RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 3 Disember 2011

Hello, Mr. Perfect 9

BAB 9

TAHUN 2001..
Alya menyilangkan tali beg ke badannya. Dia perlu cepat ke kelas! Padan la dengan muka kau. Gatal sangat pergi lepak dengan geng Mardiah the otai one main gitar dekat belakang blok perempuan tu apesal? Balik bilik dah pukul 3 sedangkan esoknya kelas pukul 8.00pagi. Hah! Kejap lagi, siap la kau kena bebel dengan Prof. Mansor!
            Alya berlari dan langkahnya semakin laju. Yah! Dia semakin mendekati kelas. Dia perlu sampai ke kelas sebelum Prof. Mansur sampai. Dari jauh dia sudah nampak Prof. Mansur dalam perjalanan ke kelas mereka. Dia semakin cuak! Langkah semakin laju menapak. Cap hitam yang bertakhta di kepala ditolak ke belakang. Minta-minta la dia sampai dulu!.. Mujur ada seorang pelajar kebetulan memanggil Prof. Mansur membuatkan langkah pensyarahnya itu berhenti seketika. Dia tersenyum lebar! Masih sempat ni!
            Belum sempat dirinya sampai ke kelas, dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan sedang keluar dari simpang dia lalu. Lelaki itu hampir jatuh ke belakang apabila Alya menolaknya!
            “Woi!” tempik lelaki itu. Alya ternganga. Prof. Mansur yang berada di situ memandang ke arahnya. Alya terdiam! Alamak! Prof. Mansur sudah nampak! Mati dia! Hadoiiii.............. Alya dah tak pandang lelaki yang sedang mengerling bengis ke arahnya. Yang dia nampak, kecilnya dunia. Alamat kejap lagi sure dia kena denda!
            “Kau takde mata ke, ha!?” lelaki di hadapannya masih lagi menempik di telinganya. Alya bengang! Amboi lelaki ni! Kurang ajar punya bahasa. Mak bapak tak ajar ke, ha!?
            “Apa woi-woi.. Aku ada nama tau! Tak boleh cakap sopan sikit!? Aku tak pekak lagi!” balas Alya pula. Geram dengan mamat depan dia ni. Muka handsome tapi perangai memang tahap kurang ajar! Prof. Mansur dah memandang tajam ke arahnya. Mamat depan dia pulak cari pasal dengan dia.
            “Lain kali mata tu pandang depan! Bukan pandang kepala lutut!” perli lelaki itu dengan nada sinis. Hamboihh! Sedapnya bahasa. Kang ada yang kena karate kang! “Tepilah!” jawab lelaki itu lalu melanggar bahunya dengan kasar. Alya menahan sakit. Siot! Arrghh ini sudah lebih!~ Belum sempat Alya mengejar lelaki itu namanya sudah dipanggil. Dia terkaku sejenak. Segera dia menoleh dan membuat muka seposen ke arah Prof. Mansur.
            “Selamat pagi prof!” selamba dia mengucap selamat kepada Prof. Mansur sambil tabik ke arah lelaki yang berumur hampir 50 tahun itu. Pensyarahnya itu memandang tajam kepadanya.
            “Masuk!.......” arah Prof. Mansur membuat Alya terkulat-kulat berlari masuk ke kelasnya. Adoii......... siaplah kau wahai Alya! Dah nasib hari ni bakal kena denda lagik!
            Habis sahaja kelas, Prof. Mansur sudah menyediakan tugasan untuknya. Sebagai denda kali yang ke berapa dia datang lewat ke kelas. Pelajar lain sudahpun meninggalkan kelas. Kini Cuma tinggal dia dengan pensyarahnya ini.
            Prof. Mansur mengeluh memandangnya.
            “Saya nak kamu pergi library, siapkan 5 assignment dalam masa 2 hari ini! Buat literature review berdasarkan teknologi yang diperlukan dalam bidang Engineering. Buat comparison dan cari pro and cont dia, faham!?” kata Prof. Mansur kepada Alya. Dengan nada malas dan kecewa Alya mengangguk faham. “Apa nak jadi dengan kamu ni, Alya? Selalu datang lambat! Kamu buat apa semalam?” tanya Prof. Mansur mendapatkan kepastian.
            “Takde buat apa-apa, prof!” bohong Alya.
            “Habis tu? Kenapa datang kelas lambat..?” suaranya semakin tinggi dan tegas. Alya mengetap bibir. Dia cuak!
            “Err.. saya.. saya...” Alya tak tahu nak kasik alasan apa. Dia kehabisan idea.
