RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 4 Januari 2012

Hello Mr Perfect 13

BAB 13
TAHUN 2001
            Alya bergerak ke kaunter pembayaran setelah makanan yang dipesan siap. Wallet yang dibelinya di Skudai Parade dikeluarkan. Hari ini kelas paginya cancel. Kali pertama  dan sem pertama kelas dia start pukul 8 pagi. Jenuh juga nak bangun pagi pergi ke kelas. Nasib baik cancel. Sempat la dia nak pergi hantar assignment Prof Mansur pagi ni. Rasa seronok la pulak kan kalau hari-hari kelas cancel macam ni.
Makanan yang berada di atas dulang ditatang. Kakinya melangkah ke arah Fauzi, kawan sekelas merangkap partner assignmentnya itu. Hana dan Isma tidak join mereka makan kerana mereka sudah lama bergerak ke library untuk menyiapkan tugasan dari Prof. Dr. Jamilah berkaitan Matematik Engineering.
            “El, pinjam skuter kau boleh!?” tiba-tiba Fauzi meminta izin. Alya mengerut dahi.
            “Kenapa, beb?” tanya dia. Bukan semudah itu dia nak kasik nyawa dia tu dekat orang lain macam itu aje. Kena ada alasan yang kukuh. Dulang diletakkan di atas meja. Bau bihun goreng telur mata kerbau sudah menusuk hidungnya. Perutnya terasa lapar.
            Fauzi hanya tersengih je.
            “Aku nak pergi beli tiket bas. Aku nak balik kampung hujung minggu ni..”
            “Hadoi.. naik bas sudah!” balas Alya. Setakat nak beli tiket bas, macam tak boleh naik bas. Bukan jauh sangat pun!
            “Ala... malas la nak naik bas. Lambat! Aku janji, aku jaga kau punya nyawa ni elok-elok. Aku topup minyak full! Boleh? Boleh la... Please..” pujuk Fauzi. Nasib mamat sengal ni duduk depan dia dan dihalang meja. Kalau tidak, mahunya dia duduk melutut merayu kat Alya semata-mata nak dapatkan pinjaman motor darinya.
            “Hem... Bila kau nak pinjam?” tanya Alya. Air teh o ais dikacau dengan straw agar gula dan air sebati. Takdelah manis dia rasa.
            “Kejap lagi! Aku hantar kau balik kolej, then aku pakai la skuter kau tu kejap!” balas Fauzi dengan senyuman yang semakin melebar. Dia gembira apabila Alya memberi keizinan.
            “Ok! Tapi kau kena teman aku hantar 5 assignment Prof. Mansur ni..” pinta Alya selepas memberi persetujuan. Dia mengunyah bihun dengan lahapnya. Seperti sebulan tidak makan.
            “Dah siap ke assignment kau tu?” tanya Fauzi mengerut dahi. Dia salute betul dengan minah brutal depan dia ni. Dalam masa dua hari je dah boleh siapkan 5 assignment Prof Mansur dengan penuh slumber. Dia sendiri pun tak yakin yang dia mampu nak siapkan assignment sebanyak itu. Nak habiskan satu assignment dalam masa seminggu pun tak cukup baginya inikan dua hari. Dengan kelas lagi, gila gempak betul!
            “Dah!” jawab Alya sepatah. Mulutnya sudah penuh dengan bihun. Lapar benar dia nampaknya.
            “Terror la kau, El! Tabik spring la aku!” puji Fauzi lalu mengangkat tabik ke arah Alya. Sungguh dia tak percaya Alya mampu lakukan.
