RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 19 November 2011

Hello, Mr. Perfect 7

BAB 7

“Macammana Arif? Kamu dah buat keputusan ke?” tanya Dato’ Seri Amiruddin sebaik sahaja mereka selesai makan malam. Arif dan Izzul saling berpandangan.
“Keputusan apa, papa?” tanya Arif tidak memahami. Dato’ Seri Amiruddin segera mencapai curut jenama Cohibba yang menjadi kegilaan ramai dikalangan kaki curut. Sekotak curut yang mengandungi 25 batang itu berharga antara RM1,600 hingga RM1,800.
“Keputusan untuk kau kahwin dengan Ainul la” jawab Dato’ Seri Amiruddin.
“Oh, dalam proses papa”
“Papa dengar keluarga Ainul dah tak boleh tunggu lama lagi..”
Arif diam.
“Papa minta maaf. Papa tak boleh nak bantu. Memang dari dulu lagi keturunan kita dah aturkan peraturan seperti ini. Papa tak berani nak melanggar peraturan tu..”
“Takpe, pa.. Arif akan bantu along cari calon yang sesuai untuk dia sebelum sampai masanya” balas Arif lantas memandang ke arah Izzul yang sejak tadi tidak bersuara. Dato’ Seri Amiruddin menganggukkan kepala. Dia juga serba salah. Dulu pun dia hampir melalui apa yang Arif rasakan. Mujur akhirnya abang sulungnya bertemu dengan seseorang di saat dia sudah merancang untuk mengahwini Datin Seri Rosni.
                “Mama tak kisah dengan siapa korang berdua nak berkahwin. Tetapi kalau dah terdesak sangat, mama nak kenalkan Izzul dengan anak kawan mama. Izzul berminat?” tiba-tiba suara mama kedengaran di sudut ruang makan. Dia mengangkat sedulang air kopi untuk mereka bagi menghangatkan badan malam-malam sebegitu. Nur Amilia pula sudah hilang ke atas.
                Izzul mengerut dahi.
                “Siapa, ma?” tanya Izzul.
                Datin Rosni tersenyum. Cawan di dalam dulang disusunkan di atas meja.
                “Anak Datin Sofia, si Julia?”
                Mereka terdiam. Julia? Gadis sosial tu? Oh no..
                “Kalau Julia.. takpelah, ma! Izzul tak berminat!” jawab Izzul perlahan. Bukan dia tak kenal dengan Julia, gadis itu terlalu sosial baginya. Teringat lagi sewaktu mereka satu sekolah, dia tahu yang Julia pernah ada perasaan padanya. Tetapi dia langsung takde hati untuk menjalinkan apa-apa hubungan dengan gadis itu. Sikap gadis itu yang suka mengarah membuatkan hatinya jelik. Pada waktu malam pula, Julia sentiasa keluar ke kelab malam. Umur 16 tahun sudah pandai minum arak. Adakah mamanya tahu soal itu?
                “Hem.. mama cuma memberi cadangan sahaja. Selebihnya terpulang pada kamu. Datin Sofia tu selalu bertanyakan kamu. Katanya si Julia tu suka benar pada kamu. Apa salahnya mencuba, kan?” Datin Seri Rosni sekadar memberi laluan untuknya berfikir. Ah! Awal-awal dah kena reject!
                “Ma, along dah ada calon la!” tiba-tiba Arif menyampuk. Mata maing-masing memandang ke arah Izzul.
                “Betul ke, Izzul?” tanya Dato’ Seri Amiruddin dan Datin Seri Rosni serentak.
            Izzul terdiam.
“Err..”
“Orangnya cantik, ma.. pa.. Sopan, berkerjaya, menutup aurat, sempurna la! Dah kena dah dengan taste along yang inginkan perempuan yang sempurna untuknya..” tambah dia lagi mengusik.
“Betul Izzul?” tanya mereka lagi tidak percaya.
Arif menyiku lengan Izzul.
“Err... betul, ma.. pa..” jawab Izzul perlahan. Dia tak beri kata putus lagi soal itu, Arif dah canang-canangkan Alya pada mereka pula.
“Alhamdulillah.. bila nak kenalkan pada kami?” tegur Datin Seri Rosni gembira.
“Sampai masa, Arif dengan Ainul akan bawakkan gadis tu untuk tatapan mama dengan papa..” jawab Arif sebagai wakil abangnya.
“Kamu pulak yang bersungguh-sungguh. Izzul ni tak cakap apa-apa, pun..” perli Dato’ Seri Amiruddin membuatkan Arif menutup mulutnya malu. Betul! Dia pulak yang agak excited.

