RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 29 Januari 2012

Hello, Mr. Perfect 16

BAB 16
Alya tidak boleh menumpukan perhatiannya kepada kerja. Pen yang dipegang diletakkan di atas fail. Dia bangun dan terus bergerak ke pantry. Dia mencapai mug di atas para lalu menekan punat air di mesin coffee maker.
Sebaik kopi diisi penuh di dalam mug, Alya kembali ke biliknya semula. Dia minum untuk menghilangkan rasa mengantuknya dan menyambung kembali kerjanya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Arrgghh.. dah lewat malam ni. Mujur dia tidak boleh solat. Kalau tak, semestinya dia akan leka dan tertinggal solat maghrib. File dibelek. Masih banyak barang elektronic yang perlu dikaji dan dibuat penilaian.
“Alya, masih belum pulang?” tegur seseorang. Alya mengerling ke arah suara itu.
“Oh, Kak Julia..” sahut Alya. Julia merupakan senior engineer di situ. Seorang wanita yang sudah berumur 44 tahun dan masih belum berkahwin.  Kebanyakkan engineer wanita di sini memang ramai yang belum berkahwin. Mungkin kerana begitu sibuk dengan kerja sampaikan mereka takde masa untuk mencari pasangan hidup. “Belum lagi, kak. Ada sikit lagi yang perlu Alya siapkan..” tambah dia lagi.
“Balik la. Dah pukul berapa ni? Nanti mak kat rumah tu risau Alya tak balik lagi. Takpe, esok boleh sambung. Mari?” Julia mengajaknya pulang. Alya mengangguk. Segera dia menutup file tersebut dan mengemas mana yang patut. Laptop di off dan diletakkan ke dalam almari. Seusai habis kemas mejanya, Alya mengekori Julia ke lif.
“Saya tengok Alya ni begitu dedicate dengan kerja. Dah ada pasangan ke?” tanya Julia membuatkan Alya ketawa sejenak.
“Takdela, kak! Tiada siapa pun..” sangkal Alya. Pintu lif dibuka dan mereka lantas masuk ke dalam. Punat G ditekan untuk turun ke lobby.
“Jangan terlampau fokus sangat dengan kerja. Pergi la sosial. Nanti jadi macam akak ni. Dah lewat usia..” sambung Julia lagi. Dia bukan apa, dia tak mahu gadis itu terlampau sangat bekerja. Dia dah merasainya. Namun diusia lewat macam ni, diri tu dah tak laku. Alya seorang gadis yang cukup cantik. Mustahil dia takde teman lelaki?
Alya hanya tersenyum.
“InsyaAllah, kak. Kalau ada jodoh tu, adalah..” balas Alya lagi.
Sebaik mereka sampai di lobby, masing-masing berpisah dan bergerak ke arah tujuan masing-masing. Alya melihat jam di tangan. Sudah pukul 9.30 malam. Tiba-tiba..handphonenya berbunyi.
“Assalamualaikum, mak?” ucap Alya.
“Waalaikumussalam. Alya dekat mana?” tanya Mak Temah.
“Alya baru nak gerak ke kereta. Kenapa, mak?”
“Sempat tak kamu belikan barang basah? Mak nak masak mee untuk adik-adik kamu ke sekolah esok..” kata Mak Temah dengan penuh harap.
“InsyaAllah, mak. Nanti on the way balik, Alya singgah kat Skudai Parade beli barang basah. Pasaraya Econsave bukak lagi ni” jelas Alya.
“Ok, kamu tu cepat-cepat balik. Tak elok anak dara pulang lewat malam” tegur Mak Temah lagi. Alya hanya mengangguk sahaja. Perbualan mereka ditamatkan.
            Alya segera mendapatkan kereta Perodua Myvinya dan bergerak menuju ke Skudai Parade. Niatnya tadi memang nak singgah ke sana dulu sebelum pulang.
*****
Alya membayar barang yang dibeli. Dia sempat memeriksa dulu barang-barang masakan untuk buat mee sebelum dia membuat pembayaran. Takut-takut ada yang tercicir. Sebaik mengucapkan terima kasih kepada cashier, dia menjinjing beg plastik menuju ke butik pakaian.
Alya ingin membeli kemeja untuk dipakai ke pejabat. Baju kemeja yang ada, sudah lusuh. Kalau dulu, dia terpaksa berjimat kerana ingin melunaskan hutang ayahnya. Sekarang, dia sudah bebas dan dapat menggunakan wang gajiannya untuk diri sendiri. Setelah hutangnya telah selesai dibayar, dia mengajak keluarganya tinggal di Skudai. Niatnya berpindah hanya kerana dua alasan.
