RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 17 September 2011

Hello, Mr. Perfect 3

.:UPDATED:. 
Atas permintaan untuk memanjangkan bab ini, 
sila baca penambahan di bahagian akhir =) 
BAB 3


Izzul Islam memandang tajam ke arah gadis di hadapannya. Tangannya disilangkan dan dia duduk sambil memandang dari atas ke bawah. Gadis itu hanya tersenyum manis. Tapi dia langsung tidak menyambut senyuman itu. Mukanya masih lagi serius. Gadis di hadapannya agak kalut dan resah apabila melihat dirinya diperhatikan sebegitu. Mulutnya rasa berat untuk menegur Izzul.
“Siapa nama kau?” tanya Izzul kasar.
Gadis itu hanya tersengih. Baru sebentar tadi Arif memperkenalkan dirinya kepada Izzul. Masih tidak ingat lagikah namanya?
“Maria..” jawab gadis itu lembut. Suaranya agak tidak kedengaran.
“What!?” sengaja Izzul melantangkan suaranya. Gadis itu terkejut.
“Err.. Ma.. maria...!” jawab dia sekali lagi dengan gagap.
Izzul mengangguk. Matanya masih lagi memandang Maria dengan tajam. Dia memeluk tubuh sambil mengetap bibir.
“Kau tahu kenapa kau dipanggil ke mari?” tanya dia lagi. Kali ini suaranya agak mendatar.
Gadis itu mengangguk laju. Pertemuan mereka ni seolah-olah macam sesi interview pulak.
“Kenapa?” tambah Izzul lagi. Keningnya diangkat.
“Saya dapat tahu dari Encik Arif yang Encik Izzul nak mencari teman hidup..” jawab Maria lagi. Kali ni mukanya agak tenang sedikit. Mungkin sudah bersedia untuk ditemuramah dan disoal dengan pelbagai soalan.
“Sudah cukup sempurna untuk pegang title ‘isteri’!? Atau sekadar mengambil kesempatan?” soalan itu hanya sekadar menguji. Riak muka Maria berubah sedikit. Timbul rasa malu di hatinya. Dia panas punggung.
“Maksud encik?” dia kembali bertanya. Geram pula dia apabila lelaki di hadapannya ini mempersoalkan tentang itu. Harap muka je handsome tapi perangai.... Maria mengetap bibir.
“Apa keistimewaan yang kau ada!?” soalan Maria tidak dijawab malah dia membalas balik dengan soalan yang lain.
“Err.. saya pandai masak, pandai menjahit dan saya pandai mengurut” jawab Maria tenang. Perkataan terakhir yang diajukan betul-betul membuatkan Izzul tersenyum sinis. Lawak! Takde gaya pandai mengurut pun?
“Itu je?” soal Izzul lagi. Matanya memandang lagi dari atas ke bawah. Gadis itu agak tidak selesa apabila dipandang sebegitu rupa. Tajam dan menakutkan. Seperti kucing laparkan ikan.
“Err... saya wanita bekerjaya. Ada business sendiri dan pandai handle business saya” tambah Maria. Mungkin jawapan kali ini membantunya. Baru sebentar tadi Arif memberitahu bahawa abangnya sukakan seorang wanita yang agak independent.
Kata-kata Maria membuatkan Izzul agak teruja. Dia memang inginkan wanita yang pandai berdiri atas kaki sendiri. Tidak perlu bergantung kepada pihak lelaki sahaja. Tetapi belum tentu lagi dia akan memilih gadis di hadapannya ini. Dia perlu betul-betul menilai gadis ini agar dia tidak silap langkah. Dia tak mahu luka lama berulang kembali.
