RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 23 Mac 2011

Cinta Belakang Tabir 3

BAB 3

             Zafril termenung memandang laut di hadapan. Angin bayu petang dan bunyian ombak deras yang dibawa dari Lautan Hindi dan Selat Melaka tidak mampu mengejutkan lamunannya. Sekilas Zafril mengeluh lagi. Lagi 2 bulan perkahwinannya akan berlangsung. Dia tidak mampu untuk menolak.

            Niatnya pulang ke kampung adalah untuk menenangkan fikiran. Kadang-kadang ingin sahaja dia melarikan diri dari masalah yang dibelenggunya. Namun dia bukan lelaki yang pengecut. Setiap masalah takkan selesai kalau kita asyik melarikan diri. Masih teringat kata-kata perangsang dari pensyarahnya suatu ketika dulu.

Problem is like a hat. Take off the hat and put it down aside.
Look at the hat without any feeling and let it be.
Therefore, the problem is already solved.

            Zafril tersenyum sendirian. Ya! Masalah itu memang diibaratkan sebagai topi yang menyesakkan kepala dengan keberatannya. Bila ditanggalkan topi itu, kepalanya bebas dan ringan dari bebanan.

            Batu kerikil dari celahan batu-batu besar yang didudukinya dicapai lantas dibaling ke laut. Mula-mula sebiji, kemudian diambil yang lain dan dibuang sekuat-kuatnya ke laut. Adegan itu dilakukan berkali-kali sehingga dia puas. Hanya dengan membuang batu-batuan itu sama seperti dia melepaskan kesemua masalah yang membelenggu ke laut.
            Buat masa ini tiada siapa yang memahami perasaannya. Nak dikongsi bersama kakak kesayangannya, wanita itu ada masalahnya tersendiri. Zarith Azwani adalah peneman dan kaunselor dia yang paling setia. Namun, sampai bilakah harus dia menyusahkan kakaknya? Kakaknya sudah berkeluarga. Dulu di saat kakaknya masih single, Zarith Azwani la tempat dia meluahkan perasaan. Namun sekarang tidak tahu kepada siapakah untuknya melampiaskan perasaan ini.

            “Assalamualaikum..” sapa seseorang. Zafril menoleh ke belakang. Agak terkejut dia apabila melihat Alisya Athirah  berdiri di belakang batu dengan hanya berselendang putih, berbaju t-shirt lengan panjang berwarna hitam dan berseluar jeans biru. Gadis itu tersengih memandangnya. Bagaimana gadis itu boleh tahu dia berada di sini?

            “Pak Su Zafril dok watpa kat sini?” sambung Alisya Athirah dengan loghat penangnya apabila dari tadi dia melihat Zafril memandangnya tanpa berkata apa-apa. Hem.. lawa sangatkah dia hari ni sampaikan lelaki itu diam tak terkata? Hehehe..

            “Err.. waalaikumussalam.. Patutnya soalan tu Pak Su yang kena tanya Iesya.” balas Zafril kembali. Dia mengerut dahi. Alisya Athirah  ketawa kecil. Dia bergerak mendekati Zafril. Niatnya adalah untuk menemani lelaki itu apabila dari tadi dia melihat Zafril termenung seorang diri di situ.

            “Iesya saja jalan-jalan ambil angin petang kat tepi pantai ni. Bosan duduk kat rumah. Tak sangka nampak Pak Su kat sini. Tu yang Iesya dok tegur tu” jawab Alisya Athirah . Bau minyak wangi jenis Hope jenama Silky Girl yang dipakai oleh gadis itu menarik minat Zafril.

            “Wah, wanginya! Mau gi dating ka?” usik Zafril. Alisya Athirah  sekali lagi ketawa.
            “Pak Su ni saja je tau. Mana ada.. Iesya kalau keluar memang pakai perfume” seloroh Alisya Athirah . Zafril ketawa melihat gelagat anak buah kakak dan abang iparnya itu.

            “Hem.. Pak Su buat apa kat sini? Mencari jalan pulang ka?” tanya Alisya Athirah  mengusik. Zafril tersengih.

            “Macam mana nak cari jalan pulang, Iesya. Semedang dari tadi sesat sebab jalan hitam yang Pak Su nampak. Hehehe..”. Amboi! Pandai betul orang tua ni buat lawak. Alisya Athirah  mengerut dahi. Yoyo ooo je unofficial bapak sedara aku ni!