            “You see the leg la! Ini El la..” Alya mula masuk bakul angkat sendiri. Bangga betul dia bila dipuji sebegitu. Lebih-lebih lagi dengan Fauzi yang sememangnya sengal-sengal ubi. Percaya sungguh mamat ni! Orang gila je yang boleh siapkan kerja assignment tu dalam masa dua hari. Pakai otak la bro.! Nasib dia ada Isma dan Hana. Minta la seorang buat satu assignment untuk dia. Bayaran? Hahaha... dia sanggup kasi pinjam dia punya skuter dengan ‘FR double E’ minyak petrol selama sebulan pada budak-budak berdua tu asalkan assignment dia siap. Bukan dia tak tahu yang Isma dengan Hana tu memang kaki rewang.  Selebihnya, pandai la dia minta tolong junior-junior  part 1 siapkan tiga lagi assignment dia. Nasib dia memang baik ada yang nak membantu. Bayar 50 ringgit sorang pun dah kira cukup! (time ni RM50 dah kira banyak bagi student-student U nak dapat duit belanja lebih..). Walaupun melayang juga la duit dia semata-mata nak siapkan assignment Prof Mansur tu, tapi apa dia peduli. Pakcik PTPTN kan ada. Dia sanggup melayang duit dari melayang markah ataupun repeat paper. Pergghh tak sanggup dia nak repeat paper. Sekali repeat, confirm drop pointer dia tahun ni. Tapi takpelah.. ada duit, kira jalan semua! Hahaha..
            Fauzi menepuk tangan. Dia memang dah lama mengagumi Alya. Gadis tomboy depan dia ni memang hebat. Dah la aktif sukan, pandai putar belit, bijak pulak tu! Kira serba boleh la!
            “Kalau aku jadi kau, menangis aku nak siapkan assignment Prof tu beb. Dengan kelas lagi, mana ada masa. Seminggu pun belum tentu leh siap satu assignment. Inikan pula 5 assignment dalam masa 2 hari. Cayalah!” tak habis-habis dak sengal ni memuji dirinya. Alya buat bodo je. Lagi dilayan lagi dia menjadi-jadi. Fauzi ni kalau bab kipas bontot orang memang taiko! Tapi dia suka berkawan dengan mamat sengal ubi ni. Dah la sengal, lurus dan lembut pulak tu. Ala-ala pon..pon.. gitu.. Senang la untuk dibuli. Eh? Dia bukan suka membuli ye? Dia bencikan pembulian. Fauzi baik dengan diapun sebab dia pernah bantu mamat tu dari dikacau oleh sekumpulan mamat yang entah dari fakulti mana masa dia dalam perjalanan ke kelas.
            Bihun sudah habis dimakan. Licin tanpa meninggalkan sisa sekalipun. Dia mengambil air minumannya lantas disedut straw itu sekuat hati.
            “Dah siap ke El?” tanya Fauzi. Pinggannya masih lagi berisi nasi lemak yang dibelinya tadi.
‘Gila laju minah ni makan! Kalah askar perang!’ kutuk dia dalam hati.
“Udah! Cepat sikit! Dah nak dekat pukul 9 pagi ni! Karang prof tengok assignment ni takde atas meja dia, mati aku kena buat dua kali ganda assignment dari dia karang!”
“Sabar beb! Baru pukul 8.15. Tak kemana pun office Prof Mansur tu. Sekangkang kera je pun. Jalan kaki 5 minit je dah sampai. Rilekslah!”usik Fauzi. Alya membuntangkan matanya. Wow! Garang betul minah ni!
            “Yelah! Kalau tunggu kau habiskan sepinggan nasi tu sampai esok pun tak habis! Cuba makan tu cepat sikit! Macam perempuan la kau ni! Aku yang perempuan ni pun makan laju dari kau!” perli Alya lagi. Fauzi ketawa.
‘Eh? Lawak sangat ke? Hai, memang sengal la mamat ni. Orang marah boleh pulak dia ketawa? Tak makan saman betul!’ Alya menggelengkan kepala.
            Masing-masing melayan rezeki di depan mata. Entah kenapa tiba-tiba Alya terlupa yang dia tidak membeli air lagi Hana dan Isma. Pagi tadi dua orang minah tu ada pesan dengan dia suruh belikan dua bungkus milo ais. Nasib dia ingat. Kalau tak nanti, sedepa muncung dorang merajuk dengannya.
“Beb, aku nak pergi beli air kejap..” Alya meminta izin. Fauzi mengangguk sambil menyambung kembali kunyahannya.
