RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 11 September 2011

Hello, Mr. Perfect 2

BAB 2

Alya Adriana sibuk membantu maknya melipat kain. Adik-beradik lain sudahpun nyenyak tidur di dalam bilik. Dia memandang jam di dinding. Matanya berkerdipan sejak tadi. Sudah pukul 11 malam rupanya. Namun, dia masih tidak berasa mengantuk.

“Kalau kamu dah mengantuk, pergilah tidur!” tegur Mak Temah apabila dari tadi terperasan yang anaknya asyik memandang jam. Alya hanya tersenyum.

“Awal lagi, mak. Alya nak habiskan lipat kain ni..” kata Alya lantas segera mencapai kain batik di sebelahnya untuk dilipat. Mak Temah hanya menggelengkan kepala.

“Esokkan kamu kerja. Karang tak bangun pulak!” tambah Mak Temah lagi.

Alya tidak mengendahkan kata-kata maknya. Seusai melipat kain, segera dia membawa kain-kain yang telah siap dilipat ke dalam bilik. Kemudian dia keluar semula dan kembali duduk bersimpuh di hadapan Mak Temah.

Alya melihat ibunya mengurut kaki. Kedengaran wanita tua itu mengaduh kesakitan apabila urat-urat kaki menjadi tegang.

“Mak nak Alya urutkan?” tanya Alya menawarkan diri.

“Tak usahlah, Alya. Kamu pergilah tidur.. Esok kamu nak kerja, kan?” arah Mak Temah lagi.

“Takpelah, mak. Masih awal lagi. Lagipun esok Alya datang lewat sikit ke kilang sebab Alya nak hantar proposal dekat bos Alya ke HQ..” jawab Alya lagi. Mak Temah hanya mengeluh sahaja. Alya bekerja sebagai Product Engineer di Kilang Z&C Elektronic di Kawasan Perindustrian Tebrau 2. Baru beberapa bulan dia dipindahkan ke Head Quarters Office di Taman Perindustrian JB Perdana, Skudai dan sesekali dia terpaksa membuat site visit ke kilang bagi memastikan pemprosesan chip di kilangnya berjalan dengan lancar.  Perjalanan dari kilang ke HQ hanya 14.4km atau 17 minit perjalanan sekiranya menggunakan lebuh raya Utara-Selatan. Jadi, tidak sukar untuknya untuk berulang-alik setiap hari. Namun disebabkan kerana dia sering pulang lewat malam, Alya terpaksa menyewa rumah berdekatan dengan office untuk keselamatan.

“Mak...” tiba-tiba Alya bersuara kembali setelah beberapa minit masing-masing mendiamkan diri. Mak Temah memandang wajah tulus anaknya itu. Alya merupakan satu-satunya anak tunggal hasil perkahwinannya yang pertama. 

Sejak suaminya meninggal dunia, dia berkahwin lain. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama apabila suami keduanya membuat perangai. Sudah kering air mata mengenangkan nasib setiap kali terpaksa berdepan dengan along apabila suaminya gagal untuk melunaskan hutangnya. Suami keduanya begitu gemar berjudi dan minum arak. Sangkalnya sewaktu bercinta, lelaki itu yang dihajati dapat membimbing dia tetapi rupa-rupanya lelaki itu hipokrit selama ini. Berpura-pura menjadi lelaki yang soleh sedangkan setan bertopengkan manusia.

Sehingga sekarang suaminya itu hilang tanpa diketahui dimana dia berada. Dan yang menjadi mangsa adalah dia dan anak-anaknya. Acapkali along datang mengamuk-ngamuk kepada mereka agar segera melangsaikan hutang suami yang hampir mencecah RM300,000. Wang gajian Alya tidak mampu untuk menyimpan dengan lebih banyak memandangkan dia banyak menanggung persekolahan adik-adiknya. Ibunya sudah tidak larat untuk bekerja dan sering jatuh sakit. Alya la tempat mereka mengadu nasib. Mereka sering dilanda ketakutan akibat diganggu oleh along tersebut. Ketenteraman mereka diragut. Pernah sekali rumah mereka dipecah masuk. Adik lelakinya, Azizi juga pernah dibelasah kerana melawan. Manakala Amani, adik kedua Alia hampir kehilangan kehormatan dirinya dan dijadikan cagaran bagi melangsaikan hutang ayah mereka. Amani dan Azizi adalah anak hasil perkongsian dengan suami keduanya. Mereka juga adalah adik-beradik tiri Alya.

“Kenapa, Alya?” tanya Mak Temah setelah melihat Alya diam tiba-tiba.

