RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 7 November 2011

Hello, Mr. Perfect 5

BAB 5




Alya menanti dengan sabar di bilik menunggu. Tangannya agak sejuk. Dia cuba untuk mententeramkan perasaannya. Walaupun begitu, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekiranya mereka bertemu secara face to face. Dia gelisah.
Ainul datang bersama dua orang lelaki yang smart dengan memakai kot hitam ke bilik menunggu. Alya hanya memerhati ke arah dinding kaca. Spontan dia bangun dari dudukan. Pintu bilik di buka.
“Inilah kawan Ainul..” kata Ainul lantas memperkenalkan dia kepada dua orang lelaki tersebut. Salah seorang hanya tersenyum memandangnya. Dan yang seorang tu pulak hanya memandang tajam.  Dari raut wajah mereka, yang memandang tajam itu lebih kacak dari yang seorang lagi. Pastinya yang kacak dan hensem ini adalah lelaki yang dimaksudkan oleh Ainul sebelum ini. Tapi.. dia macam pernah lihat lelaki ini suatu ketika dulu.
“Salam perkenalan, Cik Alya!” tegur lelaki yang tersenyum itu.
‘Ini mesti Arif’, bisik hatinya.
“Salam perkenalan..” jawab Alya.
“Alya.. ini la bakal husband aku, Arif. Dan ini abang dia, Izzul..” Ainul memperkenalkan mereka kepadanya. Alya hanya tersenyum sahaja. Namun apabila matanya tertancap pada lelaki yang memandangnya tajam itu, jantungnya berdegup kencang. Ada perasaan lahir dari lubuk hatinya.
Yes! Dia sudah ingat! Rasanya lelaki inilah senior dia sewaktu di UTM dahulu. Oh, namanya Izzul. Dulu adalah kawan-kawan dia sebut nama lelaki di hadapannya ini. Tapi, dia lupa sudah! Tak pernah sekalipun dia ada niat dan ada hati untuk mengetahui nama sebenar lelaki itu selama ini. Dan lelaki itu tak pernah tahu nama dia juga. Di kolej dulu, kawan-kawan dia memanggil Izzul tu ‘Abang Macho’. Macho la sangat, kan?
Izzul, lelaki yang berlagak bagus dan digilai ramai di kolej mereka. Pernah juga mereka bergaduh setiap kali berjumpa. Siapa boleh tahan bila ayat berbisa keluar dari mulut macho mamat depan dia ni! Tetapi sebisa-bisa ayat yang dilemparkan lelaki itu, dalam hatinya sudah terdetik rasa suka pada lelaki di hadapannya itu. Cuma perasaan itu disimpan sahaja. Tapi tu dulu la, sekarang perasaan tu dah takde lagi! Lagipun satu sem je mereka bertemu kerana lelaki itu sudah menamatkan pelajarannya di situ. Tak sangka bertemu di sini. Tetapi, bukan Izzul dah ada awek ke? Cun pulak tu. Orang cakap awek dia tu ada iras dia. Apa-apa ajelah! Hem..sudah tak ingatkah Izzul pada dia lagi?
‘Memang la dia tak kenal kau Alya ooooiii..! Dulu kan kau tu tomboy tahap high class. Pakai seluar beggie, baju jenama nike.. saiz XL lagi dan cap terbalik jenama ‘cap ayam’ kau tu memang tak pernah sekalipun lekang dari kepala kau walau kemana saja kau pergi! Dah tu, time kau bercakap.. mahu satu levelorang boleh dengar suara kau tu. Yang pekak pun boleh terus sihat! Kalau kau ngorat mamat depan kau ni time tu, confirm dia reject kau terus agaknya!..’ kutuk dirinya. ‘Tapi Itu dulu la.. sekarang Alya dulu dah insaf. Alya dulu dah jadi perempuan melayu terakhir, doh! Tak main la seluar beggie, baju saiz XL. Cap tu pun dia tak tahu mana dia letak? Dah masuk tong sampah agaknya!? Sekarang ni baju blous, baju kurung. Dah takde ayat-ayat kasar. Alya sekarang dah jadi perempuan asli.. 100% asli! Hahaha...’seloroh dia lagi dalam hati.
