RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 9 Mac 2012

Hello, Mr. Perfect 20

BAB 20


Izzul memandang geram mesej yang pernah diberikan oleh Ain padanya. Satu mesej berbaur ugutan.Dia menggenggam kuat Iphone-nya. Kalau la wanita itu berada di hadapannya, sudah lama dilempang cukup-cukup.
Mesej 1: Ain tahu perempuan yang Izzul masih sayang adalah Ain seorang.                                                                               Tiada perempuan lain di hati Izzul, betul tak? Kalau betul, tunjukkan wanita itu! Baru Ain tahu cinta Izzul bukan untuk Ain.
Mesej 2: Wah! Sudah berpunya? Yang tadi tu tunang, la? Just like me..! Nampak sangat Izzul masih menyayangi Ain. Kalau x kenapa Izzul pilih wanita yang hampir serupa mukanya dengan Ain? Whatever wahai Encik Izzul! Walau apapun, selagi Izzul belum berkahwin.. Ain tetap akan mengganggu hidup Izzul!
Mesej 3: Bila mau kawen? Diam je? Ke sudah putus tunang!? Hahaha.. Mana kad jemputan? Ke pakai cakap je hari tu?
            Izzul mengetap bibir. Setiap mesej yang dihantar oleh Ain, tidak sekalipun dibalasnya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menukar nombor. Tetapi nombor itu adalah nombor bisnesnya. Takkan begitu senang dia nak buang? Dah 6 tahun dia pakai nombor tu.
            Izzul masih tidak berpuas hati. Dia hairan, bagaimana Ain boleh mendapatkan nombornya itu? Kenapa Ain sering sahaja menyeksa dirinya? Memang benar, sehingga sekarang dia masih menyayangi wanita itu. Ain cinta pertamanya. Buat masa ini tiada  gantinya. Kerana Ain, dia tekad untuk berkahwin dengan Alya. Walaupun Alya jauh lebih hebat dan cantik dari Ain, tetapi cinta Alya masih belum kuat untuk menandingi cinta Ain. Walaubagaimanapun, dia tiada cara lain. Alya calonnya yang terakhir. Dan dia sudahpun memilih wanita itu sebagai suri hidupnya.
            ‘Maafkan aku, Alya. Aku menipu kau hanya untuk kepentingan diriku sendiri. Namun, mungkin aku boleh pupuk perasaan ini bila kita bersama nanti. Aku akan cuba menyayangi kau’ hati Izzul berbisik.
*****
            Malam itu Alya membuat solat istikharah. Sewaktu tidur, dia bermimpi lagi perkara yang sama. Seorang lelaki datang sambil menghulurkan tangan sewaktu dia memerlukan pertolongan. Dan apabila dirinya di dalam dakapan lelaki itu, dia berasa sungguh selamat. Tetapi, wajah lelaki itu samar-samar. Ya Allah, adakah Izzul lelaki itu?
            Alya bangun dari tidur dan memandang sekeliling biliknya. Dia hairan, perkahwinannya sudah tidak lama dan dia sering bermimpikan benda yang sama. Alya mengambil handphone nokianya. Dia menulis sesuatu.
I miss you abang....
            Sejak Alya menjadi tunangan Izzul, mereka sudah berbahasakan diri masing-masing abang-Alya. Alya memberi syarat kepada Izzul agar tidak menggunakan perkataan I-You dalam perbualan mereka. Nampak agak formal dari segi itu. Namun walaubagaimanapun, Izzul masih belum nampak ke’romantik’kannya terhadap Alya. Lelaki itu seperti berubah seketika. Semakin lama semakin dia tidak dapat memahami Izzul sepenuhnya.
            Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan dari Izzul. Alya menekan punat hijau.
            “Assalamualaikum, abang...” ucap Alya. Wajahnya ceria apabila Izzul menelefonnya.
            “Waalaikumussalam... Kenapa Alya tak tidur lagi?” tanya Izzul. Alya memandang ke arah jam dinding. Sudah pukul 3.00 pagi rupanya.
