RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 11 Mac 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 1


Tahun 1995
Ariel hanya memandang sahaja kemesraan antara Dania dan Helmi. Senyuman dibibir hanyalah berpura-pura semata. Tidak disangka, Dania mempunyai perasaan terhadap Helmi. Yelah, pelajar lelaki pujaan ramai. Penari breakdance terkenal sekolah. Siapa yang tak suka! Ariel melihat dirinya. Hem, lelaki yang biasa-biasa sahaja. Takde yang menarik untuk dikenali pun. Kalau berjalan di kalangan pelajar-pelajar perempuan, jangankan nak pandang dua belah mata.. sebelah mata pun belum tentu lagi.
Ariel mengeluh lagi. Dia mencapai beg sekolahnya dan berjalan melalui Dania dan Helmi. Dania yang sedang leka berbual dengan Helmi tersedar seketika. Dia melihat Ariel yang sudahpun bergerak menjauhinya.
“Ariel!” panggil Dania.
Langkah Ariel terhenti seketika. Senyumannya melebar. Terus ditoleh mukanya memandang ke arah Dania.
“Ye Dania!” sahut Ariel dengan sengihan yang melampau.
“Kau nak balik dah ke? Tunggu la aku!” pinta Dania.
Helmi di sebelah hanya mengerutkan dahi. Pandangan jelik diberikan kepada Ariel. Dia sangat tidak menyenangi mamat tiga suku di hadapannya ini. Meluat!
“Yeps, jom la!” jawab Ariel pantas. Hatinya berbunga-bunga bila Dania masih tidak melupakannya. Dania meminta diri dengan Helmi. Lelaki itu seperti tidak mengizinkan namun setelah dipujuk oleh Dania, dia terima sahaja dengan hati yang tidak rela.
Sewaktu Dania masuk ke dalam kelas untuk mengemas barang, Helmi berjalan menghampiri Ariel. Matanya tajam dan bibirnya tersenyum sinis.
“Kau jangan nak suka sangat, bro! Kali ni aku kasik muka sikit dekat kau. Lepas ni jangan harap kau boleh balik dan rapat dengan Dania lagi. Jaga awek aku baik-baik. Assalamualaikum..” ucap Helmi lantas meniup dan menyapu bahu Ariel sebelum berjalan meninggalkannya terpinga-pinga.
Ariel tak faham  maksud Helmi. Apa masalah mamat ni? Tiba-tiba nak bengang tak pasal-pasal apehal? Nak kata dia buat salah, takde la pulak. Nak berborak dengan mamat tu pun tak pernah, inikan nak gaduh. Cemburu? Huh~ Dia lebih lama berkawan dengan Dania. Soal cemburu tu patutnya lebih ke arah dia sebab Helmi yang merampas Dania dari dia. Bukan dia!
‘Sorry to say la bro! Aku dengan Dania dah berkawan sejak kecil. Kau nak cakap apa, itu kau punya hal la. Yang penting Dania masih sayang dekat aku walaupun hanya sayang sebagai sahabat. Ah! Tak kisah semua tu. Dania tetap kawan aku dunia akhirat. Kau tak payah nak kasik peringatan supaya aku jaga dia baik-baik sebab memang aku akan jaga dia baik-baik selagi dia belum menjadi hak sesiapa dan aku masih bernafas di muka bumi ni. Dania amanah aku dengan arwah pakcik. Aku takkan sia-siakan amanah yang diberikan.’ balas Ariel walaupun hanya dalam hati. Bukan dia takut dengan Helmi tetapi baginya takde gunanya nak bergaduh sebab perempuan. Ini bukan caranya.
Dania berlari anak mendekatinya. Beg sekolahnya disandang ke bahu. Lengan baju kurung disingsingkan ke atas sedikit. Rambut Dania yang diikat dua dibetulkan dengan elok.
“Jom!” ajak Dania lantas menarik tangan Ariel. Lelaki itu hanya mengekori sahaja langkah gadis kesayangannya itu. Nasib dia pakai baju lengan panjang, kalau tak.. batal air sembahyang. Haram…
*****
Sepanjang perjalanan pulang, Dania hanya tersenyum sorang-sorang. Kedengaran suara seolah-olah bernyanyi menggembirakan hati. Suka la tu dapat berbual dengan si cinta hati. Ariel menjulingkan mata ke atas. Please!~ Jangan suka-suki buat aksi terlampau kat sini ye. Cemburu rasanya!
“Ariel, apa pendapat kau tentang Helmi?” soal Dania tiba-tiba.
Ariel mencebik. Rasa malas nak menjawab pertanyaan Dania itu. Tapi kalau tak jawab, merajuk pulak. Huh..
“Err.. ok?” jawab Ariel pendek.