“Jadi awak ni la Alya? Yang Ainul sebut-sebutkan tadi?” tanya Izzul itu. Pandangannya masih lagi tajam. Walaupun wajahnya agak serius namun masih terserlah kekacakkanya di sebalik kaca mata. Rambutnya yang lebat dan panjang di sisir ke tepi dan kelihatan agak terserlah dan kemas. Izzul sekarang lebih handsome dan smart dari Izzul yang dulu.
“Abang Izzul, Alya ni banyak keistimewaan dia tau. Dia rajin, anak yang baik, bekerjaya, pandai masak, cantik pulak tu...” puji Ainul panjang lebar. Sengaja memancing perhatian Izzul kepada Alya.
 ‘Ah! Sudah minah ni.. bertan-tan la pulak pujian dia..’ bisik Alya kerisauan. Dia bukan seperti yang Ainul cakapkan itu. Dia tidaklah begitu sempurna. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna.
“Wah! Yeke? Untung la along macam tu, kan?” usik Arif pula. Matanya sengaja dijelingkan kepada Izzul yang masih lagi diam membisu.
Alya cuba mengalihkan pandangan dari terus memandang Izzul. Hatinya menjadi resah dan serba tak kena. Pandangan lelaki itu membuatkan dia merasakan jantungnya bagai nak gugur jadinya.
Ah! Rasanya ini kali pertama dirinya dipandang sebegitu. Lebih-lebih lagi dengan mamat yang hensem macam Izzul. Lagilah dia macam cacing kepanasan. Rasa seronok apabila menjadi salah seorang calon untuk Izzul tetapi hendakkah lelaki itu pada dia? Berminatkah dia? Jangan dia sorang-sorang syok sendiri sudah la! Kalau dahulu, pandangan Izzul padanya selama ini penuh dengan rasa kebencian. Masakan tidak, depan awek dia boleh la tunjuk macho. Nak jaga standard yang kononnya dia tu perfect sangat! Pigiraaahh!!
“Along, kenapa pandang-pandang je? Tegur-tegur la.. ajak Alya keluar makan ke apa ke...” sekali lagi Arif cuba memancing perhatian Izzul pada Alya. Alya hanya diam membisu. Sekadar tersenyum walaupun senyuman itu senyuman paksa dan takut-takut. Ainul dan Arif sudah merasakan yang impian mereka bakal menjadi kenyataan apabila melihat pandangan Izzul kepada Alya. Jarang sekali dia memandang calon-calon sebelum ini sebegitu.
“Alya, jom kami bawa kau ke Jusco Tebrau City nak tak? Leh tengok wayang bersama. Aku dengan Arif, kau dengan Abang Izzul. Sesuai sangat la!” sampuk Ainul apabila bosan menunggu reaksi mereka berdua. Dari tadi senyap tanpa berkata apa-apa. Suka kah? Atau tak suka kah? Adoiii...
“Aku.. aku..” Alya tidak mampu berkata-kata. Belum sempat dia menghabiskan ayat, tangannya ditarik keluar dari bilik. Arif hanya mengekori mereka. Pandangan Alya masih ke arah Izzul yang masih tegak berdiri memandangnya. Tengahari itu mereka bergegas ke Jusco Tebrau City.

