RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 18 Disember 2011

Hello, Mr. Perfect 11

BAB 11



TAHUN 2011
Kali ini Arif dan Ainul mengajak Alya dan Izzul bercuti di Kota Tinggi Waterfall Resort, Johor. Amilia juga ikut serta kerana dia ingin mengenali Alya dengan lebih rapat. Mereka menyewa dua buah chalet dan tinggal di situ untuk dua hari satu malam.
            Sabtu malam Ahad, mereka menjalani aktiviti night walk. Kata Arif, berjalan di waktu malam lebih mencabar. Pada mulanya Alya dan Ainul tidak bersetuju namun setelah dicabar oleh Arif, akhirnya mereka ikut sahaja.
“Ala takut la! Adik tak nak join boleh tak, angah?” pujuk Amilia. Dia kepenatan dan ingin tidur di chalet.
“Mana boleh. Adik kena ikut jugak! Tak best la bercuti kat sini kalau tak nak buat night walk!Kalau macam tu baik duduk rumah tidur je!” perli Arif. Amilia mencebik. Dia berlari ke arah Ainul dan Alya.
“Akak, tolong la Lia. Lia tak mahu la pergi. Lia sakit-sakit badan ni!” dia mendapatkan simpati kepada bakal-bakal kakak iparnya.
“Takpelah! Lia pergi la tidur. Biar kitorang je yang pergi. Tapi esok Lia kena la bangun awal pagi. Kita nak mandi sungai....” pinta Ainul. Amilia gembira apabila Ainul menyebelahinya lantas gadis itu mencium pipi bakal kakak-kakak iparnya itu. Arif dan Izzul hanya menggelengkan kepala.
‘Manja tak sudah-sudah!’ getus hati mereka geram.
            Sebaik Amilia hilang dari pandangan untuk pulang ke chalet, mereka telahpun diarahkan oleh renjer di situ untuk mengekori satu kumpulan lain. Ini bagi memudahkan mereka memantau gerakan peserta yang terlibat dalam aktiviti mencabar itu. Setelah mendengar taklimat daripada ketua renjer, tepat pukul 12 malam mereka bergerak. Arif berjalan di hadapan manakala Izzul di belakang. Alya dan Ainul berada di tengah-tengah antara mereka. Kumpulan mereka dipantau oleh dua orang renjer yang berjaga di sebelah hadapan dan belakang. Sepanjang perjalanan, tiada apa yang berlaku. Sampai la ke satu tempat di mana Alya tidak nampak ada anak akar yang menghalang perjalanan mereka. Alya hampir tersadung dan mujurlah Izzul sempat menggapai tubuhnya dari jatuh.
            Alya agak terkejut. Darah naik sampai ke muka.
            “You tak apa-apa, ke?” tanya Izzul kerisauan. Tangan kanannya masih memegang tubuhnya manakala tangan kiri memegang ranting kayu untuk mengimbangkan badannya.
            “Tak!!” Alya cuba melepaskan dirinya. Seketika, Izzul menjerit kecil. Telapak tangan kirinya luka. Ada garis memanjang di telapak tangannya dan menyebabkan darah keluar sedikit. Ranting kayu yang dipegangnya agak berduri sedikit.  “Awak ok tak?” kali ini Alya pulak yang bertanya. Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut namun dapat dileraikan untuk seketika. Arif dan Ainul juga nampak risau melihat Izzul.
            “It’s ok. Sikit je, ni!” kata Izzul menafikan. Walaupun pedih, dia kena tahan.
“Awak ok tak?” tanya salah seorang renjer. Izzul mengangguk tetapi masih menahan sakit. Renjer itu mengeluarkan pisau lipatnya dan membuang duri yang masih terlekat di telapak tangan Izzul. “Bertahan, ye? Nanti sampai, tangan awak ni kena letak ubat. Takut ada bakteria masuk ke dalam luka ni...” nasihat renjer itu. Izzul mengangguk lagi. Alya semakin serba-salah. Kerana dia Izzul cedera.
Beberapa jam kemudian mereka akhirnya sampai.
“Perrggghhh. Sampai akhirnya. Macam nak gila jalan waktu malam ni! Mencabar betul!” Arif melepaskan keluhannya. Ainul hanya mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Arif. Izzul hanya diam sahaja. Tangan kanannya masih memegang tangan kirinya. Telapak tangannya masih lagi sakit.
“Izzul ok tak, ni?” tanya Alya. Dia begitu risau sekali.
Izzul hanya ketawa.
“Don’t worry! I ok, jek!” balas Izzul sambil tersengih ke arahnya.
