RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 17 Mei 2011

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 10

Aku mengemas bajuku di dalam beg lantas diletakkan ke dalam almari. Baru sebentar tadi papa dan mama beritahu yang kami akan tinggal terus di Kuala Lumpur. Itu yang membuatkan aku agak lega sedikit. Lepas ni tak perlulah untuk aku berjimat untuk pulang ke Sabah lagi.

Sebaik sahaja baju dikemas, aku beralih pula ke beg tanganku. Barang-barang di dalam beg aku keluarkan. Niatku hanya untuk mengambil diari kesayanganku kerana tiba-tiba terasa ingin menulis sesuatu. Diari itu aku buka satu page ke satu page. Setiap bait ayat aku baca satu persatu. Kadang-kadang tersenyum sendiri apabila membaca kenanganku bersama dengan arwah Fazrul. Air mata mendarat dikelopak mataku. Ah! Tak sanggup untuk aku lupakan dia! Ya Allah, tolong la hambamu ini........... Rintihku dalam hati.

"Wani?" panggilan mama membuatkan aku tersedar dari lamunan. Tidak sedar mama masuk. Segera aku mengesat air mata dari terus mengalir. Kutatap wajah mama yang berkerut seribu. Seakan-akan faham apa yang kualami sekarang ini...

Mama melabuhkan punggungnya di sebelahku. Dia memegang bahuku. Lantas dia tersenyum.

"Kenapa sayang menangis?" tanya mama. Aku mengetap bibir. Mama memandang mataku sedalam-dalamnya. "Wani rindukan Arul ke?" tanya mama lagi. Aku hanya mampu mengangguk. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir deras. Segera aku memeluk mama erat. Ah! Aku hanya insan biasa. Tidak mampu untuk melawan takdir. 

***********************

Esok paginya seperti biasa kami sarapan pagi. Aku duduk di sebelah mama. Mama lantas mengambilkan pinggan dan meletakkan nasi goreng yang masih panas ke dalam pingganku. Mama menghulurkan pinggan itu kepadaku. 

"Thanks mama..." ucapku.

Papa meletakkan surat khabar sebaik sahaja dia selesai membaca. Kemudian kami sama-sama menikmati rezeki di hadapan mata. 

"Wani nak kemana cuti semester ni?" tiba-tiba soalan papa memecahkan suasana yang sunyi sebentar tadi.

"Tak tahu la, papa. Wani ingat nak duduk rumah, je..." balas aku. Nasi kukunyah perlahan. Terasa seperti makan pasir je kerana begitu sukar untuk aku telan walaupun nasi goreng yang dibuat oleh mama memang merupakan nasi goreng paling sedap di dunia dan juga menjadi makanan kegemaranku. Mungkin kerana aku tidak ada selera sejak kematian Fazrul. Badanku pula semakin lama semakin kurus. 

"Sayang... Mama dan papa risau tengok Wani macam ni..." tegur mama. Aku hanya tersenyum pahit. Maafkan Wani, mama. Sebab buat semua orang risau... balasku dalam hati.

"Wani kerja kat syarikat papa...." tiba-tiba papa usulkan lagi cadangan itu seperti biasa. Dulu, aku pernah membantu papa menjadi akauntan sementara di syarikat. "Dari duduk rumah, at least ada duit belanja..." tambah papa lagi membuatkan aku bertambah berminat. Bukan minat kerana 'duit belanja' tetapi berminat kerana maybe dengan cara ini aku mungkin dapat melupakan Fazrul sedikit demi sedikit.

*****************

Hari pertama aku bekerja.. kali ini bukan di syarikat papa tetapi syarikat kawan papaku. Tiba-tiba hari itu papa menukar plan kerana tempatnya tidak ada kosong untuk jawatan akauntan sementara. Mujur kawannya memerlukan pekerja sementara, terus papa perkenalkan padaku. 

