RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 23 Mei 2012

Hello Mr Perfect 23

BAB 24
TAHUN 2001

            Alya sedang membelek buku rujukannya di laluan fakulti sementara menunggu Isma dan Hana turun dari bilik pensyarah untuk menghantar assignment. Mereka baru sahaja selesai menyiapkantugasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Jamilah di library tadi. Hari ini dah due date. Fauzi pula sudah lama pulang ke kolejnya.
            Ramai sungguh pelajar hari ini. Maklumlah, hari ni hari Isnin. Hari pertama kuliah setelah bercuti hujung minggu selama dua hari. Masing-masing sudah mula malas untuk ke kelas. Kawasan yang Alya duduki itu merupakan laluan utama pelajar untuk ke arah tujuanmereka. Ada yang berkejaran ke kelas, ada yang ke cafe, dan ada juga yang sekadar bersantai bersama rakan-rakan.
            Sekali lagi Alya terserempak ke arah Izzul yang sedang berjalan laju. Mukanya begitu serius! Seorang pelajar lelaki mengejarnya sambil namanya dipanggil. Izzul memberhentikan  langkahnya dan mendengus kasar.
            “Apesal!?” marah dia. Izzul ni setiap kali dia jumpa pasti tengah bad mood. Kalah perempuan yang datang bulan.
            “Apa masalah kau, Izzul!? Design yang aku buat tu apesal kau reject? Ketua apa kau ni!? Seharian aku buat senang-senang kau buang macam tu, jek!” marah kawannya itu. Alya hanya memerhati sahaja. Segera di memakai hood baju sejuknya agar Izzul tak nampak kehadirannya di situ.
            Izzul ketawa sinis.
            “Beb, kalau itu hasil kerja kau.. Aku rasa kau tak layak jadi arkitek, la! Cuba kau tengok balik design tu apa yang problem. Kalau ni projek besar, tak mustahil bangunan yang kau design tu boleh senget, faham! Buat kerja tu biar elok. Biar sempurna! Jangan buat kerja hanya untuk siap je!” tegur Izzul tegas lalu meninggalkan lelaki itu yang sedang berang.
            “Sempurna konon! Wei blahlah! Boleh berambus dengan kau punya sempurna!” tempik lelaki itu lalu meninggalkan tempat itu. Pandangan pelajar di situ tidak dilayan. Alya menggelengkan kepalanya. Matanya membulat apabila melihat Izzul bergerak menghampirinya. Segera dia menutup sedikit mukanya dengan hood baju. Dalam hati berdoa agar lelaki itu tidak nampak akannya.Malangnya Izzul berhenti dan betul-betul duduk di sebelahnya. Alya menundukkan mukanya. Buku rujukan di tangan pura-pura dibelek.
            “Huh! Design macam taik, ada hati nak jadi arkitek!” rungut dia sendirian. Alya hanya diam membisu. Apalah salahnya member lelakinya tadi. Alya mengerling sedikit melihat aksi Izzul yang sedang leka membelek telefon bimbitnya. Kemudian dia membuat panggilan dengan seseorang.
            “Assalamualaikum, sayang.. dekat mana? Abang dekat fakulti lagi ni. Kejap lagi abang gerak ambil sayang dekat kolej, ye? Ok, tunggu sana. I’m on my way. I love you sayang.. Bye!” kata Izzul dengan penuh romantik. Alya hanya mendengar sahaja Izzul berayat-ayat jiwang dengan aweknya yang gedik tu. Dari situ dia dah buat andaian..
‘Izzul walaupun dia tegas dan sombong tetapi dia sememangnya seorang yang sangat romantik. Maybe baik? I guess!’ bisik hati kecilnya. Senyuman kecil terbit di bibir comelnya itu.
            Tiba-tiba..
            “El!” panggil Hana. Mata Alya dah buntang. Alahai minah dugung dua orang ni! Keluh hatinya. Izzul di sebelah sudah memandang ke arahnya apabila mendengar nama ‘El’ disebut. Wajahnya masih serius. Alya sudah meletakkan jari telunjuk ke bibirnya supaya menyuruh kawannya itu berhenti menyebut namanya. Dia tak mahu lelaki itu tahu dia di situ.
            Hana dan Isma menghampirinya. Wajah mereka berseri-seri.
            “Abang Izzul!” jerit mereka teruja. Macam obses pada makhluk di hadapan mereka pulak. Izzul hanya tersenyum sahaja. Seolah-olah senyum paksa. Dia malas nak melayan kawan-kawan Alya itu.
‘Yelah, taste dia kan yang lawa-lawa tahap model je. Mana nak layan budak-budak chubby dan gemuk macam Hana dan Isma tu. Aku ni pakai ala-ala lelaki pun dia boleh selamba kutuk, inikan pulak Hana dan Isma. Jangan ada perang dunia ke-4 lepas ni sudah la!’ kutuk Alya lagi.
            “Abang Izzul jumpa El, ke?” tanya Isma membuatkan Izzul mengerut dahi.
            “El?” dia hairan. Alya mengetap bibir. Masing-masing memandang ke arah Alya. Kenapa budak ni siap menyembunyikan muka dia dalam hood tu? Izzul memandang ke arah budak di sebelahnya. Dia menarik hood di kepala Alya sehingga menampakkan kembali wajah Alya dan rambutnya yang sudah kusut-masai. “Hoh! Kau rupanya!” tempik dia. Pekak telinga Alya jadinya. Lama juga tak nampak mamat jambu ni. Tak sangka jodoh mereka masih kuat.
