RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 13 November 2011

Hello, Mr. Perfect 6

BAB 6




Alya memandang sekitar restoran yang mereka duduki sekarang ini. Dia sendiri tidak mengetahui kenapa Izzul memilih untuk makan di Kinsahi Japanese Restaurant. Adakah kerana dia gemarkan makanan Jepun? Sumpah! Alya tak pernah makan makanan Jepun sebelum ini. Ini adalah kali pertama dan dia agak janggal. Takut-takut tekaknya tidak boleh menerima makanan dari negara matahari terbit itu. Dan yang paling diragui, adakah halal? Ahh... pening memikirkan.
Sebaik sahaja pelayan memberikan mereka menu, Alya membelek menu tersebut.  Nampak macam menyelerakan tetapi dia tidak tahu yang mana satu sedap. Izzul yang dari tadi membelek akhirnya memberi pesanan.
“Gintara Teriyaki Bento 1 set and orange juice, please?” pesan dia.
Alya mengerut dahi. Apa tu? Makanan apakah itu? Alya semakin gugup mencari menu apa untuk dimakan. Dia tak tahu nak makan apa.
“Alya nak makan apa?” tanya Izzul apabila melihat Alya masih lagi dok membelek menu di tangan. Gadis itu seperti hilang punca. Izzul hanya tersenyum. Tetapi sayang, senyuman itu tidak sempat dilihat oleh Alya kerana dia agak kalut mencari makanan apa yang dia ingin pesan.
“Err... samalah!” Pendek sahaja jawapan Alya. Segera menu di tangan ditutup. Dari dia memesan yang pelik-pelik, baik dia makan aje apa yang Izzul dah order. Izzul sekali lagi memesan kepada pelayan itu untuk memberikan mereka 2 set makanan dan air yang sama. Pelayan itu hanya mengangguk lalu mengambil menu di tangan mereka dan beredar.
Alya dah tawakal. Dia tidak pernah makan di mana-mana restoran Jepun sebelum ini. So, semuanya dia ikut sahaja. Mata Izzul memandang tepat ke arahnya. Masih tajam dan serius. Pandangan itu membuatkan Alya jadi tak keruan. Tangannya sibuk memintal alas meja kerana agak tidak selesa dengan pandangan Izzul padanya.
‘Aiseh mamat ni. Kalau tak kasik jelingan menggoda macam tu boleh tak? Bikin jantung aku rasa nak luruh rasanya’ kutuk Alya dalam hati.
“You  tak pernah makan kat sini, ke?” tanya Izzul memulakan perbualan.
“Err.. tak!” cepat sahaja dia membalas. Sekali lagi Izzul tersenyum sinis.
‘Ketinggalan zaman betul minah ni’ bisik Izzul dalam hati.
‘Wah! Sinisnya senyuman! Mesti dia dah start pandang rendah dengan aku ni..’kali ini Alya pulak mengutuk.
“Try la makan. Makanan jepun adalah salah satu makanan favourite saya” jelas Izzul.
‘Patutlah pun. Kalau aku, jangan harap nak makan kat sini. Takut tak kena dengan tekak aku yang hanya boleh terima masakan Melayu je. Buat apa nak paksa diri makan kat tempat yang pelik-pelik macam ni. Nanti membazir la pulak!’ bisik hatinya lagi. Alya hanya mengangguk tersenyum. Tangannya dari tadi masih lagi memintal-mintal alas meja.
“Oooo.. kira selalu la awak makan makanan Jepun ni ye?” Alya sekadar berbahasa-basi dengan Izzul. Karang kalau senyap je, bosan pulak mamat depan dia ni.
Izzul hanya mengangguk.