*****

            “Apesal la kau sesuka hati pergi canangkan Alya pada papa dan mama?” tegur Izzul tidak berpuas hati.
            Arif ketawa.
            “Ala along.. apa salahnya? Along dengan Alya tu dah sepadan..” Arif sengaja mengusik lagi.
            “Masalahnya along dengan dia baru je kenal. Masih banyak lagi yang perlu kitorang tahu mengenai peribadi masing-masing..” jawab Izzul menjelaskan.
            “Takpe Along, Arif ada 2 bulan lebih lagi tinggal. Dalam masa dua bulan lebih ni Along kenal la dia betul-betul, ye? Harap resultnya positif..” sekali lagi Arif mengenyitkan matanya sebelum dia bergerak keluar dari bilik Izzul.
            Izzul mengeluh. Benarkah dia sudah memilih Alya sebagai teman hidupnya? Arrgghh, dia belum mampu untuk membuat keputusan!
            “Ini belum lagi final! Aku masih ada masa untuk mencari calon yang lain..” pujuk Izzul dalam hatinya.

*****

            “Alya!!!” kejut Ainul membuatkan Alya yang sedang menikmati bihun goreng di hadapannya terperanjat. Air yang diminum tersembur keluar.
            “Kau ni gila la, Ainul! Kau nak bunuh aku ke apa?” marah Alya. Ainul serba-salah.
            “Sorry, beb!” segera dia mengeluarkan tisu dari dalam begnya lantas diberikan kepada Alya yang masih terbatuk-batuk. Muka gadis itu merah.
            Alya mengesat mulutnya dengan tisu.
            “Apehalnya ni? Pagi-pagi dah ceria?” Alya mengerut dahi.
            “Aku ada berita gembira untuk kau!” tangannya memegang erat tangan Alya. Mukanya semakin berseri-seri. Berita gembira? Alya mengangkat kening..
            “Berita apa?”
            Alya semakin tidak faham.
            “Izzul ajak kau keluar malam ni!!!Yeaayyy!!” excited pulak minah ni dari dirinya sendiri. Izzul ajak keluar? Betul, ke? Macam tak percaya pula dia. Lelaki itu agak emosional hari itu so dia dah fikir masak-masak yang dirinya sudah di’reject’ awal-awal. Baru dia tekad nak cari jalan lain macam mana nak selesaikan masalah keluarganya.
            “Kau biar benar?” tanya Alya tidak berpuas hati.
            “Benar la ni! Kau tahu, ini kali pertama dia ajak perempuan yang dia date sebelum ni untuk date seterusnya tau! Itu bermakna, dia dah start nak mengenali kau dengan lebih dekat!!!” kata Ainul lagi teruja. Dia melompat-lompat gembira.
            “Mana kau tahu semua ni?”
            Alya masih lagi tidak berpuas hati.
            “Arif la bagitahu. Dia suruh aku sampaikan! Malam ni, kau balik rumah pakai cantik-cantik. Korang berdua ada candle light dinner!!”
            Semakin berseri-seri gadis itu dilihatnya. Dia melepaskan rasa lega. Walaupun keputusan masih belum dibuat namun dia masih ada peluang untuk mengenali lelaki itu sekali lagi. Round pertama sudah berjaya. So diteruskan ke round kedua pulak! Ya Allah, terima kasih atas pertolonganMu ini..

