RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 18 Januari 2012

Hello, Mr. Perfect 15

BAB 15
Sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan Alya. Apa cerita gadis itu sekarang? Izzul membuka kotnya lantas disidaikan di atas kerusi. Dia baru sahaja selesai meeting dengan client. Lama sudah dia tidak menghubungi Alya kerana busy dengan projek barunya itu. Izzul mencapai ‘Iphone 4’ nya dan mencari nama Alya dalam list. Sebaik terjumpa, terus dia menekan punat call..
            Malangnya, handphone Alya tutup. Berkali-kali dia cuba call namun tetap gagal.
            ‘Apa dah jadi pada Alya? Kenapa handphone gadis itu ditutup?’ bisik hatinya hairan. Seraya matanya tertancap ke arah Arif yang sedang kalut masuk ke dalam biliknya. Izzul mengetap bibir. ‘Mungkin Arif tahu’ tekanya dalam hati. Dia segera keluar dari bilik dan menuju ke bilik Arif.
Izzul mengetuk pintu.
            “Masuk!” jerit Arif dari dalam. Izzul menyentuh tombol pintu dan membukanya. Kelihatan Arif begitu sibuk memandang fail di atas meja.
            “Angah..” sapa Izzul. Arif mengangkat mukanya.
“Oh, along. Duduklah!” arah Arif. Izzul menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Arif.
“Angah, along nak tanya sikit..”
“Tanya pasal apa?” Arif masih lagi busy dengan kerjanya. Dia sibuk menaip tender untuk dibentangkan depan client mereka nanti.
“Pasal Alya...” kata-kata itu membuatkan tangan Arif berhenti dari menaip. Dah hampir dua minggu lebih peristiwa itu berlaku. Dia ingat alongnya sudah lupa pasal Alya.
“Kenapa dengan Alya?” tanya Arif.
“Along dah lama tak jumpa dia. Apa cerita dia sekarang?”
Arif mengeluh.
“Entah? Arif pun lama tak contact dia..” jawab Arif malas.
Sejak dari kes hari itu, mereka sudah membuat perjanjian baru. Arif memberi kata putus dan berharap agar Alya tidak lagi mengganggu hidup Izzul sekiranya dia memberi wang cagaran itu kepada Alya bagi menyelesaikan masalah hutangnya dengan Along sebanyak RM350,000. Alya terima dan selepas itu mereka tidak lagi berhubung.
Hubungannya dengan Ainul pula semakin renggang gara-gara hal itu. Tetapi dia tetap sayangkan gadis itu. Sehingga kini, dia masih lagi mencari calon isteri untuk Izzul. Mereka cuma masih ada sebulan sahaja lagi sebelum 6 bulan tempoh yang diberikan tamat.
“Yeke? Hem.. takpelah! Nanti along pergi rumah dia..” balas Izzul membuatkan Arif serba tak kena. Tapi dia berpura-pura tenang dan berharap Izzul tidak dapat bertemu dengan Alya. Dia tak mahu Izzul kecewa. Dia kasihkan abangnya itu.
Arif hanya mengangguk lemah.
*****
            Izzul memakirkan kereta Lamborghini Gallardor diperkarangan rumah Alya. Dia keluar lantas memandang ke arah rumah itu. Kosong.  Pintu dan tingkap rumah itu tertutup rapat seolah-olah tiada penghuni. Izzul mendekati rumah itu dan memberi salam.
            “Assalamualaikum...” ucap Izzul lantas duduk di tangga batu rumah itu. Dia berharap agar ada orang yang keluar. Beberapa minit memberi salam, dia mengeluh. Jelas rumah itu kosong.
Tiba-tiba...
“Encik cari siapa?” tegur seorang pakcik tua yang sedang berjalan kaki di situ. Izzul segera bangun dari dudukan dan menghampiri pakcik tua itu.
Mereka bersalaman.
“Tumpang tanya pakcik, penghuni rumah ni pergi mana, ye?” tanya dia.