“I dulu pernah duduk kat Jepun selama setahun” Izzul sudah memulakan ceritanya. Alya semakin teruja untuk mendengar.
“Awak buat apa kat sana?”
“Saje.. berehat..” Teringat Izzul kenangan lama. Kerana kecewa dengan cinta Ain, dia melarikan diri ke Jepun. Dan sejak itu dia berdendam dengan PEREMPUAN! Dan tiba-tiba dia teringatkan kedatangan Ain ke pejabatnya beberapa hari yang lalu.
“Ooo.. mesti cantikkan tempat-tempat kat Jepun tu?” pertanyaan Alya membuatkan Izzul kembali ke alam nyata.
“Yeps, paling best masa musim bunga kat Tokyo. Seronok tengok bunga-bunga yang kembang menyerlahkan lagi panorama pemandangan di Tokyo terutama sekali bunga sakura. Cantik sangat!”
Alya tersenyum. Dari segi penceritaan lelaki itu, dia tahu lelaki itu amat sukakan Jepun. Selang beberapa minit kemudian, makanan mereka sampai. Alya hanya melihat sahaja makanan di hadapannya. Nampak sedap tetapi dia agak takut-takut untuk makan. Izzul sudah mula menjamah makanannya.
“Kenapa tak makan?” tanya Izzul hairan.
“Err.. sedap ke?” tanya Alya balik. Tangannya masih lagi memegang garpu dan pisau tapi masih belum mampu untuk potong dan memasukkan daging ikan itu ke dalam mulut. Izzul tiba-tiba ketawa. Lawak ke? Pertama kali dia melihat lelaki itu ketawa. Kacaknya....!!! Giginya putih tersusun.
“You ni lawaklah! Makan aje la, bukan ada racun pun!” Segera dia memotongkan daging ikan itu di hadapan Alya. Kemudian disuakan sepotong ke arah gadis itu. “Rasalah!” ujar dia. Alya yang malu-malu hanya mengangakan mulutnya dan mengigit makanan yang disuakan oleh Izzul. Pertama kali dia rasa adegan mereka itu agak romantik. Mukanya merona merah. Dia mengunyah daging ikan itu. “Macam mana? Sedap?” tanya Izzul mendapatkan pendapat Alya.
Alya mengangguk.
“Sedap. Ni ikan apa?” Sekilas, Alya memotong ikan itu lagi dan masukkan ke dalam mulutnya. Izzul tersenyum. Dia menyambung menikmati makanannya.
“Ni Ikan Kod. Pernah dengar?”
Alya menggelengkan kepala. Ikan apa tu?
“Ikan Kod ni macam Ikan Dory juga. Ikan Kod ni hidup di samudera dan merupakan salah satu ikan yang banyak dimakan. Hati Ikan Kod diproses untuk menghasilkan minyak sebab Ikan Kod merupakan ikan kedua yang mempunyai kandungan minyak terbanyak setelah Ikan Hiu. Orang Jepun suka menggunakan Ikan Cod dalam masakan mereka kerana minyak dari Ikan Cod merupakan minyak essential yang mengandungi banyak nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dalam supplement minyak ikan biasanya terkandung asam lemak kaya manfaat seperti Omega 3 (EPA & DHA), Vitamin A dan Vitamin D. Salah satu sumber DHA & EPA ALAMI adalah supplement minyak ikan dari hati Ikan Kod atau sering disebut Cod Liver Oil. Ikan Kod ni pun selalu juga dijadikan fish and chips. ” jelas Izzul panjang lebar.
Alya agak kagum dengan lelaki di hadapannya ini. Ketara lelaki ini jenis yang rajin membaca. Banyak pengetahuan yang dia ada rupanya.
Alya masih lagi melayan makanannya. Dia sukakan sos yang disapu pada Ikan Kod itu.
“Yang ni sos apa?” tanya Alya. Rasanya sedap.
