RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.
Walaupun dah dua tahun, masih ada lagi yang bertanya tentang buku "BENCI BILANG CINTA". Waniey sendiri pun tak tahu mana nak dapatkan buku ni cuma terfikir, cuba cari di MPH hehe..
Dalam masa yang sama.. Alhamdulillah, sehingga sekarang "HELLO MR. PERFECT!" masih dalam carta. Dan tidak disangka-sangka terpilih dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2013. Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengundi buku Waniey! Love you all la!
Untuk pengetahuan korang, tak lama lagi "ALAMAK ARZIRIL KE ARIEL?" bakal diterbitkan. Tentu ramai yang dah lama tunggu cerita ni dibukukan. Maklumlah, sudah 4 tahun sebenarnya cerita ni baru sekarang dia nak terbit kan? Ramai yang tertanya-tanya, bila AAKA nak terbit? Jawapan Waniey.. tidak lama lagi. Tarikh dah dapat cuma Waniey nak rahsiakan dulu. hehe. Hope, lepas ni ramai yang tersenyum bila buku AAKA ada di dalam genggaman.
Dan sekarang waniey masih dalam proses menyiapkan manuskrip novel ke-4 iaitu "PERFECT MATCH!". Hope dapat diterima oleh kawan-kawan diluar sana. Thanks taw! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader. Wani hargai sangat2!
SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 11 Januari 2012

