RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 10 Februari 2012

Hello, Mr. Perfect 17

BAB 17


Alya mengeluarkan duit dari ATM, Maybank. Gajinya sudah masuk. Dia perlu memberikan duit itu kepada ibunya untuk belanja barang dapur. Dalam perjalanan ke kereta MyVinya, dia ditegur seseorang.
“Kak Alya!!”
Alya menoleh. Gadis kecil molek itu melambai-lambai ke arahnya sambil berlari-lari anak. Alya terkejut.
“Amilia?” nama itu terluah dari mulutnya. Amilia segera mendekatinya. Mukanya agak ceria.
“Lama tak nampak Kak Alya! Kak Alya apa khabar?” tanya Amilia bersemangat. Alya hanya tersenyum sahaja. Mereka bersalaman. Amilia memang seorang gadis yang cukup ceria. Dia teringatkan saat mereka bercuti bersama. Gadis itu begitu suka berceloteh. Kadang-kadang perangai gadis itu betul-betul buat dia terhibur.
“Baik. Akak busy la, dik..” jawab Alya membuatkan Amilia mengangguk faham.
“Yelah, kerja engineer memang selalu busy, kan?”
“Amilia buat apa dekat sini?” tanya Alya apabila melihat gadis itu memegang fail.
“Oh! Lia ada interview, kak!” jawab Amilia.
Alya mengerut dahi.
“Interview? Kenapa? Lia tak nak kerja dengan abang-abang Lia, ke?”
Amilia ketawa.
“Bukan kak! Lia baru je lepas interview dengan JPA tadi. Lia nak sambung master ke luar negara. So memang ingat nak try apply biasiswa dengan JPA..” kata Amilia lagi.
“Kenapa tak guna duit mak ayah je?” Alya hairan. Keluarga mereka memang dah cukup kaya. Kenapa perlu dapatkan biasiswa pulak?
Amilia ketawa lagi.
“Saje, je! Nak tengok keupayaan Lia samada layak atau tak untuk dapatkan biasiswa tu? Kalau tak, memang kena pakai duit biasiswa PAMA la gamaknya..” gurau Amilia membuatkan mereka ketawa bersama.
            “Lawak la, Amilia ni! Eh, Lia ada apa-apa plan ke lepas ni?” tanya Alya.
            Amilia membelek jam di tangan.
            “Takde! Ingat nak balik rumah terus! Kenapa, kak?”
            “Jom kita pergi makan? Lepak-lepak.. borak-borak! Lama kita tak jumpa, kan?” ajak Alya. Amilia mengangguk setuju.
            “Jom! Lia ikut je!!!” sahut Amilia.
            Mereka bergerak menuju ke kedai makan berhampiran. Kemesraan mereka berdua seolah-olah seperti adik dengan kakak.
*****
Alya dan Amilia berhenti berehat di Restoran Che Mek yang terletak berhampiran dengan Taman Universiti. Alya hanya memesan nasi goreng kampung dan fresh oren manakala Amilia memesan nasi ayam pedas dan air tembikai susu sebagai makanan pembuka selera mereka.
Sebaik pelayan meninggalkan mereka, Amilia menyapa Alya kembali.
“Lama benar tak jumpa Kak Alya. Abang Izzul dan Abang Arif pun takde apa-apa nak buat sejak dua menjak ni, kan?” luah Amilia. Alya hanya tersenyum sahaja. Dia bersetuju dengan itu. Mungkin sejak kes hari itu, Arif sudah menjauhkan dirinya dengan Izzul. Sebab itu takde apa-apa rancangan baik yang mereka plan balik.
“Masing-masing sibuk Amilia. Akak pun ada banyak kerja yang kena settle lebih-lebih lagi lepas akak pindah ke sini.. Ooopss..” Alya menutup mulutnya. Dia terlepas cakap. Amilia mengerut dahi memandangnya.
“Akak pindah ke sini? Patutlah akak dan abang jarang berjumpa dah..” kata Amilia lagi. Alya hanya tersenyum sahaja. Biarlah dia diam sahaja. Membisu adalah jawapan yang terbaik.
“Bila Amilia nak sambung belajar?” tanya Alya mengubah topik perbualan mereka. Dia tak mahu persoalan Amilia tadi akan memecahkan rahsia yang selama ini disimpan baik oleh dirinya, Arif dan juga Ainul. Dia tak mahu ahli keluarga Izzul tahu mengetahui perkara ini. Dia rasa malu dengan dirinya sendiri. Menggunakan kekayaan seseorang hanya untuk kepentingan sendiri. Kalaulah ahli keluarga Izzul tahu, pastinya dia akan dicop sebagai seorang yang bermata duitan. Mendekati Izzul hanya kerana duit. Dia tak mahu mereka fikir dia macam tu. Dia ada maruah. Walaupun maruah mereka sekeluarga dah tercalit akibat dari perbuatan ayah tirinya itu namun dia tetap redha dengan kehendakNya. Sekarang dia sudah boleh menarik nafas lega kerana masalahnya sudah selesai walaupun Arif sendiri jijik dengan perbuatannya itu. Takpelah, asalkan keluarganya bahagia itu sudah memadai baginya.