“Kalau kau betul-betul wanita bekerjaya.. punya business sendiri, kenapa kau ambil tawaran ni??” Izzul sekadar menguji. Air muka Maria berubah. Dia terdiam. Soalan apakah ini?
“Se.. seb.. sebab saya tertarik dengan Encik Izzul. Dan saya sudi menjadi suri di hati Encik Izzul” jawab Maria tergagap. Kantoi!
“Kau tertarik dengan aku ke atau kau tertarik dengan duit yang ditawarkan!? Kalau betul kau business woman, kau tak cari calon dengan cara macam ni. Betul tak!?” soalan Izzul seolah-olah seperti perangkap. Maria sudah tiada idea untuk berkata-kata. Dia diam membisu. Mengiakan setiap butir ayat yang dikeluarkan dari mulut Izzul.
“Saya bukan tertarik dengan duit tawaran tetapi dengan Encik Izzul sendiri...” balas Maria lagi. Izzul menggelengkan kepalanya.
“Apa bukti yang boleh kau tunjukkan?” uji Izzul lagi.
Maria gugup.
Izzul mengeluh.
“You can go now..” luah Izzul perlahan sambil tangannya dilambaikan ke arah pintu seolah-olah menghalau. Maria mengerut dahi.
“Is that mean that I was rejected?” tanya Maria tidak berpuas hati. Izzul hanya tersenyum sinis.
“If you understand what I mean, I just can say YES!” dengan selamba sahaja Izzul mengarahkan Maria keluar dari biliknya.
“Encik Izzul, bagi saya peluang untuk bercakap lagi..” Maria masih tidak berputus asa.
“No, my decision is final! Kau nak aku halau cara baik atau cara tak baik? You can choose..”
“Tapi Encik Izzul.. saya...”
Izzul seraya mengangkat gagang telefon seolah-olah memberi amaran kepada Maria.
“Kau nak aku panggilkan security guard untuk seret kau keluar dari office aku atau tak?” tegas Izzul. Matanya tajam memandang ke arah Maria.
Maria bangun dan mendengus kasar.
“Ini kali pertama saya dimalukan sebegini! Jangan ingat awak handsome, berharta, awak boleh malukan semua orang! Patutlah tak laku!” herdik Maria.
Izzul tersenyum sinis. Wah! Pandai pulak dia berkata-kata. Tadi sedikit punya ayu mukanya. Sekarang dah macam kera kena belacan.
“Thanks for your compliment, Miss Maria. You may go now..” dengan nada perli, Izzul menghalau Maria dengan cara terhormat. Gadis itu bengang lantas mencapai beg tangannya dan segera keluar dari bilik Izzul.
Arif yang setia menanti di luar terkejut apabila melihat muka toya Maria.
“Macam mana?” tanya dia tidak sabar.
Maria mendengus geram. Mukanya merah menahan marah. Cermin mata yang dipakainya dibetulkan.
“Arif, I think you better send your brother to attitude’s class. Belajar cara menghormati orang lain. If he don’t respect others, might be he won’t get married. I am very dissapointed. Thanks..” Maria meninggalkan  firma mereka dengan muka bengang yang terserlah.
Arif mengeluh. Dia kembali ke mejanya dan mengambil buku nota di atas meja. Dia mencari senarai nama Maria di dalam buku notanya itu. Kemudian, dia memotong nama Maria dan menulis di ruangan remark sebagai ‘REJECTED’. Kali ini sudah hampir 40 orang sudah diperkenalkan kepada Izzul. Tapi takde seorang pun yang berkenan di hati.