            “Sudah! Apapun alasan awak, saya tak mahu tahu! Saya nak lusa, tepat pukul 9.00 pagi sudah ada 5 assignment yang telah siap di atas meja saya nanti. No excuses, faham!?” marah Prof. Mansur.
            “Fa.. faham prof!” balas Alya tergagap. Lelaki itu segera mengambil failnya dan bergerak keluar dari kelas. Alya mengeluh lemah. ‘5 assignment dalam masa 2 hari...... Gila betul orang tua, ni!’ rungut Alya lalu mengikuti langkah Prof. Mansur keluar dari kelas itu.
*****
            Alya berjalan lemah menghampiri cafe. Isma dan Hana sudah menantinya di situ. Alya duduk lalu menongkat dagu. Mukanya toya!
            “Apesal kau lambat, beb!?” tanya Isma. Dia sibuk menikmati makanan di hadapannya. Hana pula mengangguk untuk mengetahui.
            “Aku tidur lambat semalam...” balas Alya dengan nada malas. Dia tengah memikirkan bagaimana untuk menyiapkan 5 assignment yang sudah diberikan oleh Prof. Mansur itu. Kejap lagi dia ada kelas Matematik Kejuruteraan. Petang pulak ada Computer Programming. Mana dia nak cari masa pergi library siapkan tugasan yang Prof. Mansur bagi tu! Haishh!..
            “Kau masih lepak lagi dengan geng-geng Mardi tu ke?” Hana pula menyampuk. Dia amat tidak gemar apabila Alya begitu rapat dengan geng-geng otai UTM tu.
            “Hem..” Alya mengangguk. Diam.
            “El, aku rasa kau ni kena berubah, la! Tak kemana kau lepak dengan geng-geng tu! Diorang tu senior. Tahun depan dah nak habis belajar! Kita ni masih ada 4 tahun lagi tau dekat sini! So, kena tunjuk prestasi yang baik!”tegur Isma. Alya diam.
            “Aku tahulah!” balas Alya acuh tak acuh.
            “Hah! Kali ni pulak apa denda kau!?” tanya Isma.
            “5 assignment kena siapkan dalam 2 hari..”
            “Hah!???” mereka berdua terkejut.
            “Gila betul! 2 hari kau tak tidur la beb!” balas Isma sengaja menakutkan Alya. Ah! Ada dia kisah!?
            “Aku rasa Prof.Mansur sengaja nak kenakan kau! Tu la, siapa suruh kau tu datang kelas lambat. Padanlah dengan muka! Hahaha...” perli Hana.
            “Amboi sedapnya kau mengata! Tak kira, korang kena tolong aku!” ugut Alya.
            “Sorry, kami ada date!” balas Isma dengan bangga.
            Alya mencebik. Date konon! Date dengan tiang lampu tepi jalan tu bolehlah! Piiiraaahh!
            Tiba-tiba Hana menyiku lengan Isma. Dia macam kalut semacam. Alya mengerut dahi.
            “Aduh, sakitlah! Apehal!?” tanya Isma geram.
            “Tuu.........!!” Hana seperti panas bontot lantas tangannya mengunjuk ke arah seseorang. Alya dan Isma memandang ke arah objek yang ditunjukkan oleh Hana.
            “Mak aihh.. Handsome, beb!” balas Isma. Mukanya berseri-seri tiba-tiba. Hana juga. Dah kemaruk nak berlaki dah dua orang manusia ni. Sekali lagi Alya memandang lelaki itu. Dia terkejut! Dia!?
            “Dengar cerita, dia tu anak Dato’ Seri, tau!” kata Hana.
            ‘Anak Dato’ Seri? Patutlah kurang ajar!’ kutuk Alya dalam hati.
            “Handsome, kan? Kalau la aku dapat... Eh? Siapa nama dia?” tanya Isma beria-ia.
            “Izzul. Muhammad Izzul Islam...” tambah Hana lagi. Wow! Siap hafal you! Nama penuh lagik! Memang dah kemaruk sahabat dia yang dua orang ni. Tak sedar dengan badan besar, ada hati nak berlakikan putera dari kayangan. Perggghh...
            “Lelaki macam tu yang korang suka?” tanya Alya mengerut dahi. Ada nada sinis di situ. Masing-masing kehairanan.
            “Hai, kau macam tak puas hati dengan dia, je?” tanya Isma.
            “Memang pun! Kau tahu tak, pasal dia la aku lambat tadi! Pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Tak pasal-pasal aku kena denda dengan Prof. Mansur!” balas Alya kecewa. Dia mengambil air Isma lalu disedutnya sehingga habis.