            “Hem.. Alya dah tidur tapi termimpikan benda pelik tadi. Sebab tu terjaga ni. Nak tidur balik, mata dah tak mengantuk..” jawab Alya.
            “Alya tidur tak basuh kaki la tu!” gurau Izzul membuatkan Alya ketawa kecil.
            “Ala, basuh kaki ke tak ke.. kalau mimpi tu nak datang, tetap akan datang juga, bang..”
            “Ok.. ok.. Kalau tak boleh tidur, pergi la baca buku ke apa ke?” Izzul memberi idea.
            “Tengok la macam mana.. Yang abang ni, kenapa tak tidur lagi? Esokkan nak kerja?” tanya Alya pula. Izzul ketawa kecil.
            “Abang nak tidur la ni, sayang. Dah Alya hantar mesej dekat abang kata rindu, tu yang abang call Alya tu..” tukas Izzul pula. Alya mengerut dahi.
            “Mana tahu abang tak tidur lagi. Alya ingat abang akan baca mesej tu esok pagi..” kata Alya membuatkan masing-masing ketawa. Ada kemesraan di situ.
            “Oklah, sayang. Abang dah mengantuk sangat, ni! Hujung minggu ni kita jumpa, ye?” ujar Izzul. Hujung minggu? Lamanya...
            “Abang tak boleh jumpa Alya esok, ke?” pinta Alya. Dia betul-betul rindukan lelaki itu.
            “Hem... esok tak boleh la, sayang. Abang ada kerja. Banyak projek baru abang kena handle. Harap Alya faham, ye?” pujuk Izzul. Alya hanya mengangguk lemah. “Ok, sayang. See you soon. Salam...”
            “Waalaikumussalam...” jawab Alya. Dia mengeluh. Sejak dua menjak ni Izzul begitu busy. Dulu, setiap hari lelaki itu datang berjumpa dengannya. Dan sejak mereka bertunang, Izzul selalu busy.
            ‘Nasib kau la, Alya! Bakal berkahwin dengan lelaki yang berjawatan besar! Pengarah Urusan lagi. So sabar ajelah!’ pujuk hatinya.
*****
            “Wah, Alya.. sejak dah bertunang ni makin berseri aku tengok muka kau, kan?” usik Ainul membuatkan Alya ketawa kecil.
            “Mana ada! Biasa-biasa je. Yang kau apa cerita? Macammana soal ayah dengan mak kau? Diorang restu ke hubungan kau dengan Arif?” tanya Alya. Setelah kes mereka bertemu untuk mengikat perjanjian hari itu, dia lupa untuk bertanyakan khabar mereka berdua.
            “Ok! Mak dan ayah aku terima akhirnya. Sebab Arif pun dah cakap yang bulan 8 ni lepas korang bernikah, dia nak pinang aku. Tahun depan kahwin.” ujar Ainul.
            “Aku doakan korang berdua bahagia!” kata Alya membuatkan Ainul tersenyum lebar.
            “Kau pun sama! Kau lagi untung.. dapat Abang Izzul. Seorang lelaki yang cukup perfect! Muka handsome, berjawatan besar, bijak pulak tu... Aku doakan kau dengan dia bahagia hingga akhir hayat!” Ainul agak bersemangat. Mereka berpelukan sesama sendiri. Yelah, mereka kenal dah lama. Dah jadi kawan yang paling baik. Masing-masing mendoakan kebahagiaan masing-masing.
“Ala, handsome tu belakang kira. Yang penting serasi. Kalau kahwin tapi tak serasi, susah jugak, kan? Si Arif tu pun aku tengok handsome jugak! Jawatan manager...” balas Alya. Dia tak mahu Ainul terlampau membeza-bezakan antara Arif dengan Izzul. Rezeki, jodoh dan ajal tu semua kehendak Allah. Kita ni hanya merancang.
“Tu la. Betul cakap kau tu, Alya..” Ainul mengaku dan bersetuju.
*****
Petang itu Alya menerima mesej dari nombor yang tak dikenali. Dalam mesej itu terselit nada ugutan di atas kesanggupannya mengahwini Izzul.
“Izzul tak cintakan kau. Dia gunakan kau, je! Jangan sesekali kau percayakan janji-janjinya kerana hatinya masih lagi milik orang lain!”
