RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 2 Mei 2011

Alamak! Arziril ke Ariel!? 27

BAB 27

Dania membelek-belek cenderamata di hadapannya. Hari ni adalah hari terakhir mereka di sini dan esok pagi mereka dah kena packing barang untuk balik. 

"Dania!" sengaja Arziril menegurnya. Dania sekali lagi terkejut. Geram betul dia bila Arziril kuat mengacahnya sebegitu.

"Awak tengah belek apa tu?" tanya Arziril. Dania senyum. 

"Key-chain ni. Nak bawak balik nak kasik dekat family dan kawan-kawan kolej.." jawab Dania. Matanya masih tidak lepas memandang ke arah sourvenir di hadapan. Kemudian, dia terpandang ke arah keychain yang unik yang tergantung di sebelahnya.. Dania cuba untuk mencapai. Kebetulan Arziril pun ingin mencapai keychain tersebut. Tangan mereka secara tidak sengaja bersentuhan. Mereka bertentang mata. Spontan Dania menarik balik tangannya. Mukanya merona merah. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia malu..~

"Err.. saya pergi ke situ kejap la. Awak belek-belek la keychain tu.." Arziril pun merasai apa yang Dania rasa. Dia malu. Sekilas dia meminta diri. Dania hanya tersenyum kelat mengangguk.

Sewaktu mereka ingin makan, Arziril mempelawakan diri untuk membelikan makanan untuk Dania. Krew-krew dan kawan-kawan yang lain kehairanan. Tidak pernah Arziril berkelakuan sebegitu dengan mana-mana perempuan. Kali ini dia agak gentleman dengan Dania. Walaupun Dania cuba menolak namun atas desakan dia terima sahaja. Marzuki mula risau dengan keadaan mereka berdua. Dia takut sampai sahaja ke Malaysia, kontroversi dia bercinta dengan peminat tersebar.

Ketika Arziril beratur untuk membeli makanan, Marzuki mendekatinya. Dia mencuit Arziril yang pada waktu itu tengah berbunga hatinya sambil bersiul riang.

"Zi!" tegur Marzuki.

"Yes, bro! What's up?" balas Arziril. Dia kembali bersiul..

"Kau ok ke?" tanya Marzuki lagi tidak berpuas hati.

"Ok kenapa?"

"Kau dengan Dania. Korang bercinta, ke?"

Arziril ketawa bila mendengar tanggapan Marzuki kepadanya.

"Bila masa pulak aku bercinta. Aku tolong belikan dia makanan je,.." jawab Arziril jujur.

"Kau jangan buat pasal. Krew-krew kita tengah perhatikan kau, tau..."

"Diorang nak perhati ke gosip-gosip ke aku peduli apa..." balas Arziril tidak berperasaan. Marzuki agak terkejut.

"Apa kena dengan kau, ni?"

"Ki, aku bukan apa.. Salah ke aku nak hidup macam orang biasa? Aku pun manusia juga.. nak hidup bebas, bercinta.. menyayangi.. Salah ke?"

"Tak salah! Tapi kau kena terima.. orang di sekeliling kau ni kadang-kadang ada yang bakal menjatuhkan kau sekiranya kau tak begitu alert dengan keadaan..~"

"Suka hati aku!~" 

Sebaik membuat bayaran, Arziril segera mengangkat dulang berisi makanan  lantas meninggalkan Marzuki yang terkapai-kapai menuju ke arah Dania yang setia menanti. Marzuki mendengus kasar... Dia geram dengan sikap Arziril..


**************************

"Bodoh!!!~ Geram aku dengan mamat ni!! Berani dia melawan aku!!" Marzuki meludah ke sinki. Dia memulas kepala paip lalu manadah tangan untuk menampung air yang keluar. Kemudian, dia membasuh mukanya. Dia melakukan adegan itu berkali-kali sehingga puas.

Matanya memandang ke cermin..~ Jelas riak mukanya yang kemerahan menahan marah. Kali ini dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Arziril. 

'Apa!? Dia ingat aku ni kuli batak dia, ke!!!? Dia tak tahu ke selama ini aku yang banyak berkorban untuknya.' Sekali lagi Marzuki menyumpah seranah Arziril. Kemudian dia senyum sinis. Kau tunggulah nasib kau! Segala rahsia kau semuanya di tangan aku! Hahahaha.....

**************************

Dania sedih. Malam tadi Ariel sengaja tidak mahu berjumpa dengannya. Puas dia menunggu Ariel di tempat biasa sehingga pukul 3 pagi semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal. Tetapi batang hidung lelaki itu langsung tidak nampak. Adakah dia sengaja untuk tidak mahu mengucapkan selamat tinggal dengannya?

Di Lapangan Antarabangsa Sydney..
Dania menunggu di kerusi. Tiket di tangan dibelek. Dia memerhati sekeliling.. Sekilas, dia mengeluh... Memang benar Ariel sudah tidak mahu berjumpa dengannya..

"Dania!~" tegur seseorang. Dania menoleh. Arziril berlari mendapatkannya sambil tersenyum. Dania hanya membalas senyuman itu tanpa ada perasaan.

"Dah ambil tiket?" tanya Arziril kepadanya. Dania hanya mengangguk lemah.

Arziril mengerut dahi. Gadis di hadapannya agak tidak ceria.