“Err.. Along ada datang rumah kita tak?” Pertanyaan Alia membuatkan muka ibunya panas tiba-tiba. Timbul perasaan takut di hatinya. Alya tidak tinggal dengan mereka. Sejak Alya dipindahkan ke HQ, Skudai. Alya terus menyewa rumah di sana. Kalau dulu, Alya duduk bersama keluarganya kerana kilang hanya terletak berhampiran dengan rumah mereka sahaja. Tetapi sekarang, Alya hanya akan pulang sekiranya dia ditugaskan memantau kilang untuk sementara.

Mak Temah masih lagi senyap.

“Cakaplah, mak..” pinta Alya membuatkan Mak Temah mengetap bibir.

“Setiap minggu Alya. Mereka akan datang setiap minggu mengganggu ketenteraman kita..” jelas Mak Temah. Alya mengerut dahi. Dia risau akan keselamatan keluarganya sepanjang ketiadaannya di rumah itu.

“Berapa lagi hutang ayah yang perlu kita langsaikan?” Alya ingin mendapatkan kepastian. Rasanya sudah banyak duit diberikan kepada Along. Takkan masih lagi tidak turun?

“Dalam RM300,000. Duit yang Alya hantar pada mak untuk langsaikan sedikit hutang along tidak mencukupi, nak. Duit bunga semakin naik. Mak tak tahu apa akan jadi sekiranya mak tak hulurkan duit itu pada mereka.. ” rintih hati wanita tua itu. Seketika, dia menyeka air mata dari terus mengalir. Sudah tidak tahan rasanya apabila melalui cara hidup sebegini. Rasa kesal tak sudah-sudah. Namun apa yang boleh dia lakukan. Sudah tersurat untuk mereka menghadapi nasib seperti itu.

Alya sekali lagi mengeluh. Dia juga kehilangan punca.

“Amani tu.. mak risau..” Mak Temah menyambung kembali. Alya masih setia mendengar. Dia tahu Amani agak stress. Dia sering rasa takut apabila ketenteraman mereka diganggu lebih-lebih lagi menghadapi saat dia hampir sahaja diragut kehormatannya pada malam itu.

“Sabarlah, mak! Alya akan cuba cari jalan untuk langsaikan hutang kita ni...” janji Alya pada ibunya. Dia mesti cari jalan. Tapi bagaimana? Mana dia nak cari RM300,000? Dia hilang punca.

*****

Alya memandang sahaja nasi lemak di hadapannya. Pabila memikirkan soal hidup mereka sekeluarga membuatkan Alya tidak lalu untuk makan. Tekaknya seakan-akan perit setiap kali nasi itu ditelan. Alya risau. Sepanjang ketiadaannya, apa akan jadi pada mak dan adik-beradik tirinya yang lain?

“Alya!” panggil seseorang dari jauh. Alya mencari kelibat suara yang memanggil namanya itu. Seorang gadis menghampirinya sambil tersenyum. Mereka bersalaman.

“Ainul!!” balas Alya dengan muka bersinar. Hilang sekejap masalah yang difikirkan apabila bertemu dengan sahabatnya ini.

“Kau kena hantar ke sini balik, ke?” tanya Ainul sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di hadapan Alya. Alya menggelengkan kepala.

“Encik Hakimi minta aku pantau proses pembuatan cip kat kilang ni kejap sebab dia perlu ke Jepun untuk dua minggu” jelas Alya dengan lebih terang. Ainul mengangguk.

“Baguslah kalau macam tu. Aku pun sudah lama tak berjumpa dengan kau. Rindu rasanya!” Muka Ainul berseri-seri apabila melihat Alya di hadapannya. Dulu mereka berkawan baik. Sama-sama masuk ke kilang itu sebagai engineer muda. Sama-sama juga menghadapi kesusahan di situ. Awal tahun ini, disebabkan HQ memerlukan engineer bahagian operasi, mereka menarik Alya ke sana. Tinggallah Ainul keseorang di kilang itu.

“Akupun rindukan kau, Ainul. Kau macam mana? Bila nak kahwin?” pertanyaan Alya itu membuatkan Ainul terdiam sejenak. Senyumannya mati di situ. Alya yang menyedari perubahan air muka Ainul hanya mengerut dahi kehairanan. Kenapa dengan dia? “Kenapa Ainul? Ada benda yang dah terjadi antara kau dengan Arif, ke?” sambung dia lagi. Risau dia melihat riak muka Ainul yang tiba-tiba tidak ceria itu.
“Aku.. aku...” tergagap Ainul untuk berkata-kata. Alya segera mencapai tangan Ainul.

“Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku...” balas Alya mententeramkan perasaan sahabat di hadapannya itu. Sekilas, Ainul terus memeluknya. Gadis itu tiba-tiba menangis membuatkan Alya semakin serba-salah. Dia mengusap kepala Ainul lembut. Dalam hatinya kehairanan.. Apa sebenarnya yang terjadi? Beberapa minit kemudian, pelukan mereka terlerai.

Alya risau melihat mata Ainul yang basah dengan air mata..

“Alya.. aku tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya...” Ainul cuba mententeramkan perasaannya.

“Kenapa ni? Kau dengan Arif ada masalah ke?” Alya masih lagi menunggu cerita dari Ainul. Berat sangatkah masalah dia ni?

Ainul menyeka air matanya dari terus mengalir. Tangannya segera mencapai kembali tangan Alya.

“Aku rasa, aku dengan Arif macam takde peluang untuk bersama..” akhirnya, terluah juga perasaan itu dari bibir Ainul. Dia mengetap bibir. Ketara bibirnya agak menggigil..

“Kenapa? Arif curang dengan kau, ke?” tanya Alya lagi. Ainul segera menggelengkan kepala.

“Bukan...”

“Habis tu kenapa?” Alya memotong percakapan Ainul.

“Ayah dan ibu aku bagi dia masa selama 6 bulan untuk buat keputusan samada dia nak kahwin dengan aku ataupun tak..”

“Lepas tu?”

“Masalahnya sekarang.. papa Arif bagitau yang dia tak boleh langkah bendul...”

Alya agak terkejut. Langkah bendul?

“Aku tak faham.....” Apakah sebenarnya masalah diorang ni?

Ainul mengeluh. Dia tahu amat sukar untuk memahamkan sahabat di hadapannya ini dengan cerita yang agak pelik untuk di dengar. Lelaki dengan langkah bendul. It’s so funny!

“Keturunan Arif pentingkan soal langkah bendul dalam perkahwinan tak kira la dia lelaki ke perempuan. Yang sulung kena kahwin dulu....” jelas Ainul panjang lebar.

Alya ternganga tidak percaya. Tak sangka, soal langkah bendul menjadi isu pulak di sini. Tetapi yang peliknya kenapa soal ini melibatkan anak lelaki pula?

“Kalau macam tu... kenapa tak suruh aje abang sulung Arif kahwin dulu?” Alya sekadar memberi cadangan. Ainul masih lagi diam. Kemudian dia menggelengkan kepala.

“Masalahnya, abang dia takde calon lagi. Dah 3 bulan kami cuba carikan abangnya calon tapi semua ada je yang tak kena dimata lelaki itu...” cerita Ainul panjang lebar.

“Maksud kau? Korang berdua dah buat blind date untuk abang dia, ke?”

Ainul mengangguk. Dia mengeluh lagi.

“Abang dia tu cerewet sangat la. Itu tak kena.. ini tak kena.. Sampai pernah sekali calon yang kami kenalkan tu dihalau bulat-bulat depan kami. Siap kata ‘she is not my taste!’” rungut Ainul lagi. Ketara jelas wajahnya yang tidak berpuas hati dengan sikap abang sulung Arif.

“Jadi sekarang ni macam mana? Dah jumpa calon yang sesuai, ke?” tanya Alya lagi. Dia agak berminat untuk mendengar cerita ini dengan lebih lanjut. Macam cerita drama pulak rasanya. Masih ada lagi kisah hidup orang muda yang mengharapkan perkahwinan diaturkan oleh keluarga.

Ainul sekali lagi menggeleng.

“Semua calon yang kitorang kenalkan semua dia tak suka. Yang hairannya tu, calon-calon yang kitorang kenalkan bukannya calang-calang orang.. Ada yang engineer, arkitek, cikgu.. malah model pun ada! Semua lawa-lawa, comel-comel.. tapi tetap tak menepati kehendak dia.. Semua dia reject! Dah tu, si perempuan yang kitorang kenalkan tu pulak ada yang sampai tak tahan melayan kerenah abang sulung Arif tu.. kenal tak sampai seminggu dah tarik diri ” tambah Ainul lagi. Dia dah hilang punca. Hanya lagi 3 bulan sahaja yang tinggal. Masih sempatkah mereka mencari calon untuk Mr. Perfect seperti Izzul?

“Dia memilih sangat kot?” Alya cuba memberi andaian.

