RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 31 Mac 2012

Hello, Mr. Perfect 21

BAB 21

Alya melambaikan tangan ke arah sahabatnya. Dia tak sempat mengenalkan Izzul pada mereka. Takpelah, mungkin mereka takde rezeki untuk bertemu dengan suaminya. Lagipun, Alya tiba-tiba merasakan dia tidak mampu untuk menatap wajah Izzul apabila mendengar perbualan lelaki itu sebentar tadi.Rupa-rupanya Izzul mengahwininya hanya kerana tak nak Ain mengganggu hidupnya. Oh Tuhan... Takpelah, anggaplah ini dugaan dariNya. Dia tak boleh bersedih di hari perkahwinannya. Dia kena kuat! Be strong, Alya!
            “Alya...” panggil Izzul. Alya memusingkan badannya ke belakang. Dia memandang Izzul. “Jom gerak!? Cameraman dah get ready nak bawak kita ke site untuk tangkap gambar ni! Mama, papa dan Amilia pun nak pulang dah!” kata Izzul. Alya hanya mengangguk lantas membetulkan gaun pengantinnya dan bergerak mendekati Izzul. Lepas ini mereka akan dibawa ke satu tempat yang dikatakan menarik untuk dijadikan gambar kenangan.
            Izzul menghulurkan tangan tetapi Alya teragak-agak untuk membalasnya.
“Kenapa ni sayang?” tanya Izzul kehairanan.
Alya masih lagi membatu.
“Cepatlah! Cameraman dah tunggu tu..” arah Izzul lagi lalu segera mencapai tangan Alya dan menariknya menuju ke arah jurugambar dan krew mereka. Genggaman tangan itu tidak akan dilepaskan sama seperti perasaannya terhadap lelaki yang kini sah menjadi suaminya itu. Alya pasrah dan berharap biarlah kebahagiaan menyulami hidup mereka selepas ini walaupun dia baru mendengar kata-kata yang tidak menyenangkan hatinya sebentar tadi.
*****
            Alya sedang sibuk menyapu losyen ke leher dan tangannya sewaktu Izzul masuk ke dalam bilik mereka. Hati lelaki itu tertawan melihat rambut Alya yang lebat, lurus dan panjang. Alya tampak cantik apabila dibiarkan rambutnya dilepaskan. Bila dilihat wajah Alya yang tidak bertudung, sememangnya seiras dengan wajah Ain.
Izzul tidak menafikan dia memilih Alya adalah kerana wanita itu betul-betul mirip Ain walaupun tidaklah serupa mana. Namun keayuan Alya lebih menyerlah apabila dia memakai tudung walaupun dia tahu Alya lebih cantik apabila auratnya didedahkan.
Biarlah dia seorang sahaja yang dapat melihat kecantikkan semulajadi Alya disebalik tudung yang dipakainya. Itu lebih bagus dan dituntut oleh Islam. Aurat wanita hanya layak dilihat oleh suami dan mahramnya sahaja. Kalaulah dia kahwin dengan Ain, dia sendiri tak tahu samada dia mampu untuk membimbing wanita itu ataupun tidak. Nurul Ain, satu nama yang cukup indah. Namun, keindahan dan kebaikannya tidak cukup andai manusia yang mempunyai nama itu tidak secantik perilakunya sama seperti namanya sendiri. 
“Sedara-mara dah tidur ke, bang?” tanya Alya membuatkan Izzul tersedar dari lamunan. Dia mengangguk lantas segera membuka bajunya untuk mandi. Badannya terasa melekit dan berbau peluh.
Alya yang ketika itu sedang memandang ke arah cermin solek membuntangkan matanya. Spontan dia menjerit. Izzul yang sedang cuba membuka bajunya agak terkejut apabila mendengar jeritan dari Alya. Mukanya merah.
“Kenapa Alya ni? Terjerit-jerit!” marah Izzul. Alya mengetap bibir. Berharap Izzul tidak membuka pakaian di hadapannya.
“Abang jangan la buka pakaian kat sini! Pergilah buka kat dalam bilik air, tu!” pinta Alya lantas bangun untuk mengambilkan tuala lalu diberikan kepada Izzul. Wajahnya masih lagi memaling ke arah lain. Tidak sanggup untuknya melihat susuk tubuh suaminya itu. Lelaki itu tercengang.