1.      Kerana dia tak mahu geng along atau ayah mencari mereka. Cukuplah ketenteraman mereka selama ini diganggu.
2.      Kerana dia sudah berjanji dengan Arif yang dia tidak akan mengganggu Izzul dan melarikan diri dari lelaki itu.
Alya membelek baju-baju blous dan t-shirt yang bergantungan di Meet Fashion House. Pakaian ala-ala style korea itu begitu diminatinya sejak dia belajar di UTM, Skudai lagi. Hari ini dia perlu mengusya baju dan mengira bajetnya. Mungkin hari Sabtu nanti dia boleh mengajak Amani untuk membeli-belah bersama. Kemudian dia bergerak ke Xanadu Boutique pula untuk melihat baju-baju di situ.
Selesai melihat baju dan mengira bajet, dia segera turun ke Ground Floor semula. Dia sempat singgah ke McD untuk tapaw. Dalam perjalanan ke kereta, tiba-tiba dia ditegur seseorang.
“Alya!” Alya menoleh. Matanya terbuntang apabila melihat Izzul melambaikan tangan dan berlari ke arahnya. Alya ternganga. Segera dia berlari meninggalkan tempat itu. Izzul yang kehairanan mula mengejarnya. Alya sudah tidak boleh memandang ke belakang lagi. Dia perlu menyembunyikan diri dari pandangan Izzul. Alya berlari lagi dan terus memasuki lorong ke toilet. Adeh! Selamba je dia membawa barang-barang makanan itu ke dalam toilet. Ahhh!! Gasaklah! Janji Izzul tak dapat mengejarnya.
Alya termengah-mengah. Agak lama dia tak berlari sekuat itu. Barang makanan yang dijinjing diletakkan di atas sinki. Dia melepaskan kepenatan. Seorang demi seorang keluar dari toilet dan memandangnya hairan. Alya tidak ambil peduli pandangan orang kepadanya. Hadooii... harap-harap Izzul tak nampak dia di sini.
Sepuluh minit berlalu, Alya yakin bayangan Izzul sudah tidak ada di situ. Dia segera keluar dari toilet. Kalau lambat lagi dia keluar, alamat makanan yang dijinjing tu dah bercampur dengan bau-bauan ‘HARUM’ dalam toilet tu pulak! Alya sempat menjeling ke kiri ke kanan untuk memastikan yang dia berada di zon yang selamat. Tiada siapa di situ. Keadaan semakin malap. Orang ramai sudah mula berkurangan. Kedai-kedai pula ada yang dah mula tutup. Alya bergerak pantas ke parking kereta. Dia harus cepat sebelum dia bertemu semula dengan Izzul.
Sedang dia menunggu di lif untuk ke basement, seseorang berdiri di sebelahnya. Tiba-tiba bulu roma Alya naik. Dia takut-takut untuk mengerling ke wajah itu. Peluh memercik di dahi. Adeh! Punya penat dia lari dan bersembunyi tadi tetapi...
“Alya..” suara itu menyebut namanya. Dan dia tahu siapa lelaki itu. Sebaik pintu lif terbuka, Alya cuba masuk tetapi dihalang oleh lelaki itu. Lengannya ditarik. Orang ramai yang berada di dalam lif tidak dapat menunggu lama lantas membiarkan lif itu tertutup kembali tanpa menunggu dia dan lelaki itu masuk.
“Lepaslah! Kalau tak, saya jerit!?” ugut Alya membuatkan Izzul melepaskan tangannya. Alya menyapu lengannya yang sakit akibat digenggam kuat oleh Izzul. Barang-barang makanan di letakkan di atas lantai. Dia memandang Izzul tajam.
“Awak nak apa!!?” tanya dia kasar. Sengaja dibuat begitu agar lelaki itu tidak lagi mencarinya. Izzul mengeluh.
“Mana you pergi selama ni? Puas I cari you!” tanya Izzul membuatkan Alya terdiam. Dia mengalihkan dirinya dari terus berdiri tegak di hadapan Izzul.
“Buat apa awak cari saya? Kitakan dah takde apa-apa..” jawab Alya. Dia jadi serba-salah. Kalau Arif tahu dia bertemu dengan Izzul, pastinya lelaki itu akan cekik dia.
“Alya... please..” Izzul cuba memegang lengan Alya kembali.
“Don’t touch me!” pinta Alya agar Izzul tidak menyentuhnya. Izzul menarik nafas. Dia cuba mententeramkan perasaannya. Alya masih lagi memandang ke arah lain. Dia tiada jalan lain selain berbuat begitu. Kalau tak, dia tak dapat menahan panahan lirikan mata Izzul kepadanya.