Hari ini aku hanya memakai baju kurung moden dan bertudung ala-ala stail Yuna. Wajah ku solek nipis sahaja. Sementara menunggu lif, sempat lagi aku mengeluarkan compact powder untuk melihat wajahku. Takut kalau-kalau bedak tak sekata ke.. lipstik terlebih ke... Sebaik sahaja lif terbuka terus aku masuk ke dalam. Punat No 16 kutekan. Belum sempat lif tertutup, seseorang menjerit dari jauh...

"Nanti!! Tungguu!!" jerit suara tersebut. Aku segera menahan pintu lif dari tertutup untuk memberi laluan kepada lelaki itu. Kelihatan seorang lelaki berlari menghampiriku dalam keadaan tercungap-cungap. Aku terdiam. Wajahnya seiras lelaki yang aku jumpa hari itu di hadapan maybank. Wajahnya seperti..... Fazrul? "Thanks!" ucap dia membuatkan aku tersedar dari lamunan. Hish! Mustahil!!! Mungkin pelanduk dua serupa!!! Pintu lif tertutup. Mataku masih lagi melekat ke mukanya. Seperti ada magnet je. 

Lelaki itu sedar dirinya diperhatikan. Dia mengerling ke arahku. Segera aku mengalihkan perhatianku ke arah lain. Rasa malu pun ada. Aku memandang ke arah nombor di atas. Lif masih di tingkat 2. Lambatnya nak sampai tingkat 16.. Adeh! Aku memandang ke arah punat nombor di situ. Lelaki itu tidak pula menekan nombor lain selain no 16. Adakah kami dalam satu level yang sama? Benar.. wajah dia ada iras Fazrul tetapi takde la iras sangat. Hanya bezanya, lelaki itu berkulit cerah dan memakai speky berbingkai tebal ala-ala budak nerd tapi tetap smart. Rambutnya pula berwarna perang, tak diketahui perang kerana warna ataupun semulajadi. Rambutnya itu dipacakkan ikut style tetapi masih ada sedikit style 'Korea' yang biasa kita tengok kat tv tu. Memang handsome! Tetapi tidak se'handsome' arwah Fazrul! Cuma lelaki di hadapanku ini nampak jambu sedikit tetapi tetap menarik perhatianku. Mungkin kerana memiliki kulit yang cerah sebab tu layak dipanggil jambu.. huhuhu

"Sudah puas ke awak pandang saya?" tiba-tiba ayat itu keluar dari mulut lelaki itu. Aku tersedar seketika. Kerek sungguh ayat lelaki ini. Dia menoleh ke arah aku. Senyum tidak, apapun tidak. Dari start dia masuk sampai sekarang, masam je muka! Hello sedara, ingat aku kepingin sangat ke nak tatap wajah kau tu lama-lama? Pleaseeee... Rungut aku dalam hati.

Sebaik lif sampai di tingkat 16, kami keluar bersama. Lelaki itu sempat menjeling ke arahku. Wow! Kalah awek-awek yang kena ngorat dengan buaya darat you! Jelingan dia tu tajam nak mampus! Tapi... ada aku kesah!? Lelaki itu meninggalkan aku yang terpinga-pinga lantas segera menghampiri pintu dan meletakkan matrix card dia ke scanner berhampiran. Kedengaran bunyi "beep" dan secara automatik pintu tu terbuka sedikit. Wah! Advance jugak kompeni member papaku ni. Kulihat signboard di situ.

Fernand Electrical & Engineering Sdn Bhd

Betul la ni.. Aiseh.. takkan satu tempat kerja dengan mamat sombong tu kot? Oh tidak! Aku menggaru kepala. Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Alamak! Uncle Fernand..

"Hello, uncle!" ucap aku sebaik sahaja punat call kutekan. "Wani dekat depan ofis uncle ni. Tak tahu macam mana nak masuk...." jawab aku lagi. Belum sempat aku menghabiskan ayat tiba-tiba pintu terbuka. Kelihatan seorang lelaki India yang berumur dalam lingkungan 50-an, kira baya papaku memandang ke arahku. Dia tersenyum.