Hello, Mr. Perfect 14

BAB 14


TAHUN 2011
Alya tersedar dari lenanya apabila terdengar sesuatu dari arah luar. Dia memandang ke sisi. Amani masih lagi tidur nyenyak. Bunyi itu masih lagi kedengaran. Alya turun dari katil dan berjalan ke arah pintu. Dia membuka pintu biliknya dengan perlahan. Hatinya resah dan dia menjadi semakin takut. Adakah along kembali datang untuk mengganggu ketenteraman mereka?
Matanya memerhatikan segenap penjuru ruang tamu yang gelap. Bilik Alia dan Amani terletak berdekatan dengan ruang tamu. Jadi dari situ dia boleh melihat dengan jelas bayangan dua orang lelaki seperti sedang melakukan sesuatu berhampiran dengan kerusi rotan.
Ya Allah! Siapakah mereka? Apa mereka buat dekat situ?’ bisik hatinya. Dia semakin takut. Dahinya berpeluh. Kakinya menggigil. Dia kembali menutup pintu dan bersandar di dinding. Lututnya diangkat dan disinggahkan tangannya di atas. Dia menyembamkan mukanya untuk menghilangkan rasa takut. ‘Mulutnya terkumat-kamit berdoa semoga malam itu mereka selamat’. Kerana terlampau takut akhirnya dia terlena di situ.
“Kakak! Kakak!” Alya mencari kelibat suara yang memanggilnya. Dia melihat sekeliling. Kosong! Hanya dikelilingi dengan asap tebal.
‘Dimanakah aku ini?’ bisik hatinya. Matanya masih lagi meliar mencari arah.
“Kakak... kakak..!” suara itu masih lagi memanggilnya. Alya memegang kepalanya. Kemudian dia cuba menutup telinganya pula. Dia tak mahu mendengar panggilan itu.
“Kakak... Alya.. kakak..” Alya semakin takut. Siapakah yang memanggilnya? Alya menoleh ke belakang. Terharu! Mak, Amani dan Azizi memandang ke arahnya. Mereka berpakaian putih dan berwajah pucat.
“Mak! Azizi! Amani! Kenapa dengan korang ni?” jerit Alya. Namun mereka hanya pandang Alya dengan satu senyuman. Senyuman yang tidak difahami maksudnya. Alya cuba mendekati mereka tetapi mereka hilang. Sekali lagi dia mencari.. bibirnya bergetar. Kemana mereka menghilang? “Mak!!!! Azizi!!!! Amani!!!! Jangan tinggalkan Alyaaaaa...!!” jerit dia lagi. Air mata sudah mengalir ke pipi. Alya menjadi takut.
“Alya, maafkan kami, nak... Jaga diri baik-baik.. Mak dan adik-beradik yang lain akan tunggu Alya...” balas ibunya. Alya hanya mendengar suara itu. Itu suara mak!! Apakah yang terjadi? “Jaga diri kamu baik-baik, nak.. Kami tunggu...”
“Maaaakkk! Jangan tinggalkan Alya makkk!!” Alya masih tidak keruan. Masih berusaha untuk mengejar ibu dan adik-adiknya walaupun dia tidak dapat menggapai mereka. Sejenak, dia terlanggar seseorang.
“Alya...” bisik lelaki itu perlahan.
Alya memandang ke arah lelaki itu, wajahnya kabur. Lelaki itu tersenyum padanya.
“Siapa awak?” tanya Alya. Mukanya berkerut seribu. Aku bermimpikah?
Tiba-tiba satu tangan dihulurkan kepadanya. Alya memandang sahaja.
“Ikut saya dan awak akan bahagia...” jawab lelaki itu. Alya bimbang.
“Alyaaa... alyaaa.. kakak... alyaa..” suara itu saling bersahut-sahutan. Alya semakin resah dan takut. Tidak dicapai huluran tangan itu tetapi dia terus memeluk lelaki tersebut. Dia menyembamkan wajahnya ke dada sasa lelaki itu. Lelaki itu membalas pelukannya dan pelukan mereka semakin erat. Alya dapat merasa dirinya selamat di situ. Lahir rasa bahagia di hatinya sebaik sahaja lelaki itu memeluknya. Suara-suara yang asyik memanggil namanya semakin lama semakin hilang dan semakin jauh. Alya tidak mahu melepaskan lelaki itu. Dia ingin bersamanya. Selama-lamanya.... dia tenang...
“Kakak!! Kak Alya!?” tiba-tiba suara itu kembali memanggilnya. Kini badannya digoyang-goyangkan. Alya mengangkat mukanya. Lelaki itu hilang..
“Akak!!” kali ini goncangan badannya semakin kuat. Alya tersedar dari lenanya. Dia membuka mata. Kabur... Amani memandang muka kakaknya. Alya terjaga. Dia memandang sekeliling. Mana lelaki itu?