“Awak jangan risau, Alya. Along saya ni hero! Small matter je tu...” usik Arif lagi. Alya jadi marah. Soal macam ni sempat lagi Arif nak bergurau!
Izzul ketawa sahaja.
Selang beberapa minit kemudian, seorang renjer yang terlibat dengan ekspidisi mereka tadi datang dengan membawa ‘first-aid’. Belum sempat dia merawat luka Izzul, Alya dah menawarkan diri untuk mengubati luka Izzul itu. Dia membenarkan Alya melakukannya dan dia kembali ke khemah yang dikelilingi geng-geng yang mereka join sekali itu.
Arif dan Ainul saling berpandangan. Ada reaksi senang hati di situ.
Izzul hanya memandang sahaja Alya yang sibuk menyapu iodin ke lukanya. Dia tersenyum.
“Thanks!” ucap dia. Terharu dengan pelawaan Alya tadi.
Alya memandangnya. Mata mereka bertentangan. Agak lama. Alya jadi gugup. Jantungnya berdegup kencang. Begitu juga Izzul. Dia kembali menunduk dan fokus pada rawatannya. Mata Izzul masih lagi tertancap ke arah wajah Alya. Gadis itu masih tidak mampu untuk melawan lirikan matanya.
“Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih dekat awak. Kalau tak kerana saya, awak takkan jadi macam ni...” Alya sengaja menyalahkan dirinya.
“It’s ok! Small matter jek. Cuma nasihat I, lain kali kalau jalan kena berhati-hati. Nasib sempat tahan tadi..” balas Izzul.
Alya mengangguk faham. Ya! Untuk peringatan pada dirinya.
Setelah selesai membalut tangan Izzul, masing-masing pun beredar untuk ke bilik dan tidur.
Malam itu, Izzul tidak dapat melupakan saat dirinya dirawat oleh Alya. Tangan Alya yang lembut dan sejuk itu masih lagi terasa memegang tangannya. Dia tersenyum sendirian. Adakah cinta kedua berputik kembali? Dia sendiri tidak dapat menyangkal.
Begitu juga dengan Alya. Dia tidak boleh tidur kerana risaukan luka Izzul. Dia mengeluh panjang dan berharap lelaki itu cepat sembuh. Masing-masing berangan di atas katil sebelum mata terlelap selepas itu.
*****
            Esok paginya, aktiviti pertama mereka adalah mandi air terjun. Izzul sebenarnya tidak berapa gemar berkelah di kawasan itu kerana dia amat mementingkan aspek kebersihan. Kelihatan Arif dan Ainul duduk di tebing berdua-duaan sambil kaki mereka ditenggelamkan ke dalam air sungai. Alya dan Amilia sibuk menyelam dan bermain air. Kawasan itu sememangnya tempat yang paling ramai dikunjungi. Kebanyakkan adalah dari golongan berkeluarga.
            Alya hanya memakai t-shirt putih dan berseluar track suit hitam. Dia sememangnya sukakan air sungai. Paling excited apabila diajak berkelah di kawasan air terjun. Alya la orang pertama yang menyelam dulu sebelum yang lain menyusur.
            “Izzul, marilah!!” ajak Alya. Izzul hanya duduk mencangkung di atas batu. Dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak suka mandi sungai. Air sungai baginya kotor. Dan kulitnya agak alergik dan tidak tahan sekiranya dia mandi air kotor. Paling dia benci adalah pacat. Alya, Amilia, Ainul dan Arif begitu gembira menyelam dan berenang di situ.
            “Along tu macam mamat jambu! Mana suka mandi-mandi air sungai macam ni? Diakan suka mandi air panas, je...” perli Amilia. Masing-masing ketawa.
“Amboi adik... karang balik naik bas, yek?” ugut Izzul membuatkan Amilia menjelir lidahnya.
“Takpe, along takde.. angah ada! Adik ikut angah je la...” balas Amilia bangga. Arif memandang sinis ke arah adiknya sekadar mengusik.
“Siapa kata adik boleh naik kereta angah? Angah tak cakap apa-apa, pun?” usik Arif. Kali ni Amilia terdiam. Mukanya mencebik. Ainul dan Alya ketawa melihat tingkah laku mereka adik-beradik. Sangat mesra.
“Takpelah! Nanti adik tahan la mana-mana lori ayam suruh bawak adik balik JB.. huhuhu” rajuk Amilia memeluk tubuh. Merajuk-merajuk pun sempat lagi dia buat lawak bodo.
“Alololo... cian dia. Jangan merajuk sayang. Nanti cepat tua. Muka tu tak lawa la pulak! Takpe.. takpe, nanti akak suruh abang-abang adik tumpangkan adik nanti. Kalau tak nanti akak cubit dorang, ok?” pujuk Alya pula lantas memeluk bahu gadis itu. Amilia tersengih.