“Yang ni sos teriyaki. Di Jepun, makanan mereka banyak pakai sos teriyaki. Sos teriyaki ni selalunya akan dicurahkan kepada daging yang telah dipanggang. Kadangkala sos ini digunakan pada kepak ayam atau digunakan sebagai pencicah.  Untuk membuat sos teriyaki, hanya memerlukan kicap, gula, dan mirin. Tapi mirin haram sebab mengandungi alkohol sekitar 14% dan 40%-50% kandungan gula. Kandungan alkohol yang terdapat pada mirin dapat menghilangkan rasa hanyir pada ikan dan mengurangkan risiko bahan makanan hancur ketika dan selepas dimasak. Mirin juga digunakan untuk menambah rasa manis pada bahan makanan yang dimasak, mengilatkan bahan makanan yang dimasak cara teriyaki dan menambahkan haruman pada masakan”
Alya terhenti sebentar. Habis tu, makanan yang dia makan ni haram ke? Izzul sedar akan reaksi Alya yang terganggu apabila mendengar penjelasan darinya mengenai mirin.
“You jangan risau,  sos teriyaki selalunya telah diubahsuai agar tidak menggunakan mirin dalam masakan Jepun. Kat sini, mirin digantikan dengan kicap cair atau soyu, kicap manis dan madu. Lagipun kat entrance tadi tu dah sah-sah ada logo halal dari JAKIM. So, tak perlu kita ragu-ragu makan makanan kat sini” tambah dia lagi. Alya kembali mengangguk.
“May I ask you something?” tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Izzul. Alya menelan liur. Soalan apakah yang bakal ditujukan padanya itu?
“Soalan apa?” tanya Alya kembali.
“Have we met before? Your face looks familiar..” balas Izzul mendapatkan kepastian.
Sekali lagi Alya menelan liur. Ah! Sudah!
“Er.. Nope! I thought this is the first time..” bohong Alya. Tak nak Izzul bersangkal buruk soal itu. Izzul mengangguk faham. Dia menghela nafas lega.
Tiba-tiba handphone Izzul berbunyi. Lelaki itu mengeluarkan Iphone 4 dari kocek seluarnya.
“Hello, Angah. Yes, lambat lagi?” mata Izzul menjeling ke arah Alya. Alya memperlahankan kunyahannya. Nampak macam serius je? Hai, diorang ni macam sengaja mengenakan mereka sahaja. “Jumpa kat wayang pukul 3 nanti? Hem.. ok.. ok!” Sebaik sahaja perbualan ditamatkan, sekilas  Iphone 4 diletakkan di atas meja. Keluhan dilepaskan.
“Kenapa? Diorang tak jadi datang ke?” tanya Alya tidak sabar.
Izzul mengangguk.
“Diorang cakap lambat lagi nak datang sini. Diorang suruh kita jumpa kat panggung wayang je nanti..” jawab Izzul.
Alya diam. Adoiiii... Dilihat Izzul membelek jam di tangan.
“Sekarang dah pukul 2. Ada sejam lagi sebelum wayang nak bermula. Kita nak kemana lepas ni?” tanya Izzul semula. Makanan mereka sudah habis dimakan. Alya sedang sibuk menghabiskan sisa orange juice yang dipesan sebelum menjawab soalan Izzul itu.
“Kita solat Zohor dulu, nak? Lepas tu baru kita fikirkan kemana kita nak lepak lepas ni, boleh?” jawab Alya. Izzul terdiam. Agak lama baru dia mengangguk setuju.
Setelah membuat pembayaran, mereka segera bergerak mencari surau. Alya amat berterima kasih kepada Izzul sebab sudi belanja dia makan dan tengok wayang. Kira hari ni free-free sahaja dia keluar date dengan lelaki itu. Untungnya!