“Dimana akak?” soalan Alya itu membuatkan Amani kehairanan.
“Akak dekat rumah la. Kenapa akak baring dekat sini?” tanya Amani lagi. Alya terkejut. Dia baring di atas lantai rupanya sepanjang malam.
‘Astaghfirullahalazim.. Dia bermimpi rupanya..’ bisik hatinya. Alya segera bangun dan membetulkan dirinya.
“Akak ok, ke?” tanya Amani risau. Tadi dia mendengar kakaknya mengigau. ‘Adakah Kak Alya bermimpikan sesuatu yang buruk?’ teka Amani.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Alya segera membuka pintu.
“Kakkk...” wajah Azizi kelihatan cemas.
“Kenapa, ni??” tanya Alya. Azizi tidak menjawab tetapi dia menarik tangan kakaknya ke ruang tamu. Amani hanya mengekori mereka. Sungguh! Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sekeliling ruang tamu rumah telah dipenuhi dengan cat berwarna merah.
“Along tu bagi amaran pada kita kak..” balas Azizi.
“Mana mak?” tanya Alya. Azizi menunjukkan jari telunjuk ke arah ibu mereka yang sedang duduk termenung mengenangkan nasib mereka. Alya berlari mendapatkan ibunya.
“Makkk... makk...” Alya menangis mendapatkan ibunya. Sungguh! Semalam memang benarlah kelibat geng-geng along datang menyeludup masuk rumah mereka.
Mak Temah masih lagi diam. Bibirnya bergetar. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi.
“Mak dah tak tahu nak buat apa lagi, Alya. Mak tak tahu....” kata-kata itu menunjukkan yang ibunya sudah putus harap. Hanya berserah kepada takdir sahaja.
Alya memegang tangan ibunya.
“Alya janji mak.. Alya akan cuba dapatkan duit tu. Alya janji! Alya janji walau nyawa Alya tergadai!!” kata-kata Alya membuatkan Mak Temah dan yang lain terkejut. Genggaman tangan mereka semakin erat.
“Jangan cakap macam tu, nak. Alya takkan apa-apa..” doa Mak Temah. Air mata dikesat dengan pergelangan tangan.
“Kak, tengok tu..” panggil Amani. Mata mereka tertancap ke arah tulisan di dinding yang ditunjukkan oleh Amani. Mata Alya membuntang.
LU TAMAU BAYAR, LU KASIK NYAWA LU!                                                                                WA KASIK LU MASA SAMPAI HARI KHAMIS NI!! DUIT TADA, LU MATI!!
“Astaghfirullahalazim...” ucap Alya berkali-kali.Hari Khamis? Hari Khamis adalah lusa! Mana dia nak cari duit tu?? Hari tu cakap sebulan kasi masa kenapa sekarang cakap lain pula?? Dasar lintah darat! Tak berpegang pada janji!!
Azizi dan Amani mendekatinya. Mereka saling berpelukan. Kedengaran suara tangis bergema di rumah usang itu. Apakah yang harus mereka lakukan?
*****
Alya mengambil cuti kecemasan hari itu. Dia perlu mencari jalan penyelesaian. Dia cuma ada dua hari sahaja lagi. Kepalanya semakin serabut. Dalam masa yang sama, migrain datang kembali.
“Alya, jangan la kau fikirkan sangat..” nasihat ibunya mententeramkan keadaan.
“Kak, kita lari, nak?” Azizi memberi idea. Hari ini pun Azizi dan Amani ponteng sekolah. Mereka takde mood untuk ke sekolah apabila masalah berat ni menimpa mereka.
“Ye, kak. Amani pun rasa macam tu...” sokong Amani pula.
Alya menggelengkan kepalanya.
“Kita nak lari kemana, dik? Kita lari jauh mana sekalipun, diorang tetap boleh jejak kita..” balas Alya. Mukanya semakin tension.
“At least kita ada masa untuk kumpul duit, kak.. Dan kita selamat buat sementara..” Azizi menjawab.
Mak Temah hilang kata-kata. Dilihat sahaja adik-beradik itu berbincang.
“Nak kumpul duit apanya, dik? Akak dah kasik hampir 10,000 ringgit pada mereka selama 5 tahun akak bekerja. Bunga semakin naik! Kita kumpul 10 tahun lagipun belum tentu kita dapat habis bayar hutang ayah ni. Kita tak mampu untuk bayar 300,000 ringgit buat masa sekarang ni..”