'Adakah dia teringatkan Ariel? Hem... semalam aku sengaja mengelakkan diri dari berjumpa dengannya. Mungkin ini adalah yang terbaik~' bisik hati Arziril.

*******************

Di dalam flight, Dania hanya diam membisu. Sesekali dia melayan perbualan bersama Arziril di sebelahnya. Baginya, percutian kali ini amat seronok. Pertama kali seumur hidupnya dapat bercuti bersama dengan artis kesayangannya. Namun dalam masa yang sama, dia tidak boleh melupakan saat dia bertemu dengan Ariel di tempat asing itu.

Rasa geram dan sedih bercampur baur. Segalanya telah berlaku. Dan dia tidak mungkin dapat bertemu dengan Ariel lagi.

'Kenapa aku rasa sedih sangat dengan perpisahan ini? Patutnya aku rasa gembira sebab percutian ini adalah percutian paling bermakna bagi aku..' bisiknya hatinya. Matanya memandang ke arah Arziril. 'Wajah lelaki ini saling tak tumpah macam wajah Ariel' sekali lagi Dania menggelengkan kepala. Kenapa Ariel? Ariel? Ariel???? Sudah jatuh sayangkah dia pada budak lelaki itu?

******************

10 tahun yang lalu...

Ariel sedang sibuk melukis sesuatu di atas tanah. Dania yang ketika itu sedang seronok bermain bersama kawan-kawannya memberhentikan langkah. Matanya tertancap ke arah Ariel yang sedang leka melayan perasaan seorang diri sambil tangannya sibuk memegang sebatang ranting.

"Korang sambung main la.. Aku nak pergi dekat Ariel kejap!" kata Dania meminta diri. Kawan-kawannya yang lain menyambung permainan. Dania mendekati Ariel. Budak lelaki itu masih sibuk menguis-nguis tanah dengan ranting. Begitu ralit sekali tanpa menyedari Dania sudah bercekak pinggang memandangnya.

"Kau buat apa tu Ariel!?" tanya Dania sekilas mengejutkan Ariel dari lamunan. Ranting di tangan terlepas dari genggaman.

"Terkejut aku...." marah Ariel lantas memegang dadanya. Dania hanya ketawa.

"Apa yang kau buat?" tanya Dania sekali lagi.

"Aku melukis sesuatu.................." balas Ariel. Dania hanya memandang ke arah lukisan itu. Dia agak terkejut. Ariel melakar namanya dan Ariel dalam sebentuk 'LOVE'. Sekilas dia memandang Ariel.

"Apa maksud kau dengan lakaran ni?" tanya Dania kurang pasti.

Ariel tidak menjawab malah dia hanya tersengih kerang.

Sekali lagi Dania mencekak pinggang.

"Aku suka kat kau la Dania..." jawab Ariel tanpa berselindung lagi. Dania mengerut dahi.

"Giler!" balas Dania.

"Kenapa kau cakap aku giler?" Ariel tidak berpuas hati.

"Jangan nak mengarutlah!" Dania segera meninggalkan Ariel. Ariel bangun dari dudukkannya.

"Aku tak tipu! Aku suka dekat kau!" jerit Ariel lagi.

Dania sengaja menutup telinganya. Dia tidak suka mendengar perkataan itu. Ariel bukan list lelaki yang diinginkan. Ariel hanya kawan tanpa ada apa-apa perasaan..

***************

Mata Dania memandang ke arah luar tingkap kapal terbang.

"Adakah perasaan ini telah hadir? Tapi... kenapa baru sekarang? Di saat Ariel sudah tiada di depan mata.. Hilang tanpa meninggalkan apa-apa berita.. Di saat itu perasaan ini mula mengusik..." bisik hatinya.

Arziril memandang Dania. Dia tak mahu mengganggu perasaan gadis itu tatkala ini. Biarlah Dania menenangkan jiwanya. Kemungkinan besar dia marahkan Ariel kerana pergi tanpa memberitahu dia terlebih dahulu.. Dan kini dia pasti.!

'Perlukah aku menghidupkan kembali watak Ariel dalam hidup Dania? Semestinya Dania sudah mula merindui Ariel. Aku di sisi langsung tidak dipedulikan.... Akhirnya...' Senyuman Arziril semakin melebar..

*****************

Marzuki semakin resah. Dia tidak mahu Arziril mengambil langkah terburu-buru.

'Dia seperti ingin kembali menjadi orang biasa... Dan aku mesti menghalangnya. Kalau tidak.... pastinya impian aku tidak akan tercapai sekiranya watak Ariziril ditamatkan begitu sahaja tanpa mengikut plan yang sudah aku aturkan... Tidak! Aku akan pastikan TIDAK!' ikrar Marzuki dalam hatinya. Niat jahat semakin berbuak-buak.....



3 orang beri kritikan::

serikandi comel berkata...

hmmm truskn brkarya ea cik waniey... sy mmg minat sgt ngn cite "alamak arziril ke ariel" nie...
xsabar nk tnggu smbungannye... :>

Cik Waniey berkata...

okkeh tenkiu... =)
insyaAllah waniey akan sambung cerita ni dalam masa terdekat..

Tanpa Nama berkata...

oooo ! rupan2nya marzuki tulah dalangnya ! dasar pengkhianat ! tikam kwn dari blakang ! Tuuuiiihhh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...