RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 4 Mei 2012

Hello Mr Perfect 22

BAB 22

           Sewaktu Izzul masuk ke dalam bilik, Alya sedang sibuk mengemas bajunya dan baju Izzul ke dalam beg. Lagi dua jam mereka dah kena berangkat ke Senai International Airport. Dia mencari Amilia di dalam bilik namun kelibat adik bongsunya itu langsung tidak ada.
“Mana Amilia?” tanya Izzul. Alya hanya tersenyum.
“Lia baru je balik bilik dia...” jawab Alya perlahan.
“Kata tadi nak bantu Alya mengemas?”
“Alya yang tegah dia dari tolong Alya. Benda senang macam ni, Alya seorang dah boleh buat” balas Alya lagi.
“Maafkan abang pasal mama tadi..” pinta Izzul perlahan. Dia masih berdiri di hadapan wanita itu. Alya tersenyum.
“Takpelah, abang. Memang mama layak bertanyakan soal itu pada Alya. Lagipun, Alyakan dah jadi menantu dalam rumah ni. Mertua kena tahu segalanya tentang menantu mereka” ujar Alya seolah-olah redha sahaja.
“Tapi abang tak suka cara mama menyoal Alya tadi. Begitu sinis! Nasib Amilia tolong..” sambung Izzul lagi. Alya diam sahaja. Tidak mahu bercakap lebih soal itu. Dia ingin lupakan.
“Hem.. mana abang dapat gambar, passport dan details pasal Alya untuk buat visa?” tanya Alya tiba-tiba. Persoalan itu dari tadi berlegar-legar dibenak fikirannya. Izzul ketawa.
 “Sayang lupa ke? Kan abang ada mintak gambar dan passport Alya masa kita pergi kursus kahwin hari tu? Pasal details Alya tu, abang ambil je details calon yang Alya hantar pada Arif dulu..” jawab Izzul tersengih.
Baru Alya teringat sewaktu mereka berdua pergi kursus kahwin hari itu. Entah apa mimpi si Izzul meminta gambar dan passport dia. Tapi yang hairannya, takde pulak dia mahu bertanya Izzul soal itu. Sekarang baru dia tahu! Bagus sungguh surprise yang Izzul buat untuk dia, ye? Hem..passport dia pun Izzul tak kembalikan lagi. Hem..
            Izzul bergerak lalu duduk di sebelahnya di atas katil itu. Dia memandang tepat ke arah Alya yang sedang leka melipat kain. Alya resah lalu bangun dari dudukan. Dia agak tidak selesa apabila Izzul duduk di sebelahnya. Alya bergerak ke almari untuk mengambil sebahagiaan lagi baju Izzul.
            “Kenapa Alya lari dari abang?” tanya Izzul tidak berpuas hati. Wanita itu seperti tidak menginginkannya.
            “Err... Alya ada kerja ni, bang. Bukan nak lari dari abang...” bohong Alya. Degupan jantungnya semakin laju apabila Izzul turut bangun dan bergerak mendekatinya. Ini yang paling ditakuti Alya apabila dia berdua-duaan dengan Izzul di dalam bilik ini. Izzul cuba mengambil peluang ke atasnya.
Tiba-tiba tangan Izzul melingkari pinggang Alya. Alya menjadi gugup. Dia semakin risau. Tangan yang penuh dengan baju tidak mampu dipegang dengan kuat. Dia resah. Nak ditolak, dia tak nak menjadi isteri derhaka lagi. Dia kena sedar yang dirinya kini sudah menjadi milik lelaki yang memeluknya itu. Alya menutup matanya. Relakan apa yang ingin Izzul lakukan. Tiba-tiba.. Cuupp! Bibir lelaki itu sudahpun melekap di pipinya. Agak lama. Kemudian, Izzul berbisik ke telinganya.
“Dari tadi abang geram tengok Alya tapi abang tahan sahaja sebab kita berdepan dengan papa, mama, Arif dan Amilia. Dan sekarang, hajat abang tercapai sedikit walaupun tidak sepenuhnya!” sekali lagi pipinya dicium dan dengan selamba Izzul meleraikan pelukannya lalu bergerak ke bilik air. Muka Alya merona merah. Dia terpana seketika.