“You ke mana selama ni? Kenapa you tinggalkan I tanpa ucap selamat tinggal?” tanya Izzul kembali setelah geramnya semakin hilang apabila melihat wajah gadis itu. Entah kenapa dia rasa rindu dengan Alya. Sudah 3 hari dia mencari Alya di Skudai ni. Akhirnya berjumpa juga. Niatnya ke Skudai Parade hanya untuk menenangkan perasaan sambil melepaskan tekanan di hati. Tak sangka berjumpa Alya di situ. Doanya termakbul.
“Encik Izzul, antara kita takde apa-apa, kan? Perlu ke saya nak kena beritahu awak ke mana saya nak pergi?” balas Alya geram. Dia segera mengangkat kembali beg plastik dan menekan semula punat lif untuk ke basement. Dia tidak memandang lelaki itu. Dia tidak boleh pandang lelaki itu. Hatinya cepat cair.
“Memang kita takde apa-apa hubungan sebelum ni.. tapi you tu calon isteri I! You dah lupa!?” sengaja Izzul menekankan perkataan calon isteri agar Alya sedar. Dia baru saja nak mengenali gadis itu dengan lebih dekat, tiba-tiba dia buat perangai pulak.
“Hello, Encik Izzul.. Saya ni cuma CALON saja! I repeat.. CALON! C.A.L.O.N! Calon.! Faham!!? Bukan ISTERI you!!” semakin geram perasaan Alya apabila Izzul mempertikaikan hak dia di situ. Siapa dia?
Izzul mengeluh. Alya sudah tak larat menjinjing beg plastik itu. Tangannya dah mula sakit.
‘Apesal lif ni lambat sangat!? Dalam keadaan macam ni la dia nak buat hal!’ marah Alya dalam hati. Matanya melihat angka di atas pintu lif. Masih lagi tingkat 3.
“Biar I tolong!” tangan Izzul cuba mencapai beg plastik di tangan Alya tetapi gadis itu lebih cepat menariknya dari terus dicapai oleh Izzul.
“Tak payah! Terima kasih, je!” tolak dia kasar.
            “Kenapa dengan you ni!? Tiba-tiba nak marah I? I ada buat salah dengan you, ke? Bagi beg plastik tu!” herdik Izzul lagi kasar membuatkan Alya tergamam sebentar. Izzul kalau sudah datang bengangnya memang dah macam Gunung Berapi Krakatoa meletus je. Tangannya merampas beg plastik di tangan Alya. Alya terdiam. Takut pula dia untuk melawan kembali. Namun dia lega, as long as keberatan di tangannya itu dapat dikurangkan sekiranya Izzul cuba membantu mengendong separuh dari beg plastik itu.
            Izzul berdiri tegak memandang pintu lif. Betul-betul berdiri di sebelahnya. Alya curi-curi memandang Izzul. Dia tersenyum sendirian. Izzul begitu gentleman sekali. Alahai.. janganlah dia meracau malam ni.
            Sebaik pintu lif terbuka, mereka berdua memboloskan diri ke dalam. Mereka agak bernasib baik kerana lif itu kosong. Izzul menyandarkan badannya ke dinding di sudut tengah lif itu manakala Alya berdiri di sebelahnya. Sebelum sempat lif tertutup, tiba-tiba satu pasangan berlari dan masuk ke dalam lif itu. Mereka agak mesra sekali sambil tangan lelaki itu melingkari pinggang pasangannya.
            Izzul terkejut memandang gadis yang dipeluk oleh lelaki di hadapannya itu. Gadis itu juga agak terkejut. Senyumannya mati.
            “Ain?”
            “Izzul...” kata mereka serentak. Ain cuba meleraikan pelukan lelaki itu apabila terpandangkan Izzul. Kemudian matanya dikalihkan ke arah Alya yang mengerut dahi kehairanan.
            “Izzul buat apa dekat sini?” tanya Ain serba salah. Pelukan teman lelakinya cuba dileraikan namun lelaki itu tidak mengendahkan.
            Izzul diam. Perasaan cemburunya mula meluap.
            “Kenapa!? Ni kan tempat awam? Bukan tempat kau sorang untuk bercengkerama kat sini!” perli Izzul keras. Sakit matanya melihat kemesraan mereka berdua. Dasar perempuan murahan! Hari tu baru sahaja dia bertemu dengan Ain, tetapi tak silap dia waktu itu dia bersama dengan lelaki lain. Jadi siapa lelaki di sebelahnya kini?
            Alya agak terkejut apabila Izzul menengking perempuan itu. Dia nampak gadis itu memanggil nama Izzul. Kenalkah mereka? Oh, baru dia ingat. Inilah minah gedik masa di kolej dulu. Lain benar rupanya. Makin cantik!