Alya terdiam. Benarkah ayat dalam mesej ini? Benarkah Izzul tidak mencintainya? Adakah Izzul berkahwin dengannya hanya kerana terpaksa? Tiba-tiba timbul rasa sedih di hati Alya. Kalau betul la apa yang dijelaskan dalam mesej ini, dia rasa terhina kerana dipergunakan sebegitu rupa. Kalau dulu dia tidak kisah sekiranya berkahwin dengan Izzul hanya kerana kebahagiaan keluarganya tetapi sekarang dia mengahwini Izzul kerana dia begitu sayangkan lelaki itu. Tetapi dia sedih, rupa-rupanya dia selama ini hanya bertepuk sebelah tangan. Izzul berkahwin dengannya hanya kerana dendam kepada bekas aweknya dulu..!
“Siapa awak?”
Alya menekan punat send. Beberapa minit kemudian bunyi mesej datang kembali.
“Seorang hamba Allah yang berasa simpati dengan kau”
Air mata Alya mengalir tanpa dapat ditahan. Walau apapun, dia perlu teruskan. Persiapan dah dibuat, takkan dia mahu meninggalkan majlis itu begitu sahaja?
*****
Perkahwinan mereka diselangi dengan bunyi paluan kompang, lagu gamelan dan tarian tradisional Johor iaitu tarian zapin dan tarian kuda kepang.Amat meriah! Kebanyakkan yang hadir adalah dari keluarga-keluarga terhormat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah juga hadir memeriahkan lagi majlis. Alya begitu cantik sekali dengan berpakaian gaun pengantin yang direka khas oleh Hatta Dolmat yang bernilai hampir mencecah ribuan ringgit. Pengantin sama cantik dan sama padan. Tiada siapa yang menafikannya.
Kenduri mereka hampir tamat namun tetamu tidak putus-putus hadir memeriahkan lagi. Perkahwinan mereka terlampau mengikut protokol. Alya dan Izzul bersalaman dengan tetamu-tetamu yang hadir dan pulang. Kesemuanya mengucapkan “Selamat pengantin baru” kepada mereka. Selepas bersalaman,Alya dan Izzul sibuk menangkap gambar bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.
Sedang mereka asyik menangkap gambar, seseorang datang menghampiri mereka. Alya seakan kenal dengan wanita itu. Wanita itu tersenyum sinis ke arahnya.
“You Alya Adriana, kan?” tanya wanita itu. Alya mengangguk senyum dan bersalaman dengan wanita itu. Mereka berlaga pipi seolah-olah macam sudah kenal lama.
“Siapa awak?” tanya Alya mengerut dahi.
“Saya Nurul Ain!” jawab wanita itu sinis. Alya terdiam. Macam kenal nama itu.
“Oh! You perempuan yang hari tu kita jumpa dekat..........” Alya cuba mengingat sesuatu.
“Skudai Parade!” sambung Ain lagi. Alya tersenyum mengangguk.
“Ya! Skudai Parade!” jawab Alya. Wanita di hadapan dia inilah yang pernah bergaduh teruk dengan Izzul dulu. Dia inilah cinta pertama Izzul yang pernah mencurangi kesetiaan dan kasih sayang lelaki itu.Dia ni jugalah perempuan yang masih bertakhta di hati Izzul seperti yang dikatakan dalam mesej tu? Timbul rasa cemburu di hatinya. Siapa yang invite dia datang ke sini?
“Izzul yang invite I!” selamba Ain berkata. Langsung tidak ada perasaan bersalah apabila menyebut nama lelaki itu. Mukanya masih lagi menjeling ke arah Alya. Wajah Alya menjadi panas! Macam tau-tau  je soalan dia tu. “You dah lama kenal dengan Izzul, ke?” sambung Ain lagi. Wajahnya masih lagi tidak berpuas hati. Dia masih percaya yang Izzul masih menyayanginya.
“Err...” Alya hilang kata-kata. Tiba-tiba..
