RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 18 Oktober 2011

Hello, Mr. Perfect 4

BAB 4

Alya Adriana memakirkan keretanya di hadapan rumah. Sebaik keluar dia merasakan bahawa keadaan rumahnya agak suram. Hatinya tiba-tiba jadi tidak tenang. Segera dia masuk ke dalam rumah.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan rumah yang menjadi tunggang-langgang. Bersepah di sana sini. Ada serpihan kaca yang pecah di atas lantai rumah. Apa sudah jadi?Dia mencari kelibat emak dan adik-beradiknya.
“Mak... Amani.. Azizi.. mana korang?” panggil dia. Namun tiada langsung kedengaran suara yang keluar. Kakinya melangkah ke arah bilik. Kosong.. Mana semua orang pergi? Hatinya semakin resah gelisah. Selamatkah mereka? Adakah along datang menyerbu rumah mereka? Hatinya tidak keruan. Kakinya melangkah pula ke dapur.
“Makk!?” panggil dia lagi. Masih takde sesiapa di ruang dapur itu. Rumah begitu bersepah. Dia risau! Peluh di dahi mengalir. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran seseorang menyahut.
“Alya...” perlahan suara itu kedengaran. Alya memandang ke arah pintu dapur. Kelihatan Mak Jah jirannya datang dengan wajah sayu. Alya segera mendapatkan jirannya itu.
“Mak Jah, mana mak dan adik-adik yang lain? Kenapa rumah saya bersepah ni?” tanya Alya kerisauan. Mak Jah masih lagi diam membisu. “Mak Jah!!” Mata Alya sudah berair. Dia menggoncang tubuh wanita tua itu.
“Azizi...” Satu perkataan akhirnya keluar dari mulutnya. Alya mengerut dahi.
“Kenapa dengan Azizi, Mak Jah!? Kenapa dengan adik saya tu??”
“Azizi kena tikam dengan along. Sekarang ni ada dekat hospital..” Alya rasa terpukul bila mendengar berita itu. Sekilas air matanya jatuh ke bumi. Dia menggelengkan kepala. Tidak percaya. Alya jatuh terduduk. Kepalanya tiba-tiba sakit. Dan tanpa dapat ditahan, dia pengsan di situ.

*****

Mata Alya terbuka perlahan. Dia melihat keadaan sekeliling. Disekitarnya ada mak, Amani, Pak Ahmad suami Mak Jah dan Mak Jah sendiri. Masing-masing dengan wajah yang cukup risau. Dia bingkas bangun.
“Alya...” panggil Mak Temah perlahan.
“Azizi mana mak?? Azizi mana!?” tanya Alya tidak sabar. Dia risaukan adiknya. Mak Temah hanya diam.
“Alya.. Azizi selamat. Keadaan dia stabil. Cuma dia masih tidak sedarkan diri..” jawab Mak Jah apabila melihat maknya tidak mampu untuk berkata-kata. Amani pula dari tadi dok termenung seorang diri. Alya mengucapkan syukur. Kerisauannya turun semula. Dia memeluk maknya dan sejenak ibunya menangis teresak-esak.
“Mak.. kenapa boleh jadi macam ni?” Pelukan mereka masih lagi erat. Mak Temah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa.
“Azizi cuba untuk menyelamatkan Amani dari diperkosa. Terus dia kena tikam.. Mak.. mak.. hanya mampu merayu tetapi mak juga dipukul teruk oleh mereka” jelas Mak Temah. Alya menangis. Kenapa semuanya perlu berlaku dalam jangkamasa yang dekat ini? Kenapa perlu berlaku di saat dia tiada di rumah? Matanya masih lagi memandang Amani. Wajah adik kesayangannya itu sugul dan tidak bermaya. Jelas ketara Amani begitu stress dengan kehidupan mereka. Mujur Amani selamat.
“Mak..” Alya tidak mampu untuk berkata-kata. Dia sudah tidak punya idea untuk berkata apa-apa.
“Mak dah tak tahu nak buat apa, Alya. Mana kita nak cari duit lagi RM300,000? Dorang kasik kita tempoh sebulan sahaja untuk selesaikan hutang ayah kamu tu...” jelas Mak Temah lagi. Pelukan mereka terlerai. Wajah Mak Temah masih basah.
“Mak jangan risau... Alya akan cuba dapatkan juga duit itu walau dengan apa cara sekalipun.. Alya janji mak! Alya janji!” Alya begitu bersungguh-sungguh. Dia sudah tekad. Dia perlu mengambil tawaran itu. Soal kebahagiaan perlu ditolak ke tepi. Dia perlu selamatkan keluarganya. Azizi dah masuk hospital, Amani hampir diperkosa buat kali kedua dan lepas ni kalau mereka masih tidak boleh menyelesaikan masalah mereka, apa akan jadi pada dia dan keluarga?
Alya tekad...