            “Kau bertegur dengan dia la tadi?” kali ini Hana pula menyampuk. Alya mengangguk. Langsung takde perasaan. “Untungnya kau!!!!” Hana teruja. Alya terkejut. Untung!?
            “Kau tahu tak.. begitu ramai student-student dekat sini nak berkenalan dengan Izzul, tu! Tapi dia tu sombong sikit. Susah nak dengar suara dia. And dia tu macam tak melayan je. Kau kena tegur dengan dia dah kira bertuah, tau!” tambah Hana lagi. Isma mengangguk setuju.
            ‘Bertuah, ke? Macam bawak malang je!’ kutuk Alya lagi.
            “Dah.. dah.. dah! Aku malas nak dengar! Sekarang ni aku nak pergi library.. nak siapkan kerja sekolah! Chow!!..” Alya segera mengangkat punggung.
“Kelas kejap lagi kau datang, tak?” tanya Isma.
“Datang, jumpa dekat kelas!” balas Alya dan bergerak meninggalkan mereka.
“Ok!” balas mereka berdua. Dalam kepala otaknya sudah berserabut dengan macam macam hal.
*****
            Alya sedang sibuk menelaah buku di hadapannya. Dia perlu mencari maklumat berkaitan Engineering di dalam buku itu. Petang nanti lepas kelas dia ingat nak sudut IT untuk mencari bahan di internet. Sedang dia khusyuk, tiba-tiba lelaki yang dibencinya itu datang menhampiri seorang perempuan yang betul-betul duduk di hadapan mejanya. Gadis itu tergedik-gedik memeluk lengan Izzul apabila Izzul duduk di sebelahnya. Manja bukan main. Meluat dia tengok!
            “Sayang.. kita nak kemana petang ni?” tanya gadis itu.
            “Kita pergi Skudai Parade la!” balas Izzul.
            “Ok! Ayang nak beli gelang emas boleh? Ayang dah tengok hari tu.. cantik tau, yang...” tambah lagi kegedikkan gadis itu. Semakin meluat! Naik muntah dia melihat adegan free depan mata. Oh my GOD! Segera dia melihat jam di tangan. Masa kelas lagi 15 minit. Dia segera menutup buku. Niatnya untuk meminjam buku tersebut. Pasangan dua sejoli tu dari tadi dok menggesel-gesel di situ. Ni kalau librarian dapat tau, lama dah mereka kena halau. Hello.. ini bukan tempat untuk bermadu asmara okey!
            Alya berjalan melalui meja mereka. Menyampah dia melihat mereka berdua. Entah kenapa, tiba-tiba lelaki itu bangun lalu melanggar Alya sekali lagi. Hai... nasib malang lagi  sudah sampai. Buku di tangan terjatuh. Lelaki itu segera membantunya lalu meminta maaf.
            “Sorry...” pinta dia lalu memandang ke arah Alya. Muka dia berkerut. “Kau!?” Alya buat muka selamba.
            “Kenapa!?” tanya dia acuh tak acuh. Gadis yang menggedik dari tadi tu hanya menjeling tajam ke arahnya.
            “Hai, apalah malangnya nasib aku ni sampai boleh berjumpa dengan budak tomboy macam kau sebanyak 2 kali hari ni..!” perli Izzul.
            “Hello.. kau ingat aku sukalah jumpa MAMAT PERASAN BAGUS macam kau, ni!?” Alya telah mengishtiharkan perang dengan lelaki di hadapannya ini. Muka handsome tapi perangai macam tenuk tak cukup makan!
            Lelaki itu mendekatkan mukanya ke arah Alya. Alya tercengang. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.
            “Aku mamat perasan bagus? Habis kau tu siapa!? Minah tomboy yang berlagak macho!? Sedarlah diri tu perempuan! Jangan nak berlagak jadi lelaki!” kutuk Izzul kepadanya. Kenapa tiba-tiba hatinya jadi sensitif. Dia geram. Lalu segera meninggalkan tempat mereka. Entah kenapa, air matanya mengalir laju. Pertama kali dia dihina sebegitu rupa.
            ‘Yes! Aku memang tomboy! Ada aku kisah kau kutuk aku macam tu!? Mamat perasan bagus, I declare we are on war!’ tempik dia dalam hati. Geram! Geram! Geram!
*****

2 orang beri kritikan::

idA berkata...

salam dik.. E3 yg betui betui akak suka..suka..oh..begini rupanya minah tu jumpa mamat poyo tu.. macam ada spark je dik.. best..
nak tahu lagi.. apa ek.. mamat tu dan minah tu nak cari gaduh lagi..

Cik Waniey berkata...

kak ida.. yeps.. ada sejarah cerita dorg neh... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...