“Tak salah memilih.. tapi jangan la melampau sangat. Kalau boleh, dia nak pasangan dia tu sempurna macam dia...” kata Ainul. Kepalanya dari tadi asyik menggeleng tidak berpuas hati. Alya hanya tersenyum.

“Dia nak cari pasangan yang sempurna, dia tu dah cukup sempurna ke?” Alya mengangkat kening. Ada riak memerli sedikit.

“Memang secara kasarnya dia agak sempurna. Muka handsome, tinggi, badan bidang dan sasa, otak cerdik dan bijak, self-confident yang tinggi. Umur muda dah mampu handle firma sendiri. Sebab tu kalau boleh, dia mahukan perempuan yang sama hebat seperti dia” jelas Ainul. Alya mengangguk faham.

“Takpelah, InsyaAllah.. satu hari nanti jumpa jugalah si Mrs. Pefect untuk Mr. Perfect macam dia!” perli Alya lagi. Mereka ketawa apabila memikirkan soal itu. Wujudkah manusia yang perfect sebenarnya?

“Kau macam mana pula, Alya? Dah ada yang punya, ke?” tanya Ainul membuatkan Alya ketawa sejenak.

“Siapa la yang nak kat aku ni, Ainul...” Alya sekadar merendah diri. Bukan kerana tidak laku tetapi kerana dia tidak punya masa untuk mencari teman hidup. Hidupnya hanya untuk keluarga. Selagi dia masih lagi menanggung keluarga, dia tak boleh mencari pasangan.

“Kau lawa apa? Si Aizat mana? Skandal kau dulu tu kan pernah sukakan kau?” usik Ainul. Alya tersenyum. Aizat... Nama itu kembali mekar di hatinya. Sudah lama dia lost contact dengan lelaki itu. Tidak tahu kemana lelaki itu pergi setelah dia menolak cintanya. Aizat pernah menagih kasih padanya dulu. Dia satu tempat kerja dengan mereka. Namun disebabkan kerana dia perlu memberi perhatian kepada keluarga, dia menolak lelaki itu bulat-bulat. Kerana kekecewaan, Aizat pergi membawa diri. Dia resign pun senyap-senyap tanpa memberitahu Alya.

“Aku dah lama tak contact dia, Ainul..” jawab Alya lagi.

“Yelah, dulu kau jual mahal.. Terus mamat tu bawa diri...” tegur Ainul. Alya hanya tersenyum sahaja. Dia tahu dia salah. Tetapi dia tak mahu memikirkan perkara itu sangat. Masalah keluarganya ini lebih berat dari soal percintaannya itu.

“Hah! Alang-alang kau tengah mencari ni, apa kata kalau aku kenalkan kau dengan abang sulung Arif tu..” Ainul memberi idea. Alya membuntangkan matanya terkejut.

Ainul hanya mengangguk.

“Aku tengok kau ada pakej. Lawa, bekerjaya, pandai masak.. sempurna la! Abang sulung Arif tu hanya pandang perempuan yang sempurna je..” puji Ainul lagi. Mukanya agak berseri-seri. Alya rasa nak tergelak apabila kawan baiknya itu memujinya.

“Ye la tu...” Alya menyangkal setiap kata-kata pujian si Ainul.

“Betullah! Takkan aku nak tipu.. Aku rasa kau boleh bantu aku... Please!?” pujuk Ainul. Lengannya digoyang-goyangkan berharap. Matanya bersinar-sinar seolah-olah mengharapkan agar Alya menerima pelawaannya. Dia tahu tentu Abang Izzul akan menerima gadis di hadapannya ini.

“Tak naklah aku hidup dengan manusia ego macam tu! Kau pun kata abang dia tu cukup cerewet dan terlampau mengejar kesempurnaan. Kalau aku kahwin dengan dia, asyik dok kena tengking je la..” balas Alya menolak.

“Alah.. mana tau dia boleh berubah lepas kahwin dengan kau? Kau kahwin ajelah dengan dia. Pastu kalau takde jalan penyelesaian, boleh aje korang berceraikan?”Ainul sekadar memberi harapan.

Alya menggelengkan kepalanya.

“Soal kahwin jangan buat main-main, Ainul. Kalau aku nak berkahwin dengan seseorang biarlah atas dasar kasih sayang dari kedua belah pihak. Aku tak nak kahwin dengan cara macam ni and then bercerai kalau tak boleh nak harungi masalah bersama..” tegur Alya. Ainul terdiam.

“Maafkan aku Alya” pinta Ainul serba salah.

“Takpe.. Lagipun, aku tak terfikir lagi ke arah tu. Aku sekarang ni tengah pening fikirkan masalah family aku” getus Alya memberi penjelasan. Riak muka Ainul berubah.

