RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 18 Februari 2012

Hello, Mr. Perfect 18

BAB 18

Esok pagi dia bangun apabila bunyi mesej kedengaran dari handphone Nokianya. Selepas solat subuh, dia kembali menyambung tidurnya. Tetapi baru sahaja nak terlelap, bunyi mesej pula kedengaran. Alya mencapai handphone di atas meja sisi dan terus membaca mesej tersebut.
            Morning! Dah bangun?
            Alya mengeluh. Izzul.. masih tak give up lagi mamat ni rupanya! Alya menaip untuk membalas.
            Waalaikumussalam. Dah bangun pun! Lain kali nak menegur bagi salam dulu..
            Padan muka! Sengaja dia memerli lelaki itu.
            Kemudian, bunyi mesej datang kembali.
            Oh! Sorry.. As-salam, nasib awak ingatkan saya. So today, not going anywhere?
            Alya tersenyum.
Nope! Very lazy! I just want to stay at home without doing anything!
            Tengok sejauh mana lelaki ini dapat melayan kerenah dia? Dia masih lagi menggeliat malas di atas katil.
            Can I come to your house?
            Alya terbangun dari baringan. Hah!? For what!?
            Sorry my family is not at home!
            Masak! Masak!
            Where are they going?
            Alya mencari alasan yang paling munasabah.
            Adik saya ada kokurikulum hari ni. Mak saya pula ada kelas menjahit! Takde siapa dekat rumah. So, saya ingat nak rehat je hari ni.
            ‘Bagus punya alasan! Bila masa pulak mak aku ni ambil kelas jahitan? Keh keh keh..’ bisik hatinya.
            Have you eaten? I buy you some nasi lemak. Don’t worry! I won’t come intoyour house.Just want tosend thebreakfastonly.
            Adeh! Dia ni memang tak makan saman betul!
            Takpe, I masak je nanti! Eh, I ada kerja ni. We chat later, ok!?
            Terus Alya melemparkan handphonenya ke meja sisi. Takpe, handphonenya tidak semahal Iphone-4 lelaki itu. Dia terus menarik selimut dan menyambung tidur yang tergendala tadi. Bunyi balasan mesejnya kedengaran namun dia malas untuk melayan.
            ‘Lagi dilayan lagi melalut mamat tu, nanti!’ kutuk Alya dalam hati.
*****
            Alya bangun dari tidur apabila kedengaran ibunya memasak di dapur. Sebaik keluar dari bilik, bau nasi lemak sudah ketara menusuk hidung. Alya melangkah ke dapur untuk melihat apa yang dilakukan oleh ibunya itu.
            Dia agak terkejut apabila melihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja. Amani dan Azizi sibuk menyusun pinggan dan mengambil lauk di dalam periuk. Macam-macam ada. Ada sambal sotong, sambal kerang dan juga sambal peparu.
‘Ni mesti Azizi beli dekat luar ni. Sebab sempat pulak mak nak masak semua ni? Nasi lemak je kot mak masak?’ tekanya dalam hati. Alya menghidu makanan di hadapannya. Rasa lapar pulak dia.         
“Wah, banyaknya lauk? Ada tetamu, ke?” tanya Alya kepada adik-adiknya. Masing-masing tersenyum tanpa menjawab. Alya kehairanan. Pelik? Kenapa diorang tersenyum-senyum ni?
“Hah, Alya! Apa dok tunggu situ lagi tu? Pergi mandi! Ada orang nak datang makan sarapan dengan kita, ni!” kata Mak Temah. Dia agak sibuk pagi itu.
Alya membuntangkan matanya.
“Siapa nak datang, mak?” tanya Alya tidak percaya. Special sangat ke orang tu sampai mak dia ajak sarapan bersama?
“Tak payah kamu dok tanya! Pergi mandi. Karang dia tengok muka kamu tu muka baru bangun tidur, tak pasal-pasal kena reject!” perli Mak Temah lagi. Alya ternganga.
‘Reject!? Siapa pulak yang nak datang meminang aku, ni? Ah! Kusut-kusut...’ ngomel Alya dalam hati. Terus sahaja wanita itu berlari ke bilik untuk mandi.
