RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 25 April 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 3


Ariel melemparkan majalah URTV tersebut di hadapan Dania. Gadis itu terkejut. Sedang sibuk-sibuk dia menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu tiba-tiba fokus dia terganggu.
“Nah, tadi kau nak sangatkan?” tanya Ariel selamba.
Dania menolak majalah tu kepada Ariel semula. Ariel mengerut dahi.
“Hai, kata tadi nak pinjam. Ni aku dah ada mood nak kasik, ambil la..” pujuk Ariel.
Gadis itu selamba buat tidak tahu. Dia masih sibuk menyiapkan kerja sekolahnya. Ariel mengeluh lantas duduk bersila di sebelah gadis itu.
“Ada gambar KRU pujaan kau tahu dalam ni” sengaja Ariel memancing Dania.
Dania masih lagi senyap. Ariel mendekatkan bibirnya ke telinga Dania seolah-olah seperti mahu berbisik.
“Ada poster KRU siap dengan background graffiti lagi. Tak nak ke?” ditambah lagi ayat pancingannya membuatkan Dania berbelah bahagi. “Ok la kalau tak nak..” segera Ariel bangun dan mengambil majalah itu semula tetapi dihalang oleh Dania. Ariel tersenyum kemenangan.
“Aku nak..” balas Dania lemah. Masih belum ada senyuman yang terukir di bibirnya.
“Senyum la sikit. Aku bagi terus ni?” pujuk Ariel lagi.
Dania cuba untuk tersenyum. Pahit je kelihatan.
“Kalau macam tu…”
“Ok.. ok! Aku senyum!” segera Dania menarik hujung bibir dengan kedua-dua belah tangannya. Dah macam joker pulak. Erk~ “Puas!?”
Ariel ketawa.
“Sangat cute! Ambil la!” terus majalah bertukar tangan. “Jaga baik-baik majalah tu. Mahal aku beli..” pesan Ariel lantas segera masuk ke dalam biliknya.
Dania mencebik. Eleh, harga majalah setakat RM3.50 pun kecoh!
Tak jadi meneruskan aktiviti menyiapkan kerja sekolahnya, segera dia menelaah majalah kegemarannya. Benda pertama yang dia buka adalah muka surat tengah. Nak tengok poster artis kegemarannya.
Senyuman Dania semakin melebar. Handsomenya hero-hero KRU ni kan?
Hati Dania berbunga-bunga. Segera dia mengoyakkan poster itu dan berlari masuk ke dalam biliknya. Nak tampal kat dinding sebagai pembuka semangat setiap kali nak pergi sekolah.
Ariel yang mengintai dari dalam bilik tersenyum. Gembira rasanya bila dapat menggembirakan orang yang dia sayang. Dia bukan kisah sangat dengan poster tu tapi poster tu bagi ilham baru dekat dia. Dania sukakan penari breakdance. Kalau dia jadi penyanyi, adakah Dania sukakan dia nanti? Pintu ditutup semula. Dia kembali menghampiri katilnya.
Ariel membaringkan diri di atas katil. Matanya tertancap ke arah siling. Direnung kipas yang ligat berpusing. Kedua-dua tangannya disandarkan ke belakang kepala. Dia berkhayal andai menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti, dia nak guna nama apa ye?
*****
Dania tersenyum lebar memandang poster yang sudah ditampal di pintu biliknya. Wow.. sangat handsome hero-hero Malaya ni. Paling dia suka adalah Yusri. Dania berjalan menuju ke katilnya. Matanya tidak berganjak dari memandang ke arah poster tersebut. Dilihat pula poster yang sederet dengan poster KRU tersebut. Ada 4U2C, Feminin, NICO dan lain-lain. Ah, dia memang suka dengan group-group yang menari macam ni. Bukan sahaja menari rap malah menari yang biasa-biasa pun ok, janji menari. Lagu-lagu diorang pun sangat best! Ni baru artis berkumpulan Malaysia. Belum lagi artis antarabangsa.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dania bangun lantas menuju ke pintu.
Pintu diselak. Ibunya berdiri tegak di hadapannya.
“Ada orang telefon..” kata Puan Faizah. Dania mengerut dahi.
“Siapa, bu?” tanya Dania pula. Matanya memandang jam di dinding. Sudah pukul 11.00 malam. Siapakah yang menelefon dia malam-malam buta macam ni?
“Lelaki. Katanya Helmi..” balas Puan Faizah.
Dania ternganga. Sungguh, Helmi sanggup telefon dia malam-malam macam ni? Hatinya berbunga-bunga. Terkejut pun ada. Segera dia melangkah laju menuju ke ruang tamu untuk mengambil telefon.