“Sayang!” panggil Izzul. Alya menoleh. Izzul mendekati mereka berdua. Ain cuba memaniskan mukanya sebaik sahaja Izzul sudah berdiri tegak di hadapannya. Lelaki itu seraya memeluk pinggang Alya membuatkan Ain berubah muka. “Korang dah saling kenal-mengenali, ke?” tanya Izzul. Alya mengangguk. Dicubanya untuk senyum namun ketara pahitnya senyuman itu.
“Tahniah, Izzul! And selamat pengantin baru!” ucap Ain. Izzul hanya tersenyum tetapi ketara sinis. Alya diam.
‘Waktu dengan aku tadi, langsung tidak diucapnya selamat pengantin baru. Sibuk dok soal aku perkara-perkara peribadi. Apa cerita!?’ kutuk Alya dalam hati.
“Thanks! Oklah, I nak bawak wife I ni kepada kawan-kawan I. Thanks for willing to attend to my wedding ceremony!” ujar Izzul tegas lalu menarik tangan Alya bergerak jauh menjauhi Ain.
“Lain kali Alya jangan layan sangat si Ain tu. Please be aware with her!” tegur Izzul perlahan di telinganya. Alya hanya mengangguk lemah.
Muka Ain mencebik. Rasa geram dan marah apabila diperlakukan sebegitu. Dia mendengus kasar lalu segera meninggalkan dewan tersebut. Alya hanya melayan sahaja borak dengan kawan-kawan Izzul namun sedetik dia menoleh mencari kelibat Ain. Wanita itu sudah tiada. Dia leka memerhatikan kelibat Ain.
‘Mana dia? Sudah pulang, ke?’ bisik hatinya. Alya terkejut sedikit apabila Izzul memeluk bahunya. Dia memandang lelaki itu. Mata mereka bertentangan.
“Alya cari siapa?” tanya Izzul lalu memberikan senyuman manis untuknya. Terserlah kekacakkannya di sebalik baju pengantin dan tengkoloknya. Alya hanya menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu Izzul tahu keresahan hatinya itu.
Tak habis-habis pujian dilemparkan kepada mereka. Yelah, mereka sama cantik dan sama padan. Sesekali Izzul sengaja menunjukkan kemesraan mereka berdua di hadapan tetamu yang hadir. Kadang-kadang dia rasa malu diperlakukan sebegitu namun disebaliknya, dia bahagia. Alya berdoa perkahwinannya bersama Izzul akan kekal selamanya.
“Your wife betul-betul iras Ain, cuma bezanya dia pakai tudung. You ni masih teringatkan Ain, ke?” soal salah seorang kawan Izzul sewaktu mereka sibuk melayan borak. Izzul dan Alya diam. Hanya senyuman yang ditayangkan bagi menutup keresahan di hati.
“Ya lah! By the way, I ada nampak Ain tadi. If I am not mistaken la nampak macam kelibat dia pakai kebaya pendek. Baru nak ajak berborak, she has gone...” sambung rakan yang lain pula.
“Memang diapun! Seriusly, muka dia ada iras muka wife you ni! Kembar, ke?” tambah lagi kawan yang ketiga pula. Izzul masih lagi tersenyum. Sepatah perkataan pun tidak dikeluarkan dari mulutnya. Alya pula dah membahang mukanya. Dari tadi kawan-kawan sekolej Izzul dok sibuk bercakap perihal Ain.
‘Hello... Ain tu cerita lama okeh! Aku ni cerita baru korang sepatutnya!’ marah Alya dalam hati. Cuma dia tak nak menunjuk sangat kemarahannya itu depan kawan-kawan Izzul. Karang tak pasal-pasal masuk berita, pengantin baru mengamuk dalam majlis. Tak ke naya!? Dah la keturunan Izzul ni keturunan orang ternama. Haih!
Tiba-tiba tangan Izzul menggenggam erat tangan Alya. Alya agak terpana. Sekilas dia memandang lelaki yang baru dikahwininya itu. Namun Izzul masih berlagak tenang. Alya nampak dia cuba untuk berterus-terang.
“Ya! She was attended to my wedding. I have invited her!” jawab Izzul selamba.
Kawan-kawan sekolejnya terkejut.
“Wow! I was shocked! You are too brave! Sudi ajak your ex datang you punya wedding..” puji salah seorang kawan Izzul. Izzul cuma tersenyum. Tak tahu samada senyum bangga atau senyum terpaksa. Yang lain hanya mengangguk sahaja. Bersetuju dengan pujian yang dilemparkan kepada Izzul.