            “Weih, kalau kau tak menempik sebelah telinga aku boleh, tak!? Pekak tau, tak!?” marah Alya. Izzul tersenyum sinis.
            “Apa nama sebenar dia?” tanya Izzul pada Isma.
            Belum sempat Isma menjawab, Alya sudah memotong.
            “Tak usah kau nak tahu nama aku. Panggil aku El jek!”
            Senyum sinis lagi. Makin geram Alya tengok. Rasa macam nak kasik flying kick je dekat muka mamat sebelah dia ni. Lelaki itu sedang belek handphone di tangan. Macam menaip sesuatu.
            “El.. dah la tu! Jom.. ” ajak Hana pula lalu menarik tangan Alya jauh dari Izzul. Kang kalau dibiarkan tentunya perang dunia meletus balik. Alya mendengus. Tiba-tiba Izzul memanggilnya.
            “Bro, El! Ooppss..” dia sengaja menutup mulutnya konon-konon tersalah cakap. Alya geram! Dia kembali melepaskan tangannya dari tarikan Hana. Mereka berdua cemas. Nak bergaduh ke? Alya memandang tajam ke arah Izzul. Apabila Izzul berdiri, ketinggian lelaki itu memaksa Alya mendongak sedikit. Mukanya merah menahan marah. Izzul masih lagi berwajah selamba. Seolah-olah tidak bersalah.
            “I’m a girl! Not boy! Nak kena belasah dengan aku ke!?” marah Alya. Segenggam penumbuk diunjukkan betul-betul ke muka Izzul. Lelaki itu ketawa sinis. Lalu dia meletakkan tangannya di atas kepala Alya seolah-olah mengukur ketinggian wanita itu. Alya bengkek!
            “Sebelum kau nak belasah aku, sila lihat ketinggian dulu. Tak sedar dengan pendek, badan pulak kurus kerempeng macam ni ada hati nak belasah aku! Baguslah kalau sedar diri tu perempuan, ingat dah confirm tukar jantina! Kau ni kalau jadi lelaki macammana sekalipun, kudrat kau tu tetap kudrat perempuan! Sedar-sedar la weih!..” semakin kuat ketawa dan ejekan Izzul padanya. Alya bengang lantas ditendangnya kaki lelaki itu. Izzul menjerit menahan sakit. Dia duduk melutut menghilangkan rasa sakitnya. Mukanya menjadi bertambah bengis. Hilang sudah kekacakkan wajahnya bila dia membuat muka sebegitu. Alya tersenyum. Puas hati dia!
            “Apa macam? Sakit tak!? Ni la kudrat perempuan untuk lelaki macam kau!” perli Alya dengan muka tersenyum sinis. “Suka hati aku la nak jadi apa, pun! Ada susahkan kau!? Hello Mr. Perasan Bagus a.k.a Mr. Perfect, kau ingat kau tu sempurna sangat ke!? Boleh jalan la!!!!” tambah Alya lagi. Dia menempik ke telinga Izzul membuatkan lelaki menutup telinganya. Geram! Kali ini dia memijak sekuat-kuatnya pula kaki Izzul membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan di situ. Alya segera meninggalkan Izzul dengan muka puas! Puas sebab dapat buat lelaki itu sakit. Biar mamat tu rasa sakitnya hati dia ketika itu.
            “Nasib kau tu perempuan.. aku tak nak pukul kau! Tapi lepas ni jangan sesekali kau wujud depan aku! Kalau tidak, siap kau!” marah Izzul membuatkan Alya mencebik.
‘Buat la! Ada aku kesah!?’ bisik hati Alya.
“Whatever!” Alya sengaja membuatkan Izzul bertambah berang. Dia melambai-lambaikan tangan ala-ala puteri raja melambaikan tangan ke arah rakyatnya. Hana dan Isma tercengang melihat adegan itu di hadapan mereka. Biar benar Alya? Sungguh berani...... Kesian Izzul.. hilang macho dia.... huhuhu..
“Tak payah nak tunjuk kuat kalau diri sendiri tu masih seorang perempuan! Belajar-belajar la insafkan diri. Jangan cuba menguji kejadian Tuhan!” tegur Izzul dari jauh. Alya hanya diam membisu. Tidak mahu mengambil port kata-kata itu.
Langkah mereka semakin jauh meninggalkan Izzul.
Isma menegur Alya.
“El, kau tak takut ke kalau-kalau dia ambil tindakan pada kau nanti?”
Dia risau sahabatnya ini bakal dibuang kolej. Izzul tu bukan calang-calang orang. Anak Dato’ Seri lagi. Karang tak pasal-pasal kawan dia ni masuk bilik disiplin.
“Aku peduli apa! Janji aku puas! Orang macam tu memang patut diajar dengan cara macam tu! Biar dia sedar sikit!” tungkas Alya geram. Kawan sendiri pun tak support member! Apa kes?
“Tapikan aku rasa betul juga cakap dia tu. Kau ni kasar sangat la, El. Cuba jadi perempuan sikit. Mana tahu, kau ni betul-betul lawa ke? Kau kena ambil kutukan mamat tu tadi sebagai api semangat untuk kau berubah!” sampuk Hana pula.
“Betul-betul...” sahut Isma. Alya diam.
“Nanti-nantilah! Aku akan berubah.. Tapi bukan sekarang.. Sampai masa aku akan berubah...” balas Alya acuh tak acuh. Langkah mereka semakin laju. Penat bergaduh rasanya. Apa taknya... bila bergaduh, kita bermain dengan emosi dan perasaan. Kadang-kadang boleh penat jadinya.
Namun, dia terpujuk dengan kata-kata Izzul itu.
‘Tak payah nak tunjuk kuat kalau diri sendiri tu masih seorang perempuan! Belajar-belajar la insafkan diri. Jangan cuba menguji kejadian Tuhan!’
Benarkah dia sudah menguji kejadian Allah?