            “Lepaslah!” marah Ain pada lelaki itu. Alya tergamam lagi. Nak masuk campur karang tak pasal-pasal dia pulak kena tengking. Baik diam je. Izzul tersenyum sinis.
“Kali ni siapa pulak mangsa kau!?” perli Izzul lagi. Hatinya semakin sakit.
“Huh, cakap Ain. Habis tu.. sebelah Izzul tu siapa? Bukan mangsa Izzul jugak?” Alya membuntangkan matanya terkejut. Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah diri sendiri tanda dia tidak faham.
‘Eh.. eh.. minah ni... Apesal aku jadi mangsa pulak?’ bisik hatinya geram.
Ain tersenyum sinis.
“Huh! Izzul ingat Ain tak tahu yang selepas Izzul kecewa dengan Ain dulu, banyak perempuan yang Izzul keluar sebelum ni? Izzul tak payah cakap Ain la, tengok diri sendiri tu dulu. Entah-entah perempuan ni pun dah barai..!” perli Ain lagi membuatkan muka Izzul merah menahan marah.
Alya semakin geram.
‘Ewah.. ewah minah ni. Semakin kurang ajar..’ Hati Alya semakin panas. Belum sempat dia membalas, Izzul terlebih dahulu membidas.
“Kepala hotak kau! Sekurang-kurangnya dia ni tak macam kau! Dia lagi suci dari perempuan jalang macam kau ni! Orang macam dia ni lebih layak jadi bini aku dari perempuan macam kau, faham tak!?” herdik Izzul membuatkan Alya ternganga. Sebaik pintu lif terbuka, Izzul menggenggam tangan Alya dan terus menarik gadis itu keluar dari lif itu. Ain dan lelaki itu hanya tergamam.
Sebelum lif ditutup, Izzul menoleh kembali ke arah Ain dan lelaki di sebelahnya.
“For your information, this girl is my fiancee!! We will get married soon! So.. tunggu kad kahwin dari aku!” kata Izzul lantas mencium tangan Alya di hadapan Ain. Tangannya kini melingkari pinggang Alya pula. Alya terkejut. Mukanya merona merah. Dia memandang Izzul, tidak percaya!
‘What? Fiancee? Married? What the fish!!! Kenapa dia peluk aku!?’ bisik hati Alya geram.
Ain mengetap bibir. Pintu lif kembali tertutup rapat.
Dada Izzul semakin turun naik. Dia semakin geram. Marahnya sudah sampai tahap memuncak.
“Lepaskan saya!” marah Alya. Dia melepaskan dirinya dari terus dipeluk oleh Izzul. Kemudian dia menampar muka lelaki itu kuat. Izzul agak tergamam. Dia sedar dari rasukan marahnya. Sedikit demi sedikit dia melepaskan keluhan.
“Astaghfirullahalazim.. Sorry, Alya!” pinta Izzul. Dia tahu dia dah terlanjur.
Pantang bagi Alya dirinya diperlakukan sebegitu. Siapa Izzul yang berani menggenggam tangannya? Siapa Izzul yang berani mencium tangannya? Dan siapa Izzul yang berani memeluk dia? Dia bukan perempuan murahan!
“Saya bukan perempuan yang pernah mendampingi awak sebelum ni. Yang senang dipegang, dipeluk dan dicium! Saya ada harga diri! ” marah Alya pula. Dia malu dengan sikap Izzul.
“Alya, I minta maaf. I terlampau mengikut perasaan tadi. I tak sedar apa yang I dah buat.. ” kata Izzul.
“Sudah!! Bak sini barang saya! Terima kasih!” tambah Alya lagi lalu merampas kembali barangnya itu. Dia berlalu meninggalkan Izzul. Izzul mengejarnya.
“Alya, please! Jangan macam ni..” Izzul meminta simpati padanya.
“Apa yang awak nak dari saya, Izzul!?” tanya Alya kasar. Marahnya masih lagi membara.
“I nak you jadi isteri I!” jawab Izzul tegas.
Langkah Alya terhenti. Sekali lagi dia terkejut. Dia memandang wajah Izzul tidak percaya.
‘Adakah lelaki ini serius dengan kata-katanya?’ bisik hatinya.
Mereka saling berpandangan. Panahan kerlingan mata Izzul yang menawan itu menyebabkan dia kalah. Segera dia mengalihkan pandangannya dari terus memandang Izzul. Hatinya berdegup kencang.
“Awak jangan nak merepeklah!” bidas Alya lantas kakinya melangkah kembali menuju ke keretanya.
“I tak merepek! I betul-betul serius! I nak you jadi isteri I!” kata Izzul lantas menarik tangan Alya supaya berhenti.