“Hai, buka baju pun tak boleh!? You tu kan isteri abang?” ujar Izzul kehairanan. Dia malas nak layan kerenah Alya lalu dengan selamba dia membuka baju dan seluarnya di hadapan Alya. Jantung Alya berdegup kencang. Kali pertama dia melihat badan lelaki yang agak sasa dan bidang itu. Alya menelan liur. Lantas segera dia bergerak agak jauh sedikit dari Izzul yang sedang leka memakai tuala.
“Sayang, tak salah tengok aurat suami. Kitakan dah halal?” tegur Izzul kemudian dia mendekati Alya. Mukanya mendekati wanita itu. Bibirnya sengaja dirapatkan ke telinga Alya. Kedengaran hembusan nafas kecil menghangatkan telinganya. “Kalau sayang nak tengok lebih dari itu pun boleh!” bisik Izzul dengan nada bergurau. Muka Alya merona merah. Izzul ketawa lantang lalu bergerak ke bilik air. Alya menjadi bengang! Sengaja bikin dia malu! What the fish!
Alya baring di atas katilnya sambil membaca buku. Dia rasa mengantuk tetapi masih belum mampu untuk memejamkan matanya. Pintu bilik air dibuka. Alya ketara risau! Segera dia memalingkan badannya untuk tidak memandang Izzul yang kemungkinan agak seksi selepas mandi.
Izzul berjalan sambil bersiul-siul. Geram Alya apabila melihat lelaki itu begitu seronok mengenakannya. Ah! Memang la dia halal untuk tengok semua aurat lelakinya tetapi inikan baru hari pertama mereka tidur bersama. Kalau sebelum ni, adalah alasan dia untuk tidur bersama dengan family memandangkan perkahwinan mereka selama dua hari belum selesai. Malam ni dah tak boleh nak lari! Tapi slow-slow la.. Hadoooii....
“Esok petang Alya kemaskan pakaian, ye? Kita ke Gold Coast, Australia..” kata Izzul. Alya terkejut. Gold Coast!? Spontan dia menoleh ke arah Izzul. Terlupa akan dia soal malu tadi apabila mendengar perkataan ‘Gold Coast’ itu. Izzul yang hanya memakai boxer sahaja sedang bergerak ke katil. Muka Alya merona merah lagi! Dia sudah terpandangkan badan bidang lelaki itu sekali lagi. Spontan badannya dikalih balik membelakangi Izzul. Tak jadi nak membalas pertanyaan Izzul itu. Dia rasakan tilam jenama King Koil mendap sedikit apabila Izzul duduk di sebelahnya. Alya semakin resah. Adakah dia mampu lalui semua ini? “Alya dengar tak abang cakap apa tadi?” tegur Izzul lagi apabila dari tadi wanita itu diam membisu.
“De.. dengarr...” jawab Alya gagap. Dia tidak tahu samada perasaan dia sekarang ni bimbang ataupun gembira? Apa yang dia tahu, dia gembira sebab dapat pergi honeymoon jauh ke luar negara. Pertama kali dia bakal menjejakkan kaki ke bumi asing dari bumi Malaysia ni. Dan yang paling dia bimbang, adakah malam pertama akan bermula malam ini? Alya malu sendirian.
Dia semakin gugup apabila Izzul sudahpun membaringkan badannya di sisi Alya. Lelaki itu memandang ke arahnya. Sekilas, tangan Izzul melingkari badannya. Alya agak menggigil sedikit. Tiba-tiba tangan itu berhenti seketika. Nak ditoleh, Alya segan!
“Kenapa Alya menggigil, ni?” tanya Izzul kehairanan. Alya memejamkan mata.
“Tak... takde apa-apa..” balas Alya perlahan. Pelukan Izzul semakin erat melingkari pinggangnya. Bibirnya dirapatkan ke leher jinjang Alya lantas dikucupnya lembut. Alya semakin resah. Rasa geli-geleman apabila diperlakukan sebegitu. Badannya hanya kaku tanpa apa-apa reaksi.
“Hem... wangi.......” puji Izzul. Telinga, rambut dan lehernya dikucup berkali-kali. Hembusan nafas Izzul yang hangat membuatkan Alya jadi tidak keruan. Belum sempat Izzul melakukan perkara yang agak drastik lagi, segera dia menolak Izzul sedikit ke belakang. Lelaki itu terpana! “Kenapa ni, Alya!?” marah Izzul. Dia rasa malu apabila kemahuannya ditolak oleh wanita yang juga merangkap isterinya itu.