*****
            Ain semakin bengang apabila mengenangkan dengan apa yang dilakukan oleh Izzul terhadapnya. Lelaki itu sememangnya gemar bermain dengan api. Apa sudah bencikah lelaki itu padanya. Dia tahu dia salah kerana pernah memainkan perasaan lelaki itu suatu ketika dulu tetapi diakan telah insaf!? Insaf ke?
            Hari tu selepas pulang dari kenduri Izzul, dia sekali lagi cuba memujuk lelaki itu. Mana la tau kalau-kalau lelaki itu sudah lembut hati. Boleh la dia cuba nasib untuk masuk jarum. Tetapi yang dia dapat bukan ayat-ayat yang lembut, hanya kata-kata hina dan nista. Malu juga dia time tu. Rasa nak menangis pun ada bila diherdik sebegitu rupa.
            Dia tersenyum. Walaubagaimanapun, akhirnya dia tahu tujuan Izzul mengahwini Alya bukanlah kerana lelaki itu mencintai isterinya tetapi hanyalah untuk melupakan dia dan buang dia jauh-jauh dari hidup lelaki itu. Sengaja lelaki itu membuatnya cemburu apabila melihat kebahagiaan mereka. Kononlah, bahagia! Namun dia yakin, Izzul masih lagi menyayangi dirinya.
Hari itu dia sempat menghantar mesej kepada Alya. Dia mendapat nombor itupun melalui invitation mereka di dalam facebook. Dia puas walaupun dia tahu percubaan pertamanya tidak nampak hasilnya. Namun dia yakin yang Alya kemungkinan cemburu ataupun sangsi akan kasih sayang Izzul terhadapnya sekarang ni.
            Kemudian, dia memandang geram pada mesej yang pernah dihantar oleh Izzul kepadanya sewaktu menjemputnya ke majlis perkahwinan dia dengan perempuan itu. Sungguh sinis sekali. Dah la hantar melalui mesej sahaja, bukannya kad jemputan. Nampak sangat tidak ikhlas.
As-Salam, anda dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Izzul Islam & Alya Adryana pada 10 Julai 2011 bermula pukul 11.30 pagi sehingga 5.00 petang.Terima kasih!
            Namun bila dibalas, langsung lelaki itu buat bodoh sahaja. Geram betul Ain! Teringat dia saat bertemu dengan lelaki itu suatu ketika dulu. Di kolej UTM, percintaan mereka bermula. Pada waktu itu sememangnya Izzul menjadi pujaan ramai. Di mana sahaja orang akan bercerita tentang Izzul. Setiap hari akan ada surat-surat cinta dilayangkan oleh pelajar perempuan kepada Izzul. Namun semuanya seperti pungguk rindukan bulan. Setiap helaian surat tidak satupun dibalas. Izzul seorang yang serius tetapi tarikan pada wajahnya bakal menggoncangkan jiwa setiap wanita yang memandangnya. Aura kejantanannya begitu menyerlah membuatkan pasangan kekasih pun boleh bergaduh sebab Izzul.
            Nurul Ain, seorang wanita yang juga cantik. Berkulit putih dan mulus, berambut alun yang diwarnakan keperangan, alis mata yang tebal, bibir yang merekah dan badan ramping umpama model telah dipaksa oleh Rahim yang merupakan kekasihnya sewaktu di sekolah dan juga pelajar Jurusan Mekanikal di situ untuk memikat hati Izzul. Ain memang seorang penggoda yang terbilang. Even sekali pandang sahaja, dia mampu mencairkan hati lelaki. Kesempurnaan yang ada pada Ain mampu mencairkan hati Izzul.
            “I nak you pikat mamat yang tengah membaca buku dekat taman tu!” arah Rahim sewaktu mereka jogging bersama di kawasan UTM. Ain yang ketika itu berlari setempat kini berhenti dan berdiri kaku.
“For what!?” tanya Ain tidak berpuas hati. Diakan sudah ada Rahim, kenapa perlu mencari yang lain?
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia mengusap lembut wajah Ain yang berpeluh itu.