“Ok je?” Dania tidak berpuas hati.
“Yelah. Ok je bagi aku. Kenapa?”
Dania mengetap bibir.
“Kau tak rasa yang dia tu handsome, pandai bergaya dan yang paling best sekali.. dia pandai menari breakdance dan rap! Wow~ Aku suka!” teruja tiba-tiba dengan tangan didepangkan ke arah langit.
Ariel blur. Rasa nak termuntah pun ada. Tapi apakan daya, kalau nak kutuk tak boleh. Mahunya kena pelangkung kat situ jugak kalau kutuk cinta hati dia. Dania ni ganas jugak kadang-kadang. Tapi dengan dia je la. Kalau dengan pelajar lelaki lain, maintain ayu.. cover cun! Haha.. ooppss terkutuk pulak!
“Ala.. buat apa la kau  nak tergila-gilakan sangat lelaki yang terror bab-bab melalaikan macam tu. Baik kau cari lelaki yang selalu pergi surau, pandai azan, pandai mengaji tu jadi pakwe kau. Ada baiknya..” nasihat Ariel. Niatnya hanya sekadar nak bergurau tapi tiba-tiba langkah Dania terhenti. Gadis itu memandang tajam ke arahnya. Ariel gugup.
“Kau perli aku ke apa!?”
“Err.. aku gurau-gurau jek!” Ariel tergagap. Pucat mukanya tiba-tiba.
Dania mendengus kasar.
“Kau ingat senang ke nak pikat lelaki seperti Helmi tu? Dia tu popular dekat sekolah tahu! Ramai budak perempuan yang suka dekat dia. Tapi dia pilih aku juga! Tak ke benda tu seronok sebenarnya?” balas Dania seolah-olah bangga kerana menjadi gadis pilihan Helmi.
Yelah, sebab kau tu cantik! Muka mix belanda. Confirm la ramai yang terpikat!, bisik Ariel dalam hati. Huh~ dia dok kutuk minah depan dia ni, dia tak sedar yang dia suka Dania pun sebab rupa juga. Eh bukan, rupa jatuh nombor dua. Yang paling penting, keserasian. Yes! Keserasian!
“Kau suka ke tengok budak lelaki pandai buat rap dan menari breakdance?” tanya Ariel mendapatkan kepastian. Dania mengangguk laju. Wajahnya bersinar-sinar tiba-tiba. “Kenapa?” tambah dia lagi.
“Sebab dorang nampak stylo! Bila tengok dorang menari, rasa macam gempak jek! Teringin nak menari macam dorang jugak!” jawab Dania dengan penuh kejujuran.
“Apesal kau tak nak belajar menari? Biar sama level dengan Helmi tu. Confirm orang gelar korang couple of the year. Sama cantik sama padan!” usul Ariel. E’eh.. apa kes tiba-tiba dia berani kasik idea mengarut dekat Dania ni? Mahunya perempuan tu betul-betul belajar breakdance, tak ke naya jek! Confirm Dania tak pandang dia dah!
“Tak mahu la! Aku nak menari ballet. Baru nampak perempuan sikit..”
“Habis tu selama ni kau bukan perempuan?”
Dania diam.
“Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku, kan?”
Dania geram.
“Dari kau belajar tarian ballet tu, baik kau belajar tarian melayu. Tarian zapin ke, ulek mayang ke.. ada faedahnya. Tambahan  lagi, berbudaya sikit. Tarian ballet tu barat. Pakaian pulak seksi. Tak elok la..” khutbah Ariel panjang.
Dania diam. Mukanya merah menahan marah. Ariel menutup mulutnya. Entah kenapa dia agak angin dari tadi. Begitu mudah mulutnya menuturkan kata tanpa menyedari yang dia sudahpun menyakitkan hati gadis pujaannya itu. Dania memandang tajam ke arah Ariel. Sekilas dia menampar muka lelaki itu. Ariel terkejut.
“Kau memang suka sakitkan hati aku kan? Apa yang aku suka semua kau  tak suka! Cuba la kasik support sikit~ Dah la! Aku malas nak layan kau!” marah Dania lantas meninggalkan Ariel yang terpinga-pinga.
Salahkah dia berkata-kata? Tangan Ariel menyentuh pipinya. Sakitnya kena tampar.
            “Dania, tunggu aku!” jerit Ariel lantas berlari anak mengejar Dania yang sudah jauh ke hadapan.

2 orang beri kritikan::

Ivan Pito Pradhana berkata...

Keren, sangat menginspirasi. Kunjungi blog saya juga ya, dan beri kritikan untuk cerita saya.

Tanpa Nama berkata...

Tak best sangat laa
perempuan tu annoying gila buat laa watk yg pakai tudung n prangai elok tak pn yg sempoi punya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...