RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 7 Februari 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!?- Prolog


Tahun 2013
            Ariel membersihkan pusara yang sudah lama ditinggalkan. Sudah lama dia tidak menjejaki pusara ini. Begitu banyak kenangan antara dia dan juga arwah. Ariel mencabut lalang dan rumput-rumput kecil yang sudah tumbuh meliar di atas tanah  pusara. Batu nisan yang sudah kekuningan ditatap pilu.
            "Papa, kita nak buat apa dekat kubur ni ye?" tanya Fatin Irdina, anak bongsu kesayangannya terpinga-pinga. Gadis kecil berusia 6 tahun itu hanya memerhatikan sahaja gelagat ayahnya yang sibuk membersihkan kubur di hadapan mereka.
            Ariel tersenyum. Diusap kepala anak gadisnya itu dengan lembut.
            'Takpe, dia belum tahu sepenuhnya. Biarlah, bukan sekarang masanya untuk diceritakan.' bisik hati kecilnya.
            "Sayang, mari kita baca al-fatihah?" ajak Ariel lantas mencapai tangan anaknya untuk mengajar gadis kecil itu menadah tangan.
            Fatin Irdina terkebil-kebil. Tidak faham namun dia ikut sahaja permintaan ayahnya. Ditadahkan tangannya dan duduk di sebelah Ariel.
            Ariel memulakan membaca al-fatihah dan selepas itu mencapai senaskah yasin dari dalam beg plastik yang dibawanya tadi. Dibaca surah yasin itu dalam keadaan tersedu-sedu. Setiap bacaan  menjadi tersekat-sekat. Dia sebak. Anaknya di sebelah mengerut dahi. Gadis itu bangun dan mendekatkan diri padanya.
            Fatin Irdina memegang kedua-dua belah pipi ayahnya.
            "Papa menangis?" tanya Fatin Irdina. Dia hairan. Dikesat air mata ayahnya dari terus mengalir. Kenapa tiba-tiba ayahnya menangis? Dia ada buat salah ke? Kubur siapa ni?
            Ariel memegang kedua-dua tangan anaknya itu.
            "Tak la sayang, air dari langit jatuh kena pipi papa." Ariel sekadar membuat lawak antarabangsa. Fatin tersengih.
            "Apa la papa ni. Mana ada air jatuh dari langit. Air hujan ada la.." perli Fatin Irdina. Ariel terkebil-kebil. Hilang sudah rasa sedihnya. Bijak sungguh anak kesayangannya ini. Sebijak ibunya. Ariel tersenyum sendirian. Dicium pipi Fatin sebelum kembali membaca surah yasin.
            "Papa jangan la menangis. kalau papa menangis, mesti orang dalam  kubur ni turut menangis.." pujuk Fatin Irdina. Walaupun  umurnya sudah  mencecah tujuh namun anaknya itu sangat bijak dalam berkata-kata. Ariel sekali lagi tersenyum.
            "Ok la! Papa tak menangis dah ok?"
            Fatin Irdina mengangguk senyum.
            "Jom, kita baca yasin sayang.."
            "Kenapa kita perlu baca yasin dekat kubur ni papa?"
            "Untuk mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan pahala kepada orang  yang telah meninggal dunia.." jawab Ariel.
            Fatin Irdina mengangguk lagi. Dia tersengih dan menampakkan gigi susunya yang tersusun rapi.
            "Oh, kalau  macam  tu  jom  kita kasik pahala dekat orang dalam  kubur ni papa." ajak Fatin membuatkan  Ariel tergelak kecil. Macam-macam kerenah anak dia yang sorang ni. Fatin menadah tangan. Tiba-tiba dia mengangkat muka memandang ayahnya. "Tapi Aten tak tahu baca yasin, papa.." kata Fatin dengan wajah masam.
            “Ok, biar papa baca. Aten tadah tangan je tau..” pinta Ariel. Anak kesayangannya itu hanya  mengangguk  perlahan. Setengah  jam  kemudian, mereka selesai membaca surah yasin dan berdoa akan kesejahteraan arwah.
            Ariel bangun lantas menggulungkan tikar getah dan disisipkan dicelah ketiaknya. Dia memegang tangan anaknya untuk beredar dari kuburan arwah isterinya itu. Baru sahaja seminggu arwah isterinya meninggal dan Fatin masih lagi tidak memahami. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menceritakan soal itu kepada anak tunggalnya itu. Nanti la. Satu hari nanti Fatin akan faham.
            Sebaik kakinya melangkah ke kereta, Ariel membuka pintu dan menyuruh Fatin Irdina masuk ke dalam. Belum sempat Fatin naik ke dalam kereta tiba-tiba..
            “Ariel?”
            Ariel menoleh ke arah seorang wanita yang memakai selendang, berbaju kurung berwarna biru dan bercermin mata hitam. Wanita itu tersenyum ke arahnya.
            “Kau Ariel kan?” tanya wanita itu sekali lagi.
            Ariel mengerut dahi.
Fatin Irdina juga hairan. Dia memandang ayahnya. Kemudian ke wanita itu semula.
            Wanita di hadapan mereka ini membuka cermin mata hitamnya.
            “Kau tak kenal aku ke?”
            Ariel terkejut.
            “Kau??.........”



4 orang beri kritikan::

norihan mohd yusof berkata...

best dek......

Cik Waniey berkata...

hehehe

Obat Tradisional Gold-G berkata...

keren sobb !!

saadiah abdul satar berkata...

Sapa yg tegur ariel tu ekk....ada smbg lg tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...