15 orang beri kritikan::

NurAtiZa berkata...

Best....
Tak sangka Alya dulu ganas...hehehe

iyads berkata...

what will happen when Izzul notice that Aliya, his wife is actually El?? can't wait for the new entry..

man berkata...

ganas..heheh

everything about mylife berkata...

kak waniey bila nak update g ne.. x sabar nak tahu ceta selanjut nyer.. hehe hmm. :(.. rindu da nak smbung baca ceta ne.. anyway.. bila novel ne akan diterbitkan..????

Cik Waniey berkata...

insyaAllah bulan 7 ni kuar... hihihi.. =)

Tanpa Nama berkata...

bulan 7 nie novel nie dah kluar... kluar penerbit mana ye....

Cik Waniey berkata...

kaki novel.. hehehee

che wan nur maisarah berkata...

dh x de sambungan dh ke?

Tanpa Nama berkata...

aka , sambungan takde ke ?
puas mencari tak jumpa.
saya dah baca sampai habes novel nie.
tapi , mohon aka buad sambungan lah ea ?

siti noorzana berkata...

Eh sambungan dia tk de ke ?? Bru nk thu kesudahan nye urmmm

Cik Waniey berkata...

sambungannya... beli la novl y di pasaran... hik3 ^^

Isha Zati berkata...

Alah..sambungan kena beli novel..:-S

lisa berkata...

So sweeeett larhhh....

Tanpa Nama berkata...

kak waniey. macam mana nak jadi novelis? Kalau kak waniey tak kisah, kongsilah pengalaman dan pengetahuan kak waniey pada saya. saya ada karya, tapi tak tahu macam mana nak bukukan. tolong, ya kak waniey. kak waniey boleh tulis caranya di fb saya. nama fb saya elya zaleeya.

Tanpa Nama berkata...

kak waniey. macam mana nak jadi novelis? Kalau kak waniey tak kisah, kongsilah pengalaman dan pengetahuan kak waniey pada saya. saya ada karya, tapi tak tahu macam mana nak bukukan. tolong, ya kak waniey. kak waniey boleh tulis caranya di fb saya. nama fb saya elya zaleeya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...