            Alisya Athirah  tahu Pak Su Zafrilnya itu ada masalah. Dari raut wajah lelaki itu jelas terukir bahawa lelaki itu mempunyai masalah yang cukup kronik. Cuma dia tidak berani untuk bertanya lebih-lebih. Siapalah dia di hati Zafril Hazwan. Bagi Zafril, Alisya Athirah  hanya seorang anak saudara yang pernah rapat suatu ketika dulu. Tapi bagi Alisya Athirah , Zafril Hazwan adalah lelaki pertama yang mengusik hatinya sejak dia tadika lagi. Pelik bukan? Baru berumur 5 tahun sudah ada perasaan itu. Tapi itu yang dia lalui. Mustahil kadang-kadang bila difikirkan tapi itu yang dia lalui juga. Cinta itu buta. Tak mengenal umur, darjat ataupun jantina. Apalah yang diketahui saat itu sewaktu umurnya 5 tahun. Tapi, yang dia tahu dia begitu selesa dan seronok apabila bersama dengan Pak Su Zafrilnya. Dan akibat kerana keselesaan dan keseronokkan itu la terbitnya rasa cinta darinya untuk lelaki di sebelahnya kini. Cuma Zafril tidak tahu perasaannya itu. Belum tiba masanya untuk dia berterus-terang.

            Mengikut undang-undang Islam bagi wanita yang haram dikahwini, dia dan Zafril Hazwan memang bukan muhrim dan layak untuk berkahwin. Mereka tidak ada pertalian darah dan kebetulan dia anak kepada kakak sulung abang ipar Zafril Hazwan merangkap anak sedara abang iparnya. Panggilan Pak Su Zafril hanyalah ‘panggilan’ semata-mata. Itupun Tok Wan Azim yang suruh memandangkan Pak Su Zafril itu adik Mak Ngah Zarith. Tak sedap pula sekiranya dia memanggil Zafril Hazwan dengan panggilan ‘abang’. Disebabkan kerana panggilan itu, hubungan keluarga mereka rapat sehingga kini. Kalau ada hari keluarga, mereka tidak pernah lupa untuk menjemput Pak Su Zafril sekeluarga untuk turut serta.

            “Pak Su ada masalah ke?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Alisya Athirah . Zafril agak terkejut dengan soalan yang diberikan. Gadis berumur 13 tahun itu tidak terus memandang ke arahnya. Dia cuba kalihkan pandangannya ke arah laut.

            “Kenapa Iesya tanya Pak Su macam tu?” Zafril cuba mendapat kepastian. Memang dia mempunyai masalah tapi bagaimana gadis itu boleh tahu?

            “Dari tadi Eisya  tengok Pak Su mengeluh. Termenung sana termenung sini. Orang kalau selalu termenung dan mengeluh confirm ada masalah!” jawapan Alisya Athirah  membuatkan Zafril ketawa.

            “Takdelah Iesya. Pak Su saja cari ketenangan dekat sini.” bohong Zafril. Kalau boleh dia tidak mahu Alisya Athirah  mengetahui yang dia mempunyai masalah. Gadis itu tidak perlu mengetahuinya.

            ‘Takde masalah konon! Poyo!’ perli Alisya Athirah  dalam hati.

            “Pak Su.. tahu tak kenapa Allah turunkan masalah pada kita?” Alisya Athirah  mula bercerita. Memberi tazkirah kepada lelaki yang lebih tua darinya. Agak terbalik, kan?
           
            “Mesti la tahu, Iesya. Setiap kali kita menghadapi masalah, itu adalah masa yang Allah merindui suara rintihan kita. Kita harus berdoa, meminta dari-Nya dan mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suaranya” balas Zafril panjang berjela.

            “Ha.. pandai pun Pak Su! Jadi kalau kita ada masalah, pergi surau sana tu, ambil wuduk dan buat solat hajat. Minta petunjuk pada Allah semoga satu hari nanti Allah akan bantu kita untuk menyelesaikan masalah kita tu” nasihat Alisya Athirah . Zafril memandang gadis itu.  Alisya Athirah , walaupun baru sahaja berumur 13 tahun tetapi dia cukup matang baginya. Pertama kali seumur hidupnya seorang gadis yang banyak memberi dorongan adalah Alisya Athirah . Siti Zulaikha pun tidak pernah mengambil berat tentang dirinya. Yang dia tahu, marah.. marah.. marah..

            “Nakal Iesya ni, ye!?” usik Zafril lantas mencuit hidung gadis kecil molek itu. Alisya Athirah  menyapu hidungnya menahan sakit akibat dicuit oleh Zafril namun dia bahagia. Lelaki yang dia sayangi sudah mula bergurau dengannya. Kalau tak selama ni mereka hanya berborak benda yang biasa sahaja. Kadang-kadang sampai tidak tahu perkara apa yang perlu diborakkan. Petang itu mereka berborak agak lama di atas batu sambil bertemankan bayu petang dan bunyian ombak. 

            Cinta, akan lebih manis sekiranya disulami oleh dua perasaan yang sama.

*************************************

3 orang beri kritikan::

yuna berkata...

best sgt,lagi2 boleh x?sy tggu nex n3..

Cik Waniey berkata...

insyaAllah... nnti ade mase akak upload nest n3 okeh ^_^

dontbelong2u berkata...

part tazkirah tu suka sgt la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...