RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 7 Mei 2011

Cinta Belakang Tabir 4

BAB 4

“Apa mimpi Ika datang sini?” tanya Zarith Azwani sambil menatang dulang berisi air teh panas dan biskut kering. Hanya itu sahaja stok yang tinggal. Dia takde masa untuk pergi ke pasar membeli barang keperluan memandangkan kerja di pejabat begitu banyak. Maklumlah, buat perniagaan sendiri memang perlukan banyak pengorbanan. Mujurlah ada ayah mertua dan sedara yang lain yang sudi menjaga Fatin, anak sulungnya yang berumur 10 tahun sekiranya mereka pulang lewat.

Siti Zulaikha terasa dirinya diperli. Dia cuba buat muka tak tahu apa-apa.

“Ika datang nak jemput Abang Zafril pulang!” jawab Siti Zulaikha direct. Tidak ada kata bunga-bunga sedikit pun. Memang benar! Dia memang berniat untuk membawa Zafril pulang memandangkan lelaki itu sudah semakin lupakan dia bila berada di kampung. Tidak call atau bertanyakan khabar dia langsung.

“Kenapa? Zafril tu baru sahaja datang bercuti ke sini. Lagipun ada Zafril kata nak pulang?” bantah Zarith Azwani. Dia paling pantang sekiranya adik kesayangannya dibuat seperti itu. Siapa Siti Zulaikha pada Zafril Hazwan? Belum ada apa-apa ikatan sudah mampu mengaturkan hidup Zafril.

“Dia nak ke tak nak ke saya tetap nak bawa dia pulang, kak!” bentak Siti Zulaikha. Zafril itu bakal menjadi hak dia. Siapa Zarith Azwani untuk membantah? Tumpukan saja pada keluarga sendiri. Tak payah nak ambil tahu hal orang lain.

“Ika! Kalau Ika datang ke sini hanya semata-mata untuk menambahkan masalah, baik tak payah datang. Zafril tu bukan budak kecil yang kena ada orang tentukan hidupnya. Dia sudah besar dan mampu merancang hidupnya sendiri!” marah Zarith Azwani. Geram betul dia dengan kata-kata Siti Zulaikha. Inikah bakal adik isteri yang layak untuk Zafril Hazwan?

“Siapa akak untuk mengajar saya? Zafril bakal suami saya. Saya ada hak!” balas Siti Zulaikha lagi. Kali ni makin pedas dan menusuk jantung. Zarith Azwani mengetap bibir. Sakit hati dia!

Minah ni memang berani untuk mencuba bermain dengan api! Memang dasar muka tak tahu malu. Dah la jejak kaki ke rumah orang macam tu je, lepas tu bikin havoc dekat sini. Perangai ibu dengan anak sama je!

Masih dia ingat tatkala mami dan ayah datang merisik wanita di hadapannya. Dia dan suami juga turut serta. Kata-kata ibu Siti Zulaikha yang menyakitkan dan memalukan mami di hadapan saudara-mara yang lain betul-betul mencabar dirinya. Kalau tidak kerana maminya menghalang, sudah lama dia balas balik kata-kata perempuan itu! Hello, kitorang dari keluarga terhormat ye. Ada harga diri. Keturunan Diraja Acheh lagi. Korang yang tak layak sebenarnya menjadi salah seorang ahli keluarga kami!

Sebelum gunung berapi semakin meledak, baik ignore dan layan je la minah tak tahu malu ni. Nasib la Zafril sayangkan kau! Kalau tak, dah lama muka kau tu aku bagi penampar sulung! Dasar perempuan tak sayang mulut!
           
Suasana kembali sunyi. Masing-masing melayan perasaan masing-masing. Sehinggalah Zafril menampakkan dirinya di hadapan pintu rumah. Sebaik Zafril memberi salam, Siti Zulaikha sudah menempik dari dalam. Zafril terkejut dengan kehadiran Siti Zulaikha yang datang secara tiba-tiba tanpa menelefonnya terlebih dahulu.

“Apa Ika buat dekat sini?” tanya Zafril. Sekilas ditarik tangan wanita itu ke luar rumah. Mereka berbincang di luar. Zarith Azwani hanya menggelengkan kepala di dalam. Lantak korang la! Bincanglah masalah korang baik-baik.
           
“Lepaslah!” bentak Siti Zulaikha cuba melepaskan genggaman tangan Zafril dengan kasar. Dia menyapu pergelangan tangannya untuk menghilangkan sakit. Matanya memandang tajam ke arah Zafril. Sempat lagi Zafril menoleh ke kiri ke kanan untuk memastikan tiada siapa memerhatikan mereka berdua.

