bukannya berpegangan tangan. Muka Helmi memerah. Geram dengan kata-kata pedas yang lahir dari mulut Ariel. Siot punya budak!
            Waktu makan di KFC, Ariel duduk di sebelah Dania. Puas Dania menghalau Ariel dari terus mengganggu mereka namun lelaki itu hanya buat–buat tidak faham sahaja. Katanya dia bodyguard kena selalu bersama mereka. Dania hanya mengeluh sahaja. Ariel ni tak mudah kena pujuk. Hatinya keras macam batu.
            Helmi mencubit daging ayam lantas disuakan ke arah Dania. Mata Ariel sudah terjojol keluar apabila melihat kelakuan si Helmi. Belum sempat Dania membuka mulutnya, Ariel sudah menolak suakan tangan Helmi ke tepi.
            Helmi terkejut. Begitu juga Dania. Hai, habis sesi romantik mereka.
“Bro, tak payah  nak bersuap-suap sangat dekat sini. Kita budak sekolah. Jangan bikin masalah kat sini ye..” tegur Ariel selamba membuatkan hati Helmi remuk. Geram pun ada. Apa kes budak ni nak tunjuk bagus? Tuan empunya badan pun tak membantah, dia pulak yang sibuk!
Dania hanya menggigit bibir. Nak buat macammana, kalau dia buat sesuatu  takut nanti si Ariel mengadu kepada ibunya pula. Nak tak nak, terpaksa la mendiamkan diri.
Helmi diam seketika. Mukanya merah menahan malu. Dalam hati membara je. Rasa nak bagi penyepak sebiji je dengan mamat tak faham bahasa seperti Ariel ni. Namun dia sabarkan sahaja hatinya. Mereka diam sambil menghayati makanan masing-masing.
            “Sayang, nanti kita pergi Bukit Bintang kejap?” ajak Helmi tiba-tiba.
Ariel yang mendengar perkataan sayang dari mulut Helmi terasa seperti hendak muntah. Wow, baru couple dah bersayang bagai. Hello, ini zaman sekolah! Mana boleh bersayang-sayang. Geli tahu tak! Dia memandang reaksi Dania. Muka gadis itu merah. Oh, tentulah dia suka. Lelaki pujaan dia panggil dia sayang. Oh, please!
            “Boleh!” balas Dania laju.
            “Err.. Dania. Sekarang dah pukul tiga petang. Nanti makcik tanya pula kalau kita balik lambat” Ariel sekadar mengingatkan. Dia tak mahu Dania terlalu taksub dengan cinta monyetnya. Mereka masih lagi bersekolah. Tak sesuai kot nak bercintan-cintan dalam usia semuda ini. Dah tu, Dania pula sudah berani untuk mengekori kemana sahaja Helmi nak pergi. Sepatutnya time-time macam ni mereka dah berada di rumah dah. Samada mereka mengulangkaji pelajaran atau tidur.
            Dania mengeluh.
            “Ala.. kejap je Ariel! Kau pun ikut sekali la!” balas Dania.
            Hati Ariel berbunga-bunga. Ingatkan kena halau jugak tadi. Tak sangka Dania akan mengajaknya. Senyuman dibibir semakin melebar.
            Wajah Helmi berubah lagi. Tak sangka yang Dania sanggup ajak Ariel sekali. Hatinya jadi tidak keruan. Dia semakin bengang dengan Ariel. It’s ok bro! Hari ini hari kau, esok lusa hari aku pulak!

2 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

Best..... #^_^

saadiah abdul satar berkata...

Best arr..padan muka helmi....ada je halangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...