“Oh, Si Temah dengan anak-anaknya, ke?” tanya pakcik tua itu pula.
Izzul hanya mengangguk. Yelah, kot? Dia pun tak berkesempatan untuk bertanya Alya mengenai keluarganya sebelum ini. Mungkin ‘Si Temah’ yang dimaksudkan pakcik itu adalah  ibu Alya sendiri.
“Mereka dah pindah ke bandar..” jawab pakcik itu.
Izzul terkejut. Kenapa Alya tidak memberitahunya terlebih dahulu? Adakah Arif dan Ainul tahu soal itu?
“Ke mana, pakcik?” Izzul masih tidak berpuas hati.
“Ke Skudai, Johor. Mereka anak-beranak ikut Alya balik Skudai. Anak ni siapa?” Pakcik tua itu membetulkan cermin matanya. Dia mengerut dahi. Tidak pernah dia jumpa lelaki ini sebelum ni.
“Saya kawan Alya, pakcik. Nama saya Izzul. Saya datang ni nak jumpa dia. Tapi tak sangka pula dia dah pindah. Jadi rumah ni dah dijual, ke?”
“Rumah ni tak dijual pun. Cuma Alya yang minta mereka ikutnya ke bandar..” jelas pakcik itu lagi. Izzul mengangguk. “Eh, takpelah.. Pakcik ada hal ni. Nak ke kedai kejap. Pakcik minta diri dulu, ye? Assalamualaikum..” pakcik itu meminta diri.
“Waalaikumussalam...” jawab Izzul.
Sebaik sahaja mereka bersalaman, pakcik itu berjalan meninggalkan Izzul. Izzul mengeluh. Lantas dia mencapai cermin mata hitam yang disangkut di baju dan dipakainya. Dia memboloskan diri ke dalam kereta. Beberapa minit kemudian, kereta Izzul bergerak meninggalkan perkarangan rumah itu.
*****
            Izzul masih tidak berpuas hati. Kenapa Alya meninggalkannya begitu sahaja? Kenapa tak beritahu dia terlebih dahulu?
‘Pakcik tu cakap Alya dan keluarganya ke Skudai. Aku rasa Ainul mesti tahu’ Izzul berkata kepadanya dirinya. Belum sempat dia bangun dari tempat duduknya, Arif sudahpun mengetuk pintu dan masuk ke dalam.
“Angah?” Izzul kehairanan.
“Ini calon isteri along yang baru..” kata Arif lantas meletakkan fail peribadi kepada Izzul. Izzul mengerut dahi.
“Calon isteri? Apa yang kau merepek, ni?” Izzul tidak berpuas hati. Fail yang diberikan langsung tidak disentuh.
“Along masih ada banyak pilihan sebelum membuat keputusan. Gadis ini bekerja sebagai setiausaha di syarikat ternama. Berumur 29 tahun dan masih mencari calon. Pandai memasak, mengemas dan menjahit. Orangnya pun cantik. Tinggi 165cm berat 51kg. Dah standard model ni..” balas Arif lagi lalu tersenyum. Jari telunjuknya sudah menunjuk ke arah gambar calon itu.
“Aku tak nak!” tolak Izzul. Hari tu sibuk suruh kenen-kenenkan dia dengan Alya. Lepas tu, siap plan macam-macam untuk dia dan Alya mengenali dengan lebih rapat. Kali ni nak suruh dia kenal perempuan lain pulak! Ingat dia ni apa!?
Arif mengeluh.
“Apa sebenarnya dah terjadi ni? Alya hilang tiba-tiba, lepas tu kau pulak nak kenalkan aku dengan perempuan lain! Bukan hari tu kau beria-ia suruh aku rapat dengan Alya, ke? Sekarang apa kes!?” bentak Izzul. Dia cuba menahan marahnya. Pantang baginya diperlakukan sebegitu.
Arif putus idea. Tidak tahu nak mula..
“Along.. memang dulu angah nak sangat Alya dengan along rapat dan mengenali hati budi masing-masing, tapi........”
“Tapi apa!?” potong Izzul. Dia sudah memeluk tubuh.
“Tapi.. Alya sendiri tak nak dekat along. Arif nak buat macam mana?” bohong Arif. Dia terpaksa menipu. Demi kepentingan semua. Alya pun dah berjanji untuk tidak mengganggu hidup mereka lagi.