*****

Sepanjang perjalanan, mereka berdua di belakang hanya diam membisu. Hanya kedengaran suara Ainul dan Arif berbual bersama. Alya semakin resah duduk berdua-duaan dengan Izzul di belakang lebih-lebih lagi bila kaki mereka sekali-sekala bersentuhan.  Apabila matanya menerjah ke wajah lelaki itu, Izzul begitu leka memandang ke luar. Macam takde mood je nak berbual-bual dengan dia.
‘Sombong betul mamat sebelah aku ni. Dari tadi diam je. Ada emas ke dalam mulut dia tu?’ Alya menganggar sendiri. ‘Mana taknya, dari office lagi langsung tak keluar sepatah perkataan pun dari mulut lelaki di sebelahku ni.Kalau dulu, setiap kali jumpa, tak cukup air liur rasanya dia bila bercakap dan bertekak dengan aku!Haish! Apesal mata mamat ni asyik dok mengerling tajam ke arah aku dari tadi ni? Macam ada yang dia tak puas hati je? Kalau tak suka cakap aje la terus-terang. Tak payah biar aku sorang-sorang je terkontang-kanting kat sini Entah-entah dia ingat aku lagi tak? Sebab tu dia buat bodo jek...’ tambah dia lagi dalam hati. Sekilas dia menjeling memandang ke hadapan. Menyampah!
Kalau di kolej dulu, Izzul memang pantang berjumpa dengannya. Ada je benda yang nak dijadikan bahan untuk bergaduh. Dah macam anjing dengan kucing je jadinya!Tapi bila mamat ni dah blah, dia rasa sunyi pulak sebab takde orang nak bergaduh. Dan masa tu dia rasa dia dah syok habis kat mamat ni! Cuma dia dah terlewat! Sebab mamat ni, dia berubah. Terus start pakai tudung, pakai blous.. pakai baju kurung.. dah tekad nak jadi perempuan melayu terakhir dah time tu. No more ayat otai.. no more ayat kasar... No more! Not at all.. Alhamdulillah..
“Alya.. lama ke kerja dekat Kilang Z&C Electronic dengan Ainul?” soalan Arif tiba-tiba memecahkan suasana yang dari tadi senyap sunyi. Mata Arif memandang ke cermin pandang belakang. Alya tersenyum.
“Haah, lama jugak la. Ada la dalam 4 tahun...” jelas Alya. Arif hanya mengangguk.
“Kami kenal masa sama-sama practical kat situ, abang..” sampuk Ainul pula. Arif mengangguk lagi.
“Kira ayang dah kenal lama dengan Alya, la? Kenapa tak kenalkan lebih awal lagi... tak payah kita cari orang lain sebagai calon untuk Along. Kan Along kan?” sengaja Arif mengusik abangnya. Muka Alya di sebelah dah mula merah menahan malu.
‘Alah, kalau kenal awal pun belum tentu dia terima aku. Aku pun boleh tahu taste dia macammana..’ bisik hati kecilnya lagi.
“Hem..” balas Izzul. Perlahan saja. Macam nak tak nak layan je nampaknya.
“Alya ada berapa orang adik-beradik?” sekali lagi Arif bertanya. Sengaja meramah-tamahkan perbualan. Tak mahu keadaan di dalam kereta senyap sunyi. Dia hairan melihat alongnya yang seolah-olah takde mood untuk keluar bersama mereka. Adakah kerana Alya ni tidak menarik perhatian dia? Atau... kerana wajah Alya seiras wajah Ain, salah satu wanita pertama dan terakhir yang dia paling sayang suatu ketika dulu? Mungkin la agaknya...