“Untuk duit la, sayang. You know, he is too famous in here! Bapak dia tu ada banyak tanah, projek melimpah ruah, you rasa kalau perempuan kahwin dengan dia.. habis tak makan sampai 7 keturunan sekalipun?” Rahim cuba bermain tarik tali dengan Ain.
“Then you nak I buat apa? Pikat dia?” Ain tak mahu Rahim cakap pusing-pusing. Staright to the point je, la!
Rahim tersenyum sinis.
“If you can... try pikat dia, then kikis duit dia sedikit demi sedikit. Mana tahu, duit dia tu kita boleh enjoy!?” Rahim memberi idea.
“Tak naklah!” tolak Ain. Dia memeluk tubuh merajuk. Dia tak mahu dipergunakan hanya untuk kepentingan Rahim sendiri. Rahim memujuknya.
“Please sayang, I yakin you boleh buat! Dia handsome, banyak duit.. you tak nak!?” uji Rahim membuatkan Ain mengeluh.
“Memang la handsome, banyak duit.. but he is too bored la! You see, time-time macam ni kita lepak-lepak.. enjoy ourselves.. but dia duduk sorang-sorang kat situ, melayan perasaan sambil baca buku. Oh.. please! Boring betul hidup dia I tengok!” kutuk Ain. Rahim hanya ketawa sahaja.
“Itu la life orang kaya! You jangan pening-pening kepala fikir soal itu! You terima je cabaran I ni! Then, bila duit kita berkepuk-kepuk nanti... kita boleh gunakan duit tu untuk diri kita. Pergi bercuti ke? Pergi melancong, ke? Is that too heaven for us!?” pujuk Rahim lagi membuatkan Ain berfikir sejenak. Kemudian dia tersenyum. Setuju dengan cadangan kekasih hatinya itu.
“Then, go! Good luck, sayang!” ucap Rahim dan Ain membuat tanda ‘ok’ sebagai tanda ‘small matter’.
Ain mendekati Izzul yang sedang leka membaca novel Inggerisnya. Lelaki itu begitu kacak sekali. Memakai cermin mata yang menyerlahkan lagi kematangan dan keseriusan wajah lelaki itu.
“Err hai?” tegurAin. Izzul terkejut sedikit lantas memandang ke arahnya. Ain terpana! Memang betul kata orang, Izzul ada aura tersendiri yang mampu memikat wanita tanpa melakukan apa-apa. Ain hampir tergoda namun dia cepat-cepat menyedarkan dirinya dari terus hanyut dek panahan asmara dari mata lelaki itu. Niatnya cuma satu, DUIT!
“Hai........” jawab Izzul lantas mempamerkan senyuman yang cukup manis dan menarik. Kemudian dia sambung membaca.
“You sorang je ke kat sini?” tanya Ain memanjangkan boraknya. Dia duduk di sebelah Izzul. Lelaki itu seperti bergerak ke tepi sedikit. Mungkin agak tidak selesa apabila Ain duduk di sebelahnya. Ain cuma tersenyum sumbing.
“Yup!” balas Izzul pendek. Ain mengeluh. Bosannya mamat ni! 10 patah aku tanya sepatah je dia jawab? Izzul sedang asyik menyambung bacaannya yang tergendala. Ain cuba mencari jalan untuk mengorat lelaki di sebelahnya ini.
“You memang suka baca English Novel, ye?” Ain cuba memancing.
Izzul mengangkat mukanya lalu memandang Ain. Dia senyum lagi.
“Yes! Since I am eleven! My parents encouraged me to read the book since childhood” jawab Izzul lagi. Ain tersenyum.
“Ooo.. Me loves too...” bohong Ain. “What kind of fiction do you like?” tambah dia lagi.
“Hem... something motivated, horror... ” ketara wajah lelaki itu nampak begitu excited. Ain berjaya! Lelaki itu sudah tertarik untuk berbual dengan. Ain dah tersenyum riang. Jerat dah mengena. “By the way, what’s your name?” tanya Izzul.
“My name is Nurul Ain.. Just call me Ain!” balas Ain tersenyum. Lantas tangannya dihulurkan untuk bersalam dengan lelaki itu.
Izzul mengangguk lalu membetulkan cermin matanya.
“Izzul....” Izzul memperkenalkan dirinya. Huluran tangan disambut. Maka bermulalah detik percintaan antara Ain dengan Izzul.
*****