*****

            Alya membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Malam itu dia hanya memakai pakaian yang agak ringkas. Hanya memakai chiffon dress berlengan panjang berwarna kelabu dan seluarlegging panjang berwarna hitam. Dia mengenakan pakaiannya dengan selendangplain berwarna kelabu juga. Nampak comel dan menarik.
            Sedang dia leka membelek dirinya, Amani mengejutkannya lantas duduk di atas katil. Bantal dicapai dan seraya dia memeluk.
            “Wah! Akak nak pergi dating ke?” tanya Amani dengan sengaja membuat muka gatal.
            Alya hanya tersenyum.
            “Takdelah! Akak nak jumpa kawan..” bohong Alya. Dia tak mahu bercakap lebih soal itu. Sampai masanya, dia akan berterus-terang.
            “Hai, takkan nak jumpa kawan sampai lawa macam ni, kak?” uji Amani. Bukan dia tak tahu kakak tirinya itu. Selalu sangat berahsia.
            “Satu hari nanti Amani akan tahu jugak!” kata Alya lagi.
            Tiba-tiba..
            “Kak Alya!!” panggil Azizi dari ruang tamu.
            “Yeee..!!” sahut Alya. Amani sudah bangun dari dudukan. Dia keluar dari bilik.
            “Boyfriend akak dah datang...” usik Azizi. Dia pun tak tahu samada itu teman lelaki Kak Alya ataupun tak. Tetapi dari raut wajahnya tampak lelaki itu memang kacak dan smart.
            Alya keluar dari bilik lantas bergerak ke pintu. Dia melihat Azizi sedang berborak dengan Izzul di luar. Nampak mesra je mereka berdua ni. Ibunya yang sewaktu itu sedang leka melipat kain segera disalam.
            “Alya pergi dulu, mak!” Alya meminta diri sebaik mencium tangan ibunya.
            “Hem, jaga diri kamu tu elok-elok, Alya...” nasihat Mak Temah. Alya mengangguk lantas keluar dari rumah. Amani hanya menghantarnya sampai ke pintu.
            Alya mendekati mereka yang mesra berborak. Izzul memandang Alya sejenak. Dia terkesima. Gadis itu begitu cantik sekali. Alya hanya tersenyum. Cuma hairan, kata candle light dinner tetapi kenapa Izzul hanya memakai t-shirt dan seluar jeans sahaja?
            “Tak sangka akak ada boyfriend tak bagitau..” Azizi melayan rajuk. Sengaja dia berbuat sedemikian. Alya malu. Bila masa pula si Izzul ni jadi boyfriend dia?
            Alya memandang Izzul. Lelaki itu hanya tersenyum sahaja.
            “Alaa... Abang Izzul bukan pakwe akak la, Zi.. Dia kawan akak jek...” Alya cuba membetulkan kenyataan Azizi itu. Nanti apa pulak kata Izzul, ingat dia perasan pulak! Izzul hanya ketawa sahaja. Malu pula dia.
            “Takpe.. Jadi pakwe Kak Alya pun apasalahnya, kan?” seloroh Izzul sekadar mengusik. Azizi hanya ketawa.
            Alya agak terkejut apabila Izzul memberi kenyataan itu. Dia seolah-olah memberinya harapan. Namun dia tak mudah perasan. Mereka meminta izin untuk beredar. Sengaja Izzul menolongnya membukakan pintu. Sekilas Alya duduk, pintu ditutup dan Izzul bergerak ke tempat duduknya.
            Alya melambaikan tangannya kepada mereka sebaik sahaja kereta Lamborghini Gallardor warna hitam metalic bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
            Azizi tersenyum seorang diri. Amani menghampirinya.
            “Handsome kan pakwe Kak Alya?” tegur Amani. Azizi mengangguk.
            “Harap Kak Alya bahagia...” jawab Azizi membuatkan Amani juga bersetuju. Walaupun mereka berlainan ayah namun persaudaraan mereka tetap erat.