            Alya mendengus kasar. Dia tak boleh menerima lamaran Izzul. Dia dah berjanji dengan Arif. Dia mesti melupakan lelaki itu. Mesti!
            “I reject!” jawab Alya.
“But why?” Izzul masih tidak boleh menerima kenyataan.
“Because I don’t like you!” jawab Alya lagi. Barang sudah diletakkan di tempat duduk belakang. Dia menutup pintu dan bergerak ke tempat pemanduan. Sewaktu dia membuka pintu dan ingin masuk ke dalam, Izzul menghalang.
“I don’t believe it!” Mata Izzul memandang tajam ke arah Alya. Alya benci dengan pandangan itu. Izzul betul-betul membuatkan dia lemas dengan godaannya.
“Awak nak saya cakap apa lagi supaya awak boleh terima kenyataan, Izzul?” tanya Alya mendapatkan kepastian.
“I tak mahu you cakap apa-apa selain cakap YES!” balas Izzul tegas. Wajahnya betul-betul serius.
“Awak ni memang dah gila! Tepilah!!” tolak Alya menyebabkan Izzul bergerak ke tepi. Dia masuk ke dalam kereta. Sekali lagi Izzul menghalang.
“I gila sebab you! Did you notice kenapa I datang sini cari you? Did you notice that!!?” persoalan Izzul membuatkan Alya tergamam lagi. “I serius nak you jadi wife I, forever!” tambah dia lagi berharap.
Alya mengeluh. Janjinya mesti ditepati walaupun dia sedar yang dia pernah sukakan lelaki itu.
“Sorry, I am not interested!” jawab Alya lantas pintunya ditutup. Enjin dihidupkan dan segera dia menukar gear reverse untuk mengundurkan keretanya.
“I will make sure that you will falling in love with me later! Wait and see! I promise!!” jerit Izzul berjanji. Alya tidak melayan kata-kata Izzul itu. Keretanya bergerak meninggalkan Izzul yang macam orang gila dibelakang. Dia memandang Izzul melalui cermin pandang belakang sehingga bayang lelaki itu hilang. Myvi kepunyaan Alya bergerak semakin laju ke hadapan.
*****
            Alya memakirkan kereta Myvinya ke kawasan parking yang dikhaskan untuk staf. Hari ini dia mengambil cuti setengah hari kerana nak menyelesaikan masalah persekolahan Azizi dan Amani.
            Sewaktu dia masuk ke dalam pejabat, staf-staf di dalam pejabat itu memandang ke arahnya. Alya kehairanan. Namun dia berpura-pura buat biasa. Malas nak ambil tahu. Pintu bilik dibuka. Belum sempat Alya meletakkan beg tangannya di atas meja, dia agak terkejut apabila melihat sejambak bunga ros berwarna pink bersama teddy bear kecil diletakkan bersama-sama bunga ros tersebut di atas mejanya.
            ‘Ala comelnyaa.. Siapa pulak yang hantar bunga dan teddy bear ni dekat aku?’ tanya dia dalam hati. Dia mengambil jambakan bunga itu lantas diciumnya. ‘Hem.. wangi...’ puji dia lagi. Alya tersenyum. Siapakah gerangan yang baik hati menghadiahkan bunga ni pada dia?
            Alya mengambil sekeping kad yang diselitkan pada bunga tersebut. Matanya tertancap kepada sajak yang berbahasa Inggeris itu. Sungguh terharu apabila setiap bait dibaca.
In my heart I can clearly detect
These feelings to cherish and protect
A woman whom I can connect
And who has given me more than I expect.
I’m certainly beginning to suspect      
That as a lover you are simply perfect
Making me love you in every respect
Can’t help but smile whenever I stop to reflect.
For you,  I give this flower
As your love blooms in my heart forever
Alya tersenyum. Siapakah lelaki malang yang menyayanginya itu? Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Tidak diketahui gerangan nombor siapakah yang tertera di skrin handphonenya itu.
“Hello?” sapa Alya.
“Hai, Alya.. You dah terima hadiah I?” tanya suara itu.
Alya terdiam. Izzul!!!??
“Mana awak dapat nombor saya, ni?” marah Alya. Dia hairan bagaimana lelaki itu boleh mendapatkan nombor handphonenya? Kedengaran suara lelaki itu ketawa.
“Jawapan you tak kena dengan soalan I” perli Izzul. Ketawanya masih lagi bersisa. Alya serius. Ni tak lain dan tak bukan, mesti Ainul yang beritahu. Dia mendengus kasar.