“By the way.. congrates, bro! Hope you both happily ever after!” doa kawan-kawan Izzul. Selepas itu, mereka menukar tajuk. Soal Ain sudah ditolak ke tepi dan mereka bertanyakan soal bulan madu Izzul dan Alya pula. Izzul masih belum merancang lagi soal honeymoon mereka berdua. Apa yang boleh dia cakapkan ‘BIARLAH RAHSIA’...
            Hari semakin petang. Tetamu yang hadir sudahpun pulang. Yang tinggal hanyalah saudara –mara dan caterer yang sibuk mengemas dewan itu. Izzul sibuk berborak dengan papa dan mamanya  manakala Alya duduk di kerusi untuk menghilangkan penat bersama Isma dan Hana. Ainul dan Arif sudah lama meminta diri untuk pulang kerana mereka ada hal. Mak dan adik-adik serta saudara-mara yang lain baru sahaja bergerak pulang meninggalkan dewan itu.
            Alya teringatkan pesan ibunya, ‘Jagalah suami Alya dengan baik. Jangan sekali-kali menderhaka atau meninggikan suara padanya. Jaga hati dan perasaan dia. Dan bersabar dengan dugaan berumah tangga nanti’.. Alya tersenyum. Dia akan ingat pesanan itu sampai bila-bila.
            Alya melayan Hana dan Isma, kawan sekuliahnya sewaktu di UTM dahulu. Mereka tak dapat hadir ke majlis di rumahnya minggu lepas kerana masing-masing sibuk dengan kursus. Nasib minggu ni mereka free, dapatlah mereka datang memeriahkan majlis perkahwinannya.
            “El, mana husband kau? Tak nak kenalkan pada kami, ke?” soal Hana. Nama ‘El’ masih lagi sebati dalam jiwa mereka walaupun wanita itu sudah 100% menjadi wanita melayu terakhir. Sungguh dia tak sangka yang jodoh Alya adalah senior mereka yang menjadi pujaan ramai dulu. Serius! Ketentuan Allah sememangnya tidak boleh dijangka.
            “Aku masih tak percaya yang kau jadi bini senior yang kitorang minat dulu tu, weih!” sambung Isma pula. Hana hanya mengangguk setuju. Alya ketawa.
            “Jodoh,beb. Aku sendiri pun tak sangka boleh jumpa dia balik!” balas Alya pula.
            “Dia tahu tak yang kau ni budak tomboy yang suka cari pasal dengan dia dulu?” tanya Hana untuk mendapatkan kepastian.
            “Tak! Kalau boleh, dia tak payah tahulah! Kang jadi lain la pulak!” jawab Alya berkerut.
            Mereka ketawa.
            “Aku tahu kau mesti gembira kan sebab akhirnya doa kau termakbul. Lelaki yang kau suka selama ni akhirnya jadi milik kau jugak!” kata Isma. Alya tersenyum simpul. Ya! Dia sememangnya bertuah!
            “Jangan lepas ni korang berdua bergaduh dan bertekak macam dulu sudah la!” usik Hana pula. Alya ketawa.
            “Hish! Tak kot? Itu dulu. Mana matang lagi. Sekarang ni umur aku dah 28 tahun. So kena la bertolak ansur. Masing-masing kena mengalah. Kalau dua-dua jadi api, confirm la masalah takkan settle, kan?” balas Alya. Mereka berdua mengangguk setuju. Mereka percaya, Alya yang berada di hadapan mereka sekarang ni sememangnya sudah matang hampir 360 darjah!
            “Eh, Fauzi tak datang ke?” soal Isma apabila dari tadi dia tidak nampak kelibat lelaki lembut yang sememangnya menjadi teman setia Alya suatu ketika dulu.
            “Yelah! Lama benar aku tak jumpa dia. Kau tak jemput dia ke, El?” tambah Hana lagi. Matanya masih berlegar-legar mencari watak yang dibincangkan di sekitar dewan itu.Alya tersenyum.
