RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 24 Februari 2012

Hello, Mr. Perfect 19

BAB 19

“What!? Kahwin?” tanya Arif terkejut apabila Izzul meluahkan hasratnya sewaktu mereka melepak di rumah.
            Izzul mengangguk. Arif gembira.
            “Siapa!??” dia agak teruja.
            “Siapa lagi? Wanita yang korang selalu kenen-kenenkan dengan Along, la!” jawab Izzul tersengih. Senyuman Arif mati apabila nama itu yang disebut. Amilia menjerit keriangan.
            “Yes!!!! Akhirnya!! Angah, I told you right? Kak Alya will be our sister-in-law! Along, adik setuju!! Adik yakin, mama dan papa tentu setuju!!! Yeaaayyyy!!!” jerit Amilia lagi. Izzul hanya ketawa tetapi Arif..........
            “Angah, kenapa senyap? You are not happy with this news?” tanya Izzul membuatkan Arif menggigit bibir.
            “Err.. happy. Of course I am happy. Wanita yang Along pilih tu pun pilihan Arif juga, kan? But...” Arif senyap seketika. Tak tahu nak mulakan dengan apa. Dia serba salah yang teramat sangat.
            “But what?” tanya Izzul dengan muka tanda tanya.
            Amilia memeluk bahu abang keduanya.
            “Angah ni! This is the great news you know! Supposely we happy for Along! He does the great decision! Takkan la Angah tak suka?” sampuk Amilia pula membuatkan serba-salah Arif semakin terasa.
            “Hem.. Along serius ke?” tanya Arif untuk mendapatkan kepastian.
            “Maybe this time I have to forget all those rubbish things in my mind. I have to live happily ever after, right?” kata Izzul berharap. Arif diam. Amilia dah memeluk Alongnya erat. Amilia begitu sukakan Alya Adriana. Tapi dia? Dia juga suka cuma sejak kes hari itu dia semakin memandang rendah pada Alya. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali berlaku dalam hidup abangnya. Dia tak mahu Izzul kecewa untuk kali kedua. Dia tak mahu terus-menerus menyeksa abang sulungnya hanya kerana kepentingan diri sendiri. Oh, Along... maafkan Angah!
            “Bila Along nak kahwin?” soal Arif lagi. Sengihan Izzul semakin kembang. Jelas riak wajahnya yang berseri. Berseri untuk berkahwin atau seri kebahagiaan? Atau mungkin kedua-duanya sekali? Dia sendiri tidak tahu..
            “Will discuss later...” jawab Izzul seolah-olah ada something bermain di fikirannya kala ini. Arif hanya mengangguk. Kalau Izzul berkahwin kali ini, bermakna dia mempunyai peluang cerah untuk berkahwin dengan Ainul. Tapi.. aaahhh! Pening dia fikirkan! Dia mesti berjumpa dengan Alya! Mesti!!!
*****
            “Kenapa awak tak berpegang pada janji!?” marah Arif apabila mereka bertemu. Ainul menggelengkan kepala. Bengang apabila Arif tiba-tiba marah tanpa menunggu Alya menjelaskan perkara yang sebenar.
“Saya cuba tetapi saya tak boleh......” sedaya-upaya Alya cuba menjawab namun bibirnya terketar setiap kali ingin berkata-kata.
“Why!!!?” suaranya semakin tinggi membuatkan Alya mengerut dahi.
“Abang, cuba abang cakap baik-baik?” tegur Ainul. Arif kalau dah marah, perangainya sebiji macam abang sulungnya itu.
“You shut up, sayang! Please let me to settle this matter between me and her!” balas Arif tegas. Ainul hanya mendiamkan diri. Malas nak ambil port. Tak pasal-pasal nanti bergaduh pulak dia dengan Arif! Cukuplah mereka dah bertekak sebelum ni pasal Alya. Kali ni dia kena juga mengalah!
“Awak nak saya buat apa lagi, Arif? Saya dah cuba! Tapi saya nak buat macammana kalau abang sulung awak tu sering mencari saya!?Memaksa saya..! Bila saya nak berterus-terang, dia tak nak dengar kata-kata saya. Saya nak buat macammana lagi, Arif!?” luah Alya. Setitik air matanya mengalir. Sungguh! Dia ingat masalahnya sudah berakhir namun apa yang diinginkan belum tercapai.
“Abang... kita sepatutnya bersyukur sebab akhirnya Abang Izzul nak kahwin jugak! Kita cuma tinggal beberapa hari je lagi before beritahu mak dan ayah. Terima ajelah Alya! Memang ditakdirkan dia jodoh Abang Izzul!” tegur Ainul lagi. Arif mengeluh.
“Tapi, abang takut kalau Along tahu perkara yang sebenar!” luah Arif pada Ainul.
“Kalau kita tak cakap, pastinya Abang Izzul takkan tahu!” tambah Ainul lagi.
Arif menarik nafas. Dia kembali memandang Alya.
“Betul ke awak betul-betul ikhlas nak kahwin dengan Izzul!?” tanya Arif untuk mendapatkan kepastian.
“Saya memang dah lama sukakan dia. Tapi percayalah, saya cintakan dia bukan kerana duit dia tetapi kerana diri dia sendiri!” ujar Alya jujur. Arif sekali lagi mengeluh.
Akhirnya dia bersetuju.
“Baiklah! Saya bersetuju. Tapi perkara ni mesti dirahsiakan! Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut! Promise!?” pinta Arif kepada mereka berdua.
“Promise!” masing-masing bersetuju.
            “Okey! Nanti saya akan bagi awak baki duit cagaran tu..” tiba-tiba Arif mengeluarkan kenyataan itu. Ainul dan Alya saling berpandangan.
