RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 24 November 2011

Hello, Mr. Perfect 8

BAB 8



Restoran Capri the Continental agak tenang. Pelanggan-pelanggan di situ kelihatan sibuk melayan event mereka sendiri. Dengan menggunakan lampu yang agak malap dan lagu yang agak slow dan lembut menyerlahkan lagi suasana romantik di situ. Izzul mendekati kaunter pendaftaran. Sebaik sahaja nama Arif disebut, terus pelayan itu membawa mereka ke sebuah set meja khas untuk dua orang betul-betul berhadapan dengan swimming pool.
Pelayan itu menarik kerusi Alya lantas menyuruhnya duduk. Sebaik gadis itu melabuhkan punggungnya, dia kembali kepada Izzul pula.
“Are you ready for dinner?” tanya pelayan itu kepada mereka.
Masing-masing mengangguk. Pelayan itu segera beredar untuk menyediakan makan malam untuk mereka. Dalam beberapa minit kemudian, pelayan itu membawa dua dulang makanan barat untuk tatapan mereka. Rupa-rupanya Arif sudah awal-awal plan benda ni untuk mereka. Suasana romantik dan tenang diselangi dengan makanan yang sesuai untuk pasangan bercinta memang padan sangat. Namun sebenarnya agak tersilap kerana mereka bukannya bercinta, sekadar baru untuk mengenali antara satu sama lain.
“Enjoy your meal, sir..” ucap pelayan itu sebelum sekali lagi dia meninggalkan mereka berdua-duaan.
“Thank you..” balas mereka berdua.
Sebaik pelayan itu beredar, mereka saling berpandangan.
“Should we eat now?” tanya Izzul kepada Alya.
“Sure, why not!” jawab Alya tersenyum.
Mereka melayan perasaan maing-masing sambil menikmati makanan.
Tiba-tiba Izzul tersenyum sinis. Dia masih tidak boleh terima dengan apa yang Arif buat untuk mereka.
“Sabar aje la diorang berdua tu. Suka-suki je buat plan-plan macam ni..”
Alya hanya senyum pahit. Dia pun rasa malu jugak! Mereka bukannya bercinta. Masing-masing masih dalam sesi perkenalan. Belum lagi berputik cinta antara mereka. Terpaksa makan berdua dan menghayati sesi candle light dinner bersama.
“You pernah makan macam ni sebelum ni?” tanya Izzul memulakan perbualan.
“Hem.. tak pernah. This is first time!” jujur jawapan Alya. Dia memang tidak pernah sekalipun keluar makan dengan lelaki sebelum ni. Inikan pulak nak dating dengan suasana candle light dinner sebegini. Izzul lelaki pertama yang dia keluar bersama.
“Jadi I la lelaki pertama yang makan berdua-duaan dengan you?” uji Izzul lagi. Alya menganggukkankepala. Makanan di hadapan masih lagi dihayati. “So I am so lucky being the first one..” tambah Izzul lagi dengan senyuman puas.
“And you? Is this your first time?” kali ini Alya pula menguji. Tetapi kalau Izzul cakap ya, memang penipu la! Gadis yang selalu berkepit dengan dia masa kat kole dulu tu siapa? Apa dah jadi dia dengan gadis tu? Tetapi kalau dia dah putus pun, tak mustahil lelaki sekacak tidak pernah ada perasaan untuk mencintai dan dicintai semula? Memang benar sebelum ini Ainul pernah beritahu dia yang Izzul lelaki yang begitu cerewet dan mementingkan kesempurnaan especially kepada pasangannya. Dia tak nafikan kerana kali pertama dia jumpa lelaki itu di kolej dulu dia dah boleh agak taste lelaki depan dia ini macammana. Tetapi cinta itu buta, kadang-kadang dengan adanya cinta.. kesempurnaan itu tentunya automatik ditolak ke tepi.
“Nop.. I had make it before this...” jawab Izzul. Kali pertama dia candle light dinner adalah bersama dengan Ain. Gadis yang pernah meruntuhkan ego dia selama ini. Tapi semua itu adalah memori dan dia tidak mampu untuk membuangnya dari fikiran. Sejak bertemu dengan Ain hari itu, hidupnya tidak keruan. Dia pernah berjanji pada dirinya, kalau perempuan itu boleh bahagia kenapa tidak dia? Memang! Dia inginkan kebahagiaan itu tetapi hatinya seolah-olah telah tertutup. Dan sehingga kini masih takde sesiapa yang mampu membukanya.
Izzul memandang wajah Alya yang putih dan mulus itu. Gadis itu sedang leka menghayati makanan di hadapannya. Alya cantik orangnya. Wajahnya lembut. Sekali pandang kemungkinan besar seseorang itu boleh jatuh cinta padanya. Tetapi entah kenapa perasaannya di hati masih belum berputik untuk gadis itu walaupun sudah bermacam-macam cara adik kesayangannya itu melakukan sesuatu bagi mengeratkan lagi hubungan mereka.
Izzul mengeluh.
“Alya, what do you think about us?” Izzul sekadar berbahasa-basi dengannya. Alya tidak faham apakah maksud sebenarnya Izzul bertanyakan soalan itu padanya.
“What do you mean? About us?” Alya mengerut dahi. Tangan yang sibuk memotong daging di hadapannya terhenti sebentar.
“I mean.. Us! The relationship.. the marriage.. Did you notice that before?”
“Actually, I follow your instruction. Memang niat I jadi salah seorang calon isteri you hanya kerana I inginkan kebahagiaan” jawab Alya. Ya! Kebahagiaan. Kebahagiaan familynya, kebahagiaan Ainul dan Arif juga kebahagiaan untuknya. Tetapi dia juga sedar, hatinya masih belum 100% bersedia untuk menerima Izzul. Perkenalan mereka masih terlalu awal. Dia tak nak, kalau tiada keserasian antara dia dengan lelaki itu pastinya akan bergaduh seperti dulu. Hanya kerana duit 500,000 ringgit itu, dia terpaksa merelakan diri untuk lebih serius dalam perhubungan mereka ini. Itupun kalau Izzul sudi menerima baik buruk dirinya dan bersedia untuk membimbing dirinya ke arah yang lebih baik.
Sekali lagi Izzul mengeluh.
‘Jujurkah Alya inginkan kebahagiaan itu?’ Izzul masih belum boleh mempercayai kata-kata Alya. Dia pernah bercinta dan dia pernah terluka. Dia juga pernah melukakan. Namun dia rasa hidupnya tidak lengkap dengan melakukan cara hidup sebegitu. Bercinta, benci, kelukaan, kesedihan dan semuanya. Dia masih tidak mampu dan tak ingin menghadapinya. Baginya, gadis yang melukai hidupnya bukanlah seorang gadis yang sempurna. Dan sebab itu, kesempurnaan adalah penting baginya.
Masing-masing diam dan melayani perasaan. Masih panjang lagi perjalanan hidup mereka ini.