            “Jemputlah! Mana boleh tak jemput mamat sengal tu! Actually dia tak dapat datang sebab ada fashion show dekat Las Vegas. Last minutes ada invitation, kena la pergi. He sends his regards to both of you! Kalau ada masa nanti dia nak jumpa kita” balas Alya. Masing-masing mengangguk.
            “Hai mamat sengal tu. Menjadi juga dia kan jadi photographer yang popular? Aku selalu tengok gambar yang dia tangkap dekat majalah-majalah tau. Rasa bangga je dapat kenal member macam dia..” puji Hana. Isma mengangguk setuju. Alya ketawa.
            “Haruslah bangga. Itukan cita-cita dia sejak kolej lagi..” kata Alya. “Eh? Dah pukul berapaye sekarang?” tanya Alya. Hana dan Isma melihat jam tangan masing-masing.
            “Nak dekat pukul 5. Kenapa?” jawab Isma.
            “Eh, korang tunggu kejap ye? Aku pergi panggil husband aku kejap” pinta Alya. Hana dan Isma mengangguk. Mereka sememangnya ingin bertemu dengan Izzul. Manalah tahu kalau-kalau senior mereka itu masih mengingati mereka, seronok jugak kan?
            “”Oklah, kitorang tunggu kau dekat sini ok?” balas Hana pula.
            “Ok, korang layan la diri dulu. Nanti kejap aku datang ok..” balas Alya lalu bergerak meninggalkan mereka berdua. Hana dan Isma mengangguk lagi lantas melangkah menuju ke meja makan berhampiran dan berborak di situ sementara menunggu Alya yang sibuk mencari kelibat Izzul yang tiba-tiba menghilangkan diri.
*****
            Alya bergerak mencari Izzul. Kain baju pengantin diangkat sedikit agar tidak meleret menyapu bumi. Matanya meliar mencari kelibat Izzul.
            “Ish! Mana pulak dia ni. Boleh pulak hilang time-time macam ni” bebel Alya. Dari jauh dia ternampak kelibat Izzul di belakang rumah yang sedang sibuk melayan seseorang di dalam phone. Dia tersenyum lalu berniat untuk mendekati Izzul. Belum sempat dia memanggil, Izzul bercakap dengan suara yang sangat tegas dan nyaring.
            “Aku cakap aku dah takde apa-apa dengan kau, takde apa-apa la! Masih tak faham lagi, ke!!?” bentak Izzul. Alya berhenti melangkah. Dia bergerak ke tepi lalu menyorokkan dirinya dibalik dinding. Takmahu dirinya diperhatikan, dia membisu di situ. Hanya mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut suaminya itu. Dia hairan. Dengan siapakah Izzul bercakap?
            “Memang!! Memang aku sengaja jemput kau datang ke majlis aku ni sebab nak kasik kau cemburu!! Dulu kau boleh buat aku merana, sekarang ni giliran kau pulak! Padan la dengan muka kau!” tambah dia lagi. Marah benar Izzul dengan si pemanggil.
            ‘Siapakah dia? Ain, ke?’Alya semakin tidak sabar-sabar ingin mengetahui siapakah gerangan si pemanggil yang mengganggu perasaan suaminya itu.
            “Memang aku tak cintakan dia! Aku kahwin dengan diapun sebab tak mahu kau terus mengganggu hidup aku, puas hati!!?” balas Izzul kasar.
            Alya terkejut dengan kata-kata dari mulut Izzul itu. Sungguh, benarkah apa yang didengarinya? Izzul mengahwininya hanya kerana tak mahu Ain terus-menerus mengganggu hidupnya. Benarkah tiada langsung cinta yang lahir dari hati lelaki itu untuknya? Jadi, apa maksud cinta yang diluahkan sebelum ini? Adakah hanya satu lakonan semata-mata? Sebak rasa hati. Baru sahaja dirinya ingin menyayangi lelaki itu tetapi, ........ Alya mengesat air matanya dari terus gugur membasahi pipi. Dia segera melangkah meninggalkan tempat itu. Lagi lama dia di situ, lagi sakit hatinya nanti.