Amilia tersengih.
“Lambat lagi akak. Amilia baru pergi interview untuk dapatkan biasiswa. Paling awal pun pertengahan tahun ni. Paling lambat, awal tahun depan. InsyaAllah.. Lagipun masa muda ni la kena menuntut ilmu. Nanti bila dah tua, dah kahwin.. confirm Lia tak boleh nak sambung belajar nani..” kata Amilia panjang lebar.
“Siapa kata masa kahwin dah tak boleh nak belajar?” soal Alya mengerut dahi.
“Yelah, nanti bila dah kahwin... dah ada anak.. susah nak fokus pada pembelajaran. Sebab itu Lia ingat nak further study sampai PHD, baru Lia fikir nak kahwin, kak..” jawab Amilia bersunguh-sungguh. Pendapatnya dengan Alya amar berbeza namun Alya begitu menghormati pendapat Amilia. Betul kata gadis di hadapannya ini. Sebelum kahwin ni la mereka kena bijak membuat perancangan untuk diri sendiri. Nanti bila dah kahwin, tentunya sukar untuk membuat aktiviti sendiri kerana nak melayan perkara yang lebih kepada suami dan anak-anak nanti.
Bila fikir pasal suami dan anak-anak, Alya teringatkan Izzul. Hem.. kenapa dia tiba-tiba terfikirkan lelaki itu? Izzul sangat istimewa untuknya tetapi terlampau banyak kekurangan yang ada pada dirinya kalau nak dicomparekan dengan Izzul yang serba lengkap dan punya segalanya.
Izzul mempunyai daya tarikan yang amat tinggi. Dulu, sewaktu dia berjalan bersama Izzul, mata si pemerhati terutama sekali golongan anak-anak gadis tidak lepas dari memandangnya. Dia umpama gadis yang bertuah dapat keluar date dengan lelaki terhangat di pasaran.
“Akak dengan Along apa cerita?” tanya Amilia sekaligus mematikan lamunannya sejak tadi. Makanan dan minuman yang dipesan sudahpun berada di hadapan mata. Ah! Berangan betul dia tadi sampaikan makanan sampai pun dia tidak sedar. Amilia sudah memegang sudu dan garpu untuk menikmati rezeki yang sudah tersedia.
“Hem.. kenapa Amilia tanya pasal tu?” soal Alya lantas satu sudu nasi goreng disuakan ke mulutnya. Sedap! Dia sukakan nasi goreng kampung yang dimasak di kedai ini. Amilia masih lagi diam sebelum menjawab pertanyaannya. Nak menikmati dulu makanan kegemarannya sebelum menyambung perbualan mereka.
Sebaik habis kunyahan pertama, Amilia menjawab pertanyaan Alya.
“Sebab Along tu jarang keluar dengan perempuan..” jawab Amilia.
Alya mengerut dahi.
“Maksud Lia?” Alya tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Amilia sebenarnya. Dia setia menanti ayat yang bakal keluar dari mulut comel gadis kecil molek itu.
“Semua orang kata Along ni serius, kaki perempuan dan kadang-kadang ayat yang paling melampau bila orang mengata dia tu lelaki bi-seksual. Suka kedua-dua jantina. Dia keluar dengan perempuan dan dalam masa yang sama, tak mahu terlampau rapat dengan perempuan dan ada perasaan pada perempuan.”
“Kenapa orang cakap dia bi-seksual?”
“Sebab dia tak suka perempuan. Dia keluar pun atas desakan mama dan papa dulu. Tapi itu dulu la. Bila takde apa-apa perubahan pada Along, mama dan papa kurang mendesaknya. Along lebih suka lepak dengan member-member lelaki dia. Akak tahu la kan, umur Along tu bukannya makin muda. Tu yang mama dan papa risau sangat tu..” Amilia kembali menyambung suapannya. Alya hanya terdiam.
‘Benarkah Izzul tidak sukakan perempuan? Habis kenapa lelaki itu beria-ia nak berkahwin dengannya?’ runsing Alya memikirkan soal lelaki bernama Izzul itu.
“Akak sayangkan Along?” soal Amilia tiba-tiba. Wajah Alya berubah apabila mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Amilia.
“Kenapa Amilia tanya akak macam tu?” tanya Alya balik.
Amilia hanya ketawa. Alya mengerut dahi.