*****

Setelah sampai di rumah, Izzul segera naik ke bilik. Dia membuka lampu lantas membaringkan dirinya di atas katil. Kepenatan dia masih terasa walaupun ada bibit kegembiraan sewaktu mereka makan bersama. Banyak yang mereka bincangkan. Dan dari hati ke hati, mereka saling memahami antara satu sama lain.
Tiba-tiba pintunya diketuk..
“Come in!” arah Izzul. Pintu dibuka dan terpacul Arif di muka pintu. Wajahnya agak berseri-seri memandang ke arahnya. Adakah dia rasakan strateginya sudah berjaya?
“Along, how was your date!? Ada ok kah?” sekali lagi, datenya menjadi bahan perbualan mereka adik-beradik.
“Hem, ok.. Adalah sedikit improvement..” jawab Izzul. Arif semakin memanjang senyumannya. Rancangannya semakin berjaya.
“Yes!” jerit Arif kegembiraan. “So, apa conclusion!?” tanya dia lagi begitu teruja.
Izzul mengeluh.
“Angah, actually perhubungan along dengan Alya masih terlalu awal. Masih banyak lagi perkara yang perlu kami bincangkan bersama. Dua bulan setengah masih belum cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain..” jawab Izzul jujur.
“Takpelah, along. Lambat pun takpe. Yang penting angah tahu yang jodoh along adalah Alya. Diapun ada iras gadis yang pernah along sayang,kan? Why not you open your heart and try to accept other girls to fulfill you life. Hidup kita ni sunyi kalau kita dah pegang dalam hati untuk bersendirian. But if we think out of the box, the loneliness would be gone..” nasihat Arif lagi.
Sebenarnya Arif lakukan sedemikian bukanlah kerana dirinya sahaja tetapi juga untuk abang sulungnya ini. Dia tahu, abangnya pernah kecewa suatu ketika dulu. Dan dia perlu membantu abangnya untuk membuang perasaan benci kepada wanita hanya kerana Ain. Mungkin ada hikmah benda ini terjadi. Allah dah rancang segalanya untuk makhluk-Nya. Segalanya baik. Kedatangan Alya dalam hidup mereka membuka peluang untuk Arif menyembuhkan kembali luka tersebut. Kali pertama dia berjumpa dengan Alya di office hari itu membuatkan dirinya terfikir yang Alya la calon yang paling layak untuk Izzul. Dia sudah malas untuk mencari calon untuk abangnya. Biarlah Alya calon yang terakhir. Biarlah pertemuan mereka berakhir dengan jinjang pelamin.
Izzul diam lagi. Ada benar kata Arif. Dia sudah seharusnya membuka pintu hatinya untuk gadis seperti Alya. Dia tahu dia sukakan Alya. Namun untuk mencintai gadis itu dia agak takut. Takut sekiranya sekali lagi dia akan kecewa. Sangat terseksa tatkala kita dilanda kekecewaan dan kelukaan. Sebab itu dia bawa diri ke Jepun bagi membuang segala perasaannya kepada Ain.
“Along masih tak mahu menerima seseorang dalam hidup along ke?” tanya Arif semula.
Izzul hanya tersenyum pahit.
“Then belajar la terima Alya.. Dia gadis yang paling sesuai untuk along..” tambah Arif berharap.
Izzul hanya diam membisu.