            “Duit cagaran?” soal mereka berdua serentak.
            “Yelah! Kan saya pernah janji nak bagi RM500,000 kepada sesiapa yang jadi isteri Izzul. Tu sebagai hadiah perkahwinan la. Hari tu dah bagi awak RM350,000. Lagi RM150,000 saya akan bayar..” jawab Arif selamba.
            Alya tersenyum sinis. 
“Saya tak nak!” tegas Alya.
Arif mengangkat kening kehairanan.
“Kenapa!? Banyak tu!” uji Arif lagi.
“Seperti yang saya cakapkan tadi. Saya nak kahwin dengan Izzul bukan kerana duit. Saya nak kahwin dengan dia kerana saya betul-betul sayangkan dia. Hari tu saya terdesak kerana hutang ayah saya. Dan sekarang saya tak perlukan duit tu lagi..” jujur Alya menjelaskan. Arif senyum. Jawapan itu yang dia inginkan. Sengaja dia menguji wanita di hadapannya ini. Ainul juga mengangguk.
“Tapi duit hadiah RM150,000 ni awak boleh simpan!” paksa Arif lagi. Memang niatnya ikhlas untuk memberikan duit cagaran RM500,000 itu sebagai hadiah untuk perkahwinan abang sulungnya itu. Ini adalah kerana dia merasakan, wanita yang dipilih oleh Izzul bukan calang-calang wanita. Amat sukar untuk seorang wanita menangani keegoan Izzul yang inginkan kesempurnaan. Malah, sifat sederhana yang ditonjolkan oleh Alya sudah mampu mengubah persepsi abang sulungnya itu berkaitan soal sempurna.
Cinta tak kenal erti sempurna. Cinta tak kenal erti kebendaan dan wang. Tetapi cinta kenal erti kejujuran dan kasih sayang. Bak kata orang, cinta lahir dari mata dan turun ke hati. Pertama kali Izzul memandang Alya, Arif dah agak kemungkinan besar Izzul dapat menerima wanita di hadapan mereka ini. Dan tafsirannya itu memang benar belaka.
Walaupun sebelum ini Arif tidak suka Alya merapati abang sulungnya hanya kerana menyangkakan wanita itu rapat dengan Izzul demi duit, dia sanggup menghalang Alya dari terus mengganggu Izzul. Namun, cubaannya itu gagal kerana Izzul sudahpun jatuh cinta pada Alya. Kemungkinan sudah jatuh cinta! Sebab Izzul beria-ia mencari Alya balik apabila wanita itu hilang tanpa khabar berita. Dan tatkala Izzul berhajat untuk memperisterikan Alya, dia yakin abangnya itu sudah mula membuka pintu hatinya untuk wanita lain setelah hampir 10 tahun pintu hatinya itu ditutup untuk kaum hawa.
Sepanjang 10 tahun itu, bukan tiada wanita yang ingin merapatkan diri dengan Izzul tetapi sikap Izzul yang amat membencikan kaum hawa membuatkan ramai wanita tidak tahan dengannya. Alasan kesempurnaan dijadikan benteng untuknya memilih suri hidup yang benar-benar layak. Dan wanita yang lebih layak adalah Alya!
“Takpelah, Arif! Awak simpan ajelah! Takpun, awak sedekah sahaja duit itu pada yang lebih memerlukan..” tolak Alya lembut. Dia tak mahu kerana duit pasti akan memecah-belahkan hidupnya lepas ini.
“Ini niat saya, Alya. Saya tak kisah awak nak buat apa dengan duit ini lepas ini, itu hak awak. Kalau awak nak bina rumah anak-anak yatim atau tadika Islam pun dah elok dah. Ambillah! Duit RM150,000 ni nanti milik awak” pujuk Arif membuatkan Alya terdiam. Ainul memegang tangannya.
“Alya, wang cagaran tu duit Arif. Hadiah sempena perkahwinan korang nanti. Ambillah! Soal kau nak buat apa dengan duit tu, ikut suka hati kau la! Yang penting, niat Arif ni tertunai. Dia memang dah lama berhajat nak bagi hadiah ni pada sesiapa yang layak. Dan sekarang, duit tu nanti milik kau” sambung Ainul pula. Alya mengerut dahi. Benarkah? Dia memandang Arif. Lelaki itu mengangguk.
“Terima kasih!” ucap Alya dengan senyuman. Alhamdulillah.. duit itu nanti akan disedekahkan pada yang lebih memerlukan. Dia pernah merasai pahitnya kehidupan dimana di saat mereka sekeluarga mengalami kesusahan, tiada siapa yang dapat membantu. Dan Alya tekad, duit itu nanti akan dia gunakan kepada perkara yang lebih baik!
Terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih belum terbela nasibnya. Dan sekiranya Alya ditakdirkan mempunyai rezeki yang lebih, duit itu akan digunakan sebaiknya untuk membantu yang lemah. Dia bersyukur kerana Allah telah merancang nasibnya sebegini dan dia berharap biarlah kebahagiaan bakal menyusuri hidupnya seperti bunga-bungaan yang mekar di taman yang menjadikan taman itu begitu indah.
*****

5 orang beri kritikan::

Aida Sherry berkata...

akhirnya.... moga tiada lagi rintangan yang mereka akan hadapi...

yanz berkata...

Alhamdulillah... akhir nyer arif terima gak alya tok jg ahli kuarga dorg... thanks waniey... tunggu n3 strsnyer.....

Tanpa Nama berkata...

alaa..nape pendek sangat...btw best sangat cite ni...hope lepas ni mereka bahagia... next en3 please....

Ain berkata...

Waniey: bila nak di novelkan cerita ni... best sgt. Xpenah miss dr ep 1.

ashfa berkata...

makin banyak la pulak konflik lepas ni...gud job writer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...