Dania memperkemaskan dudukannya. Dia berdehem. Memperbetulkan suara yang serak-serak basah.
“Hello…”
“Hai, sayang..”
Darah mendadak naik ke muka. Sayang? Dia ketawa sendiri. Romantiknya Helmi. Hatinya semakin berbunga-bunga.
“Helmi? Kenapa telefon saya malam-malam  macam  ni?” tanya Dania. Masih tidak boleh menerima kenyataan yang Helmi boleh telefon dia.
“Hai, takkan tak boleh call kot? Saya rindu dekat awak la..” balas Helmi. Suaranya sayup-sayup kedengaran dari corong telefon. Dania tersenyum bangga. Pelajar popular sekolah macam Helmi boleh minat dekat dia. Sangat tidak boleh dipercayai tetapi kenalah percaya sebab benda ni bukan imaginasinya tetapi realiti.
Kebetulan, Ariel keluar dari biliknya untuk ke tandas. Kelihatan dia ternampak Dania tergedik-gedik bercakap dengan seseorang di talian. Dia mengerut dahi. Dengan siapakah Dania berbual tu?
“Dania, kau borak dengan  siapa?” tanya Ariel mendapatkan kepastian.
Dania terkejut. Hampir terpelanting gagang telefon dari pegangannya. Dania menoleh ke arah Ariel. Direnung Ariel setajam-tajamnnya. Kus semangat Ariel! Hampir sahaja dia kena serangan sakit jantung tadi. Mengganggu betul la! Lantas Dania meletakkan jari telunjuknya di bibir. Syyhh.. Dia menyuruh Ariel diam. Ariel terdiam. Serba-salah sebab mengganggu perbualan Dania. Dia mengangkat tangan mengalah. Segera dia melangkah meninggalkan gadis itu menuju ke dapur. Dania menghela nafas dan kembali berbual.
Ariel tidak berpuas hati bila memikirkan dengan siapakah Dania berbual. Entah-entah Helmi yang telefon tadi? Dia membuat tanggapan sendiri. Sumpah jealous! Dia menatap wajahnya di cermin di dalam bilik air itu. Dibuka paip air dan menadah tangan untuk menampung air yang keluar lantas disapu ke mukanya. Kelakuan itu dilakukan berkali-kali. Hatinya sakit tiba-tiba. Cemburu mencengkam jiwa. Kalau betul la Helmi yang telefon, dia boleh rasakan hatinya bagai dicarik-carik.
Tiba-tiba, pintu bilik air diketuk dari luar.
“Siapa?”
“Ariel, lamanya kau dalam bilik air? Aku nak masuk tandas ni!” jerit Dania dari luar. Pintu sekali lagi diketuk. Ariel melepaskan keluhan. Dah habis la kot minah ni berbual dengan cinta hati dia? Ariel membasuh tangannya sebelum membuka pintu bilik air. Kelihatan Dania sudah tidak duduk diam di hadapannya.
Ariel tersenyum.
“Apa yang kau senyumkan tu? Cepatlah keluar, aku dah tak tahan dah ni!” Dania sudah terkincit-kincit menahan sebelum dia menolak Ariel ke tepi. Belum sempat lelaki tu nak bercakap, pintu bilik air sudah tertutup. Ariel tergamam.
“Dania!” jerit dia memanggil nama gadis itu.
“Apa?” balas Dania dari dalam.
“Siapa yang telefon kau tadi?”
Senyap.
“Weih, aku tanya ni…”
Pintu terkuak. Dania memandang tajam padanya.
“Kau nak tahu buat apa?”
Gadis itu menutup pintu dan suis lampu. Dia segera berjalan melalui Ariel. Ariel mengekori jejak langkah Dania ke ruang tamu.
“Cepat la cakap!” Ariel semakin tidak sabar. Namun hatinya kuat mengatakan Helmi yang telefon tadi.
Langkah Dania terhenti. Hampir sahaja mereka bertembung.
“Kalau satu  hari kau tak ambil tahu urusan aku boleh tak? Kusutlah!” Dania semakin geram. Dia tak faham apa yang Ariel nak sebenarnya. Semua hal peribadinya Ariel nak ambil tahu. Geram! Sangat geram!
“Helmi kan yang telefon kau tadi?” Masih tidak berputus asa mamat ni!
Dania mendengus. Dia masuk ke dalam bilik dan terus tutup pintu. Ariel mengeluh. Salahkah dia mengambil berat soal Dania?
Dania, aku sayang kau. Aku tak boleh tengok kau dengan lelaki lain terutama sekali Helmi, musuh ketat yang baru sahaja aku declare petang tadi. Keluh Ariel. Dia melangkah lemah ke biliknya semula.

1 orang beri kritikan::

Mimin Septiani berkata...

Boleh kah saya minta kode posting instrument reason ost endless love ?
Thanks before

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...