*****

            Dalam perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri.
“Err... pasal adik saya tadi tu, awak jangan ambil kisah sangat, ye?” pinta Alya berharap agar Izzul lupakan kejadian di rumahnya tadi.
Izzul ketawa sejenak.
“I know and I understand. Sometimes we need to pretend for someone’s sake.. ” jawab Izzul.
“Actually saya tak nak awak fikir lain pasal saya..” Alya betul-betul berharap. Dia tak mahu dirinya dianggap seperti desperate.
“It’ nothing, sis. It’s ok!” balas Izzul lagi. Matanya masih lagi fokus kepada pemanduan.
Alya senyap. Matanya dihalakan ke luar. Memandang kecantikan malam yang disinari dengan lampu-lampu jalan dan bangunan.
            “Err... cantik you malam ni?” puji Izzul membuatkan Alya terkejut. Dia  hampir nak tergelak.
‘Cantik, ke? Aku rasa simple je aku hari ni..’ bisik hatinya,
“Thanks!” balas Alya. “Biasa je..” Alya merendah diri.
“Kita nak makan kat mana?” persoalan itu membuatkan Alya agak tergamam.
‘Hai, kata candle light dinner? Takkan dia tak buat apa-apa reservation, kot?’ dia berfikir sejenak.
“Err.. Alya tak kisah. Mana-manapun boleh” jawab Alya. Dia masih lagi hairan. Adakah Ainul sengaja mengenakannya?
“Kita makan dekat Restoran Arab, ok?” pelawa Izzul. Alya diam.
‘Makan kat restoran arab? Gila, mahal tu..!! Mana ada duit..’tangan Alya meramas beg tangannya. Nak dibuka untuk tengok duit dalam begnya tu, segan pulak!
“Ikut je..” balas Alya. Lain yang difikir lain pulak yang terkeluar dari mulutnya itu.
“You nak jumpa I kenapa, ye?” soalan kali ini membuatkan Alya membuntangkan matanya pula. Jumpa? Bila masa pulak?
“Jumpa awak?” Alya tidak mengerti.
“Haah, Arif cakap you nak jumpa I..” jawab Izzul selamba. Dia langsung tidak merasakan apa-apa yang pelik berlaku pada mereka.
Alya dah memandang ke tepi tingkap. Dia rasakan bahawa Ainul sengaja mengenakannya. Malu mula terjah.
‘Kentot punya kawan! Ni mesti plan dia dengan Arif, ni. Kenapa diorang buat macam ni?’ Alya mengomel sendirian.
Izzul yang tersedar akan kepelikkan perangai Alya kembali bertanya.
“Kenapa, Alya? Ada masalah, ke?” wajah Izzul berkerut. Seolah-olah risau apabila melihat riak muka Alya yang tegang.
“Errr.. takde apa-apa. Ok, jek!” Alia cuba mengawal keadaan. Dalam hati dia sudah sumpah seranah sahabatnya itu.
Tiba-tiba handphone Izzul berbunyi mesej. Dia membelek sambil memandu.
Bro, please don’t be mad. Actually, this is our plan.                                                          We have reserved some candle light dinnerfor both of you. Please go to Capri the Continental Restaurant at Mutiara Johor Baharu Hotel, Taman Century. Enjoy your dinner!! Peace yaw!
Mukanya berubah sebaik sahaja mesej itu habis dibaca.
“Siot, Arif! Dia kenakan I rupanya..” rungut Izzul.  Mukanya ketara bengang. 
Alya hanya memandangnya untuk mengetahui apa yang dimesejkan oleh Arif kepada lelaki itu.
“Sorry, Alya. I tak tahu pun pasal ni. Ini semua plan Arif dengan Ainul untuk kenakan kita berdua..” Izzul cuba mengawal emosinya. Patutlah Alya agak lawa malam ini. Rupa-rupanya dia juga dipermainkan.
“Teruklah diorang ni!” marah Alya. Geram apabila mereka diperlakukan sebegitu.
Alya mengeluh.
“So macam mana? Nak teruskan ke candle light dinner ni?” tanya Alya untuk mendapatkan kepastian.
Izzul diam.
“You macam mana pulak?” Izzul cuba menguji Alya.
“Hem, reservation tu dah buat pembayaran ke?” tanya Alya untuk mendapatkan kepastian. Kalau dah buat pembayaran, kena teruskan la. Takkan nak cancel kot?
“Rasanya.. sebab reservation tu under nama Arif. Maybe dia dah plan sepenuhnya untuk kita. Nampaknya kena gerak ke sana jugak la” jawab Izzul. Alya hanya mengangkat bahu. Nak tak nak kena juga mereka ke sana.
Kereta Lamborghini Gallardor berwarna hitam metalic kepunyaan Izzul bergerak semakin laju menuju ke tempat yang dituju. Kereta itu dibeli di Singapura. Izzul memang gemarkan kereta yang mempunyai kelajuan yang tinggi dan lebih sporty.Dahulunya dia memakai BMW M5, baru beberapa bulan yang lepas dia menjual BMW M5 dan terus membeli Lamborghini Gallardor dari rakan karibnya yang juga seorang broker tempatan.

8 orang beri kritikan::

idA berkata...

menarik..tapi scene kali ni..minta ma'af writer..krg umph sikit..

Cik Waniey berkata...

hehe... ekceli bab ni panjang dalam novel sebenar tp wani pecahkan sbb pjg sgt la pulak entrynya nnti... thanks ada komen membina.. ^^

Tanpa Nama berkata...

Wani novel ni dah kuar ke blm ? x sbr nak beli, cita semakin menarik!!! Tumbs up...,

Tanpa Nama berkata...

Cik wani bila novel nak kuar atau pun mmg dah kuar, x sbr nak beli , novel ni, plisss inform ye....

Tanpa Nama berkata...

Izzul dah setuju ke ngan alya tu, next n3 plisss...

Cik Waniey berkata...

novel ni belum keluar lagi.. wani tgh usaha nak siapkan manuskrip.. tp disamping2 tu wani kuarkan dekat blog.. insyaAllah, doa2kan wani boleh siapkan ye novel ni....

Tanpa Nama berkata...

cik waniey jgn lupa ya updet selalu kat blog ya tp jgn lambat sgt.., disamping siapkan manuskrip,,,
saya confirm beli punya!

syikin berkata...

x da post n3 br lg ke????????????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...