“Hem, Alya anak tunggal. Tapi Alya ada dua orang adik-beradik tiri..” jawab Alya tanpa berselindung. Soal keluarga baginya amat sensitif untuk diperkatakan. Salah satu sebab dia menerima permintaan Ainul untuk cuba nasib menjadi calon pilihan Izzul pun atas sebab keluarga. Namun dia takkan sesuka hati bercerita soal itu di hadapan Izzul kerana takut lelaki itu tak suka.
“Ooo.. adik-beradik berlainan ayah dan ibu, ke?” semakin seronok pula Arif untuk mengetahui latar belakang si Alya. Kenalah tanya. Untuk abang dia juga. Kalau nak harapkan Izzul bertanya, harammm..
“Tak, adik-beradik berlainan ayah tetapi mak yang sama. Ayah Alya dah lama meninggal. Beberapa tahun kemudian lepas kematian ayah, mak kahwin lain dan lahirkan adik-adik Alya ni..” jawab Alya lagi. Dia agak senang dengan Arif berbanding Izzul. Perangai mereka berdua jauh berbeza. Arif, walaupun dia tidak sekacak Izzul tetapi dia memiliki senyuman yang cukup manis. Sekali senyum boleh cair rasanya. Dan Arif seorang yang peramah dan pandai melayan. Tetapi bila dilihat pada Izzul, lelaki itu langsung tidak ada ciri-ciri yang boleh diberikan pujian. Mungkin hanya kekacakkan wajahnya sahaja. Kalau dari segi perangai dan tingkah-laku, Arif lebih mudah didekati.
“Kenapa you nak jadi calon isteri I?” tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Izzul setelah agak lama dia mendiamkan diri.
‘Oh! Pandai pulak dia berkata-kata. Ber-I-You lagi kau! Terkejut aku! Dulu kau-aku beb.. Sekarang I-You.. Wowooo... Haish! Ingat kat mulut tu ada lombong emas, sampai nak cakap satu patah perkataan pun agak payah!’ kutuk Alya dalam hati.
“Haaa.. akhirnyaa...” Arif menyampuk sambil ketawa. Izzul sengaja buat bodo sahaja dengan reaksi Arif itu. Matanya masih lagi memandang Alya. Dia perlukan jawapan ikhlas dari gadis di sebelahnya ini. Dia hairan, kalau diikutkan kecantikan rupa paras, Alya ternyata lebih cantik dari calon-calon yang diperkenalkan oleh Arif dan Ainul pada dia sebelum ini. Gadis itu boleh dikategorikan sebagai perempuan yang bilamana setiap kali dia memetik jari, 10 orang yang akan datang melutut padanya.
Alya diam. Ainul dah gugup di hadapan. Dalam hati dia berdoa jangan Alya memecah rahsia mereka.
“Err... sebab saya.. saya..” Alya takde idea untuk memberi alasan apa.
“Sebab?” kening Izzul yang lebat diangkat. Dia sekadar menguji.
“Sebab dah tiba masanya untuk saya mencari jodoh...” selamba Alya menjawab soalan Izzul itu. Pergghh... begitu skema sekali jawapan. Kalau difikirkan balik, bukan itu jawapan sebenar. Jawapan sebenar sebab dia nak dapatkan duit RM500,000 tu untuk familynya. Itu target utama.  Izzul sekadar mengangguk faham. Samada dia berpuas hati atau tak, itu belakang kira. Apa yang penting harap selepas itu dia takkankeluarkan lagi soalan yang berbaur peribadi.