Alya menelan liur. Dia belum bersedia. Dia takut! Kata-kata Izzul petang tadi dan mesej yang diterima sebelum ini mengganggu perasaannya. Dia belum bersedia untuk menyerahkan dirinya kepada lelaki yang hanya berkahwin atas dasar dendam bukan kerana sayangnya pada diri Alya.
“Abang, Alya mengantuk ni. Kita tidur ye?” balas Alya. Kedengaran dengusan kecil dari Izzul. Lelaki itu ternyata kecewa! Pelukan di pinggangnya dileraikan. Izzul bengang! Lalu dia bergerak memalingkan dirinya dari Alya. Dia memeluk tubuh. Namun dia kena sabar. Mungkin Alya masih belum bersedia.
Alya tahu Izzul marahkannya. Tetapi dia tak boleh buat apa. Dia betul-betul belum bersedia. Lebih-lebih lagi bila dia teringatkan kejadian petang tadi. ‘Maafkan Alya, bang...’ bisik hatinya lantas matanya dipejamkan. Kemudian mereka berdua terlena.
*****
            Esok paginya Izzul tersedar dari tidur. Dia melihat bayang seseorang seperti bersujud. Sudah pukul berapakah? Izzul kembali terlena semula. Beberapa minit kemudian, kelihatan sepasang tangan menyentuh lengannya.
“Abang, bangun.. solat Subuh...” kejut Alya.Izzul menggerakkan badannya. Rasa malas untuk bangun menguasai diri. Tambahan lagi bisikan syaitan di telinga semakin utuh untuknya sambung tidurnya itu. Alya mengeluh. Amat payah untuk bangunkan lelaki dihadapannya itu. “Abang... bangunlah! Nanti Subuh habis.. Bangun! Bangun!” kejut Alya lagi.
“Nantilah! Abang mengantuk ni! Penat semalam tak hilang lagik!” balas Izzul malas. Nada suaranya seperti marah. Alya menggelengkan kepalanya. Segera dia berjalanmenjauhi Izzul lalu membuka telekung yang menyarug badannya. Dilipat telekung itu dan disidaikan di penyidai. Kemudian dia bergerak ke meja solek untuk mempersiapkan dirinya. Rambutnya dilepaskan lalu disikat perlahan. Dari sudut cermin, dia memandang Izzul yang masih lagi enak diulit mimpi. Sangat kecewa apabila suami sendiri tidak mengambil berat akan solatnya. Sebaik selesai bersiap, Alya mengambil tudung bawal yang disangkut di almari lalu dipakainya. Dia ingin turun ke bawah untuk menyediakan apa yang patut.
Sebelum keluar dari bilik, Alya kembali mengejutkan suaminya.
“Abang, bangun..” kejut Alya lembut.
“Hmmm” sahut Izzul malas. Matanya masih lagi terpejam.
“Alya turun bawah dulu ye... Abang jangan lupa solat Subuh. Dah nak habis dah ni..” tegur Alya. Namun tegurannya tidak diambil peduli oleh Izzul. Malah semakin kuat dengkuran halus lelaki itu. Seolah-olah seperti protes dengannya pula. Alya mengeluh lalu segera keluar dari bilik itu.
Izzul tersedar dari tidur sekali lagi. Dia melihat jam di dinding. Sudahpun pukul 8.00 pagi. Segera dia bangun dari tidur lalu bergerak ke bilik air untuk mandi. Sudah semestinya solat Subuhnya terlajak. Namun langsung tidak ada perasaan bersalah di hati bila solat dipermainkan sebegitu.
Setelah selesai memakai baju, Izzul segera mengemas katilnya. Bantal disusun dan kain cadar ditegangkan. Dia juga melipat comforter dengan teliti. Memang rutin harian Izzul mengemas katilnya setiap pagi. Dia tak suka barang-barang peribadinya disentuh oleh orang gaji. Orang gaji hanya masuk ke biliknya untuk mengambil pakaian kotor, mengelap habuk dan membersihkan biliknya sahaja.
Sedang asyik dia menegangkan kain cadar katilnya, Alya masuk ke dalam bilik. Wanita itu yang hanya bertudung litup memandangnya dengan aksi terkejut.
“Abang, biar Alya buat!” pinta Alya lalu mendekatinya. Izzul masih tidak melayan Alya. Hal semalam masih terasa sehingga kini. “Abang... biar Alya yang kemaskan. Abang pergi la turun. Sarapan dah siap!” kata Alya lagi.