“Habis tu kita nak buat apa, kak?” Amani semakin takut.
“Kita jual tanah kita ni, Alya..” jawab Mak Temah. Masing-masing memandang ke arah ibunya. Hanya ini sahaja caranya. Jual tanah tapak rumah mereka ini untuk dapatkan duit.
“Jangan, mak! Kalau kita jual tanah tapak rumah ni, kita nak tinggal mana? Lagipun, tanah inilah satu-satu harta yang ditinggalkan oleh arwah Abah. Alya tak sanggup..” Alya menegah.
“Habis tu, mana kita nak cari duit?” tanya Mak Temah lagi. Bagi dia biarlah mereka hilang tanah, jangan mereka hilang nyawa.
Tiba-tiba Azizi menumbuk dinding. Dia semakin geram.
“Azizi!” tegur Alya.
Azizi mengetap gigi. Dia geram! Geram!
“Ini semua ayah punya pasal!!! Kalau tak kerana dia, kita takkan hidup macam ni!! Kenapa ayah tak mampus je dari selalu menyusahkan kita!” bentak Azizi. Dia menumbuk dinding sekali lagi. Tangannya berdarah. Amani bangun untuk meleraikan perasaan amuk Azizi. Budak itu sudah hilang kawalan.
“Azizi, tak baik cakap macam tu pada ayah. Walau teruk macam mana pun dia, dia tetap ayah kita. Ayah kandung Azizi!!” tegur Alya lagi. Memang! Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dicekik-cekiknya orang tua itu. Tetapi, kalau terlalu mengikut kata hati.. pastinya tidak akan selesai. Ayah hilang hampir 3 bulan. Dan mereka menjadi mangsa.
Azizi mendengus kasar. Dia mencapai kerusi makan dan duduk. Dia juga tidak mampu mengawal amarahnya kepada ayah. Dia benci ayah! Benci!
“Kalau ayah yang berhutang, kenapa tak dicarinya dia? Kenapa kita? Kita tak pernah sesen pun pinjam duit dengan along! Kalau ayah nak mati pun, biar dia mati sorang-sorang. Jangan melibatkan kita!!!” marah Azizi lagi.
Alya diam.
Ada betulnya kata Azizi. Tapi nak buat macammana? Ayah senang-lenang melarikan diri, mereka sekeluarga pula yang perlu selesaikan masalah ini.
Tiba-tiba telefon bimbit Nokia berbunyi. Alya melihat nama di skrin. Ainul?
“Hello, assalamualaikum...” ucap Alya.
“Waalaikumussalam.. Alya, kau kat mana? Aku dengar kau ambil cuti kecemasan..” tanya Ainul cemas.
“Hemm...” Alya mengangguk.
“Kenapa?”
“Masalah peribadi..” jawab Alya tenang.
“Along?” Ainul sekadar meneka. Masalah peribadi Alya sekeluarga yang paling kronik adalah berhutang dengan along.
“Hem..” balas Alya.
“Kau ok ke, Alya? Nak aku datang jumpa kau?” pinta Ainul meminta izin. Dia risaukan sahabatnya ini.
“Takpelah, Ainul. Ini masalah aku sekeluarga. Biar aku selesaikan” tolak Alya.
“Masalah kau masalah aku jugak! Kau kat mana sekarang ni?” Ainul masih lagi setia mendengar.
Kedengaran Alya mengeluh.
“Hem... kat rumah..” jawab Alya perlahan.
“Ok! Kau tunggu situ, aku datang dalam setengah jam lagi, ok!?” jawab Ainul sebelum menamatkan perbualan mereka. Alya berharap Ainul dapat membantunya. Ainul harapan dia kini.
Setengah jam kemudian, Ainul dah tercongok di muka pintu dengan wajah yang cemas. Dia segera mendapatkan sahabatnya. Mereka berpelukan.
“Kau ok, ke?” tanya Ainul.
Alya hanya mengangguk. Ainul bersalaman dengan Mak Temah dan Amani. Kemudian dia kembali ke Alya. Dia memegang bahu kawannya itu.
“Aku bawa Arif sekali..” kata Ainul. Alya terkejut.
“What!?”
Tiba-tiba Arif memberi salam. Masing-masing menjawab salam Arif.
Azizi bersalaman dengan Arif. Ibu dan Amani sudah meminta diri untuk turun ke dapur bagi menyediakan air kepada tetamu mereka. Begitu juga Azizi.
Arif melihat keadaan sekeliling ruang tamu itu. Dia begitu terkejut sekali. Tidak disangka gadis ini mengalami masalah yang amat kronik.
“Kau jangan risau. Hal ni hanya aku dengan Arif je yang tahu...” kata Ainul lagi.
“Izzul?” Alya risau sekiranya Izzul tahu pasal ini. Dia tak mahu Izzul salah anggap.
