RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 15 Mei 2011

Alamak! Arziril ke Ariel!? 28

BAB 28

Dania memutarkan berulang kali cd konsert Arziril yang diadakan pada tahun lepas. Masuk kali ini sudah lebih 10 kali dia menyaksikan persembahan artis kesayangannya itu. Sekilas, dia tersenyum sendirian. Bila dilihat sekali imbas.. wajah Arziril saling tak tumpah wajah Ariel. Memang seiras! Ahh.. kenapa baru sekarang aku sedar akan ini?

Tiba-tiba dia teringatkan saat dia berlari bersama Ariel daripada peminat. Pada waktu itu, semua peminat menyangkakan yang Ariel adalah Arziril. Dia juga tidak lupa saat Ariel bergurau dengannya. Ahh rindunya dia pada Ariel. Sampai bila rindu ini akan tertanggung olehnya?

Matanya masih lagi tertancap ke screen laptopnya. Arziril memang hensem orangnya. Di saat dia menari hiphop dan membuat spinning head, dia sendiri sudah jatuh cinta. Arziril memang berbakat.. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki yang 'PERFECT'. Dan lelaki se'PERFECT' dia hanya layak untuk gadis yang setaraf dengannya. Hem... Siapa artis yang layak untuk lelaki itu? Adakah Eisya!? Oh nooooo... Tak sesuai...~

Sepanjang dia melancong bersama Arziril, dapat dia rasakan hangatnya cinta. Namun ianya tidak ada beza apabila bersama dengan Ariel. Bahangnya seakan sama. Minyak wangi yang selalu Ariel pakai setiap kali berjumpa dengannya seakan sama baunya dengan minyak wangi yang dipakai oleh Arziril. Perwatakan dan kemanjaan Arziril sewaktu berbual dengannya juga sama seperti Ariel. Adakah Arziril sama dengan Ariel? Adakah Arziril itu Ariel?

Dania menggelengkan kepala. Tidak mungkin! Mungkin dari segi itu ianya sama namun dari segi kepandaian, menari.. Ariel confirm failed! Ariel tidaklah sebijak Arziril dan kalau dia melihat Ariel menari, memang sumbang dan kaku. Masih dia ingat sewaktu kecil dulu Ariel selalu cuba mempraktikkan 'break dance' di hadapannya. Maklumlah, zaman dulu 'break dance' memang popular. Lebih-lebih lagi bila KRU menjadi idola Ariel waktu itu. Tapi angan-angan Ariel hanya mampu dibalas dengan ketawa sinis dari dia. Mustahil lelaki seperti Ariel yang slow itu mampu menjadi Arziril..... 

Dania senyum meleret... Walau apapun, dia tetap sayangkan Ariel. Walaupun Ariel tidak sehebat Arziril, Ariel tetap seorang yang begitu unik bagi dia. Ah, Dania! Perasankah kau? Baru bercuti-cuti bersama Arziril sudah perasan. Entah-entah Arziril tu langsung takde perasaan pada kau. Jangan nak perah santan teruk-teruk sangat ye?

************************

"Sayang!!!!" panggil Farisya apabila dia ternampak Arziril yang sibuk berlatih menari bersama backup dancer di bilik latihan. Dia dengan wajah monyok dan macam nak makan orang tu berjalan menghampirinya.. Arziril mengeluh lantas menyuruh anak buahnya berhenti untuk berehat. Dia bergerak ke kerusi panjang berdekatan untuk mengambil tuala bagi mengelap peluh. Farisya mendekatinya lantas lengannya dicapai. 

"Kenapa sayang pergi Sydney tak ajak Eisya!? Geram tau!!" rungut Farisya manja. Lengannya berulang kali digoyangkan. Arziril agak rimas dengan gadis itu yang kadang-kadang manjanya agak terlebih sedikit. Namun untuk menjaga hati, dia hanya mampu tersenyum.

"Ziril pergi sebab kerja, Eisya! Bukan suka-suka pergi melancong.." pujuk Arziril walaupun agak malas dan meluat. Kawan-kawan back up dancer yang lain hanya mampu tersenyum dan berbisik sesama sendiri apabila melihat adegan cintan-cintun di hadapan mereka. 

"Yelah! Kalau you pergi ke sana sebab kerja pun, tak salah kalau you ajak I! Duit tukan I bayar bukannya suruh penerbit you tu sponsor! You tau tak I bosan sorang-sorang dekat KL ni. Nak jugak teman you dekat sana" kata Farisya lagi. Arziril mengeluh lagi.

"You tak kerja ke? Bukan schedule you padat ke?" teka Arziril memerangkap Farisya. Jelas ada reaksi terkejut di wajah gadis itu.  Dia mengetap bibir. Geram apabila Arziril sengaja memalukan dia di hadapan kawan-kawan di situ.

