RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.
Walaupun dah dua tahun, masih ada lagi yang bertanya tentang buku "BENCI BILANG CINTA". Waniey sendiri pun tak tahu mana nak dapatkan buku ni cuma terfikir, cuba cari di MPH hehe..
Dalam masa yang sama.. Alhamdulillah, sehingga sekarang "HELLO MR. PERFECT!" masih dalam carta. Dan tidak disangka-sangka terpilih dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2013. Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengundi buku Waniey! Love you all la!
Untuk pengetahuan korang, tak lama lagi "ALAMAK ARZIRIL KE ARIEL?" bakal diterbitkan. Tentu ramai yang dah lama tunggu cerita ni dibukukan. Maklumlah, sudah 4 tahun sebenarnya cerita ni baru sekarang dia nak terbit kan? Ramai yang tertanya-tanya, bila AAKA nak terbit? Jawapan Waniey.. tidak lama lagi. Tarikh dah dapat cuma Waniey nak rahsiakan dulu. hehe. Hope, lepas ni ramai yang tersenyum bila buku AAKA ada di dalam genggaman.
Dan sekarang waniey masih dalam proses menyiapkan manuskrip novel ke-4 iaitu "PERFECT MATCH!". Hope dapat diterima oleh kawan-kawan diluar sana. Thanks taw! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader. Wani hargai sangat2!
SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 8 Julai 2011

My next novel, "Hello, Mr. Perfect!!" will complete soon!~



SINOPSIS:
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai.  Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya, namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

9 orang beri kritikan::

Aida Nadia berkata...

wahhh....sinopsis yg mnrik laa..
mst best ni...
^_^

Cik Waniey berkata...

insyaAllah menarik =) hehehe

cik n.haliban berkata...

akan diterbitkan kah?

Cik Waniey berkata...

yeps.... insyaAllah.. =)

Wild Cherry berkata...

tajuk dia best la kak...

Tanpa Nama berkata...

saya bru jmpe blog nie..
bru bca sinopsis,dh taw mcm best je..
nie nk trus baca nie...

shida berkata...

dah baca pun novel nie...mmg best..rugi kalau x bli....jalan cerita yang menarik...suka sgt2...

eLiza nABILah berkata...

dah baca daaa...best gila!!izzul cam lee dong wook? gila sweet la gitu..kekeke..

Tanpa Nama berkata...

salam, aritu sye dh beli novel neh., mmg perfect tp teruskan sikit lg usaha anda :) hehe