Sewaktu Alya sedang sibuk memakai baju, kedengaran suara seorang lelaki dari ruang tamu. Alya melekapkan telinganya di pintu bilik untuk mendengar perbualan lelaki itu dengan mak dan adik-adiknya. Hatinya menjadi resah.
“Ni makcik, saya bawakan kuih-muih sikit” jawab lelaki itu. Alya mengetap bibir. Hatinya menjadi tidak keruan.
“Terima kasihla, Izzul! Kamu ni banyak sangat belinya. Takut tak habis je karang. Makcik pun baru je masak nasi lemak tadi memandangkan semalam kamu beritahu nak datang lagi hari ni” jawab Mak Temah pula.
Alya menutup mulutnya! Izzul!!!!?????
“Mak, makanan dah siap!” kata Amani.
“Hah, ok! Amani, pergi panggil kakak kamu tu makan. Dia dah habis mandi ke belum tu? Anak dara elok sangat la bangun lambat. Mari Izzul..” perli Mak Temah lagi lantas mempelawa Izzul ke dapur. Izzul hanya ketawa kecil.
Dirasakan jantungnya bagai nak jatuh!
‘Mak telah memalukan aku. Depan Izzul pulak, tu! Ahh malunyaaa...’ Alya menekup kepalanya dengan bantal. Kedengaran pintu biliknya diketuk.
“Akak... Jom makan!” ajak Amani.
“Kejap-kejap! Akak nak pakai tudung, ni!” jerit Alya dari dalam.
“Ok! Amani ke dapur dulu, ye?”
Senyap!
Alya rasa macam takut untuk keluar. Dah la ibunya baru sahaja memalukannya tadi.
‘Ah! Mamat tu memang tak makan saman betul! Buat apa menyemak pagi-pagi, ni? Dah takde tempat lain nak sarapan, ke!?’rungutnya dalam hati.
Tiba-tiba dia teringatkan mesej dari Izzul tadi. Segera dia mencapai handphonenya dan membaca. Ada dua mesej!? Dua-dua datang dari Izzul?
Mesej pertama: Ok! I dah beritahu mak you semalam yang I nak datang sarapan pagi ni! Just nak beritahu you je. Nak tengok apa reaksi you. Bijak betul alasan yang you kasik, kan? Hehehe..
Mesej kedua: You dah tidur, ke? Ok, wait for me ya!? See you soonn.. =)
Alya menggigit jari! Dia dah menggaru-garu kepala! Arrrghhh TENSIIIOOOOONNN!
*****
Alya buat muka monyok sepanjang mereka makan. Langsung tidak diambil peduli dengan senda gurau yang bercengkerama di hadapannya itu. Setiap bait senda gurau dan gelak ketawa yang dilemparkan semakin mencengkam-cengkam perasaannya.
Alya memandang ke arah Izzul yang sejak tadi sibuk bercerita dengan keluarganya. Mukanya yang agak ceria itu ditatap. Dua orang adiknya itu begitu fokus dengan cerita Izzul. Tapi..
‘Adakah ini perangai Izzul yang sebenar? Kenapa dia seperti bukan Izzul yang aku kenal sebelum ini? Izzul di hadapanku ini begitu peramah sekali. Jauh lebih peramah dari Arif. Aku bermimpikah?’
Alya semakin bingung.
Perwatakkan Izzul begitu berbeza. Tiada lagi muka serius yang suka melenting dan mengherdik orang sesuka hati. Mukanya ceria semacam. Seperti ada kebahagiaan yang lahir dalam dirinya.
‘Ah! Adakah dia hanya berpura-pura? Hanya sekadar mengambil hati keluargaku sahaja?Adakah benar apa yang Amilia cakap pasal Izzul semalam? Aduih.. pening betul bila aku fikir..’ ngomel Alya lagi. Matanya masih lagi memandang Izzul. ‘Handsomenyaa... kenapa la kau cari aku balik, Izzul? Aku bukan untuk kau lagi!’ Alya menongkat dagu. Dia rasa menyesal pulak kerana menerima idea Arif sebelum ini. Tetapi, dia tidak punya cara lain. Itu sahaja penyelesaiannya. Dia terpaksa.
“Akak, tolong ambilkan Azizi lauk sotong, tu?” tegur Azizi namun Alya masih lagi termenung. Dia hairan. Mata kakaknya masih lagi memandang tepat ke muka Abang Izzul. Timbul idea jahat untuk mengenakannya.
“Abang Izzul, ada orang dari tadi dok perhatikan abang..” kata Azizi mengalihkan perhatian semua orang ke arah Alya. Alya tersedar apabila Izzul memandang ke arahnya. Ah! Dia malu sendiri.
