RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 16 Januari 2013

Cerpen: Sakaratulmaut

Lamanya tidak mengupdate cerita dalam ini blog. Hehe.. Tetapi entah kenapa waniey rasa nak bercerita pasal tajuk ni hari ni.

Semalam, Waniey berborak dengan kawan ofis Waniey. Beliau baru sahaja kematian ibu hari Khamis malam Jumaat yang lalu kerana penyakit kencing manis. Beliau seorang datin tetapi datin yang sangat friendly dan baik. Sewaktu beliau bercerita, boleh terasa betapa sedihnya seorang anak apabila melihat seksa sakaratulmaut di hadapan mata.

Ibunya pada awalnya dimasukkan ke hospital tetapi beria-ia hendak balik. Mungkin sudah tahu ajalnya akan sampai. Tergerak hati untuk menulis sebab Waniey nak share perasaan datin itu dengan kawan-kawan. Tergerak juga hati untuk membaca tanda-tanda 100 hari sebelum kematian. Dan Waniey termenung sendirian. 

'Ya Allah, dosa aku terlampau banyak. 
Takut tak sempat bertaubat sebelum sampai ajalku.'

Cerita datin ni buat Waniey insaf. Datin juga insaf dan mengucap banyak-banyak. 
Ok la, tak mahu melalut, kita sambung cerita lagi. 
Sewaktu arwah ibunya sedang nazak, beliau dan kakaknya mengucap di telinga kiri dan kanan, Allah.. Allah.. Allah.. mata ibunya memandang ke atas. Ketika itu dia nampak roh ditarik dari jasad.

Bagaimana? 
Bermula dari hujung kaki.. hujung jari kaki yang pada asalnya tegak ke atas akhirnya kendur dan jatuh ke bawah.. Selepas itu, naik ke peha.. perut.. dada.. Kebetulan Datin itu memegang tangan arwah ibunya, tangan yang pada awalnya panas, terkulai dan mula sejuk. Namun, dia memandang arwah ibunya masih memandang ke atas. 

Pabila roh ditarik sampai ke halkum, kedengaran bunyi errghhh erghhh erghhhh..... seperti bunyi ayam / lembu disembelih. Terseksanya saat roh di hujung jasad. Kepala arwah ibunya terangkat. Saat itu Datin berpaling kerana tidak sanggup melihat kesengsaraan sakaratulmaut. Bila roh 100% keluar dari jasad, mata tertutup dan kepala terkulai layu dan saat itu kakaknya berkata:

"Kenapa dada mak tak bergerak ni?"

Innalillahiwainnailaihirrajiun...

Saat itu Datin tu memaling semula ke arah ibunya. Dia menangis. Sudah sampai ajal. Dia akan pergi jua. Kita yang masih hidup ini, teruskan beribadat kepada Allah.

Pernahkah kita berfikir? Bagaimana kita mati? Bagaimanakah malaikat menarik nyawa kita? Sejak dua menjak ni, kedengaran seperti angin di sebelah telinga kiriku dan aku pasti akan terfikir, daun siapakah yang sudah luruh terkena daun aku ni? Kaki menggigil. 

Kalau kita banyak dosa dan tak sempat bertaubat, kita tak mungkin akan dapat pulang ke dunia kembali walaupun kita merayu kepada Allah kerana Allah sudah memberi peluang kepada kita untuk kembali ke jalan yang benar sepanjang hayat kita. 

Waniey tengok video saat mayat dikebumikan di kubur, Waniey terfikir. 
Nanti bila kita keseorangan, ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir sejurus 7 langkah manusia meninggalkan kubur kita, mampukah kita menjawab? 

"Siapa tuhan kamu?"
"Siapa nabi kamu"
"Apa agama kamu?"
"Apakah kiblat kamu?"
"Apakah pegangan iktikad kamu?"
"Siapakah saudara kamu?"
"Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?"

Mampukah kita menjawab? 
Saat itu, hanya lidah ini yang akan berkata-kata sendiri bukan melalui akal fikiran lagi.
Tidak boleh jawab, satu pukulan menembusi tanah bumi, retaknya tulang, dan saat itu kita meraung kerana tidak tahan menanggung seksaan kubur. 
Dan selepas itu malaikat pasti berkata,
Tunggulah pembalasan hari akhirat nanti dan ketika itu orang yang tidak beriman akan berdoa agar lambatkanlah hari akhirat kerana takut mendapat pembalasan.
Manakala orang yang beriman pastinya akan dapat menjawab semua soalan kubur dan berdoa semoga dipercepatkan hari khiamat.

Ya Allah, takutnya aku!~
Banyak benda yang kita buat kat dunia ni melanggar hukum Allah.
Tapi kita butakan hati, hilangkan minda, pura-pura bodoh.
Kita tahu benda tu jahat tetapi kerana tamak, kita buat juga.
Kenapa?
Sebab hati kita dah tertutup, hilangnya hidayah dan terlampau kejar syurga dunia dari syurga akhirat.
Tapi pernahkah kita tahu, syurga dunia tidak selamanya?
Kenapa perlu kita kejar?
Kenapa perlu kita bangga?

Kawan-kawan, kita ni banyak dosa.
Ya, manusia tak boleh lari dari melakukan dosa sebab itu adanya 
'TAUBAT', adanya 'HIDAYAH', adanya 'KEINSAFAN'.

Waniey bukannya nak tunjuk baik, tapi Waniey nak jadi baik.
Marilah kita sama-sama mengejar syurga Allah.
Tak perlu sampai berjihad, berdemonstrasi bagai,
cukuplah kita tak tinggal:

Solat 5 waktu sehari semalam
Berbuat baik kepada ibu bapa dan suami
Bersedekah dan amal jariah
Menjaga mulut, hati dan kelakuan

Semoga cerita di atas menjadi pengajaran buat kita.
InsyaAllah. =)

2 orang beri kritikan::

norihan mohd yusof berkata...

salam dek waniey...akk pun pernah gak menghadapi situasi yg same...disamping arwah suami ketika sakratulmaut dtg mencabut nyawa...arwah tk azab dek tika menghembus kn nafas...berakhir nye nafas arwah dihembus melalui mulut dek hampir tk perasan tau2 dah terkulai..tp sebelum ajal tulh yg tk sanggup akk hadapi dek arwah hanya mengerang sakit yg amat pd perut sampai minta biar lh ALLAH cabut nyawa nye dari merase sakit teramat puas akk dn kaum keluarga ikhtiar dek...ustaz pun dtg membantu namun tulah kuasa yg maha ESA tiada sape dapat membantu tika ajal mu meniti hanya lh segale ape yg kamu laku kn semase hayat mu..yakni amal ibadat mu..dari malam jam 10 arwah hanya mengerang sakit perut hingga lh 7pg..arwah menghembus kn nafas ngan tenang pd jam 8pg.namum masih sempan berpesan pd ank sulung akk'jaga mk ngan adk ganti kn tempat abah'tu lh yg akn akk kenang hingga akhir hayat dek..

Cik Waniey berkata...

sama macam arwah atok wani. arwah atok dulu xnmpk ketara yang dia nak meninggal. mak tok wani cite, malam tu arwah atok wani just ngadu.. sakit perot yang teramat, lepas tu dia sesak.. terus meninggal dunia. tapi arwah meninggal dgn cara mcm akak cite la. tgk2 dh terkulai.. ajal ni kak memang kita xleh nak bajet bila. hanya Allah yang tahu. even kita sihat pon bila2 akan smpai ajalnya. tapi arwah atok wani seorang yang sgt baik dan ramai org senang dgn dia.semua kenangan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...