"Me.. me.. memang la.. Tapi sometimes I nak la jugak beristirehat bersama dengan orang yang I sayang..." lengan Arziril semakin kuat dipegang. Arziril menolak tangan Farisya dari terus memegang lengannya. 

"Eisya, tak elok you buat macam ni depan public.." tegur Arziril. Dia cuba menjauhkan diri dari gadis itu. Eisya mendengus kasar.

"Hish! Kenapa dengan you ni!? Apa kurangnya I? Kenapa you buat begini Ziril!?" tiba-tiba gadis itu meninggikan suara.

"Buat apa? I tak pernah janji apa-apa dengan you, kan?" balas Arziril. Matanya tajam memandang Farisya.

"You jangan cuba cabar I, Ziril!" ugut Farisya. Arziril mendengus.

"Eisya.. kalau you datang sini hanya semata-mata nak buat onar, baik you pulang. Sayangi kerjaya you dan hormati kerjaya I. Kerjaya kita ni terdedah dengan public. So jangan buat pasal!" tegur Arziril meredakan keadaan.

"Baiklah! Suka hati you!" Farisya meninggalkan Arziril dengan perasaan geram dan bengang. Dia marah yang teramat sangat. Belum pernah ada lelaki yang menolak cintanya selama ini. Takpe, hari ini hari kau.. Tunggu hari aku pulak! bisik hati Farisya.

Marzuki yang ketika itu ingin berjumpa dengan Arziril untuk berbincang tentang jadualnya telah menyaksikan drama yang maha hebat itu. Dia tersenyum sinis. Idea tiba-tiba menjelma.

*****************************

Farisya keluar dari kereta Honda Citynya sebaik sahaja memakirkan keretanya di hadapan Masjid Putra. Dia berjalan menuju ke Souq Bazaar, Putrajaya. Pertemuan malam ini adalah pertemuan sulit antara dia dengan Marzuki. Entah apa motif lelaki itu menelefonnya petang tadi dan membuat pertemuan ini di malam hari. Dah la tu, jauh sampai ke Putrajaya. 

Sebaik sahaja dia terpandang Marzuki yang duduk di hujung jalan berdekatan dengan tasik buatan manusia itu, segera dia berjalan mendekatinya.

"Hah, ada apahal you nak jumpa I?" tanya Farisya kasar. Kalau tidak kerana Arziril, jangan harap dia nak  bertemu dengan lelaki ini. Bukan dia tak kenal dengan Marzuki. Lelaki itu acapkali mengajak dan mengoratnya namun dia malas untuk melayan. Lelaki bermulut manis dan kaki perempuan itu memang pandai berlakon. Kalah lakonan dia sendiri. Di hadapan Arziril, dia begitu baik. Pijak semut pun tak mati. Tetapi di belakang, memang macam hantu!

"Rileks la sayang... Kan I dah bagitau you dalam phone petang tadi.." pintas Marzuki tersenyum.

Farisya menyilangkan lengannya.

"Dah, straight to the point! I tak paham dalam phone tu. You cakap je apa motif you?" tanya Farisya tajam. 

"I rasa niat you dengan I sama...." Marzuki sengaja melambat-lambatkan cerita.

"Niat apa!?" Farisya semakin tidak sabar. 

"Untuk menjatuhkan / mendapatkan kasih sayang Arziril Ryan!" jawab dia. Farisya mengerling tajam ke arah Marzuki. Kemudian dia tersenyum sinis. 

"Huh! Kalau dah dasar setan.. tetap setan...!" perli Farisya tajam. Marzuki hanya ketawa lantang. Dia tahu Farisya memerlinya. Namun dia peduli apa! Yang penting, dia dapat capai apa yang dia nak!

"Tak sangka I, you sebagai manager Arziril.. sanggup you jatuhkan bos you sendiri hanya kerana ketamakkan you!" tambah Farisya lagi. 

"Of course! I sanggup buat apa sahaja, asalkan benda tu bawak kebaikan pada I. Dan kisah silam I dengan Arziril, tak mampu untuk I lupakan...."

"I tak mahu tahu apa kisah silam you dengan dia. It's not my own business. I cuma nak tahu, apa plan you?"

Marzuki hanya tersenyum. Dia mengeluarkan sekeping envelope dari begnya dan dihulurkan kepada Farisya. Gadis itu mengerut dahi lantas mengambil huluran envelope tersebut.

"Apa ni!?" tanya dia.. 

"You nak Arziril bukan? Ini caranyaa...." 