            “You nak apa sebenarnya, Izzul?” tanya Alya tidak berpuas hati.
            “Good question! I nak you la!” usik Izzul lagi.
            “Masalahnya saya tak nak dekat awak! Tak faham ke!?” kata Alya. Dia tak mahu terus-menerus menghubungi Izzul. Dia dah berjanji. Mereka tidak boleh bersama.
            Izzul diam.
            “I tak percaya!” balas Izzul keras.
            Alya mengeluh.
            “Awak nak saya cakap apa supaya awak betul-betul percaya?” tanya Alya.
            “Kalau you tak suka I, you takkan keluar date dengan I sebanyak 3 kali. Kalau you tak suka I, you takkan join kitorang pegi bercuti. And kalau you tak suka I, you takkan jadi calon isteri I. Betul tak?” uji Izzul. Kali ini Alya pula yang diam.
            “Saya keluar dengan awak sebab saya tak kenal awak betul-betul...” balas Alya.
            “Then, after three dates you dah kenal I sangat la, ye?” perli Izzul membuatkan Alya sedikit rasa panas.
            “Saya tak suka mamat yang terlampau perfect!” harap jawapan kali ini dapat membuka mata Izzul.
            Diam lagi.
            “Salah ke kalau cuba menjadi sempurna?” Izzul mempertikaikan persepsi Alya terhadapnya.
            “Tak salah! Tapi awak tu terlampau ikut kata hati! Cerewet! Ego! Suka menyalahkan orang lain tapi sebenarnya diri awak tu yang salah!” marah Alya lagi. Walaupun dia tak kisah semua itu sebab dia juga sukakan Izzul tetapi dia terpaksa. Harap lelaki itu bencikan dia!
            “What are you talking about? I pernah salahkan sesiapa, ke!? Please tell me!” kata Izzul lagi tidak mahu mengaku kalah.
            “No!” jawab Alya. Sebenarnya dia dah terlajak kata.
           Then why do you suddenly accused me of things that I did not do?”  suara Izzul semakin tinggi. Seolah-olah bengang dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Alya kepadanya.
Alya mengeluh.
“Manusia tak sempurna, Izzul! Hidup saya dengan awak terlampau berbeza. Terimalah kenyataan. Kita tak serasi. I’m sorry!” terus Alya meletakkan telefonnya sebelum sempat mendengar Izzul membidas. Kemudian, terus handphone itu dimatikan. Dia tak mahu Izzul terus-menerus mengganggunya.
Jambangan bunga ros warna pink dan teddy bear itu diletakkan ke tepi. Walaupun dia amat sukakan hadiah itu tetapi dia kena tetap pendirian. Dia dengan Izzul tak boleh bersama!
*****
“Kenapa kau buat macam tu dekat Abang Izzul?” tanya Ainul kepada Alya. Dia geram.
Alya mengeluh.
“Aku terpaksa, Ainul! Aku kan dah berjanji dengan Arif yang aku tak boleh jumpa dengan Izzul lagi. Takkan kau nak aku jadi orang yang tak menepati janji?” kata Alya. Dia mahu Ainul faham. Dia tak mahu dicop sebagai orang yang suka mungkir janji.
“Kau jangan ambil kisah sangat dengan kata-kata Arif tu. Time tu dia emosi sangat! Lagipun, Abang Izzul memang betul-betul sukakan kau” jelas Ainul. “Arif sekarang ni dah terdesak. Hari tu dia cuba kenalkan seorang perempuan untuk Abang Izzul tapi Abang Izzul tak nak! Dia cakap dia dah penat and nak kau jadi calon yang terakhir!”
Alya terdiam. Calon terakhir? Ainul mendekati Alya lantas memegang tangan sahabat baiknya itu.
“Abang Izzul betul-betul dah pilih kau sebagai calon isteri dia. Dia dah tak pandang muka orang lain dah! Percayalah!” pinta Ainul berharap.
‘Betulkah aku calon yang terakhir?’ bisik hatinya.
Sekali lagi Alya mengeluh.
“Takpelah, Ainul. Aku dah janji. Aku kena tepati janji aku...” kata-kata Alya adalah muktamad. Dia tak mahu dibayangi rasa bersalah sekiranya dia mengahwini Izzul.
“Terpulang pada kau! Tapi aku harap kau jangan menyesal pulak lepas ni!” ugut Ainul membuatkan Alya terdiam.
“Aku takkan menyesal!” jawab dia tekad. Biarlah Ainul nak cakap apapun dia tak kisah!