*****
           
Seusai selesai solat, Izzul segera menunggu Alya di luar. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Lagi setengah jam. Dia mengeluarkan iphone 4 dari dalam kocek dan terus membuat 3G dengan Arif. Sebaik video call diterima, terpancar wajah Arif di skrin.
“Angah, kau kat mana?” tanya Izzul apabila melihat Arif seperti berada di tempat yang agak asing. Arif hanya tersengih sahaja. “Kau kata kat Jusco? Apa cerita ni, bro?” Izzul agak tidak berpuas hati apabila dia dan Alya dipermainkan.
“Ala, along.. aku sengaja tinggalkan kau dengan Alya. Kalau korang berdua asyik ikut kitorang, macam mana korang nak mengenali antara satu sama lain..” jawab Arif.
Ceh! Sabar ajelah!
“Habis tu kau kat mana tu?” Rasa tak puas hati dia masih lagi tersisa. Namun dia biarkan sahaja.
“Kitorang makan kejap. Nanti kita jumpa dekat panggung okeh!? Korang bermesra-mesraan la dulu yek. Ada masa lagi ni! Bye.. Hehehe...” Arif mengenyit mata ke arah Izzul. Belum sempat Izzul membalas, Arif sudahpun menamatkan perbualan mereka.
“Hampeh budak ni!” Izzul merungut. Tetapi bila difikirkan semula, ada betulnya Arif buat macam tu. Kalau tak, sure dia dengan Alya akan duduk diam membisu sepanjang pertemuan mereka. No point la kalau macam tu.
Izzul kembali menyimpan iphone 4nya ke dalam kocek.
“Mana pula si Alya ni? Dah lambat ni..” dia bermonolog sendirian.
Sedang dia asyik menunggu Alya, tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Dia melihat Ain dengan seorang lelaki. Lelaki itu begitu mesra sekali dengan tangannya memeluk pinggang gadis itu. Sesekali lelaki itu mendekatkan bibirnya ke wajah Ain seolah-olah ingin bercium.  Mereka berjalan dari kedai ke kedai.  Hatinya menjadi panas!
‘Sial punya perempuan! Hari tu kau datang office aku merayu-rayu nak kembali pada aku. Sekarang, kau senang-senang berpelukan dengan jantan tu! Bodoh! Baru aku kenal kau siapa! Dasar perempuan murahan! Nasib aku tak peduli rayuan kau hari tu! Panasnya hati aku ni!!!’ herdik dia dalam hati.  Dia membelek jam di tangan.
‘Yang si perempuan sorang ni pun satu! Makeup macam mak nenek! Tak tahu ke dia dah pukul berapa sekarang ni!?’ marah Izzul lagi. Hatinya membuak-buak menahan marah. Sakit apabila melihat perangai Ain yang sebenarnya berlaku di hadapan matanya.
Alya mencari kelibat Izzul yang sedang berdiri menyandarkan diri ke dinding menunggunya. Alya hanya tersenyum sahaja apabila melihat Izzul sedang leka memerhatikan keadaan sekeliling.
            “Sorry lambat!” pinta Alya meminta maaf sebaik sahaja dia menghampiri Izzul.
“You buat apa kat dalam tu? Mahu setengah jam I tunggu!” tiba-tiba suaranya agak tinggi sedikit membuatkan Alya agak cuak. Eh, tadi sikit punya baik kenapa tiba-tiba nak marah pulak ni!?
“Err.. sorry!” pinta dia lagi. Alya semakin serba salah apabila melihat Izzul dengan wajah yang cukup serius.
Lelaki itu mendengus kasar lalu bergerak meninggalkannya. Pelik! Lelaki depan dia ni memang pelik! Alya segera mengekori Izzul yang dah jauh ke depan.
‘Bukan aku sengaja lambat. Orang kat dalam surau tu penuh. Nak cari telekung lagi, nak cari tempat nak solat lagi, semua tu nak kena tunggu turn. Lepas tu nak pakai selendang shawl yang agak leceh ni lagi. Nak touch up- touch up sikit muka ni lagi. Memang la makan masa yang lama. Lain la dia. Ambil wuduk terus solat.Then, tak perlu nak pakai tudung ke apa ke.. habis solat terus pakai kasut. Simple jek! Itupun nak marah-marah..’ rungut hati dia.
Mereka melangkah laju ke TGV Cinema. Lagi 15 minit nak pukul 3 petang. Mata mereka tercari-cari kelibat Arif dengan Ainul.
“Hish! Mana diorang ni?” rungut Alya. Sekilas dia terpandangkan Arif dan Ainul yang sedang berdiri menunggu mereka di entrance untuk masuk ke panggung wayang. “Izzul, tu mereka!” tunjuk Alya ke arah Arif dan Ainul. Izzul hanya mengangguk dan secara tidak sengaja melanggar bahunya dan meninggalkannya ke belakang. Alya terdiam.
‘Hampeh! Selamba betul mamat ni. Bukan nak say sorry ke apa ke! Geram betul aku tengok!’ bisik hati Alya tidak berpuas hati.
“Hai, bro! Amacam date korang?” sengaja Arif mengusik Alya dan Izzul sebaik sahaja mereka mendekati dia dan Ainul.
“Biasa je..” jawab Izzul membuatkan Alya mencebik. Lelaki tu langsung takde perasaan. Arif dan Ainul hanya tersenyum.
“Takpe.. awal lagi ni. Nanti dah lama-lama biasa la..” Arif memberi semangat. Dia suka sekiranya Alya dikenenkan dengan Izzul. Mereka sama cantik dan sama padan. Wajah Alya dah merona merah. Dia tersenyum sahaja. Kalau dijawab memang agak over pulak! Dia yang begitu excited sedangkan lelaki di sebelahnya itu cuma menganggap date mereka biasa sahaja.
Sebaik sahaja lampu Panggung 1 bernyala, terus mereka beratur untuk memberi tiket kepada staf yang menjaga di situ. Kemudian, mereka masuk tanpa menoleh ke belakang lagi.

*****

5 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Sian alya nape izzul wat cam2, apa2 pun mmg best x sbr nak tugu next n3, caiyok.. Caiyokk

Tanpa Nama berkata...

terbaekkkkkk.........
next plissss

Tanpa Nama berkata...

bestttt la cite nie,,
wani x mau lama sangat ye next n3, x sbr nak tahu kisah seterusnya

cik n.haliban berkata...

ish! x ske la izzul camni. haish~ cian kat alya.... huhuuuu...

Ria Natsumi berkata...

alya....nama watak yg sama dengan novel ria...
best la....
terlewat pula membacanya hhihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...