RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 29 Disember 2011

Hello, Mr. Perfect 12

BAB 12

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Masing-masing tidak tahu untuk membualkan soal apa. Izzul segera menekan punat radio untuk mendengar lagu. Ketika itu Jeydee sedang ke udara dalam segmentnya Fly 30 di Fly.fm. Lagu “Bruno Mars – The Lazy Song” sedang dimainkan.
Alya hanya memandang sahaja apa yang dilakukan oleh Izzul. Nak diajak berbual, rasa segan la pulak! Dalam hatinya merungut. Dia lebih suka mendengar Hot.fm. Tetapi dia kena sedar bahawa dia sekarang ni hanya menumpang kereta Izzul dan dia tidak berhak untuk memberontak ataupun menolak!
Diam lagi.. Masing-masing melayan perasaan. Perjalanan dari Kota Tinggi ke Johor Baharu tidaklah jauh mana. Hanya 35 minit perjalanan sahaja. Tetapi, 35 minit dirasakan seperti 35 jam pulak! Bila nak sampai ni? Alya merasakan, sepanjang perjalanan itu jikalau mereka tetap mendiamkan diri, dia tekad. Dia perlu lakukan sesuatu.
Bagi Alya, Izzul ni kemungkinan seorang yang cukup membosankan. Berbeza dengan Arif, ada sahaja perkara yang ingin dia borakkan dan sememangnya seorang yang sangat peramah dan disenangi oleh orang lain. Izzul? Sentiasa dengan muka seriusnya dan kadang kala dia sendiri tidak tahu mood Izzul sendiri tatkala itu. Karang kalau ditegur, tiba-tiba dia melenting.. tak ke naya nanti?
Alya menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang sedang ke udara itu. Baik dia menyanyi dari terus mendiamkan diri. Karang ada yang tertidur pulak!
Tiba-tiba Iphone-4 Izzul berbunyi. Dia memandang ke skrin untuk mengetahui siapakah yang menelefonnya tatkala itu. Mukanya berkerut.
“Siapa pulak yang call ni?” tanya dia pada diri sendiri membuatkan Alya juga seperti ingin tahu. Segera dia memakai bluetooth headset di telinga untuk bercakap.
“Hello, Izzul speaking?” Mukanya masih lagi serius.
Tiba-tiba wajah yang tadinya serius bertambah serius. Malah berkerut-kerut dahinya.
“Mana kau dapat nombor aku, ni!?” soalan yang diutarakan oleh Izzul betul-betul membuatkan Alya terkejut.
‘Wah! Kasarnya bahasa!’ bentak Alya dalam hati.
“Aku dah tak suka dengan kau lagi! Tolong jangan ganggu hidup aku!” marah dia lagi. Alya masih lagi diam. Mendengar sahaja setiap butir ayat yang dihamburkan oleh Izzul. Siapa yang dia marahkan tu? “Kau nak apa lagik, Ain!!??”
Ain?’ Alya mengangkat kening. ‘Siapa Ain? Ex-awek dia, ke?’
“Arrgghh... boleh blah la!” ayat terakhir dari Izzul sebelum dia menamatkan perbualan mereka. Iphone dilemparkan ke seat belakang. Alya membuntangkan matanya. Terkejut dengan aksi spontan itu.
‘Gila! Iphone-4 tu! Senang-senang dia baling macam tu? Kalau rosak macam mana? Nak beli tu, standard gaji aku je ni! Baik aku diam jek! Kang tak pasal-pasal aku pulak kena hambur sekali!’ kutuk Alya pada Izzul. Matanya kembali memandang ke arah depan. Sesekali ekor matanya mengerling ke arah Izzul yang sedang mendengus kasar.
            Iphone-4nya kembali berbunyi. Lagu ‘The Catalyst’ nyanyian dari kumpulan Linkin Park semakin lama semakin kuat. Izzul hanya buat tak tahu sahaja. Beberapa saat kemudian, handphonenya kembali senyap. Kemudian berbunyi lagi. Dengusan Izzul semakin ketara.
            “Awak, angkat la handphone tu..” tegur Alya. Bukan apa.. bingit telinganya apabila dari tadi asyik berbunyi.
            “For what!? To break my heart again!?” marah Izzul. Matanya masih fokus pada pemanduan.
            “Habis tu? Dari dia terus je berbunyi, better awak offkan aje!” tegur Alya lagi.
            “Let it be! And you!? Please shut your mouth!!” marah Izzul.
            Alya terpana.
            ‘Hah! Padan dengan muka kau! Kan dah kena sembur!’ Alya memarahi dirinya. Alya kembali senyap. Karang kalau dilayan, bukan kena sembur dah. Ada yang kena balik jalan kaki kejap lagi. Huhu...
            Beberapa minit kemudian, bunyi handphone itu kembali senyap. Alya hanya menggelengkan kepala. Matanya memandang ke luar. Tengok pemandangan kat luar lagi bagus!
            “I’m sorry..” luah Izzul tiba-tiba. Alya memandangnya. Kerlingan mata lelaki itu seolah-olah menyesal dengan kata-kata dia sebentar tadi. Alya masih lagi diam. “I’m so sorry. I know I am too much! But I can’t handle this! I’m so sorry...” pinta dia lagi perlahan. Rayuan Izzul betul-betul mencairkan hatinya.