*****

Esok paginya Alya bertemu dengan Ainul di kantin.
“Aku terima tawaran kau tu, Ainul...” kata Alya membuatkan Ainul terkejut.
Gadis itu tersenyum gembira. Tangannya itu dipegang erat.
“Betul ke? Betul ke apa yang kau cakapkan ini Alya?”
Alya mengangguk.
“Alhamdulillah! Ok.. hari Sabtu ni kau datang office Arif dekat Jalan Kangkar Tebrau. Kita jumpa kat sana, ok?” beritahu Ainul. Sekali lagi Alya mengangguk setuju.


                “Aku yakin pastinya Abang Izzul akan terima kau!” tambah Ainul lagi. Alya masih hairan, belum tentu lagi lelaki itu akan menerimanya kerana mereka belum pernah berjumpa.
                “Siapa nama dia tadi?” tanya Alya.
                “Izzul. Muhammad Izzul Islam..” jawab Ainul.
                Alya terdiam seketika. Indah sungguh nama tu. Harap sekiranya mereka berkahwin lelaki itu tidak la sekejam mana.
                ‘Aku tak mahu nanti keluar mulut harimau masuk mulut buaya pulak’ bisik hati kecilnya.
                “Tapi nanti kau jangan cakap kau nak kahwin dengan dia sebab duit, ye?” tiba-tiba Ainul memberi pesanan. Alya mengerut dahi.
                “Kenapa?” Masakan la dia nak cakap begitu.
                “Abang Izzul tak suka perempuan yang nak kahwin dengan dia bukan sebab dia tetapi sebab harta dia..” jawab Ainul lagi. Alya hanya mengangguk.
                ‘Takde terniat di hatiku untuk mengambil harta kekayaan seseorang. Tapi aku terdesak. Hanya jalan ini sahaja yang ada. Nak tak nak aku kena terima juga. Lepas ni kalau something happen, biarlah aku seorang yang menghadapinya. Asalkan keluarga aku selamat dan hidup bahagia’.
                “Err.. kau yakin ke Abang Izzul akan terima aku?” tanya Alya untuk mendaoatkan kepastian,
                Dia tahu Izzul pastinya seorang yang cukup cerewet. Sempurna kononnya. Tapi dia bukanlah sempurna seperti yang dikatakan Ainul. Banyak kelemahan yang dia ada. Andai kata Izzul tak terima dia bagaimana?
‘Ya Allah! Kau bantulah hambaMu ini.Aku kena pastikan Izzul menerimaku. Aku perlukan duit itu untuk keluargaku’ doanya dalam hati.
Ainul hanya tersenyum.
“Sebab kau ada keistimewaan tersendiri. Aku dah kenal kau lama, Alya. Aku pasti.. Izzul akan terima kau. Salah satu sebab, kau mempunyai iras wajah gadis yang amat dia sayangi...” jelas Ainul panjang lebar.
Alya membuntangkan matanya terkejut. Benarkah?
“Ye? Siapa?Kau pernah jumpa ke?”
“Tak pernah. Tapi tak silap aku, Abang Arif pernah beritahu aku pasal ex-girlfriend Abang Izzul. Dia pernah tunjukkan gambar perempuan tu masa perempuan tu datang berkunjung ke rumah diorang masa raya. Aku pernah cakap kat Arif yang wajah ex-awek dia tu ada iras kau” kata Ainul lagi.
“Habis tu, mana pergi ex-girlfriend dia tu?” tanya Alya lagi begitu teruja.
“Hem.. dah lari ikut lelaki lain..” jawab Ainul. Alya mengerut dahi. Jadi kiranya mereka berpisah sebab perempuan tu curang?
“Kau tak rasa kalau dia jumpa aku, dia akan rasa marah ke apa ke? Yelah, muka aku ada iras ex dia yang pernah curang dengan dia!” Alya semakin risau. Mana la tau, kerana muka serupa akan effect padanya nanti? Lagipun mereka berpisah bukan sebab kematian ke apa ke tetapi sebab kecurangan.
“Itu aku tak sure. Tapi instinct aku rasa kuat yang dia akan terima kau! Takpelah, kita cuba dulu ok?” Ainul cuba menenangkan perasaan Alya. Belum cuba belum tahu, kan?
Alya hanya mengangguk. Semoga dia berjaya!