*****

Date yang ketiga, sekali lagi Arif dan Ainul membuat rancangan tanpa pengetahuan mereka. Namun Alya dan Izzul sudah biasa. Layan je la memandangkan chemistry antara mereka sedikit sebanyak lahir setiap kali bersama.
Selesai menonton wayang, Izzul memandang Alya. Setiap kali Izzul menjeling ke arahnya, Alya menjadi tidak tentu arah. Hatinya seakan-akan tergoda dengan pandangan Izzul yang agak romantik baginya. Hatinya berdegup kencang tiba-tiba. Arrghh perasaan ni...
“Kita nak makan kat mana?” tanya Izzul.
“Err.. saya tak kisah. Ikut je. Awak?” Alya kembali bertanya kepada Izzul.
“Selalunya asyik ikut I je.. apa kata kalau ikut citarasa you pulak, macammana?”
Izzul mengangkat kening.
“Taste saya tak semewah awak. Kalau awak ikut saya, saya takut awak tak boleh terima je..” perli Alya. Yelah, mamat ni dah biasa makan mewah sebelum ni. Tempat yang mereka singgah selalunya yang ekslusif dan mahal. Kalau nak sangat ikut tempat favourite dia, kedai mamak pun jadi. Kedai makan tepi jalan pun ok!
“Actually I tak kisah sebenarnya..” kata Izzul dengan muka yang agak confident.
Alya mengangkat kening.
“Sure you tak kisah?” sengaja soalan itu ditanya. Bagi dia, Izzul tu high taste. Very perfectionist! Kalau makanan tak sedap and tak menepati citarasanya, agak-agak dia akan melenting, tak!?
“Hem.. Ok, you bawak I dulu then you will know either I kisah atau tak..”
Izzul tersenyum ke arahnya. Arrgghh Alya sangat sukakan senyuman itu. Senyuman yang menggoda. Membuatkan hati perempuannya boleh luruh. Dia sungguh bertuah kerana dipertemukan semula dengan Izzul. Dulu, dia agak benci sedikit dengan Izzul memandangkan lelaki itu terlalu sempurna bagi dirinya. Ketegasan lelaki itu kadang-kadang membuatkan dia jelik sedikit. Tetapi, bila dikenali lelaki itu dengan lebih dekat.. kesempurnaan Izzul hanya pada fizikal tetapi dari segi tingkahlaku, dia tetap manusia biasa.