‘Takkan takde sorang pun yang dapat memikat hati dia? Along ni ada hati dan perasaan ke takde sebenarnya?’ bisiknya dalam hati. Dia sudah penat. Takkan dia nak menunggu bidadari dari syurga datang berjumpa dengannya baru dia nak terima? Sekali lagi dia mengeluh.
“Angah..” tiba-tiba Izzul sudah tercegat di hadapan pintu biliknya. Dia masih bermuka tenang. Arif menutup buku notanya dan terus meletakkannya di atas meja.
“Any else?” tanya Izzul kepada Arif untuk mengetahui samada ada blind date lain yang akan memenuhi appoinment dia hari ni.
“At this moment, we don’t have any candidates” jawab Arif perlahan. Izzul hanya mengangguk dan segera meninggalkan biliknya. Arif bergerak mengekori abangnya ke bilik.
Sebaik pintu ditutup, Arif mendekati meja Izzul. Lelaki itu sedang leka melihat fail di atas meja. Nampak busy dan serius sahaja mukanya. Dia segera menarik kerusi dan duduk bertentangan abangnya. Dahinya berkerut.
“What type of woman do you like actually?” tanya Arif mendapatkan penjelasan. Mata Izzul mengerling ke arahnya. Tangan yang sibuk menulis dari tadi terhenti sebentar. Dia tersenyum. “Dah hampir 40 orang ni, along. Takkan takde sorang pun yang berkenan?” tambah dia lagi tidak berpuas hati. Izzul hanya ketawa.
“I have told you before. I am perfectionist. So I need my future housewife is also like that..” jawab Izzul sambil tersenyum sinis.
“But nobody is perfect, right? We are human being. Everybody do mistakes!” tegur Arif. Kalau terlampau mengejar kesempurnaan, sampai kiamat la alongnya itu tak berkahwin. “Please don’t be so choosy!”
“Angah, sometimes we have to. For our sake! For our life!” jelas Izzul lagi. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar. Namun fokusnya masih ke arah Arif.
“Along, angah cuma ada 3 bulan aje lagi.... Kalau macam ni la perangai along, mungkin angah tak dapat kahwin dengan Ainul...”
“It is ok, bro. Within those 3 months, something might happen. Who knows? Come on bro.. 3 bulan je kot? Masih panjang lagi masa!” rileks je Izzul menjawab. Yang menghadapi dan keresahan tu diri dia sendiri. Andai alongnya tidak berjumpa dengan calon yang sesuai, harapan untuknya berkahwin dengan Ainul confirm failed!
“Oklah! Kalau dalam 3 bulan ni along tak jumpa jugak pasangan along, apa along nak buat?” uji Arif membuatkan Izzul berhenti seketika dari terus membaca dokumen di dalam fail tersebut. Sekilas Izzul mengeluh. Dia kembali menutup fail di tangan. Dia memandang tepat ke wajah Arif.
“Kau masih tak kenal lagi ke dengan along kau ni, Angah? Setiap apa yang dikata pasti akan dikota. In case dah cukup 3 bulan still tak jumpa, along tahu la apa along nak buat, ok? Sekarang ni tugas kau hanya mencari calon untuk along je. Selebihnya biar along yang setelkan. Faham?” tegas sahaja Izzul berkata-kata membuatkan Arif diam seketika. Dia memang kenal benar dengan abang sulungnya itu. Memang, setiap kata akan dikota. Tidak dinafikan along dia bukan jenis yang tak tepati pada janji, cuma dia risau andaikata masih tidak menemui jalan penyelesaian.. pastinya dia dan Ainul akan buntu selepas itu. Dia sayangkan Ainul. Sukar baginya untuk melepaskan gadis itu. Mereka hadapi susah dan senang bersama. Andai mereka takde jodoh, what he can say? Only Allah knows what he feels right now!