“Sayang buat apa dekat sini? Kenapa tak call dulu nak datang?” tanya Zafril sekali lagi apabila melihat tiada siapa di sekeliling mereka.

“Kenapa? Salah ke sayang datang?” perli Siti Zulaikha sekadar menguji. Sengaja dia datang ke kampung itu semata-mata untuk melihat kejujuran Zafril Hazwan.

Semalam, sewaktu dia menziarahi ibunya.. awal-awal ibunya sudah membuat sangkaan bahawa Zafril Hazwan kemungkinan sudah ada pengganti memandangkan dia rajin pulang ke Penang berbanding Melaka. Setiap kali cuti pertengahan, seringkali Zafril pulang ke Penang mesti ada apa-apa.

“Ibu bukan apa, Ika! Ibu tak nak si Zafril  tu terus-terusan mempermainkan perasaan Ika. Ibu tak nak anak ibu ni sedih dan menangis sekiranya Zafril curang di belakang Ika!” tegur ibunya membuat sangkaan yang bukan-bukan. Siti Zulaikha percaya pada kejujuran Zafril Hazwan. Mana mungkin lelaki itu menduakan dia kerana Zafril Hazwan tidak pernah memandang perempuan lain sepanjang mereka di kolej dulu.

“Ika percayakan dia, ibu. Mustahil Abang Zafril ada yang lain..” balas dia menyangkal kata-kata ibunya.

“Habis tu? Kenapa rajin sangat si Zafril tu balik ke Penang? Mak bapak dia takde ke kat Melaka tu? Takkan semata-mata nak jumpa kakak dia je? Kamu kena ingat Ika. Lelaki ni kita tak boleh 100% percaya kat dia. Sealim mana pun lelaki tu, tetap akan cair kalau ada perempuan lain cuba mendekatinya!!” tambah ibunya lagi bagi membakar api kemarahan Siti Zulaikha.

Disebabkan kata-kata itulah, Siti Zulaikha datang menemui Zafril tanpa menelefon lelaki itu terlebih dahulu. Sengaja untuknya melihat kejujuran Zafril ketika mereka berjauhan. Dia sedar, dia cemburu. Bak kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Jadi tidak salah sekiranya dia cemburu tak tentu pasal kerana dia sayangkan Zafril.

“Tak salah.. tapi supposely telefon abang dulu. Mana tahu abang ada kat tempat lain ke masa Ika datang ke sini?” jawab Zafril menenangkan keadaan.

“Ika tak peduli! Abang kena ikut Ika balik KL hari ni jugak!” pinta Siti Zulaikha keras. Apa nak jadi, jadilah!

"Tapi cuti semester abang baru je bermula. Abang nak duduk sini dulu. Kalau nak dekat habis cuti semester, abang balik ye sayang?” pujuk Zafril. Bukan dia tak mahu balik ke Kuala Lumpur, dia ada target duduk di Penang ni. Hatinya tenang di sini. Dari dulu sampai sekarang.

Sewaktu adegan itu berlaku, Alisya Athirah  sedang dalam perjalanan ke rumah Mak Ngah Zarith untuk menghantarkan pengat pisang yang dibuat maminya untuk mereka. Dia terkejut apabila melihat Zafril Hazwan bersama seorang perempuan. Keadaan mereka jelas begitu tegang. Wanita itu menempik dan meninggikan suara kepada Zafril Hazwan. Zafril Hazwan mundar-mandir ke sana ke mari cuba untuk memujuk wanita itu. Sekilas Alisya Athirah  menyorokkan diri di sebalik pokok pisang berhampiran. Matanya betul-betul mengadap ke arah mereka. Umpama seperti sebuah drama yang tiada pengarah dan krewnya.

‘Siapa perempuan tu?’ tanya Alisya Athirah  di dalam hati. Kepalanya ligat memikirkan adakah dia pernah berjumpa dengan wanita itu sebelum ini?

“Tak mahu! Kalau abang tak nak kemaskan barang abang sekarang, biar Ika saja yang pergi kemaskan!” Siti Zulaikha menolak Zafril Hazwan ke tepi dan berjalan terus ke arah rumah kakaknya. Zafril cuba menghalang tetapi Siti Zulaikha semakin mengganas. Dia tiada pilihan lain selain membiarkan sahaja Siti Zulaikha membuat adegan ceritanya sendiri.