“Sebab Lia tahu Along sayangkan Kak Alya. Sebab tu dia tak pernah bersungut bila Angah bawa Kak Alya join kitorang pergi bercuti sebelum ni..” jelas Amilia. Alya diam lagi. Benarkah?
“Ada-ada je Lia ni tau! Mana ada.. akak dengan Along Lia tu kawan je. Tak lebih dari tu...” tukas Alya membantah. Dia sememangnya sudah takde apa-apa hubungan dengan Izzul lagi. Kalau boleh kenangan mereka bersama biarlah lenyap dari pemikirannya. Dia sudah berjanji dan dia tak boleh memungkiri janji itu.
“Lia tak bohong la akak! Lia kenal sangat Along tu. Dia kan tak berapa suka dengan perempuan. Kalau bercouple pun sekejap je dulu. Paling lama dia couple pun dua tahun. Masa tu kami ingat itulah kekasih awal dan terakhir Along, tapi rupa-rupanya perempuan tu mainkan perasaan Along. Itulah kali pertama dan terkahir Lia tengok Along benar-benar jatuh cinta dengan seseorang. Amilia ingat, sejak dia putus dengan kekasihnya dulu.. Along dah serik nak bercinta. Tak sangka bila jumpa Kak Alya, dia macam begitu excited tau..” luah Amilia lagi seolah-olah mempromote abang sulungnya itu. Alya ketawa. Lawak betul cerita yang disampaikan oleh Amilia itu.
Zaman sekarang ni mana ada lagi lelaki handsome yang setia pada cinta? Selalunya suka mainkan perasaan perempuan ada la. Kalau tak jadi playboy, jadi anak ikan.. tak pun jadi gay.. oopppss! Dalam nisbah 1:1000 la yang setia pun. Huh..~
“Akak tak percaya dengan cerita Lia?” Amilia seolah-olah dapat membaca apa yang berlegar dalam fikirannya sekarang. Sekilas Alya menggelengkan kepalanya.
“Takdelah!” ujar Alya membohonginya.
Amilia senyum.
“Tentu akak tak percaya kan? Lelaki handsome yang setia pada cinta. Tapi cintanya dipermainkan oleh seorang perempuan yang biasa-biasa sahaja...” balas Amilia.
Alya mengerut dahi. Biasa-biasa? Masa kat kolej dulu, Ain tu begitu popular sekali. Dia bukan wanita yang biasa-biasa. Baginya Ain adalah wanita yang sangat luar biasa. Gadis yang sangat aktif dalam bidang tarian Zapin dan wakil UTM dalam bidang tennis dan bola jaring. Cantik dan diminati ramai. Masa kolej dulu jugak mereka digandingkan sebagai pasangan yang sangat sesuai. Bahagia je tengok. Tapi tak sangka boleh jadi begini.
“Akak tak rasa taste Along Lia tu orang yang biasa-biasa.. Bukan Izzul tu cerewet dan high taste ke?” tanya Alya lagi. Kali ni soalan Alya tu membuatkan Amilia ketawa.
“Memang la akak! Along tu memang cerewet. Tersangat la cerewet! Sebab tu tak ramai yang tahan dengan dia. Tapi Along bertuah, seorang pergi sepuluh mari! Tapi dia bukannya playboy. Orang tu yang minat dia, ajak dia keluar semua. Tapi takdelah semua perempuan yang ajak Along keluar tu Along akan ikut keluar. Dia tu memilih jugak! Kalau dia kenal rapat atau kenal dari member-member rapat, dia keluar la. Kalau tak, jangan harap dia nak melayan..”
“Hem, dah tu. Kenapa Amilia cakap gadis yang pernah singgah di hatinya dulu adalah gadis yang biasa-biasa?”
“Sebab perempuan tu sukakan Along hanya kerana duit. Sebab tu Lia cakap gadis tu biasa-biasa je...” jawab Amilia selamba. Macam nak luruh jantung Alya bila mendengar jawapan yang diberikan Amilia itu. Terasa seperti Amilia menujukan tuduhan itu padanya walaupun gadis itu tidak berniat sebegitu. Muka Alya berubah sejenak. Dia malu dengan dirinya sendiri. Kalau dia nak salahkan Ain yang pernah memainkan perasaan Izzul, dia apa kurangnya? Sama je...
“Kak Alya, Lia sukakan akak dengan Along. Kalau boleh Lia nak akak jadi kakak ipar Lia. Boleh kan?” pinta Amilia bersungguh-sungguh. Tangannya digenggam erat oleh Amilia. Dia terkedu. Apakah dia perlu luahkan apa yang terpendam dalam fikirannya selama ini?
“Kenapa Amilia cakap macam tu?”
Amilia diam. Matanya bersinar-sinar seperti menginginkan sesuatu.