“Oklah! Along janji along akan pastikan along jumpa pasangan along within these 3 months. But you have to work hard la untuk carikan along calon, ok!?” Izzul faham perasaan adiknya itu. Tetapi dia harus juga fikirkan masa depannya juga. Andaikata dia berkahwin dengan gadis yang tak serasi dengannya, tak ke naya je? Tapi kalau betul takde gadis yang sesuai untuknya, alamatnya dia kena guna plan B la gamaknya. Hem, plan B? Apa plan tu ye? Izzul memikir sendiri.
“Kalau tak jumpa juga macam mana?” tanya Arif untuk mendapatkan kepastian.
“Along akan ambil calon yang Arif kenal tu sebagai isteri nanti walaupun dia takde langsung ciri-ciri yang Along nak. Tu pengorbanan along untuk korang berdua.” Selamba je Izzul berkata-kata membuatkan Arif resah. Ini kot plan Bnya itu. Ah! Taram ajelah! Kalau dah itu takdirNya, dia redha aje!
“Along sanggup ke nak kahwin dengan gadis yang along tak cinta?”
“Cinta? Cinta tak pernah wujud dalam hidup along. Apa yang penting, kau bahagia. Kebahagiaan along tu usah kau risaukan, ok?”
“Tapi....”
“Dah la! Kau ambil file ni, siapkan apa yang patut. Along ada kerja nak buat! Layan kau ni sampai esok pun tak habis!” potong Izzul lalu menghulurkan 3 keping file kepada Arif. Kemudian dia menyambung semula kerjanya. Malas dia nak ambil port apa yang akan Arif katakan nanti. Apa yang penting, dia pasti kena tunaikan apa yang sudah dijanjikan.
Arif mengeluh. Dia mengangguk lemah. Memang dia gembira apabila Izzul sudi membantunya tetapi dia tak mahu abang dia kahwin kerana dia. Tapi, nak buat macam mana? Cinta itu adakalanya indah, adakalanya pahit. Bak kata orang, ditelan mati mak, diluah mati bapak. So, kena juga la hadapi kenyataan itu. Cukuplah abang dia pernah merana kerana seorang perempuan dulu. Namun dia berharap biarlah perempuan juga yang bakal membahagiakan abangnya itu nanti.  Tak mahu dia kalau abang dia tu ditakdirkan menyukai pasangan yang sama jenis. Wah! Simpang malaikat 44. Tak sanggup dia fikirkan sekiranya abang dia tu pegang title ‘GAY’. Oh no! Ya Allah, andai gadis itu wujud untuk abangku ini, temukanlah mereka secepat yang mungkin. Doanya dalam hati.
“Hah! Apa yang kau tercegat kat situ? Pergilah buat kerja!” suara tegas Izzul yang bingit itu mematikan lamunannya. Sekaligus membuatkan Arif tersengih seperti kerang busuk.
“Baiklah, along. Angah keluar dulu ye?” Arif meminta diri. Dia mengambil fail yang dihulurkan oleh Izzul tadi lantas segera keluar dari bilik lelaki itu.
Sebaik pintu ditutup, Izzul berhenti dari menulis. Dia memandang sahaja ke pintu. Kemudian dia menggelengkan kepala dan tersenyum. Alangkah baiknya andai dia juga bakal menjumpai wanita yang benar-benar menghargai kasih sayangnya seperti sayang Ainul pada Arif. Dia kagum dengan cinta adiknya itu. Pastinya, cinta dia tidak seindah cinta mereka..