“Apa!!?” Izzul membuntangkan matanya tidak percaya. Badannya berdiri tegak.
“Ye along. Alya sendiri cakap, along bukan taste dia. Dia tak serasi dengan along and dia tarik diri...” kata Arif lagi. Tidak sanggup untuknya terus-menerus berbohong. Tetapi dia terpaksa.
“Bila kau jumpa dia?” tanya Izzul perlahan. Kemarahan dia turun sedikit. Ada riak sedih terbit di wajahnya. Arif mengetap bibir.
‘Maafkan aku, along’ bisik hatinya.
“2 minggu lepas. Dia datang jumpa angah dengan Ainul..” jawab Arif.
‘2 minggu lepas? Selepas balik dari bercuti kat Kota Tinggi tu, ke? Tapi waktu itu, kitorang nampak serasi. Alya begitu mesra sekali. Takde langsung perasaan malu seperti sebelum-sebelum ni..’ bisik hati Izzul. Dia tidak percaya.
“Dia dah pindah Skudai, kau tau?” tanya Izzul lagi. Arif agak nampak terkejut.
“Pindah? Hem.. angah tak tau..” kali ini dia berkata benar. Dia sendiri pun tak tahu yang Alya sudah pindah. Ainul pun tidak berkata apa-apa. Mana tidaknya, Ainul sekarang tengah melancarkan mogok dengannya. Lama juga gadis tu merajuk. Dia pun dah pening!
Izzul mengeluh.
“Kenapa dia tak call aku beritahu?” ada nada yang tidak berpuas hati dari sudut hatinya.
“Err... mungkin sebab dia tak nak sakitkan hati along?”
Izzul mendengus kasar. Dia tidak percaya! Selagi dia tidak bertemu dengan Alya, dia tidak berpuas hati. Dia mesti bertemu dengan gadis itu.
“Ainul tahu kat mana Alya tinggal?”
Arif mengangkat bahu tanda tidak tahu. Izzul berdiri.
“Takpelah! Biar aku pergi cari dia! Aku nak dengar alasan dari mulut dia sendiri kenapa dia tak suka dengan aku!” kata Izzul lagi lantas menolak fail itu kepada Arif semula. Dia takde mood untuk kenal dengan mana-mana perempuan lagi! Biarlah Alya calon yang terakhir! Biarlah dia tak kahwin sekalipun, dia tak kisah! Dia tak nak ambil tahu soal Arif jugak! Apa yang dia inginkan adalah kepastian!
Izzul mengambil kot di kerusi lantas keluar tanpa berpaling ke belakang lagi. Panggilan Arif langsung tidak dipedulikan.
“Shasha, please cancel all my appoinments for this week. I will be on leave!” kata Izzul lantas keluar dari pejabat. Shasha hanya mengangguk tercengang. Apa sudah jadi!? Jarang nampak muka Izzul tegang. Adakah dia bergaduh dengan Arif?
Kelihatan Arif berjalan keluar dari bilik Izzul. Shasha seraya bangun.
“Encik Arif, what happen?” tanya Shasha. Arif tersenyum.
“Nothing! Just a small problem..” jawab Arif lalu meninggalkan Shasha yang terpinga-pinga. Shasha mengangkat bahu dan kembali menyambung kerjanya.
*****

5 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Harap Izzul dpt jumpa ngan Alya, dan alya bterus terang hal sebenar dan Izzul mtg dlm membuat keputusan

Naja berkata...

Jln cerita smkin menarik, x sbr nak tahu n3 seterusnya, wani cpt2 post next n3 ya.....

Tanpa Nama berkata...

Sedihhhhhhhh sngt baca n3 kali ni, apa akan terjadi antara Alya ngan Izzul ya ? Akan berjumpakah Izzul ngan Alya lg nanti,

next n3 plissssss x sbr nak tahu !!!!!!!


-** naz**-

nursya berkata...

wah nampaknyer si izzul btl2 suka kat alya nie...
cari la blk alya, izzul...
klw ade jodoh x ke mana kan...

Tanpa Nama berkata...

nak lagi......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...