RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 19 Mac 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!? Bab 2




Ariel memandang majalah yang dibelinya tadi. Entah kenapa, balik dari sekolah tadi dia sempat membeli majalah URTV dekat kedai runcit berhampiran sekolah mereka. Itupun secara tak sengaja sebab Dania tiba-tiba nak singgah beli air. Matanya terpaut pada gambar KRU yang menjadi cerita hangat muka hadapan majalah itu. Pantas tangannya mencapai majalah tersebut dan terus membayarnya.

Dania yang agak hairan dengan kelakuan Ariel hanya mendiamkan diri. Marahnya kepada lelaki itu masih lagi bersisa. Malas nak bertanya walaupun hati meronta-ronta. Tambahan lagi, dia agak tertarik bila melihat gambar KRU di muka depan majalah. Lagi la hati tak keruan. Rasa nak pinjam majalah tu dekat Ariel malam nanti.
Mata Ariel masih khusyuk membaca article berkaitan KRU.

‘Album perdana KRU bertajuk Canggih pernah menakluk industri muzik tempatan dan mencetus pelbagai revolusi menerusi muzik mereka. Norman Abdul Halim, selaku ketua kumpulan berkata walaupun mereka agak canggung sedikit sewaktu mempertaruhkan irama hip hop dan rap ketika itu dan pasaran muzik ketika itu lebih didominasikan genre pop dan rock, namun mereka tetap teruskan juga. Apa yang penting, mereka mengambil segala yang positif untuk menjadi bekalan azimat buat mereka untuk berjaya.’

Ariel berfikir sejenak. Muzik rap dan hip hop ni terkenal dari KRU jugak. Mereka pun berfikiran positif membawa elemen muzik seperti itu di Malaysia. Sebab itu sekarang ni genre muzik seperti ini semakin berkembang. Ariel tersenyum. Tiba-tiba dia agak berminat untuk mengkaji tarian breakdance ni dengan lebih mendalam.

‘Kalau Helmi boleh menjadi penari breakdance yang terkenal di sekolah, aku boleh menjadi penyanyi dan penari breakdance yang terkenal macam KRU satu hari nanti! Tunggu dan lihat!’ kata Ariel dalam hati seperti menjanjikan sesuatu.

Tiba-tiba.. tuk tuk tuk..
Ariel segera menutup majalah itu dan bangun dari katilnya. Dia membuka pintu biliknya. Kelibat Dania tersengih memandang ke arahnya.

“Ada apa cik adik?” tanya Ariel.

“Jom makan! Ibu dah panggil~” ajak Dania.

“Ok kejap.. kau pergi dulu, kejap lagi aku datang..” balas Ariel. Belum sempat dia nak menutup pintu bilik, tiba-tiba Dania menghalang. Ariel kehairanan.

“Pinjam majalah URTV?” pinta Dania lantas tangan ditadahkan.

“Untuk apa?”

“Nak tengok cerita sensasi la!”

“Tak boleh” terus Ariel menutup pintu tetapi masih dihalang oleh Dania.

“Kedekut la kau!”

“Menyibuk jek! Tadi kan kau dah tampar aku, tiba-tiba nak baik-baik pulak. Banyak cantik!” Ariel sengaja bikin isu panas. Dania mencebik.

“Eleh, majalah macam tu sepuluh naskah aku boleh beli tau! Kedekut! Huh~” marah Dania lantas segera menarik tombol pintu dan menutup pintu bilik Ariel dengan kasar. Ariel terdiam seketika. Sekilas dia menggaru kepala. Hai, baru je nak buat-buat merajuk dengan Dania.. last-last minah tu pulak yang merajuk. Huu..

*****
Ariel menarik kerusi untuk makan. Semuanya dah bersedia menjamah rezeki di hadapan mata. Mata Ariel mencari-cari kelibat pinggan kosong di atas meja.

“Dania, hulurkan pinggan kosong tu?” pinta Ariel.

Dania buat bodoh sahaja.

“Dania, kau dengar ke tak aku cakap ni?”

“Ambil la sendiri! Ada tangan ada kaki kan?” perli Dania lantas memberi jelingan maut kepada Ariel.

Amboi! Siap kasik jelingan maut lagi.

Timbul idea jahat nak kenakan si Dania. Danny dan Danial terkebil-kebil melihat lagak Ariel yang tiba-tiba menghampiri kakak mereka. Lelaki itu memanjangkan tangan melangkaui muka Dania yang ketika itu sedang sibuk menyuapkan nasi ke dalam mulut. Sengaja ditolak tangan Dania sekilas sehinggakan nasi yang sepatutnya masuk ke dalam mulut kini comot di sekitar bibir dan mukanya.

“Eh, sorry..” kata Ariel selamba.

“Apa ni Ariel?” marah Dania lantas bangun dari dudukan. Dia segera ke dapur dengan wajah yang marah. Puan Faizah yang ketika itu sedang sibuk membawa semangkuk nasi tambah kehairanan bila melihat muka Dania yang comot dengan nasi dan kuah kari berjalan menyeberanginya. Dia pelik. Mangkuk nasi itu diletakkan di atas meja makan.

“Kenapa dengan Dania tu, Ariel?” tanya Puan Faizah lantas duduk di atas kerusi di hujung meja.

Ariel tersengih.

“Takde apa-apa, makcik. Ariel terlanggar tangan Dania masa nak ambil pinggan tadi..” balas Ariel.

Puan Faizah menggelengkan kepala. Dia memang dah faham dengan perangai Ariel itu. Sejak kematian kedua orang tua lelaki itu, dia dan arwah suaminya yang membela Ariel dari umurnya sepuluh tahun sehingga umurnya sekarang yang menjangkau empat belas tahun ini. Ariel seorang anak lelaki yang cukup tabah. Dia juga nakal dan suka buli Dania walaupun Dania tu agak kasar sedikit dengannya. Tapi dia bersyukur. Kehadiran Ariel dalam keluarga mereka sangat-sangat membahagiakan. Tanpa Ariel, keluarga mereka tak seriuh ini.

“Ibu, abang Ariel sengaja kacau kak Dania..” kata Danny seolah-olah mengadu.

Mata Ariel membuntang. Terkejut dia bila Danny sudah pandai mengadu sana sini. Danny sengih sahaja. Dia tahu abang Ariel marah. Tapi dia cakap betul. Budak-budak, dalam umur sebegitu mereka memang jujur dan tulus.

“Ibu tahu sayang, abang Ariel kamu ni memang nakal!” balas ibunya lantas tersenyum. Dia mengambil pinggan dari tangan Ariel lantas diletakkan nasi ke dalam pinggan tersebut.

“Terima kasih, makcik..” ucap Ariel sebaik sahaja pinggan bertukar tangan.

“Sama-sama. Makan la Ariel. Makcik masak makanan kegemaran kamu ni. Tauhu goreng sambal.”

Tangannya menghulurkan mangkuk berisi tauhu goreng sambal ke arah Ariel. Lelaki itu tersenyum mengangguk.

Dania kembali semula ke meja. Mukanya masih lagi nampak basah. Ariel hanya tersengih kerang memandang Dania. Ketara wajah Dania yang cukup bengang. Memang tak makan saman betul mamat sorang ni.

Belum sempat Dania nak marah, Puan Faizah mula menegur.

“Tak elok bergaduh depan rezeki. Makan Dania!”

Dania mendengus kasar. Geram sebab ibunya menyebelahi Ariel! Dia kembali menyambung santapannya yang tergendala tadi. Hati dah sumpah seranah dah. Ariel pula dah ketawa dalam hati bila melihat reaksi Dania yang tengah marah. Comel!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...