“Kenapa dengan family kau?” tanya Ainul. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan keluarga Alya. Alya mengeluh. Melepaskan segala ketegangan dalam fikirannya itu.

“Family aku sekarang ni berhutang dengan Along..” jawab Alya perlahan. Sudah tak tahu nak cerita pada siapa soal ini. Dia perlukan seseorang untuk mendengar keluhan hatinya.

Ainul terkejut.

“Gila! Berapa weih?” tanya gadis itu lagi.

“Dalam RM300,000.. Aku dah bayar tiap-tiap bulan duit hutang tu namun hanya setakat bayar untuk bunga sahajalah. Aku dah buntu dah ni...”

“Kesiannya kau....” Ainul berasa simpati dengan nasib Alya.

“Hem..” Alya tidak tahu nak cakap apa lagi. Hanya keluhan sahaja yang dia dapat lepaskan.

Tiba-tiba Ainul teringatkan sesuatu. Wang cagaran...

“Kau nak duit tak?”

Alya memandang tepat ke wajah Ainul.

“Kau ada jalan lain ke?” Alya seolah-olah berharap. Mungkin ada jalan lain untuknya.

“Kau ambil offer aku ni..”

“Maksud kau?” Alya masih lagi tidak memahami.

“Kalau kau kahwin dengan Abang Arif, kau akan dapat lumpsum RM500,000” jelas Ainul membuatkan Alya mengangkat mukanya. RM500,000?? Wah! Banyak gila!! “Macam mana?” kening Ainul terangkat seolah-olah memberi harapan. Dia yakin dengan offer ini tentunya dapat menyelesaikan masalah Alya sekarang ini. Juga masalah dia dengan Arif.

Alya masih lagi diam. Dia tak boleh terus-menerus mengambil keputusan.

Perlukah dia menerima tawaran Ainul? RM500,000 itu terlampau banyak. Dan dengan duit itu juga dia mampu untuk membayar hutang family dia itu.

“Kalau kau terima, kau dah selamatkan ramai orang. Mak kau, adik-adik kau.. aku.. Arif.. Fikirkanlah!” uji Ainul lagi. Alya masih berfikir.

‘Betul.. Betul kata Ainul. Kalau aku terima, aku bakal membantu ramai orang. Semua orang bahagia. Mak dan adik-adik yang lain pastinya takkan duduk di rumah dalam keadaan ketakutan. Hutang mampu dilangsaikan, malah ada lebihan lagi untuk digunakan kepada keluargaku. Ainul dan Arif juga dapat berkahwin. Tapi.. Ah! Perlukah aku terima? Mampukah aku hadapi sekiranya aku berkahwin dengan lelaki yang aku tak cinta? Aku tak nak kebahagiaan untukku tiada kerana mengejar kebahagiaan orang lain. Tetapi, kebahagiaan family aku kebahagiaan aku jugak Macammana ni?!’ Alya memberontak di dalam hati. Dia tak tahu bagaimana untuknya mengambil keputusan.

“Nantilah, Ainul. Bagi aku masa untuk fikirkan...” pinta Alya membuatkan Ainul sedikit kecewa.

“Oklah! Kau balik rumah, kau fikir baik-baik. Peluang hanya datang sekali sahaja..” nasihat Ainul kepada Alya. Alya hanya tersenyum pahit. Perlukah aku?

Ainul memandang jam di tangan.

“Eh, dah time masuk office ni. Jom!” ajak Ainul. Alya mengangguk lantas menghabiskan sisa air teh tarik di atas meja dan mencapai beg tangannya. Mereka segera melangkah masuk ke dalam office.

7 orang beri kritikan::

Noor Affiqah berkata...

sila smbng next n3 cpt2...hehehe

Tanpa Nama berkata...

best2... mnnti n3 yg sterusnye...

Aida Nadia berkata...

best4...
cpt la smbng..

cik n.haliban berkata...

dah 3 bulan dah~
herm...nak tgk camne 2-orang ni hidup bersama. hehehe...

::KeNal! Daku:: (^_~) berkata...

blh sye tnye...cite nie ade jual kt psrn k..

Cik Waniey berkata...

cik ::KeNal! Daku:: (^_~)

insyaAllah kalau tade aral melintang akan terbit.. dalam proses menyiapkan manuskrip cerita ni..

skg ni wani nak promote cerita ni dulu di blog dan penulisan2u =)

::KeNal! Daku:: (^_~) berkata...

blh x kalu dh kuar bg tau saye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...