“Kak Alya je memahami Lia. Orang lelaki ni mana nak faham kita, kan? Tahu nak sakitkan hati kita, je!” sengaja lagi Amilia memerli abangnya. Arif dan Izzul hanya ketawa. Malas nak melayan kerenah adik mereka itu.
            Izzul hanya memakai t-shirt hitam. Dia menyarungkan jaketnya kerana tidak tahan sejuk di waktu pagi. Dia sendiri tidak faham kenapa budak tiga orang itu boleh tahan dengan air sungai yang sejuk pagi-pagi macam ni. Lagipun dia sudahpun mandi air panas di chalet tadi.
            Alya hanya memandang Izzul yang dari tadi dok perhatikan orang. Dia mengerling ke arah Arif, Amilia dan Ainul. Mereka begitu gembira menyelam dan berenang bersama. Alya berjalan dan mendekati Izzul. Dia memanjat batu dan duduk betul-betul di sebelah Izzul. Lelaki itu hanya tersenyum sahaja.
            “Tangan awak dah ok?” tanya Alya.
            “Alhamdulillah. Dah semakin baik..” jawab Izzul sambil mununjukkan tangannya yang sudah ditampal plaster. Alya melepaskan nafas lega. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana terlampau memikirkan Izzul.
            “Kenapa awak tak nak join kami mandi?” tanya Alya lagi kehairanan.
            “It’s ok! I tak tahan sejuk!” tolak Izzul. Alya mengangguk faham.
            “Mandi air sungai pagi-pagi ni elok tau” ujar Alya membuatkan Izzul mengerut dahi. Alya hanya tersenyum apabila melihat wajah Izzul yang agak blur. “Kalau awak nak tahu, jika kita selalu mandi dengan air yang sejuk, peredaran darah akan berjalan dengan lancar dan tubuh terasa lebih segar. Ini kerana air sejuk akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus. Selain itu ia dapat membaik-pulihkan jaringan kulit dan menyebabkan kuku kita menjadi lebih sihat dan kuat serta tak mudah retak” tambah dia lagi.
Izzul hanya mengangguk sahaja.
            “Dan yang paling penting, mandi dengan air sejuk pada waktu pagi dapat meningkatkan penghasilan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan demikian kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat” usik Alya membuatkan Izzul tercengang.
‘Wah! Minah ni lebih expert nampak?’ bisiknya dalam hati. Tidak disangka, gadis itu pandai benar mengusiknya. Alya hanya ketawa sahaja apabila Izzul memandangnya lain macam.
“Just for your information. Takde maksud lain, pun...” jawab dia lagi lantas mengenyit mata ke arah Izzul. Lelaki itu terdiam kaku. Tiba-tiba perasaannya jadi lain. Cepat-cepat dia menyedarkan diri dari terus tersasar.
Alya kembali terjun ke dalam sungai. Dia begitu seronok menyelam. Izzul tersenyum sendirian. Alya pandai berenang, cantik, peramah dan punya segala. Mungkin kalau setiap hari dia keluar dengan gadis ini, tak mustahil dia akan cepat mesra dengan gadis ini nanti.
Setelah puas mandi sungai, masing-masing memutuskan untuk balik ke chalet. Alya yang dalam keadaan basah cuba memanjat batu untuk naik ke atas. Izzul hanya memandang Alya dan agak cuak apabila melihat baju gadis itu agak seksi. Disebabkan kerana basah, bajunya melekat ke badan dan menampakkan susuk tubuh Alya yang agak ramping. Izzul menelan air liur. Dia memandang sekeliling. Mujur tiada siapa yang memandang Alya.
Sebaik sahaja gadis itu berdiri di atas batu sungai berhampiran dengan tempat Izzul duduk, lelaki itu segera bangun dan membuka jaketnya. Alya agak terkejut sedikit apabila Izzul tidak semena-mena menyarungkan jaket itu ke tubuhnya. Arif dan Ainul nampak akan aksi spontan itu. Begitu juga dengan Amilia. Ternganga melibat aksi spontan abang sulung itu. Masing-masing berbisik sesama sendiri dan kemudian senyum mengusik.
“Baju you tu basah. Nampak bahagian dalam...” tegur Izzul membuatkan Alya agak tercengang.
“Thanks! Tapi nanti awak sejuk pulak? Bukan awak tak tahan sejuk, ke?” tanya Alya. Dia begitu terharu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Izzul. Dia menutup badannya dengan jaket lelaki itu. Izzul hanya mengangguk.