*****
 “Shasha, is that any appoinment for today?” tanya Izzul kepada setiausaha peribadinya. Shasha membelek planner di tangannya. Satu persatu dilihat sebelum memberitahu kepada Izzul. Arif sudah lama keluar berjumpa dengan client.
“Yeah! Actually you have three appoinments for today. But two of that has been cancelled. Our client will inform us the tentative date soon. Then, last appoinment is from Dato’ Mahmood. You have to meet him at his office after lunch hour” jelas Shasha.
“Regarding what matters?” Izzul kehairanan. Dato’ Mahmood tidak pula memberitahunya pasal urgent meeting ini. Ada masalahkah?
“He wants you to clarify more details about the House Land Project at Taman Bukit Indah. Can you make it available?” tangan shasha sudahpun memegang pen. Bersedia untuk menulis.
“Ok, please confirmed to his secretary that I will meet him at 2 pm” pesan Izzul. Shasha hanya mengangguk dan segera menulis arahan yang diberi di dalam plannernya. Dia segera duduk dan menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi.
Selang beberapa minit kemudian, seorang gadis yang berpakaian kebaya moden warna merah jambu menghampiri meja Shasha.
“Assalamualaikum....” sapa gadis itu memberi salam.
“Waalaikumussalam..” jawab Shasha. Tangannya yang dari tadi sibuk menaip terhenti seketika. Diperhatikan wajah gadis itu dari atas ke bawah. “Yes?” sambung dia lagi. Keningnya diangkat. Tidak diketahui siapakah gadis di hadapannya kini.
Gadis itu tersenyum.
“Can I see Mr. Izzul?” pinta gadis itu. Shasha mengerut dahi.
“Do you have made appoinment before?” tanya Shasha. Encik Izzul jarang sekali ingin melayan seseorang sekiranya dia tidak membuat apa-apa appoinment.
“No.. but I need to meet him. Very urgent” pinta gadis itu lagi.
“Sorry miss. Encik Izzul is not interested to entertain somebody without appoinment. He is busy right now..” kata Shasha menjelaskan. Gadis itu mengetap bibir.
“Hem, can you tell him that Ain is here?”
“Hold on..” Suzana menekan butang interkom yang sememangnya disampaikan terus kepada bilik Izzul.
“Yes?” sahut Izzul. Dia begitu sibuk menyemak fail di atas meja. Sesekali mukanya berkerut dan fokus pada kerjanya.
“Encik Izzul, you have a guest right now..”
“Who?”
“Her name is Ain..” jawab Shasha. Sekilas Izzul memandang ke arah luar biliknya. Mukanya agak terkejut sedikit. Mukanya merona merah. Rasa marah mula wujud. Tak sangka dia datang kembali....
“Say to her that I am not interested to entertain anybody!” jelas Izzul. Matanya masih lagi tertancap ke arah gadis itu.
“But she told me that is urgent. She needs to meet you..” balas Shasha lagi. Izzul mendengus kasar.
“Ask her to come in!” tegas Izzul.
Kalau ikutkan hati, malas untuknya bertemu dengan gadis itu tetapi mana tau kemungkinan ianya benda penting?