            “Ala, akak.. Kalau dah suka tu cakap ajelah.. Abang Izzul ni tengah dok tunggu jawapan dari akak je, tu! Betul tak Abang Izzul?” usik Amani. Izzul hanya tersenyum gatal. Alya mengerut dahinya
“Ehhh.. mana ada! Kau jangan nak merepek Amani! Akak takde apa-apa perasaan pun pada dia ni!” jawab Alya tegas. Dijelingnya Izzul dengan pandangan yang tajam. Lelaki itu Hnya tersenyum sahaja. Alyabangun dari tempatnya dan menuju ke sinki untuk membasuh pinggannya. Adik-beradiknya hanya ketawa sahaja.
Selesai makan dan mengemas meja, mereka bergerak ke ruang tamu. Izzul kembali duduk di sofa sambil matanya memandang ke arah televisyen. Mak Temah dan Azizi melayan borak dengan Izzul manakala Alya dan Amani sedang sibuk membasuh pinggan dan menyiapkan air untuk dihidangkan kepada tetamu mereka itu.
Alya menatang dulang berisi empat cawan air teh ke ruang tamu. Izzul mengerling ke arahnya. Alya gugup. Mata mereka bertentangan. Jantung Alya berdegup dengan kencang.
“Alya, Izzul nak ajak kamu keluar..” kata Mak Temah. Alya diam. Tangannya sibuk meletakkan cawan di atas meja.
“Malaslah, mak!” balas Alya.
Dia langsung tidak memandang Izzul tetapi dia tahu lelaki itu kecewa.
“Ala Kak Alya, Azizi baru je pesan kat Abang Izzul suruh dia belikan Azizirobot replika Transformers. Pergilah, kak!” pujuk Azizi membuatkan Alya mendengus kasar.
“Alaa.. nanti akak belikan la!” jawab Alya mengambil hati. Dia bukan tak mahu pergi cuma dia tak mahu terus-menerus memberi harapan pada Izzul. Andai dia menerima pelawaan lelaki itu, semestinya dia bersetuju untuk menjalinkan hubungan dengan Izzul semula. Itu yang dia risaukan tu. Hati perempuannya cepat benar cair apabila menerima pujukan dari lelaki handsome seperti Izzul. Lebih-lebih lagi Izzul adalah cinta pertamanya. Wahai la hati, tabahkan la hatiku ini.
“Akak ada duit, ke? Mahal tu harganya...” perli Azizi. Alya membuntangkan matanya. Bengkek dengan ayat perli yang keluar dari mulut Azizi. Amboi! Mentang-mentang babker dah ada depan mata, terus lupa pengorbanan kakaknya ini. Huh!
“Ooo.. ingat akak ni sengkek sangat ke sampaikan tak mampu nak beli patung tranformer tu?” marah Alya. Mentang-mentang gaji dia sikit. Adiknya pandang rendah pulak!
“Ala kak... boleh la! Abang Izzul dah janji nak kasik hadiah patung tu...” pujuk Azizi lagi. Dia bukan sengaja nak sakitkan hati kakak kesayangannya tetapidia sekadar membantu kakaknya mencapai cintanya sahaja. Bukan dia tak tahu yang Kak Alya pun ada hati pada Abang Izzul. Sahaja buat-buat jual mahal. Piiirrraaahh!!
            Azizi menggoyangkan badannya memujuk.
            “Yelah! Yelah!” Alya terpujuk. Dia mengalah akhirnya.
            “Yes!” jerit Azizi. Matanya mengenyit kepada Izzul tanda dia berjaya. Izzul membalas kenyitan mata adik lelaki bongsu Alya. Hatinya gembira. Alya hanya mengetap bibir. Takpelah! Biarlah kali nikali yang terakhir dia keluar date dengan Izzul. Lepas ni dia kena berhati-hati. Tak boleh termakan pujuk lagi!
*****
            Dengan perasaan yang sangat malas, Alya mengikut Izzul keluar berjalan-jalan.
            Pandangannya masih lagi fokus ke luar. Izzul berdehem untuk menarik perhatian Alya. Wanita itu mengeluh.
            “Apa!?” tanya dia malas.
            “Apesal senyap? Takde cerita nak ajak berborak, ke?” usik Izzul membuatkan Alya mencebik.
            “Takde benda nak diborakkan..” balas Alya. Takde mood untuk berborak dengan lelaki itu. Alya masih memandang ke luar.
            Izzul ketawa kecil.
            “Kita nak jalan-jalan kemana?”tanya Izzul lagi sementara matanya masih fokus pada pemanduan.
            “Terpulang pada awaklah! Saya ikut, je!” jawab Alya tegas.