            ‘Alah! Biasalah! Lelaki handsome seperti dia kalau selalu sangat bercakap romantik macam tu, of course la semua perempuan akan cair. Ignore! Ignore!’ bisik hati syaitannya. Alya tersenyum sinis.
            “Sometimes you have to think about the feelings of others before rebuked them without checking.You might be mad at someone, but do not involve others! Please reveal your emotions and stay calm” nasihat Alya panjang lebar. Dah layak jadi ustazah dah tu!
            “Yeah! But sometimes we are not able to fight the anger if the past comes back when we start to forget. The past that has put us into misery.” luah Izzul. Mukanya seperti menahan perasaan. Perasaan sedih mungkin
            Alya diam. Ainul pernah bercerita padanya soal kekecewaan. Izzul memang pernah dipermainkan oleh seorang perempuan sebelum ini. Dan mungkin kerana ini dia tidak pernah percaya dengan perempuan. Dan mungkin kerana ini juga, sehingga kini dia masih solo. Mungkin kesempurnaan menjadi landasan agar ramai perempuan tak lama dengannya. Hem, sempurna sangat ke dia ni? Wajah dah memang cukup sempurna tapi perangai.. Huh! Boleh jalan, la!
            “Boleh saya tanya awak sesuatu?” Alya kembali bertanya.
            Mata Izzul mengerling ke arahnya. Alahai pandangan itu...Bikin gue cair! Kemudian dia tersenyum.
            “Ok! What question?” soal Izzul beria-ia ingin tahu.
            “Kalau saya tanya, awak jangan marah, ye?” pinta Alya beria-ia. Dia tak mahu soalan dia ni bakal mengundang kemarahan lelaki itu. Sekali lagi Izzul tersenyum. Sangat manis dan memikat hatinya!
            “Ok, you can proceed..”
            “Hem... siapa Ain? Kenapa awak marah sangat dengan dia?” soal Alya. Walaupun dia tahu dan dapat mengagak siapa gadis yang bernama Ain itu, tetapi dia perlukan penjelasan yang sebenar.
            Izzul mengeluh. Diam sekejap sebelum dia mula bercakap kembali.
            “Ain.. Someone who has broken my heart, deceived me and played my feelings. She loves me just because of my money, not because she really liked me..” luah Izzul lagi.
            Alya seakan-akan tidak percaya dengan jawapan Izzul itu. Izzul lelaki kacak, punya segalanya dan cukup sempurna. Memang perempuan yang pernah mainkan perasaan lelaki itu tidak bersyukur sekiranya dia tolak lelaki sebelahnya ini mentah-mentah. Kalaulah Izzul ni sukakan dia, lama dah dia ajak kahwin! Adeh~ Perasan lagik!
            “And then, why did she call you back?”
            “Do not know? Probably she is desperate because she could have no money or she was eager to return to me. Who knows?”
            “Dan awak tak nak kembali pada dia? Mana tahu dia betul-betul dah insaf?” pujuk Alya. Walaupun dia sendiri tak tahu samada dia betul-betul ikhlas memujuk lelaki itu atau tak, itu belakang kira.
            Izzul ketawa sinis.
            “I hate liars. I hate people who approached me because of my money and my appearance. I might not return back to her eventhough she is crying with tears of blood!” jawab Izzul tegas. Tegas dengan pendiriannya.
            “Then apa yang awak nak sebenarnya?” tanya Alya lagi.
            Izzul tersenyum lagi.
“What I want is true love! I need a person who loves and accept me no matter what circumstances. I need a person who always by my side to face the hardships and pleasures of life. And I need a person who has never given up attending to hassle me forever” kata Izzul lagi. Matanya dilirikkan ke arah Alya.
Alya melarikan pandangannya jauh ke luar. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Izzul. Pastinya dia akan kalah! Alya menelan air liur.
            ‘I hate liars! I hate people who approached me because of my MONEY......’ kata-kata itu membuatkan Alya terdiam. Apakah akan terjadi sekiranya Izzul tahu yang dia berkawan rapat dengan lelaki itu hanya kerana duit? Adakah lelaki itu akan membencinya seperti mana dia membencikan Ain? Arrghh Alya semakin risau.