*****


Mereka bergerak menghampiri kaunter untuk membeli tiket wayang di TGV Cinema. Masing-masing memerhatikan sahaja skrin televisyen untuk melihat carta tayangan yang sedang dan bakal ke udara. Masing-masing berbincang untuk menonton cerita apa sebelum membuat keputusan. Dan akhirnya semua bersetuju untuk menonton Transformers: Dark of the Moon 3D.
Sewaktu ingin membayar, Izzul awal-awal sudah mengeluarkan not RM 100 untuk mereka berempat. Alya agak terharu.
‘Hem.. Sesombong-sombong mamat ni, dia pemurah jugak! Harap masa kahwin nanti, aku boleh bahagia bersama dengan Izzul. Ceh perasan sungguh! Belum apa-apa lagi dah berangan! Mamat ni belum bagi kata putus lagi, Alya! Kau jangan nak perah santan pulak! Kalaulah  dia tahu kau ni minah tomboy yang suka cari pasal dengan dia dulu, entah-entah kau pun calon yang akan dia reject nanti! Baik kau jangan menaruh harapan sangat. Yang penting buat rileks je. Koman-koman kalau kena reject, takde la kau menangis tak berlagu nanti. Alah, setakat tonton wayang macam ni apa dia hairan kalau hanya keluarkan seratus dua.. Kata Managing Director..! Kalau disuruh beli panggung wayang ni pun dia boleh!Keh keh keh..’ seloroh hati Alya dalam hati.
“Thanks, Izzul” ucap Alya sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari panggung wayang. Tayangan start pukul 3 petang. Sempat la mereka pergi makan dulu untuk mengisi perut. Dari tadi perut dia dah berkeroncong minta disi. Izzul hanya diam. Senyum pun tak, geleng pun tak, angguk pun tak, apa pun tak! Adeh... Mahal sangat dia punya senyuman ni!
Arif dan Ainul dah berjalan jauh ke hadapan. Sekarang ni dia dan Izzul berdua. Tetapi alngkah bosannya hidup.
‘Mamat ni jual mahal sangatlah? Takde class kot keluar dengan minah yang sederhana macam aku ni. Hanya setakat berbaju t-shirt harga 20 ringgit yang dibeli dekat pasar malam hari tu dan seluar jeans lusuh jenama Ladylike ni, pandang sebelah mata pun dia tak hairan..’ sempat lagi Alya memerhatikan pakaiannya. Nak compare pakaian dia dengan mamat di sebelahnya ni.
‘Hem.. baju dia agak class jugak! Berbaju t-shirt round neck jenama DKNY, seluar jeans jenama Levis. Agak-agak ada dalam 200 ringgit seluar jeans dia ni. Perghh.. dengan harga 200 ringgit tu dia boleh beli 5 lagi seluar jeans kat Jusco ni time sales. Huhuhu. Eh, selendang Shawl Ariani yang aku pakai ni mahal tau! 150 ringgit lagi untuk satu set dengan inner skali. Tu tak termasuk harga postage. Hahaha.. ‘. Alya tiba-tiba ketawa sendirian. Izzul yang terperasan menegur.
“Kenapa tiba-tiba gelak?” tanya Izzul. Alya sedar dirinya diperhatikan. Segera dia menggeleng laju.
“Err.. takde apa-apa” jawab gadis itu serba salah. Lawak pulak bila terkenangkan perangainya tadi. ‘Sudah-sudah la nak berangan Alya! Target kau sekarang ni nak memastikan agar date kali ini berjaya! Kau mesti dapatkan Izzul, demi keluarga.. demi percintaan kau yang tak tercapai dulu.. oooppss! No no no.. demi keluarga sebenarnya okeh!’ janji dia dalam hati.
Izzul mengerut dahi. Entah apa gilanya gadis sebelah dia ni tiba-tiba ketawa sendirian. Tetapi, cantik! Wajahnya persis seperti Ain. Rasanya lagi cantik dari Ain. Wajah Alya seperti kacukan Melayu-Arab. Mata besar, hidung mancung, alis mata yang lebat dan panjang dan  mempunyai senyuman yang cukup menawan. Izzul masih lagi memerhatikan gadis itu dengan ekor matanya. Wajahnya sangat bersih dan putih. Hem, macam pernah dia lihat gadis ini. Tapi dimana, ya? Tiba-tiba hatinya berdegup kencang apabila gadis itu mengerling ke arahnya. Seraya dia melarikan matanya ke tempat lain.
‘Alah! Secantik mana pun dia, tak semestinya dia mempunyai kesempurnaan seperti yang aku inginkan. Masih panjang lagi masa untuk aku mengenali gadis sebelah aku ni. Banyak lagi benda yang perlu aku tahu mengenai Alya. Tapi.. kenapa mulutku seakan-akan berat untuk berkata-kata? Malukah aku padanya? Oh, tidak! Izzul mana kenal erti malu. Kalau malu, tentunya aku tak layak pegang jawatan aku sekarang ni. Tapi sumpah! Dia macam pernah tengok gadis ini..’ bisik hati Izzul.
Jauh benar mereka menapak mengekori Arif dan Ainul. Tak diketahui kemana arah tujuan mereka sekarang ni.