            Izzul diam. Kemudian dia mengeluh.
            “Kenapa you cakap macam tu dengan I? Am I doing something wrong?” Mata Izzul kembali mengerling ke arahnya. Alya diam. Matanya masih dipandang ke luar. Tidak menjawab pertanyaan yang diberikan oleh Izzul itu. Kalau dia terus bersuara, pastinya akan berlaku pergaduhan. Bukan dia tak kenal Izzul tu. Ego! Semuanya nak menang. Huh!
            ‘Aku tak pernah bencikan kau! Tetapi aku terpaksa bencikan kau!’ bisik hatinya.
            “Dah la you hilang macam tu, je. Then sekarang bila I dah dapat cari you, you buat ignore dengan I. What’s wrong with you!?” soalan itu bertalu-talu ditanya oleh Izzul. Alya diam lagi. Ada nada tak puas hati lahir dari alunan suaranya itu. Namun Alya tidak mampu menjawab. Cuba mencari soalan yang boleh meredakan keadaan yang dianggarkan semakin tegang sekarang ni.
            “Arif tak beritahu awak ke?” soal Alya tiba-tiba.
            Kali ini Izzul pula terdiam.
            “Beritahu apa? Dia pun tak tahu yang you dah pindah!” balas Izzul tanpa syak wasangka.
            Alya diam. Rahsia dia masih lagi tersimpan elok. Rahsia duit RM350,000 tu sehingga kini Izzul tidak mengetahuinya. Izzul memegang tangannya tiba-tiba. Alya terkejut.
            “I nak you kahwin dengan I!” usul Izzul tenang. Walaupun tenang namun ayat itu seolah-olah satu paksaan! Kahwin dengan dia? Kalau diakahwin dengan Izzul, bagaimana dengan perjanjian dia dengan Arif?
            Alya segera menarik tangannya dari terus digenggam oleh Izzul.
            “Tak boleh, Izzul! Tak boleh!” tolak Alya beria-ia. Dia tak mahu memungkiri janji.
            Izzul mengangkat keningnya.
            “Kenapa!?” tanya dia.
            “Sebab... sebab....” amat sukar untuk Alya meluahkan apa yang terpendam dalam benak hatinya. Dia takut. Dia tidakberani. Dia sayangkan Izzul. Dalammasa yang sama, dia tak mahu jadi seorang manusia yang munafik. Tidak berpegang pada janjinya. Dia tak mahu Arif akan memandangnya jelik! Cukuplah dengan kes hari itu membuatkan Arif kecewa dengannya. Dia tak mahu lepas ni Arif copkan dia sebagai perempuan takde maruah pulak!
            “I tak kira! You tetap kena jadi wife I! Ini muktamad!” tegas Izzul. Dia tak mahu pelawaannya itu ditolak. Dia tak tahu kenapa Alya berubah sama sekali. Dia tahu Alya juga sayangkannya sebagaimana dia menyayangi wanita itu. Tapi kenapa wanita itu seperti cuba melarikan diri daripadanya? Seolah-olah menyimpan sesuatu perkara tanpa pengetahuannya membuatkan wanita itu tekad untuk menjauhkan diri daripadanya.
            “Kenapa, Izzul? You takde hak untuk paksa I!” marah Alya. Kedua-duanya tangannya diramas-ramas. Kelihatan seperti mati kutu dengan paksaan Izzul itu.
            Tiba-tiba kereta Lamborghini Gallador milik Izzul berhenti ditepi jalan. Alya agak terkejut dengan aksi spontan itu. Izzul memandang tajam ke arahnya. Alya gugup. Tiada lagi wajah manisnya. Tiada lagi muka berserinya. Dan tiada lagi senyumannya. Wajah lelaki itu serius.
            Tangan Alya dicapai dan digenggam erat. Alya tercengang. Dilihat sahaja tangannya digenggam dan matanya kembali memandang Izzul yang kelihatan serius.
            “Do you really want to know the reason!? Do you really need that reason!?”tanya Izzul. Tiada langsung wajah ceria seperti di rumahnya tadi. Izzul di hadapannya kini seperti Izzul yang dikenali sewaktu pertemuan mereka yang pertama dulu. Alya mengetap bibir. Dia risau kemudian mengangguk laju.
Izzul menarik nafas sebelum meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.