“Takpe! I ada baju sejuk yang lain. Nanti kejap lagi I balik ke chalet. Hem, Lain kali kalau nak mandi sungai, pakai baju warna gelap. Jangan pakai baju warna cerah. Bahaya! Kat sini banyak buaya perhatikan you!” tegur Izzul lagi memberi peringatan. Alya hanya mengangguk sahaja. Sebenarnya takde siapa pun yang sempat tengok selain dirinya. Tapi, better cegah sebelum terlambat.
“Wow! Romantiknyaaa. Ada bau nasi minyak dah nih!” usik Arif membuatkan wajah Alya dan Izzul merona merah kerana malu. Ainul dan Amilia hanya ketawa melihat mereka berdua. Mereka semakin tidak sabar melihat kesan positif antara Alya dengan Izzul.
*****
            Beg pakaian sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Mereka berkumpul sebelum bergerak.
“Adik nak naik kereta siapa?” tanya Arif. Amilia mengetap bibir. Memikirkan mana satu yang harus dia pilih. Matanya memandang setiap wajah di hadapannya.
‘Kalau balik dengan Along dengan Kak Alya, nanti ganggu privasi diorang pulak! Lagipun diorang tu baru je nak merapat-rapatkan diri. Karang takut aku kacau diorang pulak! Baik aku ikut Angah dengan Kak Ainul je..’ bisik hatinya.
Mata Arif dah melirik-lirik ke arah Amilia untuk memberi ‘sign’. Amilia faham maksud abang keduanya itu. Kemudian dia tersenyum gatal.
“Nak ikut Angah, la!” jawab Amilia.
Arif dah tersenyum gembira sambil tangannya menunjukkan ibu jari tanda memuji dengan keputusan Amilia. Good Job! Ainul juga tersenyum lebar.
Izzul dan Alya saling berpandangan.
“Adik bukan dah letakkan barang dalam bonet kereta Along, ke?” kata Izzul mengerut dahi. Simpan barang tempat lain, tapi naik kereta lain. Apa kes?
“Ala.. baju je pun. Lagipun Along kan balik rumah yang sama, kan?” balas Amilia pulak.
“Jangan nak mengada! Ikut Along!” sengaja ditinggikan suaranya mengugut. Izzul segera masuk ke dalam keretanya. Dia malas nak melayan kerenah adik-adiknya. Risau juga dia sekiranya dia duduk berdua-duaan dengan Alya di dalam kereta itu sepanjang perjalanan. Sebelum ni Amilia tumpang mereka, so takde la rasa gementar atau gemuruh sebab ada tukang sembang. Kalau Amilia tumpang Arif memang dia kalut la jugak nanti.
Amilia buat selamba lantas masuk ke dalam kereta Arif. Dia menjelirkan lidah mengejek. Arif dan Ainul hanya ketawa sahaja. Izzul menjadi tidak keruan apabila Alya duduk di sebelahnya. Gadis itu juga selamba sahaja. Langsung takde perasaan malu ke apa. Belum sempat dia keluar dari kereta untuk menarik Amilia, Arif sudah menggerakkan kereta Honda Civic-nya. Mereka melambai-lambaikan tangan ke arah mereka berdua.
“Semoga berjaya!” usik Arif sebelum kereta bergerak laju meninggalkan mereka.
Izzul mendengus kasar. Muka bengang dan tidak berpuas hati.
Kembali dia masuk ke dalam kereta dan duduk. Enjin sudah dihidupkan. Matanya masih memandang ke hadapan.  Langsung tidak menjengah ke tepi pun. Alya hanya mendiamkan diri.
‘Tidak sukakah dia duduk berdua denganku?’ tanya dia dalam hati. Izzul masih lagi diam. Kemudian, dia terus menukar gear dan kereta BMW 5 series bergerak meninggalkan kawasan itu. Izzul tidak membawa kereta Lamborghini-nya memandangkan kereta itu kereta sport dan hanya digunakan untuk pergi kerja dan jalan-jalan disekitar kawasan berdekatan sahaja.

4 orang beri kritikan::

Noor Affiqah berkata...

wahhh...best2...smbng next n3 cpt2 sis...cm comel je izzul dgn alya...=)

zetty berkata...

yesss....dah ada hati Izzul kat alya, masa yg ditunggu.....xsabar tunggu next episode.....

idA berkata...

pergh..satu peningkatan dalam hubungan mereka..alahai..on kan saja perkawenan mereka ni..kita tgk selepas mereka berkawen..pulak..apa citer mereka nanti..

Nur Maisarah berkata...

Wah...Cepatlah sambung kak... Bez gitu..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...