Alisya Athirah  bergerak ke dapur rumah Zarith Azwani. Ketika itu, Zarith Azwani sedang leka mengukus kuih seri muka. Keadaan rumah agak riuh dengan pergaduhan Siti Zulaikha dan Zafril Hazwan. Zarith Azwani hanya menggelengkan kepala. Malas dia nak melayan.

“Assalamualaikum, Mak Ngah..” ucap Alisya Athirah di sudut pintu dapur sambil memegang semangkuk pingat pisang. Mami Alisya Athirah memang pandai membuat pengat pisang. Sekiranya dia membuat kuih itu pastinya tidak lupa untuk dihantar sedikit kepada keluarga Zarith Azwani.

“Waalaikumussalam..” jawab Zarith Azwani lembut. Dia segera menjemput Alisya masuk ke dalam. “Kenapa tak masuk kat pintu depan je? Terkejut Mak Ngah bila Eisya dah tercongok kat depan pintu dapur tu.” usik Zarith Azwani lantas mengambil pengat di tangan Alisya Athirah lalu diletakkan di atas meja makan.

“Eisya ingat nak lalu kat depan tadi tapi Eisya nampak…” belum habis Alisya Athirah menghabiskan ayatnya, Zarith Azwani sudahpun tersenyum sinis.

“Nampak adegan pergaduhan di luar ka?” tanya Zarith Azwani mengenalpasti. Alisya Athirah mengangguk laju. Dia mencari kerusi  lalu duduk menghilangkan penat. Zarith Azwani masih lagi sibuk mengukus kuih seri mukanya.

“Siapa perempuan tu, Mak Ngah?” tanya Alisya Athirah sekali lagi. Terbit rasa cemburu di hatinya.

“Siapa lagi kalau bukan teman wanita Pak Su Zafril kamu!” jawab Zarith Azwani keras. Sengaja ditekankan perkataan teman wanita itu di hadapan Alisya Athirah. Muka Alisya Athirah merona merah. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Teman wanita!? Rasa nak jatuh jantungnya bila Mak Ngah Zarith mengatakan mengenai teman wanita Zafril.

‘Jadi, perempuan itukah masalah besar Pak Su Zafril selama ini?’ Alisya Athirah membuat andaian sendiri.

“A.. apa dia buat dekat sini, Mak Ngah?” suara Alisya semakin gugup. Tidak tahu hendak berkata apa. Hatinya remuk. Tak sangka, Pak Su Zafrilnya sudah berpunya.

Zarith Azwani menarik kerusi dan duduk berdekatan dengan Alisya Athirah. Dia mengeluh. Terbit rasa marah dan kesal di sebalik raut wajahnya. Alisya mengerut dahi tanda memahami perasaan Mak Ngah kesayangannya ini.

“Perempuan tu datang nak jemput Pak Su Zafril kamu tu balik Kuala Lumpur!” jawab Zarith Azwani. Sekali lagi Alisya Athirah terkejut.

“Untuk apa!?” spontan dia membantah. Zarith Azwani mengerut dahi kehairanan.

"Hai, macam tak suka ja? Hehehe” usik Zarith Azwani membuatkan Alisya Athirah segera melarikan pandangan matanya ke arah lain. Zarith Azwani tahu yang Alisya Athirah memang rapat dengan adiknya sejak gadis itu kecil lagi. Mereka dah macam belangkas. Kemana saja Zafril Hazwan berada pastinya Alisya Athirah ada di sisi. Cuma sejak 2 tahun yang lalu, hubungan mereka sedikit renggang. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Namun, dia langsung tidak tahu soal isi hati Alisya Athirah kepada adik kesayangannya. Tiada siapa yang tahu kecuali Umairah seorang.


“Mak Ngah ni! Eisya bukan apa, datang macam nak cari gaduh ja! Senang-senang nak bawak Pak Su Zafril balik Kuala Lumpur. Siapa dia pada keluarga ni? Hanya setakat awek sahaja. Takde ikatan yang formal gipun, kan?” balas Alisya Athirah menyangkal sangkaan Zarith Azwani. Zarith Azwani hanya ketawa sahaja.

“Depa dah nak kahwin dah pun, Eisya! Sebab tu perempuan tu dok berani masuk campur hal Pak Su Zafril kamu tu” spontan jawapan itu keluar dari mulut Zarith Azwani.