*****

Mereka berjalan menuju ke food court Arena. Izzul mengerut dahi. Dari tadi dok kerling dan menjeling kepada orang disekitarnya. Alya hanya tersenyum sahaja. Kelihatan Izzul agak tidak selesa.
“You nak bawak I kemana?” tanya Izzul mengerut dahi.
Alya ketawa.
“Awak cakap tak kisah nak makan dekat mana, so saya nak bawak la awak makan la ni.. ” kata Alya. Langkahnya semakin laju. Izzul hanya mengekorinya sahaja. Food Court Arena di Jusco Tebrau City menjual pelbagai jenis makanan. Sama seperti food court- food court yang lain. Yang bezanya, setiap pembelian hanya mempunyai satu kaunter cashier sahaja.
Mereka duduk di meja yang terletak di hujung sekali. Senang untuk privasi.
“Hem.. takde pelayan ke nak kasik menu?” tanya Izzul. Alya agak terkejut sikit. Mamat di hadapan dia ni tak pernah makan kat food court ke? Dia memandang ke arah Izzul. Lelaki itu sibuk memerhatikan orang yang lalu lalang.
“Sini layan sendiri, Encik Izzul. Takde promoter, takde pelayan. Menu pulak memang ada dekat kedai mereka je. Tu.. tu.. tu... banyak kedai makan. Awak pilih, je!” balas Alya lagi sambil tangannya sibuk menunjuk ke arah deretan kedai makan di Food Court itu. Rasa nak tergelak je apabila melihat muka Izzul yang berkerutan.
“Habis tu, I nak kena pergi beratur order makanan la, ye?” tanya Izzul lagi. Alya hanya mengangguk.
“Yela, takkan awak nak orang lain orderkan untuk awak?” perli Alya membuatkan Izzul mendengus kasar. Sah! Tak puas hati la tu!
Alya bangun untuk pergi mengusya makanan.
“Eh you nak kemana?” matanya memandang tepat ke arah Alya.
“Nak pergi tengok makanan apa yang ada, la. Kenapa? Ke awak nak pergi dulu? Saya jaga kejap tempat kita, ni” pelawa Alya.
Izzul blur sekejap.
“Err.. kita pergi sekali, la?” ajak Izzul. Dia sudahpun bangun dari dudukan.
“Eh, kalau awak dengan saya pergi beli serentak.. siapa nak jaga tempat kita, ni? Orang tengah ramai ni. Susah nak dapatkan tempat duduk!” kata Alya membuatkan Izzul terdiam seketika. Kemudian dia duduk kembali.
“Hem.. you pergi dulu la!” arah dia. Mukanya agak marah sedikit. Alya tahu, Izzul tidak selesa di situ. Dia mengangguk lalu meninggalkan Izzul keseorangan.
Beberapa minit kemudian, Alya masih lagi menunggu kelibat Izzul membeli makanan. Matanya meliar mencari lelaki itu. Jam dibelek.
“Eh, mana pulak mamat ni? Beli makanan ke buat makanan?” dia bermonolog sendirian. Makanan di hadapannya hampir sejuk. Dah setengah jam dia menunggu. Orang semakin ramai.
‘Hem.. nak makan dulu ke tak? Perut dah bunyi-bunyi, ni..’ bisik hati Alya. Dia memegang perutnya. Sudah berkeroncong. ‘Takpelah! Tunggu dia beberapa minit lagi. Mesti ramai orang tu’. Alya sengaja menyedapkan hatinya.
Lima belas minit berlalu.. akhirnya dia nampak kelibat Izzul datang mendekati meja mereka sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minumannya. Izzul meletakkan dulang di atas meja dengan kasar. Mukanya ketara bengang. Alya mengangkat kening kehairanan. Izzul duduk di hadapannya lalu melepaskan keluhan.
“Lamanya awak beli makanan?” tegur Alya. Izzul tidak menjawab. Mukanya masih lagi toya! Macam muka orang mati bini je! Pinggan dan gelas dialihkan dari dalam dulang. Kemudian, dulang itu diletakkan di meja berhampiran yang kosong. “Ramai orang, ke?” tanya Alya lagi apabila soalannya tadi tidak berjawab.
“Mamat bangla tu la! Masak pun lembab! Setengah jam I tunggu. Penat berdiri! Dah puas maki baru la siap makanan I ni...” luah Izzul tidak puas hati. Alya menggelengkan kepala. “Ni sudu pun tak sediakan. Jenuh I cari sudu dengan garpu kat tempat lain. Bodoh!” lepas dia lagi. Alya diam. Dia melihat sahaja Izzul menyapu bersih sudu dan garpunya dengan tisu. Wow, sampai begitu sekali!? Dia pun tak pernah buat macam tu. Pakai makan je. Loghat betul mamat ni! Huhuhu...
“Ramai sangat orang. Dia pun tak menang tangan..” tegur Alya. Kata-kata Alya itu menambahkan lagi kebengangannya.
“Kalau rasa tak boleh nak buat kerja cepat, tak payah buka bisnes kedai makan! Balik bangladesh lagi bagus la!” herdik dia lagi. Dia mula menyuap nasi goreng paprik ke dalam mulut. Tiba-tiba dia mengeluarkan kembali makanan yang dimakan itu.
“Kenapa?” tanya Alya hairan lagi.
“Bangla tu memang sengaja nak kenakan I la! Ni berapa tan garam dia letak, ni!? Nak I kena darah tinggi ke apa? ” Izzul segera bangun dan pergi ke sinki untuk membasuh mulutnya.. Alya ketawa perlahan-lahan.
‘Memang bangla tu sengaja kenakan awak, Encik Izzul. Padan la dengan muka! Siapa suruh pergi maki dia time dia tengah buat kerja? Kan dah kena! hehehe.. Izzul, Izzul.. perangai awak masih sama lagi, tak berubah!’ bisik hatinya. Makanan di hadapan dihabiskan.
 Adoi....!Menyesal pulak Alya bawa Izzul makan dekat food court tu. Kalau tahu awal-awal yang Izzul ni betul-betul cerewet, memang lama dah dia follow je kehendak lelaki itu.
I tak kisah la konon!?.... Whatever!