*****

                “Kenapa Alya perlu berkorban, nak? Alya tak kasihan ke dengan mak?” pinta Mak Temah meraih simpati. Dia tak mahu anaknya mengambil jalan pintas hanya untuk menyelamatkan mereka sekeluarga.
                Alya memegang bahu maknya.
                “Alya terpaksa mak. Hanya dengan cara ini sahaja yang mampu tolong kita. Alya tak mahu macam-macam perkara terjadi. Ayah pergi macam tu aje. Dengan hutang piutang yang tak mampu dibayar. Lepas tu yang jadi mangsa kita! Azizi tu hampir terkorban, mak! Alya tak nak apa-apa jadi pada mak, Amani mahupun Azizi lepas ni” jelas Alya lagi. Kelopak mata Mak Temah bergenang dengan air mata. Dia begitu terharu dengan pengorbanan anak sulungnya itu. Sifat tulus anaknya itu betul-betul lahir dari perangai arwah suaminya yang pertama. Seorang yang sanggup berkorban untuk semua orang. Dia hanya mampu tersenyum.
                “Walau apapun yang berlaku.. mak doakan kau bahagia, nak..” kata Mak Temah berdoa. Dia harap perkahwinan Alya ini akan bahagia walaupun dengan cara sebegini.
                “Doakan semoga lelaki itu menerima Alya, mak!” balas Alya lagi. Mak Temah mengangguk.
                Alya hanya tersenyum.
                “Akak..” suara perlahan itu kedengaran. Alya dan ibunya menoleh. Azizi sudah sedar dari koma. Segera mereka mendapatkan Azizi. Amani yang duduk di sebelah katil Azizi memegang tangan adiknya.
                “Azizi...! Kau dah sedar! Syukur alhamdulillah!” doa Alya. Dia begitu gembira apabila melihat adiknya sedar kembali. Azizi memandang ke arahnya. Bibirnya pucat dan kering. Wajahnya juga pucat. Tangannya berselirat dengan wayar.
                Sakit-sakit macam ni masih mampu lagi Azizi tersenyum.
                “Akak nak buat apa?” tanya Azizi perlahan. Kesakitan di bahagian pinggang masih lagi terasa. Sesekali dia mengaduh kesakitan apabila dia ingin bangun dari pembaringan. Alya dan Amani membantu Azizi bangun.
                “Perlahan-lahan, dik. Jahitan di perut tu masih belum kuat..” nasihat Alya.
                “Takpe, kak! Azizi kan hero... Sakit macam mana sekalipun, Azizi tetap kuat!” seloroh Azizi membuatkan mereka sekeluarga ketawa. Azizi memang seorang hero. Mereka bangga dengan adik bongsu mereka itu.
                “Azizi dengar akak nak kahwin.. Betul, ke?” tanya Azizi lagi. Matanya sayu memandang Alya. Alya gugup.
                “Hem...” Alya hanya mengangguk.
                “Sebab kami ke kak?”
                Pertanyaan Azizi itu membuatkan Alya terdiam seketika. Dia tak mahu adiknya itu tahu soal ini.
                “Eh takdelah!” bohong Alya. Dia tak mahu adik-beradiknya risau.
                “Habis tu kenapa tiba-tiba akak nak kahwin? Dengan siapa? Akak kan takde calon lagi. Sebelum ni akak tak pernah cakap pun soal ni pada kitorang...” ayat Azizi itu seolah-olah merajuk. Amani dan Mak Temah hanya diam sahaja. Mereka tak mahu masuk campur. Biarlah Alya sahaja yang bercakap.
                “Akak dah lama nak cakap soal ni. Tapi belum ada masa yang sesuai, dik..” bohong Alya lagi. Rasa serba salah mula mencengkam. Tetapi dia takde cara lain lagi dah.
                “Dengan siapa, kak? Dia pernah datang ke rumah?” Azizi masih tidak berpuas hati. Dia perlu tahu siapa lelaki itu. Adakah Abang Aizat? Lelaki yang pernah sukakan kakaknya itu? Adakah lelaki itu sudah kembali?
          “Azizi akan tahu nanti” Alya masih lagi ingin berahsia. Belum tiba masanya untuk memberitahu siapakah gerangan lelaki yang bakal dia kahwini.
‘Satu hari nanti mereka akau tahu jua. Biarlah urusan aku dengan dia selesai dahulu...’ hati Alya berbisik.
Azizi hanya mengangguk. Dia kenal kakak tirinya ini. Alya memang suka berahsia. Namun di sudut hatinya, dia begitu mengagumi Alya. Kakak yang paling dia sayangi meskipun mereka berlainan ayah.

3 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

bile nak ade sambungan nie???????????

Tanpa Nama berkata...

bestnye.....cite ni klau wat novel gerenti gempak hbs..........tak sbr nk bce ksah slnjtnye.....cpt sky ye.........

Tanpa Nama berkata...

rsa x kna pulak bila Alya bagi tau dia nk kahwin pada mak dia. Patutnya dia berknalan dlu dgn Izzul, bila dh jdi bru bgi tau mak dia. tapi cita awk meng best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...