“Izzul tak tahu apa-apa” balas Arif.
Alya duduk di atas lantai. Dia menarik nafas lega.
“Kenapa Alya tak cerita pada kitorang yang Alya ada masalah?” tanya Arif tak berpuas hati.
Ainul mengeluh. Alya diam.
“Abang, sebenarnya Ayang pun tahu pasal masalah Alya ni” jawab Ainul mewakili Alya. Arif mengerut dahi. “Ayang minta maaf. Ayang yang suruh Alya menjadi calon untuk Abang Izzul sebab Alya betul-betul memerlukan wang..”
Ketara Ainul menyesali apa yang dia telah lakukan.
“Apa maksud Ayang?” Arif tidak berpuas hati.
“Alya pernah cerita masalah dia pada Ayang. Dia perlukan duit sebanyak RM300,000 untuk langsaikan hutang ayahnya dengan along. Masa tu Ayang teringat yang abang ada buat wang cagaran untuk calon yang berjaya sebanyak RM500,000. Sebab tu Ayang bagi idea untuk Alya memikat Abang Izzul. Kalau dia berjaya dan mengahwini Abang Izzul, dia akan dapat duit tu. Dan masalah dia akan selesai. Begitu juga dengan masalah kita!” jelas Ainul panjang lebar.
Alya diam. Biarlah soal itu Ainul yang selesaikan. Dia sudah penat.
Arif mendengus kasar. Dia agak marah sedikit dengan sikap aweknya itu. Ainul tahu Arif marah. Segera dia memegang erat tangan lelaki itu.
“Ayang tahu tak, ayang dah lakukan satu perkara yang cukup serius? Ayang dah mainkan perasaan Abang Izzul!! Kalau Abang Izzul tahu pasal hal ni, mati kita!” marah Arif. Ainul hanya mengetap bibir. Dia tunduk membisu.
Arif memandang sinis ke arah Alya.
“Arif ingatkan Alya menjadi calon isteri Abang Izzul kerana dia mahukan kebahagiaan dan betul-betul nak mencari jodoh. Rupa-rupanya Arif salah tafsir! Alya menjadi calon hanya kerana duit...” sinis sahaja kata-kata itu.
Alya mengangkat muka.
“Arif, awak nak cakap apa pun pasal saya, awak cakaplah!. Saya tak kisah! Memang pada awalnya saya nak berkawan dengan Izzul hanya kerana wang cagaran tu. Tapi, bila saya mengenali dia.. saya mula sukakan dia..” jelas Alya lagi. Memang dia sukakan Izzul. Dari kolej lagi dia dah sukakan Izzul cuma dia tak nak terlalu serius kerana dia lebih mementingkan keluarganya dari hal lain. Dan dia juga mementingkan perasaan Izzul juga.
Ainul semakin menggenggam erat tangan Arif.
“Abang, percayalah! Ayang yakin, Abang Izzul akan bahagia sekiranya dia mengahwini Alya. Alya bukan mata duitan, Ayang kenal dia. Alya cuma terdesak! Tetapi kita dah takde cara lain. Ayang tengok Abang Izzul macam sukakan Alya. Mungkin ini sahaja caranya untuk kita selesaikan masalah kita” nasihat Ainul lagi.
“Tapi abang serba-salah. Abang Izzul pernah kecewa dulu...”
Kata-kata Arif membuatkan Alya diam. Ya, benda itulah yang paling dia takut. Dia takut dia akan kecewakan Izzul!
“Kalau boleh, dia inginkan seorang isteri yang menerima dia seadanya. Kerana diri dia, bukan duit dia! Tapi dalam soal ini, Alya tidak jujur mengenali Abang Izzul..” tegas Arif lagi. Dia kecewa. Sangat kecewa!
“Takpelah, Arif! Saya tahu saya salah! Saya minta maaf. Mulai dari hari ini, saya takkan ganggu Izzul lagi. Saya akan cuba hindarkan diri dari jumpa dia. Saya janji!” bidas Alya. Dia tahu, dia bersalah! Dia janji pada diri dia untuk tidak akan bertemu lagi dengan Izzul. Dan perjanjian dia bersama dengan Ainul dibatalkan serta-merta.

3 orang beri kritikan::

EijA:) berkata...

nak lagi............

idA berkata...

alahai..tersepit antara tuntutan keluarga dan hutang ..kalo akak ..akak report aja kat polis..minta tolong..buat apa menyusahkan diri dan keluarga..yg berhutang ayah tirinya kerana berjudi..
Sepatutnya Arif ..patut memahami daripa menghukum ..bagaimana pula izzul ...reaksinya..

Naja berkata...

n3 kali ni sedihnya, kesian kat alya, x sbr nak tahu kisah selanjutnya.....

waniey cpt post n3 br ya.