*****
           
Izzul menghantar Alya pulang. Sepanjang perjalanan Izzul tak habis-habis mengomel pasal makanan yang dimakan di Food Court Arena. Bagi Alya, makanan kat situ ok je. Tak tahu la pulak tak mencapai citarasa mamat high taste macam Izzul tu.
“Kita ni kalau buat sesuatu perkara kenalah sempurna. Kalau buat kerja cincai-boncai macam tu, pelanggan pun boleh lari!” nasihat dia panjang lebar sepanjang pemanduan. Alya hanya diam mendengar keluhan lelaki itu. Kadang-kadang dia hanya tersenyum sinis sahaja. “Nasib la dia tu kerja tempat lain, kalau jadi staf I.. lama dah I kick him out!” marah dia lagi.
Rasa nak tergelak pun ada bila mendengar luahan perasaan Encik Muhammad Izzul b. Datuk Seri Amiruddin a.k.a Mr. Perfect ni. Semua benda nak perfect! Dia ingat manusia ni memang dilahirkan sempurna ke? Dia sendiri pun tak perfect tetapi mengaku perfect. Oh, apa-apa ajelah, Encik Izzul!  Boleh jalan la!........
            Sampai sahaja di rumah, Alya terus membuka pintu keretanya.
            “Thank sebab sudi hantar saya pulang..” ucap Alya. Izzul hanya mengangguk.
            Pintu kereta ditutup. Alya masih lagi berdiri tegak memandang ke arah kereta Izzul.
“Jumpa lagi!” kata Izzul sambil melambaikan tangannya ke arah Alya. Alya membalas. Kereta Lamborgini Gullador milik Izzul bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Alya hanya tersenyum. Hem... perkembangan yang sangat baik...

*****

7 orang beri kritikan::

idA berkata...

pergh.nsk bsik msmst tu tak pergi kat stall bangladesh tu dan meroyan..! tapi seronok juga kan dia membebel .. lebih teruk macam perempuan..yg cerewet..!

Cik Waniey berkata...

hehehe.. jarang nak dgr lelaki membebel... tp kalau dh membebel, pmpuan pon leh kalah taw! ^^

naja berkata...

waniey lambt lg ke izzul ngan ain nak couple, x sbr nak tahu,

Tanpa Nama berkata...

cerita semakin menarik, nampaknya cam positif je izzul ngan alya, x sbr nak tahu kisah mereka bila dah bersama nti, cepat ckit ye waniey bg mereka couple,

Alieza Dayasari berkata...

betul.. jarang lelaki membebel.. tp kalau dh membebel.. kalah perempuah sih...
ermmm..
singgah2 jap... usha entry usha iklan.
sma2 tambah dana...

Tanpa Nama berkata...

sedihnya blm ada n3 br, waniey cpt la ckit update..

Tanpa Nama berkata...

cik waniey!! lama lagi ke nak sambung???... cepat2xlah sambung..:)

~rabaahj~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...