“Takpe... I dah biasa!” balas Izzul. Alya terpana. I!? Wanita itu memandang wajahnya sekilas. Izzul buat bodoh sahaja. Dia tahu Alya terasa. Tapi perasaannya lebih sakit lagi dari perasaan wanita itu sekarang ni.
“Abang... Alya minta ampun dan maaf pasal semalam.. Alya... Alya belum bersedia, bang..” mohon Alya. Ada butiran jernih berair di kelopak matanya.Sedikit demi sedikit mengalir ke pipi. Izzul diam. Ah! Perempuan! Itulah sahaja senjata yang mereka ada. Tak habis-habis menangis! Sedih sikit, menangis! Mengangis! Menangis! Menangis!
Tak tahu kenapa hatinya yang sedikit panas tadi menjadi sejuk apabila melihat wajah sayu wanita di hadapannya ini. Kalau dulu, berapa banyak perempuan menangis sekalipun.. dia peduli apa!? Egonya mengatasi segalanya. Tetapi dengan Alya, dia seperti REDHA sahaja.
Izzul mengeluh.
“Sudahlah, Alya! Jom kita pergi makan. Abang dah kemaskan bilik. Selebihnya, biar orang gaji je yang buat semua ni..” arah Izzul lalu segera ke pintu untuk keluar. Dia langsung tidak memandang wanita itu. Walaupun marahnya reda sedikit namun perasaan kecewa masih lagi berbekas.
Izzul hilang dari pandangan. Setitik air mata wanita itu jatuh dan mengalir ke pipi. Alya tahu dia dah berdosa besar namun keampunan lelaki itu amat diperlukannya. Kakinya melangkah keluar dari bilik. Hatinya sedih.
 Sewaktu makan, Alya melihat Izzul agak ceria sedikit. Mungkin menyembunyikan perasaan marahnya itu dari pengetahuan keluarga. Sesekali sarapan mereka diselangi gelak ketawa dan gurau senda dari mereka adik-beradik. Izzul, walaupun dia agak serius namun dia jenis suka melayan kerenah adik-adiknya. Bagi Alya, Izzul seorang abang yang tegas tetapi penuh bertanggungjawab. Mungkin sebab itu dia disayangi Arif dan Amilia. Walaupun Izzul sebegitu, dia tetap berkorban untuk Arif dan tidak kisah dengan siapa jodohnya.
“Akak! Makan la bihun ni...” kata Amilia lalu menyedok sedikit lagi bihun dan diletakkan ke pinggan Alya. Alya hanya mengangguk sahaja. Dia masih lagi menguis-nguis bihun goreng yang baru sahaja dimasak oleh orang gajian mereka. Dia takde selera. Tiba-tiba Izzul memegang tangannya. Alya terkejut sedikit. Sekilas matanya dikerlingkan ke arah Izzul. Lelaki itu hanya tersenyum. Hati Alya lega. Izzul sudah tidak marah lagi padanya. Adakah Izzul betul-betul redha dengan kejadian semalam?
“Bila kamu berdua nak gerak ke Singapore?” tanya Dato’ Seri Amiruddin.
“Tukar plan, papa. Izzul ingat nak bawak Alya ke KL dulu jumpa Mak Su dan Mak Tok dekat Putrajaya sebelum bertolak ke Brisbane esok..” balas Izzul. Dato’ Seri Amiruddin mengangguk. Sarah, adik bongsunya yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Kementerian Sains dan Teknologi, Putrajaya. Sudah lama dia tidak menjenguk ibunya itu di kampung.
“Ooo.. bila Mak Su kamu tu tanya kamu?” soal Dato’ Seri Amiruddin lagi.
“Semalam dia mesej Izzul tanya pasal kenduri. And then, dia cakap Mak Tok nak sangat jumpa Alya. Hari tu kan mereka tak dapat datang masa kenduri Izzul sebab Mak Tok tak berapa sihat? Jadi mereka nak kenal sangat wife Izzul before Izzul pergi honeymoon..”
“Kan senang kalau kamu gerak ke Brisbane dari Singapore, je? Nanti esok terkejar-kejar pulak dari KLIA nak ke Singapore balik. Jumpa Mak Tok kamu masa balik dari honeymoon nanti ajelah. Lama sikit kamu boleh melawat dia..” sampuk Datin Seri Rosni pula.