Farisya mengeluarkan sekeping kertas dari dalam envelope itu. Dia membaca satu persatu plan yang di aturkan oleh Marzuki untuknya. Seolah-olah seperti skrip drama yang bakal menjatuhkan kerjaya Arziril juga membantu Farisya untuk mendapatkan Arziril secara paksa. Senyuman Marzuki semakin melebar. Niat jahatnya bakal mencapai kejayaan. Dengan adanya bantuan dari Farisya, plan dia untuk menjatuhkan Arziril semakin dekat dan mudah.

"Ok I setuju, but one more thing I nak you tahu... Perjanjian kita ni adalah sulit. Sekiranya benda ni jadi kes polis, I tak mahu masuk campur! Itu hal you.. I cuma nak Arziril sahaja...." kata Farisya memberi peringatan.

Marzuki hanya tersengih mengangguk. Dia yakin, plan kali ini juga akan berjalan dengan mudah sama seperti plan kes ceroboh yang berlaku di rumah Arziril dulu.

"Ok deal! Thanks sayang..." balas Marzuki lantas mencuit dagu Farisya. Gadis itu mendengus geram apabila disentuh oleh lelaki keji seperti Marzuki. Dasar jantan tak guna! Dia tak kisah sekiranya reputasi Arziril sebagai artis popular jatuh merudum, yang penting dia dapat lelaki itu.... Itu target sebenarnya...~

****************************

17 orang beri kritikan::

IVORYGINGER berkata...

alahai need someone to help Ariel ni mesti perangkap nk cekup Ariel berdua ngan perempuan gedik tu. Jahanam Farisya n Marzuki. ak ketuk2 kang klu dpt.

Tanpa Nama berkata...

ish3 kejam giler farisya n marzuki
harap2 rancangan diorang tak menjadi

Tanpa Nama berkata...

kak waniey, takde smbng ke?

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH !!! tobatlah ! kalu aku jumpe MAKTUKANG dengan SI POYOSYO tu , sah2 aku ambik PISAU pastu COCOK perut dorang !! BIAR! nak tikam jugak banyak kali!!! BENGANG!!!!! Ha! Budak Dania ni sorang lagi ! Pergilah slamat kan BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAU TU ! Yang duk termenung , senigh2 mcm kering busuk tu buat ape?!! haa ... kan dah merepek mcm2 ! soriylah kak waniey ya ! sy ni kalu dh geram memang mcm ni , arap jangan terasa hati ye kak.. ^^

Tanpa Nama berkata...

bila nk sambung cik wanie?
hari2 sy check tgk dh ada sambungan ke blum..
penantian satu penyeksaan la..

Tanpa Nama berkata...

cik wanie..jgnla buat mr perfect je..
xkan dh lupakan cite ni..

Tanpa Nama berkata...

cik waniey...pliz cont novel nie..best sgt.tabik springlah!!!10xx biar umum tahu identiti arziril a.k.a ariel tu..esp dania..kesian ariel, dulu2 asyik kena ejek, buli n dpermainkan jerk..

peminat fanatik berkata...

akak waniey plizlah smbg..nk tahu ending dia cane??x sbar..hari2 sya bukak blog akak nk baca novel nie..p xde sambungan pn..curios nk tahu final episod ni..toooolooooongggg!!!!!

semah berkata...

ala...xda smbungan..tergantong ja...pe la...

Cik Waniey berkata...

wani busy sgt.. insyaAllah wani akan sambung.. thanks sbb minat cerita ni... =)

♥yana♥daniel♥ berkata...

ngeee makin baca makin geram plak... sepak c farisha tu nnt baru tau... org dah tak ingin dia plak lelebih...

Tanpa Nama berkata...

best!!! cepat laa sambung tak sabar nak tau ending dia...

-mj-

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak sambung lagi cite nie....sy pernah baca cite nie sebelum nie...baru hari nie terjumpa blog penulis...bes sangat cite nie...suke kat ariel...tolong la smbung tak sabar nak tahu ending die...bila ariel dengan dania nak bersatu...

Tanpa Nama berkata...

CEPAT LA.ASAL LAMBAT SANGAT NAK SAMBUNG

hikaoru berkata...

akaaaaaaaaaaaaak. sambungla.. please.. lma da kan citer ni.. :)
susah tau cari sambungan citer ni. dari penulisan2u... then lamaaaaa kat google cari blog akak. then baru jumpa. sambung la ye please. pretty please. oh, lupa nak cakap, best citer akak, keep up the good work.

Cik Waniey berkata...

huhu... sori sgt2, stuck on idea but I try to settle as soon as I can! minta bersabar.. apa2 pun thanks a lot coz sudi menunggu cerita ni~

Ain Nafiza berkata...

best laa cerita ni..bila nak sambung lagi..tak sabar ni.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...