“Angah!” panggil Izzul. Arif yang sibuk bersembang dengan Ainul mengalih. Kakinya berhenti melangkah. Begitu juga Ainul.
“Apa, long?” tanya Arif kehairanan.
“Kita nak kemana sebenarnya ni? Penat dah along ikut korang berdua..” rungut Izzul. Dia memeluk tubuh. Arif dan Ainul saling berpandangan. “Hem.. boleh tak kita cari kedai makan yang sedap kat sini? Along laparlah!” tambah dia lagi sambil tangannya memegang perut.
“Err.. along, Arif nak temankan Ainul ke Jusco kejap. Dia nak beli barang kosmetik. Apa kata kalau along bawa Alya pergi makan dulu? Nanti dah habis beli barang, kitorang datang jumpa along dengan Alya. Boleh?” Arif sekadar memberi cadangan. Dia sengaja buat macam tu. Nak bagi peluang untuk Alya dan abangnya mengenali antara satu sama lain. Arif tahu mereka berdua sudah nampak ketara mempunyai perasaan meminati antara satu sama lain cuma masing-masing malu.
“Hah!? Aku dengan Alya? Alaa...” Izzul serba-salah. Alya di sebelah pun nampak seperti cacing kepanasan. Takkan mereka berdua nak makan berdua kejap lagi, kot? Mereka masih lagi melangkah mendekati Arif dan Ainul.
“Boleh la Abang Izzul. Kejap je Ainul dengan Arif pergi beli barang. Dah habis nanti kitorang contact la Abang Izzul makan kat mana...” sampuk Ainul pula. “Alya, kau temankan Abang Izzul, yek?” pinta Ainul membuatkan Alya kerisauan.
“Tapi...” Alya tak tahu nak cakap apa. Harapannya tatkala itu hanya mahukan Ainul bersama mereka. Dia tak sanggup nak berjalan berdua-duaan bersama Izzul. Mereka masih lagi belum ada keserasian.
“Ala kejap je.. Dalam setengah jam macam tu. Korang berdua pergi la makan-makan dulu. Sekarang baru pukul 12 tengahari. Ada banyak lagi masa sebelum wayang start. Nanti kita jumpa ye?” pujuk Ainul lagi. Dia berharap agar Alya bersetuju dengan cadangannya. Alya mengetap bibir. Matanya memandang ke arah Izzul yang juga tampak jelas kerisauannya.
“Kitorang pergi dulu, ye?” Terus Arif dan Ainul jalan berpimpinan tangan meninggalkan Alya dan Izzul yang tercegat di situ. Bayang mereka hilang di sebalik orang ramai yang membanjiri Mall itu.
Masing-masing masih lagi tercegat kaku. Alya hanya diam membisu.
“Kita nak kemana?” Izzul memulakan perbicaraan.
“Alya tak kisah. Ikut je..” jawab Alya.
Izzul mengangguk lantas bergerak meninggalkan Alya di belakang. Gadis itu mengeluh lantas mengekori jejak langkah Izzul.
‘Ceh! Blah macam tu aje? Bukan nak ajak sekali!’ rungut hati Alya. Terbit rasa kecewa di situ bila melihat Izzul tidak seromantik Arif.
Mereka bergerak ke arah bertentangan dari jalan yang mereka lewati tadi. Izzul masih tercari-cari kedai makan mana yang dia ingin singgah. Dan Alya hanya ikut sahaja. Sesekali dia berlari-lari anak apabila Izzul bergerak agak laju meninggalkan dia jauh ke belakang.
Arif dan Ainul hanya memerhatikan mereka berdua dari jauh. Masing-masing dah ketawa terkekek-kekek di situ. Sekilas tangan mereka saling bertepukan. Sebenarnya mereka berdua sengaja buat alasan sebegitu untuk memberi ruang Alya dan Izzul berdua-duaan. Kalau asyik dok ikut buntut diorang, macam mana nak kenal?
“Abang rasa Abang Izzul suka tak dekat Alya tu?” tanya Ainul mendapatkan kepastian daripada pakwenya.
“Abang Izzul nampak lain sikit kali ni. Takde melenting-lenting setiap kali dia jumpa dengan calon yang abang kenalkan pada dia sebelum ni. Kalau tengok reaksi mereka berdua tu, abang rasa diorang tu suka sama suka. Cuma masing-masing malu-malu kucing. Confirm jadi la!” Arif begitu excited. Ainul hanya mengangguk. Juga merasakan apa yang Arif rasakan. Harap Alya dapat memenangi hati Abang Izzul. Kalau berjaya, banyak masalah akan selesai.

4 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

wah,mkin BEST NIE......cptlah smbung kak waniey...smbng bnyk2 skit....lama tau sye tggu smbngn die...rindu la..

Hairien Zulshami berkata...

Cerita nie ade kat tv 3 skrng..pkl 7....hehehehee..fatah amin hero die...

Hairien Zulshami berkata...

Cerita nie ade kat tv 3 skrng..pkl 7....hehehehee..fatah amin hero die...

lisa berkata...

Eeee .. mcm best je ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...