“Tak boleh, ma. Kerja Izzul di office banyak lagi yang tak settle. Cuti seminggu untuk honeymoon di Gold Coast pun rasa lama je. So, dapat jenguk Mak Tok sekejap pun okla..” kata Izzul. Masing-masing mengangguk faham. Izzul memang dari dulu lagi seorang yang workerholic.  Dia bijak membuat keputusannya. Sebab itu Dato’ Seri Amiruddin pula tidak teragak-agak untuk pencen lebih awal dan memberi ruang kepada Izzul untuk mentadbir syarikat. Alya hanya diam membisu. Dia tidak kisah dengan plan yang dibuat oleh Izzul. Dia hanya ikut sahaja. Dalam hatinya sudah tidak sabar-sabar untuk bercuti ke sana.
 “Yelah, Along.. adik pun lama tak jenguk Mak Tok. Nanti kalau ada masa free kita pergi Putrajaya melawat mereka ye, mama?” ajak Amilia. Masing-masing bersetuju.
“Tunggu semua free nanti kita pergi Putrajaya..” balas Dato’ Seri Amiruddin pula.
“Yeayyy!!” jerit Amilia gembira. Memang dia rindu benar dengan Mak Tok kesayangannya itu. Sudah hampir setengah tahun mereka tidak berjumpa.
“Visa dah buat, ke?” tanya Datin Seri Rosni lagi. Alya terkejut. Haah! Dia mana buat visa lagi! Passport je ada. Itupun kerana dia banyak pergi site ke Singapore.
“Sudah, mak! Izzul dah siapkan visa kitorang dekat Embassy of Australia masa Izzul ada meeting dekat Kuala Lumpur hari tu. Izzul ambil satu hari bekerja. ” jawab Izzul selamba. Alya membuntangkan matanya. Nak ditanya lelaki itu, segan pulak! Nanti-nantilah! Datin Seri Rosni hanya mengangguk faham.
“Ooo.. Pukul berapa Along nak gerak ke KL? Naik apa? Ke Brisbane esok macammana?” tanya Arif pula. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri dan kini dia bersuara.
Izzul ketawa.
“Banyak benar soalannya. Adoii..” perli Izzul. Mereka sekeluarga ketawa. Alya seronok melihat kemesraan keluarga Izzul. Walaupun mereka dari golongan elit dan kaya, namun tidak sombong malah kehidupan mereka biasa sahaja. Seperti orang kebanyakkan. “Along dah tempah tiket pukul 12.30 tengahari ni. Kitorang naik flight je. Malaslah nak bawak kereta. Satu kerja pulak nak parking kat mana nanti. Lepas itu terus gerak ke Putrajaya. Mak Su akan ambil kitorang kat LCCT nanti. Esok pagi dalam pukul 12.00 kitorang bertolak ke Singapore semula. And then flight ke Brisbane dalam pukul 2.00 petang” jelas Izzul panjang berjela.
“Wow! Begitu padat sekali..” sampuk Datin Seri Rosni pula. Ada riak terkejut di wajah mama Izzul. Mama Izzul walaupun sudah genap 60 tahun, tetapi kejelitaannya masih lagi terserlah. Wajah Dato’ Seri Amiruddin handsome dan kacak manakala Datin Seri Rosni cantik dan lawa. Ada kacukan melayu-belanda. Sebab itu dia melahirkan anak yang handsome seperti Izzul dan Arif serta cantik seperti Amilia.
“Kalau macam tu, nanti Arif hantar along ke Senai International Airport la, ye?” kata Arif mempelawakan diri.
“Yups, memang nak minta tolong kau pun nanti..” balas Izzul sambil tersenyum. Cermin mata dibetulkan kedudukannya. Izzul apabila memakai cermin mata, wajahnya begitu matang. Sesuai dengan umurnya yang hampir mencecah 33 tahun. Umur semuda itu sudah memegang jawatan besar dalam syarikat. Memang benar kata Ainul, dia beruntung memiliki Izzul. Lelaki itu bukan sahaja kacak, tinggi dan ada tarikan malah dia juga mempunyai akal yang bijak dan pandai membuat keputusan.
“Izzul fikir kalau dah alang-alang kat Putrajaya, boleh bawa Alya pusing-pusing Putrajaya,then kalau sempat boleh singgah Kuala Lumpur pulak. Mesti Alya belum pernah jejak Kuala Lumpur lagi, kan?” pandang Izzul pada Alya. Alya membuntangkan matanya.
