RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 13 Januari 2012

Sirna Jannah (Sinopsis)

Kali ni aku terdorong untuk buat cerita berkaitan pendekatan masyarakat terhadap Islam. Zaman sekarang, masyarakat kita sering terdedah dengan kehidupan ala-ala barat dan menyimpang dari perundangan Islam sendiri. Walaupun masih baru, namun aku akan cuba untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk diri aku. Disamping menulis, aku dapat ilmu dan meningkatkan ilmu itu. Semoga cerita ini dapat menarik perhatian kawan-kawan di luar sana... Terima la.. SIRNA JANNAH..

SINOPSIS
Maya Izura merupakan seorang gadis yang agak sosial. Dilahirkan di dalam keluarga yang berpecah-belah menyebabkan Maya berkeadaan sebegitu. Bak kata orang, rumahku itu adalah syurgaku. Tapi pada persepsi Maya, rumahnya umpama neraka yang dibina oleh kedua ibubapanya sendiri. Setiap hari pastinya akan ada pergaduhan antara mereka. Dan setiap hari itulah Maya semakin tertekan dan mencipta dunianya sendiri. Keluar dari rumah dan hidup jauh dari keluarga memberinya ketenangan. Dia mampu melupakan segala masalah walau sekejap cuma.
Maya sudah lali dengan kehidupan yang bertemankan arak, pil khayal dan parti seks bebas. Namun dalam hatinya, masih mengharapkan keajaiban bakal berlaku. Sehinggalah dia bertemu dengan Huraiyah Husna yang merupakan sepupu kepada ‘housemate’nya sendiri. Terdorong dengan alunan ayat Al-Quran yang sering diperdengarkan setiap malam membawa Maya untuk mengenali Husna dengan lebih dekat.
Husna membawa Maya pulang ke kampungnya untuk membimbing beliau. Tanpa diduga, dia bertemu dengan Ustaz Fadhil Aiman, seorang imam muda yang baik budi pekertinya. Dalam jiwa ada rasa, dalam hati ada cinta. Sedikit sebanyak perasaan itu lahir di saat dia memerlukan seseorang untuk membimbingnya mengejar jalan Allah. Persahabatannya dengan Ustaz Fadhil Aiman semakin akrab.
Namun, dia tidak mengetahui yang Ustaz Fadhil Aiman merupakan tunangan kepada Husna. Perasaan itu disimpan tanpa luahan sehingga kebenaran menjelma di hadapannya. Maya sedar dan pasrah. Lelaki itu bukan dicipta untuknya. Lebih-lebih lagi bila dirinya dianggap kotor dan tidak layak untuk berdamping dengan lelaki semulia Ustaz Fadhil Aiman. Pelbagai fitnah dilemparkan kepadanya sehingga menjarakkan hubungan dia dengan Husna.
Apakah yang bakal terjadi seterusnya?  Adakah Maya mampu berubah tanpa adanya dorongan dan sokongan dari orang sekelilingnya terutama sekali Husna? Adakah Ustaz Fadhil Aiman juga mempunyai perasaan padanya atau hanya kasih seorang saudara Islam? Cinta siapakah yang dikejar oleh Maya? Cinta manusia atau cinta Illahi?
Jika itu ditakdirkan Allah, “BIMBINGLAH AKU KE JANNAH”.

2 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Sinopsis yng akan menjanjikan jalan cerita yng begitu menarik n it is going to be challenging for u as a writer to convey a message thru ur story line .... anyway saya doakan agar ia nya akan menghasilkan jln cerita yng baik n apa yng awak akan sampaikan akan dpt diterima oleh pembaca kelak ... well waiting for ur nxt entry n best of luck!!! Fr Aida "Perth"

Cik Waniey berkata...

thanks Aida... I will.. insyaAllah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...