“Macam yang Lia cakapkan dekat akak tadi. Along sukakan akak.. Percayalah! Kalau kitorang lepak bersama, nama Kak Alya tak pernah lekang dari mulutnya. Dia macam begitu sukakan akak. Amilia boleh nampak wajahnya yang berseri-seri bila nama akak disebut. Begitu excited sekali. Walaupun Along tak pernah luahkan perasaannya pada kitorang tapi Lia boleh agak perasaan sebenar Along pada akak..” balas Amilia lagi. Pipinya yang mulus semakin merah apabila dipuji sebegitu. Sungguhkah Izzul menyukainya? Dia sendiri tidak percaya. Masa belajar dulu, mana la lelaki tu nak pandang dia? Eh yelah.. time tu kan dia ada Ain, confirm la dia tak pandang orang lain dah! Hish...
“Akak sukakan Along kan?” soal Amilia lagi.
Tiada jawapan di situ. Alya hanya mampu tersenyum.
******
“What!? Kenapa mak terima!!?” marah Alya apabila Mak Temah menghulurkan sebentuk cincin emas putih kepada Alya. Sungguh tidak disangka yang Izzul betul-betul jenis yang tidak berputus asa.
            Petang semalam, ada 25 misscalled dari Izzul setelah dia tekad untuk mematikan handphone agar Izzul tidak lagi menghubunginya. Hari ini, lelaki itu sudah berani bertemu dengan keluarganya pula.
            Mak Temah mengerut dahi. Kenapa Alya begitu bencikan Izzul?
            “Dia datang dengan niat baik, Alya! Dia nak melamar Alya jadi isterinya! Lagipun, mak tak nampak cacat celanya dia sampaikan kamu perlu menolak lamaran dia” jawab Mak Temah tenang.
            Alya mendengus kasar.
‘Mak tak faham. Ada sebab aku terpaksa menolak walaupun dalam hati aku membuak-buak untuk terima dia!’ bisik hatinya.
“Bukan ke dia lelaki yang selalu keluar bersama Alya dulu? Azizi pun pernah berjumpa dengannya. Dia baik, peramah, handsome pulak tu! Mak tak percaya kalau kamu langsung takde perasaan pada dia selama ni...” kata ibunya lagi.
Alya diam. Hati nurani ibu memang selalunya tepat. Memang bodoh la kalau dia tolak lamaran Izzul untuk memperisterikan dia. Tetapi dia tak punya kekuatan untuk berkata hal yang sebenar. Takkan nak kena beritahu keluarga dan Izzul sendiri berkenaan duit RM350,000 yang diberikan Arif padanya? Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah semakin keruh itu. Kalau dia terima, apa kata Arif? Mesti lelaki itu bertambah benci dengan dia. Yelah! Bak kata lelaki itu, dia mata duitan. Mencintai Izzul hanya kerana duit.
‘Memang aku sayangkan Izzul! Perasaan ini lahir sejak dari kolej lagi. Saat matanya memandang tepat ke mataku, hatiku mula terdetik dan meronta’ Alya tidak menafikan hal itu.
Setiap malam Alya bermimpikan seseorang. Seorang lelaki yang selalu datang tatkala dia menjerit meminta pertolongan. Seorang lelaki yang memeluknya dalam mimpi dan di saat itu dia merasa dakapan lelaki itu adalah tempat yang paling selamat untuknya. Namun wajahnya tidak jelas. Hanya suara dan hangatnya tubuh itu masih dirasa. Dia juga pernah membuat solat istikharah untuk mengetahui siapakah lelaki dalam mimpinya itu? Namun dia masih belum ketemu.
Di saat dia mencari Adam dalam mimpinya itu, Izzul muncul tanpa dipinta. Lelaki itu datang mendambakan kasih sayangnya. Rindu dia terlerai saat mereka bertemu kembali. Namun dia kena buang perasaan itu bulat-bulat. Kerana perjanjiannya dengan Arif, dia mesti lupakan Izzul!
“Mak tak nak paksa kamu, Alya. Tapi mak nak kamu fikir baik-baik” tambah Mak Temah lagi lantas meletakkan kotak baldu merah yang berisi cincin emas itu ke telapak tangan Alya. Mak Temah bangun dan segera ke dapur. Alya mengeluh seorang diri di ruang tamu itu. Apa yang harus dia lakukan?

4 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Akak bestlah...
Bila novel ni nk dikeluarkan?
Xsbr nk beli!!!

~Hello!say saya

Cik Waniey berkata...

masih menunggu turn.. belom tahu bila boleh diterbitkan... nnti dah nak terbit akak gitau okeh.. =)

Hannah hamra berkata...

terbaik.

yanz berkata...

cerita yg best.... sentiasa sabar menanti.... harap2 cpt2 lah novel kuar.... congrates cik waniey....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...