*****

“Kau nak apa?” tanya Izzul kepada gadis itu. Matanya sibuk memandang fail di tangan. Langsung tidak ada hati untuk memandang gadis yang pernah melukakan hatinya suatu ketika dulu.
“Boleh Ain duduk?” pinta Ain.
“Duduklah!” arah Izzul. Bau minyak wangi kepunyaan gadis itu betul-betul menggugat imannya. Wangian yang sama sewaktu mereka menjadi pasangan kekasih suatu ketika dulu. Wangian itulah yang pernah disukainya suatu ketika dulu. Ya Allah! Kau tenangkanlah perasaanku.
Dengan rasa berat hati Ain menarik kerusi lantas duduk betul-betul  di hadapan Izzul.
“Izzul..” sapa Ain apabila lelaki itu tidak menegurnya. Sibuk menelaah fail tanpa sedikitpun  perasaan untuk memandang wajahnya. Izzul mengeluh. Matanya dikerlingkan ke arah Ain.
Ain hanya tersenyum. Masih terserlah lagi keayuannya setelah hampir 10 tahun mereka berpisah. Ain dulu adalah kekasih yang paling lama bertapak di hati Izzul. Namun disebabkan kerana salah faham, gadis itu pergi meninggalkan dirinya. Agak lama juga dirinya merana kerana Ain. Dan sekarang, gadis itu datang kembali apabila dia sudah melupakan kenangan pahit itu.
“Izzul apa khabar?” tanya Ain. Sumpah! Dia rindukan lelaki di hadapannya ini. Agak lama juga dia mencari Izzul dan baru sekarang mereka berjumpa. Itupun secara kebetulan apabila Ain terserempak dengan Izzul di kedai makan tempoh hari. Mujur lelaki itu tidak sedar akan dirinya. Agak lama dia mencari kekuatan sebelum bertemu dengan Izzul semula. Takut-takut lelaki itu sudah tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Maklumlah, dia pernah sakitkan hati lelaki itu. Dia curang dan pernah meninggalkan Izzul dan ikut lelaki lain.
Rahim, lelaki durjana yang pernah membawanya lari ke Siam. Di sana, kehormatan dirinya diragut. Dia hampir dijual. Mujur dia berjaya melarikan diri dari terus dibawa ke Siam untuk dijadikan pelacur di sana. Cinta itu buta. Kerana terlampau percayakan Rahim yang menjanjikan kebahagiaan dan kemewahan padanya menyebabkan dia mengambil tindakan drastik tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia mengecewakan banyak pihak. Keluarga dan juga Izzul. Lelaki itu sudah banyak ditipu olehnya. Memang dia sayangkan Izzul tetapi sayangnya pada Rahim mengatasi segalanya. Rahimlah yang menyuruh Ain berbaik dengan Izzul dan menipu duitnya hanya kerana Izzul anak orang ternama dan berharta. Namun, Izzul menyayanginya sepenuh hati membuatkan Ain cuba mencari jalan untuk menjauhkan diri dari lelaki itu. Cintanya pada Izzul adalah duit. Dan cintanya pada Rahim adalah pengorbanan. Ah! Kalau la Izzul tahu aku sudah tidak punya dara lagi, mahukah dia menerima aku?
“Kau tengok aku ni sihat ke tidak!? Kuat atau lemah!?” soal Izzul. Masih lagi keras. Sekeras hatinya untuk menerima apa yang telah Ain lakukan padanya suatu ketika dulu.
Dulu, kerana Ain dirinya menjadi lemah. Kerana Ain, dia bukan Izzul yang tegas dan disegani ramai. Dia begitu menyayangi gadis itu. Tapi malangnya, Ain sudah lama membuangnya jauh dari hatinya. Ain menodai cinta dan kasihnya. Dan kerana Ain, dia benci dengan manusia bernama PEREMPUAN. Setelah kecewa dengan Ain, Izzul membawa diri ke Jepun untuk mencari ketenangan  dan membuang perasaan kecewa selama setahun. Dan setelah itu, dia pulang dengan tekad untuk mempermainkan perempuan. Setiap perhubungannya dengan perempuan tak ubah seperti menukar pakaian. Nak, pakai.. tak nak, buang! Paling lama bertahan hanyalah setakat seminggu sahaja. Dan dia sedar, amat sukar untuknya menerima seseorang sebagai teman hidupnya. Kerana dia tekad untuk mengejar kesempurnaan. Mengharapkan gadis yang bakal bertakhta di hatinya sempurna seperti dia. Mempunyai budi pekerti yang baik, tidak pernah melakukan kesalahan atau menyakiti orang lain dan mencintainya sepenuh hati. Namun, sudah namanya manusia.. semuanya tidak sempurna. Dan sehingga kini, dia masih tidak bertemu sesiapa. Tiada siapa lagi yang mampu membuka pintu hatinya untuk mempunyai perasaan kasih sayang walau secebis. Sayangnya hanya untuk keluarganya. Bukan kepada orang lain.