“Apa?” sekali lagi Alisya Athirah terkejut. Dia tidak boleh menerima jawapan itu. Tidak! Dia tidak bersedia! Memang Zafril Hazwan tua dari dia. Tapi bukan dalam umur yang sungguh muda sebegini. 23 tahun masih terlalu awal untuk lelaki seperti Zafril Hazwan mendirikan masjid. Lagipun, dia masih lagi belajar walaupun hanya part time degree di MMU. Tidak! Dia masih tidak percaya!

“Ika! Cuba dengar cakap abang!! Jangan buat abang macam ni!” marah Zafril Hazwan sewaktu Siti Zulaikha sudah mengangkat beg pakaiannya keluar dari bilik. Dicuba untuk merampas beg itu namun Siti Zulaikha lebih licik melarikannya. Suara pergaduhan mereka mengejutkan mereka berdua di dapur. Mujur anak sulungnya, Zarith Fatehah keluar bermain bersama sepupu di luar manakala suaminya, Tajul Arif keluar ke pekan untuk membeli barang dapur.

“Abang nak ikut Ika ke atau abang nak buat Ika mengamuk dekat sini!?” ugut Siti Zulaikha membuatkan Zarith Azwani rasa tercabar. Kesabarannya sudah sampai ke tahap nak meletup! Dia bangun lantas bergerak ke arah mereka berdua. Alisya Athirah ketakutan melihat adegan itu.

“Apa bising-bising ni? Tak hormat ke ini rumah siapa?” marah Zarith Azwani kepada mereka berdua. Masing-masing senyap. “Ika! Kalau kamu datang ke sini tak buat huru-hara boleh tak? Ini rumah akak, bukan rumah kamu! Cuba kamu jangan bersikap kurang ajar dengan Zafril! Diakan bakal suami kamu! Kalau sekarang kamu dah berani meninggikan suara dengannya, tak mustahil kamu lebih berani meninggikan suara bila kamu berdua dah berkahwin nanti!” nasihat Zarith Azwani.

“Akak siapa nak ajar saya!? Jaga rumah tangga akak sudah!! Rumah tangga sendiri pun terhuyung-hayang ada hati nak nasihatkan orang!!” bentak Siti Zulaikha kepada Zarith Azwani. Tiba-tiba.. PANGGG!!~ Masing-masing terkejut dengan aksi spontan itu. Siti Zulaikha memegang pipinya yang merah akibat dilempang oleh Zafril Hazwan. Dia tersenyum sinis ke arah lelaki itu. Ibu dan ayahnya tidak pernah menjentik sedikitpun pada dia inikan pula nak lempang dia. Zafril Hazwan la lelaki pertama yang menyakiti dia secara kasar sebegini. Tanpa dapat ditahan, air mata mengalir deras. Zafril Hazwan tercungap-cungap menahan marah.

“Sampai hati abang menampar Ika! Ibu Ika pun tak pernah menampar Ika tau!” kata Siti Zulaikha tersekat-sekat. Matanya merah. Air mata dari tadi tidak henti-henti mengalir. Zafril Hazwan menarik nafas dan kembali mengucap. Rasa amarah menguasai segalanya. Dia hilang kawalan tadi.

“Maafkan abang, Ika! Abang tak nak Ika kurang ajar dengan kakak abang! Ika pulanglah ke Kuala Lumpur dulu. Sampai masa nanti abang pulang juga, ok?” pujuk Zafril Hazwan kembali. Siti Zulaikha membuang beg pakaiannya ke tepi lantas berlari mendapatkan beg tangannya dan bergerak ke kereta Honda Citynya. Belum sempat dia bersalam dengan Zafril Hazwan dan Zarith Azwani, kereta sudah dipandu laju keluar dari perkarangan rumah. Sengaja ditekan minyak sepuas hati bagi membuang rasa marahnya di situ. Zafril Hazwan hanya menggelengkan kepalanya. Panggilannya tidak berjawab.

‘Biarlah! Dia tengah marah tu. Nanti oklah tu!’ pujuk hatinya. Zafril Hazwan mengeluh. Apalagi yang harus dia lakukan? Zarith Azwani memegang bahunya.
           
“Sabarlah, dik. Akak nak adik fikir semasak-masaknya sebelum kahwin. Ini masa depan adik sendiri. Samada adik nak teruskan atau putuskan ja hubungan korang berdua ni!” nasihat Zarith Azwani. Alisya Athirah hanya terdiam membisu melihat adegan itu. Dia tak tahu nak cakap apa.

**************

3 orang beri kritikan::

blinkalltheday berkata...

besttt,hope sgt zafil dgn alisha

Tanpa Nama berkata...

best......bile nak sambung??????????

alias mardhiah berkata...

sambunglaaaa sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...