10 orang beri kritikan::

Megat Teruna berkata...

lamanya novel ni tak disambung!!!

Tanpa Nama berkata...

makin best..nex..

Cik Waniey berkata...

sorry sangat2 sbb wani tersangat la busy sejak dua menjak ni.......... thanks sbb sudi menunggu n3 baru.. =)

Noor Affiqah berkata...

sis,smbng lg...next n3 cpt skit ea....best3...hehe =>

nursya berkata...

alahai...
cian kat si izzul tu...
da btl2 suka kat si alya tp byk pulak dugaannyer yek...

sabar izzul sabar...
nti nmpk la jln pnyelesaiannya..

idA berkata...

kesiannya maamt sengal tu..menagih cinta yg tak akan kesampaian..kecuali Arif merestui perhubungan mereka..kesian mr perfect tu..mencari alya sehingga meninggalkan pekerjaan nya for d first time..kerana hatinya telah dicuri oleh seorg gadis yg bernama alya..akak harap minah tu rendahkan egonya..dan menerima mamat sengal tu ..sebab dia adalah lelaki yg terbaik utknya..akak rasa mamat tu akan maafkan kerana bukan sesaja dia nak jadi calon tetapi keadaan masa itu yg mendesak dia buat begitu..kerana famili dia memerlukannya ..bukan kerana dia gilakan harta mamat tu..

Aida Sherry berkata...

alahai.... izzul dah cinta mati kat alya.... tapi alya pulak terikat ngan janji pada arif....bila lah nak terurai....

Tanpa Nama berkata...

makin best ni..akak tlg la smbg lagi!!

Tanpa Nama berkata...

nak tegur skit..Myvi bukan proton la..Myvi perodua..please recheck, coz simple mistake cmni wat x da mood nak baca..

yanz berkata...

cerita yang best... walaupon br terjebak kat blog nih... x sbr nk tunggu n3 yg strs nyer... waiting 4 next n3... good luck writer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...