Ain mengeluh. Dia tahu, Izzul masih lagi memarahinya. Tapi dia betul-betul menyesali perbuatannya dahulu. Dan kini dia datang hanya untuk meminta maaf dan berharap agar Izzul dapat menerimanya kembali meskipun dia sudah hilang kehormatan diri.
“Izzul.. Ain.. Ain minta maaf! Ain tahu Ain salah. Ain nak kembali balik pada Izzul. Ain nak berada disamping Izzul. Ain sayangkan Izzul” pinta Ain.
Izzul tersenyum sinis.
“Setelah apa yang telah berlaku sebelum ni, baru kini kau datang nak melutut pada aku!?” perli dia. Ain mengetap bibir. Setitis air matanya jatuh ke pipi.
Huh! Perempuan! Senjatanya adalah air mata. Ah! Menangis la sekuat mana sekalipun namun untuk tega menunduk pada gadis di hadapannya ini adalah amat mustahil!
“Takde gunanya kau nak minta maaf, Ain! Nasi dah jadi bubur. Aku dah tak perlukan kau lagi dalam hidup aku!” tengking Izzul. Sudah puas dia menderita kerana gadis ini. Tidak mungkin dia menerimanya kembali walau dia menangis air mata darah sekalipun.
Ain menyeka air mata dari terus mengalir. Dia tahu Izzul sudah lama merana. Izzul kecewa. Semuanya kerana dia. Tidak pandai menilai yang mana intan yang mana kaca. Tetapi, dia begitu sayangkan Izzul. Begitu lama dia mencari Izzul kembali. Apabila ketemu, dia tekad untuk kuatkan dirinya menemui lelaki itu.
“Kalau takde apa-apa.. kau boleh keluar. Aku ada banyak kerja lagi!” tegas Izzul menghalaunya. Matanya masih lagi tidak memandang ke arahnya.
“Izzul....” Ain cuba...
“Sebelum aku halau, baik kau keluar sekarang..” Izzul masih lagi ada rasa hormat pada gadis itu. Kalau diikutkan hati marahnya, ingin sahaja dia menengking dan halau gadis itu. Biar semua orang pandang ke arah mereka dan sekaligus memalukan dirinya. Namun, dia tak boleh buat sedemikian kerana gadis itu pernah bertakhta dalam hatinya sebelum ini. Dan dia tidak suka menyakitkan hati orang yang pernah dia sayangi.
“Izzul, Ain....”
“Sudah takde apa lagi yang nak dibincangkan..” potong Izzul. Dia sudah malas untuk mendengar rintihan dari Ain. Cukuplah! Dia sudah penat! Dulu, di saat dia masih perlukan gadis itu, Ain hilang entah ke mana. Melarikan diri bersama seorang lelaki yang dia cukup kenal! Saat dia merayu supaya gadis itu pulang ke pangkuannya, Ain hanya menganggap dia seperti sampah! Dan sekarang, rasakan apa yang dia rasa selama ini.
Tiba-tiba.. TUK! TUK! TUK! Pintu diketuk.
“Masuk!” arah Izzul. Shasha membuka pintu dan masuk ke dalam.
“Encik Izzul, I am going to lunch. Just want to inform you that you have an appoinmnet at 2 pm today..”
“Ok, noted. Thanks..” balas Izzul tersenyum.
“Did I have any work to do?” tanya Shasha sambil tangannya memegang planner. Dia sudah berdiri tegak di hadapan mereka. Bersedia untuk mendapatkan tugas seterusnya.
“At the moment, no. I will call you later. Thanks” jelas Izzul lagi. Shasha hanya mengangguk dan meminta diri. Sebaik sahaja gadis itu menutup pintu, Izzul kembali memandang ke arah Ain.
“Ada apa lagi?” tanya dia lagi apabila melihat Ain masih lagi tidak berganjak dari tadi.
Lama mereka diam membisu.
“Ain minta maaf. Ain doakan Izzul bahagia..” suaranya perlahan berkata lantas dia keluar dari biliknya. Izzul hanya mengikut langkah Ain dengan ekor matanya sahaja. Sebaik bayang gadis itu hilang, dia mengeluh. Maafkan Izzul... Itu sahaja yang termampu untuknya mengucapkan. Hatinya tidak mungkin akan kembali kepada gadis itu. Dia bencikan kekecewaan dan kelukaan.

*****

4 orang beri kritikan::

Aida Nadia berkata...

asal rse mcm pendek je...
nk lg...

Noor Affiqah berkata...

sis,pendek nye n3 nie....sambung la lg panjang....hehehehe

Cik Waniey berkata...

@aida nadia & noor affiqah:
sudah ada penambahan.. boleh la baca ye.. thanks =)

YuNi... berkata...

w0ww....sy0kk larhh bace n0vel nie...nasib baik saya dah dapat kan di pesta buku....memang sy0kk sangat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...