Sewaktu Alya sibuk membeli air, Izzul yang berada di sekitar cafe itu bersuara.
            “Ini air teh O ke air longkang!? Payau semacam je!” marah Izzul.
            “Payau ke, yang? Ayang rasa ok, je?” balas awek gediknya itu.
            “Sayang rasalah! Nak kena tegur la diorang ni! Berniaga tu tak ikhlas!” terus dia menolak sedikit gelas berisi air teh O itu kepada aweknya. Gadis itu menyedut straw untuk merasa.
            “Hem.. yelah! Payau sikit..” balas gadis itu bersetuju.
            “Kejap, abang nak pergi tegur..” terus Izzul ke kedai membuat minuman tersebut. Ada gaya macam nak mengamuk pulak!Alya yang ketika itu sedang membayar air minumannya terkejut apabila Izzul datang menyerang.
            “Bang, air ni abang buat betul-betul ke tak, ni!?” tegur Izzul kasar. Tauke kedai minuman itu agak terkejut apabila diserang sebegitu rupa.
            “Kenapa, dik? Ada masalah, ke?” tanya tauke kedai itu dengan nada perlahan. Alya menoleh. Sekali lagi mukanya berkerut. Mamat perasan bagus tu lagi rupanya! Tak habis-habis bikin havoc dekat kampus ni!
            “Air ni tak sedap la! Cuba abang rasa...!” dia menghulurkan gelas air itu kepada tauke kedai tersebut. Lelaki itu meminum sedikit air tersebut..
            “Hem... sori, dik! Abang tukar yang baru, boleh?” pinta tauke kedai tersebut.
            “Tak payah! Terima kasih, jek! Nasihat saya, lain kali kalau nak berniaga sila berniaga betul-betul! Buat kerja dengan sempurna. Kalau macam ni la selalu, pelanggan pun boleh lari...!” herdik Izzul kasar. Lelaki itu hanya mengangguk sahaja. Alya di sebelah bengkek.
            ‘Kurang ajar betul mamat ni!’ bisik hatinya.
            Izzul segera meninggalkan kedai minuman tersebut. Nasib dia tidak menyedari kelibat Alya di situ. Alya hanya memandang sahaja. Dalam hatinya ketawa sinis melihat perangai manusia itu yang selalu sangat fikir dia tu dah cukup sempurna dan cukup bagus!
            “El! Jom balik?” jerit Fauzi membuatkan mamat perasan bagus yang duduk di sebelahnya mengerling ke arah mereka. Mata mereka terpaut sejenak. Alya gugup. Entah kenapa dia rasa lain apabila memandang lelaki itu.
            Lama betul lelaki itu memandang ke arahnya. Berkerut je memanjang. Muka tu dah cukup handsome tapi bila buat muka macam tu, dari handsome terus jadi hansam (hantu sampuk!).
            Alya buat-buat tidak kenal. Kalau dia melayan, confirm kejap lagi ada free show dekat situ. Bukan dia tak tahu yang mamat perasan bagus tu memang kaki gaduh. Dah la hari tu mamat tu boleh selamba tinggalkan dia malam-malam buta macam tu. Dasar takde sifat peri kemanusiaan langsung! Huh~
            “Sayang, you pandang siapa?” tanya awek gedik dia tu.
            Izzul menggelengkan kepala. Dia hanya tersenyum sahaja ke arah kekasih pujaan hatinya itu. Uwek! Gedik! Meluat tengok! Pigirah!
            “Weih, kata nak gerak! Jomlah!” ajak Alya. Lagi lama diorang kat situ lagi panas bontot dia. Sebelum pergaduhan berlaku, baik dia blah cepat-cepat.
            Sewaktu Alya berjalan melalui barisan Izzul dan kekasih hatinya, dengan sengaja lelaki itu mengeluarkan kakinya dari bawah meja. Alya yang tidak berapa nak perasan akan kaki Izzul itu terlanggar lalu dia jatuh tersadung ke hadapan. Ain yang terkejut melihat aksi seperti kera kena belacan tu ketawa tiba-tiba. Lucu benar dia tengok Alya yang jatuh melutut apabila kakinya tersadung dengan kaki Izzul. Lelaki itu hanya tersenyum nakal. (Bukan nakal dah ni, tahap the devil dah bila tengok!)