8 orang beri kritikan::

pipvz devil berkata...

wah xsabar nk tnggu n3 strus nya cian alya..

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tau cite selanjutnya...
macam mana reaksi izzul bila isteri dia tau apa yang telah di cakap oleh izzul kepada ain masa di telepon..
rase pergaduhan akan berputik...
tak sabar nak tunggu ..cepat sambung

Tanpa Nama berkata...

kesian alya...sanggup izzul buat alya mcm tu...apa yg jadi kat diorang lepas ni???...xsabar nk tahu...cpt yer sambung...next please:)

idA berkata...

alahai..akak baru nak..gembira ngan perkawenan Alya ngan izzul ni..tak sampai 1 hari dah..izzul buat perangai..kan..tak cinta kat Alya tapi mengaweninya..macam mana ek..dia nak menghadapi izzul tu ..selepas dapaat tahu..yg izzul main wayang kat dia..
Alahai..jgnlah pulak..dia nak larikan diri ..sesungguhnya..dia juga bersalah kan kerana berkawen kerana duit..bukan kerana cinta pada permulaan perkenalannya..kan..
Tapi disebabkan ijab dan qabul ..mamat tu dah lafazkan..suka atau tidak ..hukum tetap hukum..letak kedudukan isteri mmg disamping suami ..walaupun pernikahan dan sebab berkawen..
Akak berharap agar Alya rela dengan urusan takdirnya yg telah ditetapkan..ada hikmah yg kita tak tahu kan..buat macam biasa aja..mungkin dengan ini..bila rahsia dia bongkar..taklah izzul tu marah dia sesangat dan tuduh dia berkawen kerana duit sebab ternyata layanan yg akan alya bagi utk suaminya mmg best giler..
Teruja nak tahu next E3..perjalanan hidup alya selepas ini..bagaimana ek dia nak laluinya..sedangkan malam pertama pun belum dirasainya..

Tanpa Nama berkata...

cpat la post n3 bru , xsabr da ni! mnggu dpan na blik asrama da , kang xsmpat bace plak :(

Noor Affiqah berkata...

wahhh...semakin best....nk lg...

Tanpa Nama berkata...

alaa..br nk feel...huhuhu..cpt2 smbg

Tanpa Nama berkata...

sian alya,apa reaksi izuk ya bila dapat tahu izul hanya mempermainkan dia...cik waniey cepat2 update entry ..

EL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...