            ‘Tidak! Aku buat macam tu kerana aku nak tolong family aku! Aku tak pandang duit dia, pun! Aku cuma nak langsaikan hutang ayah je dan selamatkan family aku dari diganggu oleh along! Aku bukan mata duitan! Aku hanya terdesak!’ pujuk hatinya lagi.“Lagipun aku memang sukakan dia. Dari zaman belajar lagi.. Cuma tak sangka kami dapat berjumpa kembali..”Sekali lagi dia menelan liur.
            “Haha.. forget about it! So, your turn! What kind of men do you like?” kata-kata Izzul membuatkan Alya tersedar dari lamunan.
            “Ha?” Alya blur..
            Izzul mengangkat kening kehairanan.
            “Are you ok, Alya?” tanya dia apabila melihat muka Alya yang agak pucat.
            “Errr.. ok! Ok!.. Err.. awak tanya apa tadi?” soal dia kembali.
            “I ask you, what kind of man do you like?” suara Izzul perlahan apabila bertanya. Dia agak tenang sekali. Mungkin berpuas hati apabila sudah meluahkan segala yang dipendam.
            “Hem.. saya tak kisah. Yang penting baik, berilmu, beramal dan bertanggungjawab!” jawab Alya.
            Wah! Bagus betul taste Alya neh.. hehehe..
            “Bukan yang handsome, yang ada pangkat dan banyak duit?” uji Izzul.
            Pang! Alya mengetap bibir. Seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Sebak la pulak! Seraya Izzul ketawa membuatkan Alya mengerut dahi.
            “Just kidding....!” gurau dia.
            Ketawanya semakin kuat.
            ‘Ini bukan masanya untuk buat lawak, Encik Izzul! Aku tengah susah hati, senang-senang kau uji aku dengan soalan macam tu, ye!?’ marah Alya dalam hati. Dia hanya tersenyum pahit dan terus memandang ke luar tingkap. Hatinya resah! Kata-kata Izzul membuatkan dia jadi semakin serba-salah!
*****
Alya masih lagi termenung. Memori bercuti bersama Izzul dan adik-beradiknya amatlah seronok. Tetapi bila difikirkan kembali memori sewaktu mereka dalam perjalanan pulang itu, dia dipamit rasa bersalah. Niat sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan duit RM500,000 itu sahaja. Tak terfikir untuknya mengahwini Izzul. Tetapi dia sedar perasaan itu sedikit sebanyak bercambah dalam hatinya.       Dia sedar cinta dia pada Izzul kembali berputik semula.
“Hai, Alya!” sapa Ainul.
“Hai...” balas Alya tersenyum pahit.
Ainul perasan akan perubahan wajah Alya yang agak tidak gembira itu.
“Apesal kau, beb? Ada masalah, ke?” tanya Ainul.
Alya masih lagi diam membisu.
“Alya... I am talking to you...” tegur Ainul lagi apabila melihat gadis itu masih lagi termenung dari tadi. Alya tersedar dari lamunan.
“Hah!? Apa dia? Kau cakap apa tadi?”
Ainul menghela nafas. Penat dia bercakap.
“Kau ni kenapa macam takde mood je pagi-pagi, ni? PMS kau datang, ke?” gurau Ainul. Alya senyap. Dia mendengus kasar.
“Aku serba salah la, Ainul..” terluah juga akhirnya perasaan serba salah itu.
Ainul mengangkat kening.
“Serba salah kenapa?” soal dia lagi.
“Hem... pasal Izzul.. pasal kahwin ni... pasal duit...” ujar Alya. Dia tak mahu mempermainkan perasaan Izzul. Dia tak nak jadi macam Ain.
“Kenapa kau nak rasa bersalah pulak? Kau kan suka dekat Abang Izzul kan?” tanya Ainul lagi kehairanan. Dia tahu, Alya sudah punya perasaan pada Izzul. Kenapa dia perlu rasa bersalah?
“Hem., pada awalnya aku rapat dengan dia bukan sebab dia, kan? Tapi sebab duit..” luah Alya lagi.
Ainul mengeluh.
“Pasal tu kau jangan la beritahu Abang Izzul. Kau diam-diam sudah..” pesan Ainul. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Alya untuk membisikkan sesuatu. “Ini rahsia kita berdua, Alya. Arif pun tak tahu pasal hal, ni! So diam-diam je la ye..”.
Alya mengangguk. Maybe diam lebih baik!
“Tapi kalau benda ni pecah di kemudian hari macam mana?” Risau lagi! Dia tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau rahsia ni terbongkar!
“Kalau kita tak cerita, takde la siapa-siapa pun tahu. Ingat! Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!” pesan Ainul.
Alya mengetap bibir.
*****

4 orang beri kritikan::

idA berkata...

selalu benda yg kita ingat secret ini lah yg akan memakan diri kita sendiri kan..

Cik Waniey berkata...

yeps.. betul kak! hehehe

Tanpa Nama berkata...

Pas ni mesti secret tu yg jd punca salah faham antara alya ngan izzul bila mereka dah bersama nanti.........

ada berkata...

owg kate 'berlaku jujurlah wlpun kejujuran itu pahit...'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...