            “Oi!!!” jerit Alya. Ini sudah lebih! Geram betul dia. Rongga mulutnya bergerak-gerak menahan marah. Fauzi yang berdiri dibelakangnya hanya menggigit jari. Takut bila melihat Alya yang dah macam incredible hulk! Nak masuk campur, dia tak berani.
            Alya mendekati Izzul yang rileks buat muka macam tapai basi. Pandangan matanya tajam.
            “Wow, sayang! Marah benar mamat ni!” ejek kekasih hati si mamat perasan bagus tu. Dia sengaja buat-buat takut semata-mata untuk menaikkan darah Alya yang dah sampai tahap klimaks.
            “Kau kenapa nak cari pasal dengan aku!? Ada aku cari pasal dengan kau ke ha!?” jeritan Alya tu dah mampu menggegarkan cafe tersebut.
            Izzul ternganga. Pergghh.. gila otai budak tomboy ni. First time dia rasa tercabar bila budak tomboy perasan macho ni dah mula menengking-nengking dia. Segera dia bangun dan berdiri tegak di hadapan Alya.
            Alya mendongak memandang Izzul. Haiyak.. tingginya mamat ni bila berdiri. Ketinggian dia pun tak sampai ke bahu rasanya. Izzul tersenyum sinis. Segera dia meletakkan tangannya di atas kepala Alya seolah-olah mengukur ketinggiannya. Alya tercengang. Apa kes!?
            “Sebelum nak berlaga tangan dan kaki dengan saya.. pastikan ketinggian awak cukup!” perli dia pedas. Izzul segera capai begnya dan terus meninggalkan Alya. Alya bengang. Kaku seketika tanpa mampu berkata apa-apa.
            “Sayang.............. tunggulah!” jerit kekasih hati Izzul itu lalu mengejar mamat tersebut. Alya mengetap bibir. Geram! Giginya berlaga. Sekali lagi mamat tu sengaja mencari gaduh dengannya. Tapi kenapa dia tak boleh membalasnya? Apa sudah jadi Alya!?
            Alya diam. Fauzi yang dari tadinya senyap segera mendekati Alya.
            “El, kau ok ke!?” tanya dia cemas. Mujur tak jadi apa-apa. Mata Alya berair. Dia marah sangat ke sampai berair mata? First time Fauzi melihat Alya menangis.
‘Aiseh.. tak bawak kamera la pulak! Kalau tak, leh jadi bahan sejarah ni...’ bisik hatinya mengusik.
“Kau nampak muka aku sekarang ni ok ke tak!?” sengaja Alya memerli Fauzi.
Fauzi tergagap-gagap nak menjawab. Alahai, singa betina dah naik angin. Habislah!
“Jomlah! Aku dah kesuntukan masa ni!!” ajak Alya lalu segera mencapai beg sandangnya. Pandangan orang keliling langsung tidak diambil peduli. Fauzi yang tercengang segera mengamil begnya dan mengekori Alya.
Langkah Alya semakin laju. Hatinya semakin geram! Takpe, today is your day.. maybe after this is my day! Wait and see Mr. Izzul!~ Dia mula merencanakan sesuatu untuk membalas dendam!

4 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

best..best..berbaloi walaupun kena tunggu lama..

Dya berkata...

yup..best...sambung la cpt2. tak sbr nak tau, smpai ke tak dorg ni kawin yer?

Cik Waniey berkata...

insyaAllah, akan sentiasa update entry baru... =)

sweetct berkata...

Macam mana nak baca bab akan datang.. sb sya jarang buka internet.. klu boleh update bab 14 plk.. ni tgh syok baca nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...