‘Hello, muka aku ni ada muka jakun, ke? Sampaikan Kuala Lumpur pun tak pernah jejak?’ kutuk Alya. Semiskin-miskin dia, Kuala Lumpur tu pernah menjadi tempat untuknya berteduh. Dulu bila tamat belajar di UTM, Alya bekerja di Kuala Lumpur sebagai Customer Service di HQ Celcom, Jalan Semarak selama dua tahun. Setelah dia berjaya mendapatkan pekerjaan di Johor Bahru, dia begitu gembira sekali. Dan kini telah 4 tahun dia bekerja di syarikatnnya sekarang. Dan umurnya sudah hampir 28 tahun.
Walaupun umur Alya dan Ainul jaraknya 2 tahun, namun mereka memang sekepala. Kerana sikap masing-masing yang agak gila-gila dan sukakan aktiviti yang mencabar membuatkan Alya dan Ainul berkawan rapat. Apa sahaja aktiviti yang mereka rancangpastinya menjadi. Cuma apabila Alya dihantar ke Skudai, mereka sudah jarang berkomunikasi. Persahabatan mereka terjalin kembali melalui plan yang diaturkan Ainul dan Arif untuk memperkenalkan Alya untuk Izzul. Walaupun plan ni agak gila dan menaruhkan kebahagiaan dia sendiri, tetapi dia yakin.. Allah dah rancang segala untuknya. Dia hanya pelakon yang hanya melakonkan watak dan babak yang telah disusun atur dengan sempurna sekali.
“Betul ke Alya tak pernah jejak Kuala Lumpur?” tanya Datin Seri Rosni.
Alya hanya menggelengkan kepalanya.
“Tak, Alya pernah kerja di Kuala Lumpur selama setahun, mama..” jawab Alya sambil tersenyum. Muka Izzul menjadi keruh seketika. Masing-masing memandang tepat ke arah Izzul. Kehairanan mungkin?
“Masakan Izzul tidak tahu?” Datin Seri Rosni cuba menguji. Dato’ Seri Amiruddin hanya menggeleng perlahan. Dia kenal benar dengan isterinya itu. Cukup menjaga perihal keturunan mereka. Takut-takut Izzul berkahwin dengan wanita yang salah. Kenangan Ain sudah cukup membuka mata wanita itu agar tidak senang-senang menerima calon menantu yang memandang kebendaan seperti Ain menghampiri anak sulung kesayangannya.
Alya, walaupun dia tidak membantah Izzul berkahwin dengan wanita itu namun dia cukup berjaga-jaga. Masih banyak yang perlu dia tahu mengenai peribadi Alya.
Alya begitu lurus. Arif hampir-hampir menepuk dahi. Takut rahsia mereka selama ini bakal pecah dan diketahui oleh kedua orang tua mereka.Namun Izzul bijak mengawal keadaan.
“Sebenarnya Izzul yang tak mahu tahu pasal kerja lama Alya, papa. Bagi Izzul, pekerjaan Alya sekarang ni dah bagus. Menjadi engineer adalah satu pekerjaan yang cukup terbaik. Betul tak, Alya?” Izzul cuba melindungi Alya. Alya cuba tersenyum pahit.
“Alya kerja mana sebelum ni? Sebagai apa?” tanya Datin Seri Rosni lagi. Ketara wajahnya agak tidak berpuas hati.
“Err... dulu Alya kerja dekat Menara Celcom di Jalan Semarak, KL sebagai customer services” jawab Alya perlahan.
“Kenapa berhenti?”
Tiba-tiba Amilia menjatuhkan sudu ke lantai. Semua mata beralih kepada Amilia. Wanitaitu hanya tersengih. Dia seraya bangun dari tempat duduknya.
“Kak Alya, tadikan Kak Alya kata nak kemas barang, kan? Kak Alya dah habis makan, ke? Jom kita naik atas? Lia tolong akak apa yang patut..” potong Amilia sebelum mamanya terus menyoal Alya dengan soalan yang berbaur peribadi. Alya hanya mengangguk lalu meminta diri untuk ke dapur. Pinggannya diangkat. Izzul dan Arif sudah melepaskan rasa lega. Datin Seri Rosni agak tidak berpuas hati. Dia geram apabila pertanyaannya terbantut seketika! Dato’ Seri Amiruddin sudah tersenyum lebar. Mujur Amilia sebagai penyelamat. Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi lepas ni.

1 orang beri kritikan::

nursya berkata...

aduh..
btl ke si izzul nie kawin ngn alya sbb nk lari dr si ain jer..
mmg si izzul nie xde ati lgsg ke kat alya...
ala cian kat alya...
hukhukhuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...