"Hai, Miss Wani!!" tegur dia lantas menjemputku masuk. Aku yang dari tadi teragak-agak akhirnya melangkah masuk ke dalam ofis itu. Memang cantik hiasan di dalam ofis ini. Begitu ekslusif. Uncle Fernand membawaku ke biliknya sebelum memperkenalkan aku kepada staf-staf di situ. Sepanjang aku jalan melalui mereka, aku terpandang ke arah lelaki yang aku jumpa di lif tadi. Dahinya berkerut. Samada takut, terkejut ataupun tidak percaya yang kami bakal bekerja bawah satu bumbung. Aku cuba memberi senyuman yang cukup manis padanya tetapi langsung tidak berbalas. Huish! Sombong giler mamat tu. Lagi sombong dari Fazrul sewaktu awal perkenalan kami dahulu. Gasaklah! Tak kisah pun!!!........... Kakiku melangkah ke pejabat Uncle Fernand. Terima la seadanya yang aku akan bekerja dengan mamat itu.

**************

"Harris.." jawab dia memperkenalkan diri. Aku hanya mengangguk. Baru la nampak sedikit senyumannya. Itupun dah boleh agak antara ikhlas atau tak. Oh.. Harris namanya. Sedap nama.. Sehandsome orangnya.. Hehehe.. Sabar Wani.. Sabar...

"Azwani.." balas aku pulak. Uncle Fernand tiba-tiba ketawa.

"Harris.. ini anak kawan saya. Dia masih lagi belajar dan tengah cuti semester. Wani akan menggantikan Halimatun untuk sementara sampai dia habis cuti bersalin..." jelas dia panjang lebar kepada Harris. Lelaki itu mengangguk lagi. Seakan-akan faham apa yang dijelaskan oleh Uncle Fernand.

"Wani, Harris ni Senior Engineer di sini. Kalau ada masalah, boleh rujuk pada dia, ye?" tambah Uncle Fernand lagi. Aku cuma tersenyum sahaja. Kemudian dia membawa aku kepada staff yang lain. Jelas kelihatan lelaki itu agak segak apabila memakai kot. Eh? Rasanya masa dekat lif takde pulak nampak dia pakai kot tadi... Hemm...

**************
"Awak kerja sini sampai bila?" tanya dia tiba-tiba apabila aku sedang sibuk melayan game 'solitare' di PC. Dari tadi aku masih belum mendapat kerja dari Uncle Fernand. Tu yang sempat main game bagi menghilang kebosanan. Tiba-tiba mamat 'arrogant' ni menegur aku.

"2 bulan lebih je. Sebab cuti semester saya 3 bulan..." jawabku dengan sejujur-jujurnya dengan memberi senyuman yang paling manis untuk tatapan jejaka handsome lagi sombong di hadapan aku ni.

"Ooo.. Just nak tegur.. Sila berhati-hati... Walaupun awak pekerja ganti, saya harap awak jangan main game time kerja. Nanti tak pasal-pasal dapat warning letter.. Thanks" tegur dia lantas bergerak meninggalkan aku. What the..................??? Hari pertama dah kena tegur. Hello, aku main game sebab takde kerja. Kalau ada kerja, aku tak bukak segala bapak nenek cucu game dalam PC ni okeh? Tiba-tiba perasaan geram terbit. Nampaknya mamat tu cuba nak create permusuhan denganku.. We wait and see...........

7 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

kak waniey bila nak sambung cite ni?

BiG DaDdY B34R berkata...

ble cte nk disambung...
jgan la biarkan tegantung lame2..
excited nk tau jln cte selanjutnya...

Tanpa Nama berkata...

best lh citer ni..tpi asl arul dh tk ade..sedih ye..cpt lh smbung lgi citer ni..best sngt2.......

intan berkata...

erm best cite ny kak,,,cpt la smbg cite ny,,,dh lme tggu tau...

cheknie berkata...

sdih ble arul da mnggal,tching da nie..huhuhuhuh..jdoh wani dgn haris nie ke???cpt la msk n3 bru ek

anyeL berkata...

citer dah tak smbung kerrrrr........ huhuhu..

npe fazrul mninggal..... huhuhu

Tanpa Nama berkata...

k wanieyy, smbong laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...