            Krrrinnnggg... Ain terjaga dari tidur. Dia bermimpi rupanya. Kemungkinan masih teringatkan detik perkenalan dia bersama Izzul suatu ketika dulu sampai terbawa ke mimpi. Ain mengambil jam loceng lalu ditekan punat untuk memberhentikan bunyi loceng itu. Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Terasa malas untuknya bangun mandi. Kalau la dunia ni semua benda free, tak payah dia susah payah bekerja untuk mendapatkan duit. Ain menggeliat untuk merenggangkan ketegangan uratnya. Lantas dia mengambil tuala untuk mandi.

Ain merasai kesegaran di bawah deburan air shower yang mengalir ke tubuhnya. Dia menutup mata untuk menikmati kesegaran mandi pagi. Selesai mandi, Ain terus mencapai blouse hijau lumut dan seluar slack warna hitam. Hari ini dia serba ringkas. Tugas sebagai seorang business woman memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Hidupnya dengan kerja.. kerja.. kerja. Dulu, sejak bercinta dengan Izzul, dia sering dihamparkan dengan kemewahan lelaki itu. Apa sahaja yang dia mahukan pastinya tercapai. Izzul tidak pernah menolak atau membangkang setiap permintaannya. Namun, walaupun dia diberikan segala kemewahan itu dia tidak bahagia. Dia cuba untuk menyintai Izzul tetapi sayangnya pada Rahim melebihi segalanya.
Tapi cintanya itu satu jerat. Rahim hanya mempermainkan perasaannya. Habis sahaja belajar, dia memutuskan hubungannya dengan Izzul membuatkan lelaki itu begitu menderita. Saat lelaki itu cuba menghubunginya merayu agar dia pulang kepangkuan, Ain seperti tidak bersalah. Dia tidak pernah sekalipun mengangkat atau membalas mesej Izzul yang mengandungi ayat-ayat pujuk rayu. Mungkin itu balasan Tuhan padanya kerana mempermainkan perasaan Izzul. Cinta yang dicarinya adalah cinta Izzul, bukan Rahim.  Rahim berhutang dengan lintah darat dan hampir menjual dirinya kerana tidak mampu melunaskan hutang. Dirinya juga telah ternoda dan pernah mengandungkan anak luar nikah. Tiada cara lain, dia terpaksa menggugurkan kandungan itu untuk menutup malu.
Ain memulakan penghidupan yang baru. Dia mahukan yang terbaik untuk dirinya. Namun bisnes yang diusahakan mengalami masalah. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuknya menyelesaikan masalah sampailah dia bertemu semula dengan Izzul sewaktu di restoran.
Usaha Ain untuk memiliki Izzul tidak berjaya. Dia cuba menarik perhatian lelaki itu namun tetap sama. Saat dia dihalau dari pejabat Izzul buat Ain malu pada dirinya. Dia cuba mencari ketenangan dengan bersosial. Pergi clubbing dan keluar dengan sesiapa sahaja lelaki asalkan dia dibayar. Kadang-kadang biladifikirkan dia tak ubah seperti GRO mahupun pelacur. Namun, dia tidak kisah semua itu kerana dia sememangnya sudah dibuang keluarga dan hidup sendirian di kota Johor Bahru ini. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan dia dapat meneruskan hidup.