“Ok! This is because I’ve already fallen in love with you! I need you to be my WIFE from now on until forever! And nobody will separate us only GOD! This is my promise! I will take care of you! I really love you, Alya. I love only you until my last breath. And I'm not looking for another because you are my life forever” jawab Izzul tegas. Hanya sekali lafaz. Seolah-olah lahir dari hati yang tulus. Wajahnya betul-betul menunjukkan keikhlasan.
            “Tapi saya...” belum sempat Alya berkata-kata, jari telunjuk Izzul sudahpun melekap di bibirnya.
            “I don’t want to hear any words other than the word YES!” Izzul masih lagi serius.
            “Dengar dulu cakap saya, Izzul! Saya bukanlah seorang perempuan yang baik seperti yang awak sangkakan! Saya bukan wanita yang sempurna yang awak dambakan selama ini!” ujar Alya lagi. Izzul mengeluh. Dia menggelengkan kepalanya. Menyangkal dengan apa yang disangkakan oleh Alya tentang dirinya.
            “Actually I am not looking for perfection in yourself. I am looking for your presence that will complement the perfection in my life” jawab Izzul lagi. Dia tekad inginkan Alya dalam hidupnya. Alya terharu dengan kata-kata yang lahir dari mulut lelaki itu. Sedikit sebanyak hatinya terusik. Sekilas dia membuang perasaan itu. Dia kena tegas!
“Izzul, saya hanya wanita biasa yang sering ada masalah dan pernah cuba mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Saya.. saya..” Alya masih takut untuk berterus-terang. Izzul memegang kedua-dua pipinya. Ditarik wajah itu mendekatinya. Mata mereka bertentangan.Keikhlasan yang terpancar dari mata lelaki itu membuatkan Alya terkaku.
            “I don’t want to know about your past, Alya! Past is past! And now, cerita you dengan I! Kita mulakan hidup baru! Alya, will you marry me?” pinta Izzul. Matanya memandang tepat ke mata Alya. Satu tarikan yang membuatkan Alya diam tanpa kata.
Alya mengeluh. Tidak tahu untuk apa dia harus katakan. Memang dia sayangkan lelaki itu tetapi dia tak mahu sejarah lalu bakal menghancurkan kebahagiaan mereka berdua nanti.
“Will you be with me until my last breath? Will you be my side until forever? Will you?” sambung Izzul lagi. Alya tidak terkata. Dia begitu terharu dengan pujukan lelaki itu. Sekilas dia memujuk hatinya untuk menerima lelaki itu. Keikhlasan Izzul menerima dia seadanya membuatkan Alya tergoda dan sekaligus mengangguk bersetuju.
Izzul tersenyum gembira. Andai Alya adalah isterinya, sudah lama dipeluk dan dicium wanita itu sepenuh hatinya. Namun dia kena berhemah. Dia begitu respect dengan Alya. Tak mungkin dia akan mengambil kesempatan kepada wanita di hadapannya ini. Alya bukan Ain dan tak mungkin wanita ini akan menjadi Ain.
“”Thanks sayang! Thanks a lot. I promise, I won’t let you down along our marriage. I will take care of you! I will love you, sayang! That is my promise!” janji Izzul padanya. Terserlah kebahagiaan terpancar di wajah lelaki itu. Alya hanya mampu tersenyum.

4 orang beri kritikan::

0nion_ring berkata...

best,,,nk lagi..
pnjang skit..
hehe..thanks..

idA berkata...

BETUI KE APA YG DIUCAPKAN OLEH IZZUL TU..TAKUT NANTI ..BILA DAH AKAD DAN IJAB QABUL DILAFAZKAN..TAK KAH NANTI MAMAT TU AKAN TUDUH ALYA MACAM MACAM..

bunga bercahaya berkata...

sungguh merisaukan la...
Andai Izzul thu perkara yg menyebabkan Alya mengelak dari dia...
ape la reaksi Izzul ye..
xsabar nk tunggu entry seterusnya..

Tanpa Nama berkata...

bile nak di novelkan....
Saye folo dr bab 1..menarik gile!!
AnneSophie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...