RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 7 Februari 2013

Versi Novel: Alamak Arziril ke Ariel!?- Sinopsis

Holla semua kengkawan! Now, Waniey akan perkenalkan cerita terbaru Waniey (takde la terbaru sangat tetapi telah dibarukan. Penuh emosi.. kelakar, marah, sedih semua ada!) Cerita ni Waniey bakal terbitkan nanti. Dah nak habis dah.. Come on come on!~ Hope, cerita ni dapat menarik minat kengkawan di sana di sana di saaannnaaaa!! Okeh la.. kita mulakan dengan sinosis dulu yek? Kejap lagi, Waniey sambung dengan Prolog! Support jangan tak support! Luv u all.. muaah!

Dania Amisya dan Mohd Azril b. Mohd Rashidi merupakan sahabat sejak kecil. Mereka membesar bersama dan menjalani hidup susah senang bersama. Sepanjang persahabatan mereka, Azril atau lebih senang dipanggil Ariel telah menyimpan perasaan kepada Dania sekian lama namun  tidak pernah  sekalipun dia mengungkap kata sayang kepada gadis itu.  Sewaktu zaman sekolah, Dania paling suka dengan tarian BREAKDANCE.
Helmi merupakan salah seorang pelajar yang paling digemari ramai kerana dia merupakan pelajar pertama yang membawa masuk tarian breakdance di sekolah. Dia juga terkenal di kalangan  pelajar sekolah  mereka. Sebut sahaja nama Helmi, pastinya gadis-gadis di sekolah itu ligat berbual mengenainya. Ariel sangat mengagumi Helmi dan bercita-cita untuk menjadi seorang penari seperti Helmi. Dia juga mempunyai impian untuk mengambil hati Dania yang ketika itu hanya memandang penari-penari breakdance sekolah sebagai pelajar kegemaran mereka.
Melalui pandang-memandang, jeling-menjeling.. Helmi dan Dania memulakan perhubungan. Namun, Helmi tidak menyukai Ariel dan dia tidak suka apabila melihat Dania begitu rapat dengan Ariel. Dek kerana hasad dengki dan iri hati, dia sedaya-upaya cuba memisahkan hubungan Dania dan Ariel.
Disebabkan kerana satu kemalangan, hubungan Dania dan Ariel semakin renggang. Dania membenci dan memulaukan Ariel bertahun lamanya. Namun, kehadiran Arziril Ryan dalam hidup mereka kembali menyatukan persahabatan mereka. Siapakah Arziril Ryan? Apakah kaitan antara Ariel dan Arziril? Adakah orang yang sama ataupun berbeza? Siapakah punca yang menyebabkan kemalangan kepada Dania? Apakah kesudahan cinta mereka? Mampukah Ariel memikat hati Dania? Bagaimana pula dengan Helmi?
Kau ingat kau rap sana sini aku boleh suka dekat kau?
Maybe tak suka, tapi kau boleh jatuh cinta kan?
Oh please

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...