Ain mengambil sebatang rokok lalu dinyalakan dan dihisap dengan penuh kenikmatan. Saat dia tertekan, pastinya rokok menjadi peneman. Dia kini sudahpun menjadi perokok tegar. Kadang-kadang dia menyesali dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Andai kata dia memilih Izzul, pastinya hidup dia sekarang sudahpun bahagia. Tetapi pilihannya salah dan dia sudah mendapat balasannya. Lelaki itu seakan-akan sudah membuangnya jauh. Namun dia yakin lelaki itu masih sayangkannya. Kalau tidak, masakan sampai sekarang lelaki itu masih belum berkahwin?
Sakit hatinya terbit apabila dia melihat Izzul bersama seorang perempuan. Wajahnya ada iras dia. Cuma bezanya, wanita itu lebih sopan darinya. Memakai tudung dan cukup ayu. Timbul rasa cemburu apabila melihat Izzul begitu mesra memeluk pinggang wanita itu yang dikatakan tunangnya. Kesilapan berlaku kerana pertemuan mereka terjadi sewaktu dia bersama ‘client’nya keluar bersama. Dan apabila Izzul menyampaikan hasrat untuknya memperisterikan wanita itu, dia sudah tahu lelaki itu sudah memberikan keputusan yang muktamad dan dia tidak mampu untuk menghalangnya.
            Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Panggilan dari kedai.
            “Hello?”
“Kak Ain...” suara Eliza, pekerja kedai kosmetiknya kedengaran.
“Yes, what’s wrong Eliza?” Ain sudah dapat rasakan yang ada sesuatu perkara buruk telah berlaku.
“Kak Ain kat mana? Akak masuk kedai bila?” tanya Eliza lagi.
Ain mengeluh.
“Akak dekat rumah, tengah bersiap..” jawab Ain. “Ada apa-apa ke, Eliza?” sambung dia lagi.
“Hem, tadi bank call. Dia tanya hutang kedai ni dah 5 bulan tertunggak. Sampai masa, diorang akan tarik kedai ni..” kata Eliza lagi. Ain mengeluh. Perkara itu yang paling ditakutinya. Perniagaan kosmetiknya agak merosot sedikit sejak kebelakangan ini. Dia sudah tidak tahu nak buat pinjaman kepada siapa lagi. Takkan nak pinjam A.L.O.N.G kot? Cukuplah penderitaan dia sebelum ini hanya kerana pinjaman dengan lintah darat itu membuatkan dirinya hilang kehormatan diri.
“Takpelah, nanti akak call bank untuk selesaikan perkara ni..” jawab Ain perlahan.
Perbualan mereka tamat. Ain mengeluh. Dia mengenangkan nasibnya yang tak sudah-sudah dirundung malang. Kalaulah Izzul ada di sisinya, pastinya dia takkan susah sebegini. Bodoh betul dia kerana telah mengkhianati kepercayaan Izzul terhadapnya. Ain perlu lakukan sesuatu agar Izzul kembali padanya..
         Langkah pertama tidak menjadi. Dia perlu meneruskan langkah seterusnya.

8 orang beri kritikan::

Megat Teruna berkata...

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!! geramlah sangat dgn ain tu!!!!

Tanpa Nama berkata...

ala updatela new n3 lg wanie...
bila nak kuar novel..
kalau dah kuar informla yek...

mizz acu berkata...

Eh eh meluatnyaaaa pompuan nii!!

Tanpa Nama berkata...

nak lagi,plis,,plis ^__^

Tanpa Nama berkata...

sambung la lg cik wanie..hehe..<3

Cik Waniey berkata...

nanti ada masa wani update wokeh.. ^^

Tanpa Nama berkata...

wokehhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tunggu sambungan..can't wait..best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...