RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 3 Februari 2011

Cinta Belakang Tabir 2

BAB 2


            Alisya Athirah  sedang sibuk membaca buku di ruang tamu. Cuti sekolah kali ini banyak dihabiskan di rumah Tok Wan Azim. Bukan apa, niatnya hanya satu. Ingin berjumpa dengan pujaan hatinya, Zafril Hazwan. Kat mana lagi mereka ingin bertemu? Nak harapkan Zafril Hazwan datang ke rumahnya alamatnya sampai kiamat la lelaki itu nak jejak. Jadi nak tak nak dia gunakan sahajalah jalan pintas ini.

            “Assalamualaikum…” sapa seseorang memberi salam dari luar rumah. Alisya Athirah  sudah mengagak siapakah gerangan yang datang itu. Segera dia bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke pintu rumah. Zafril Hazwan sudah tersengih kerang memandang ke arah Alisya Athirah . Alisya Athirah  malu lantas menjawab salam tersebut.

            “Pak Su Zafril! Masuklah!” tegur dia lantas mempelawa Zafril Hazwan masuk.

            “Eh? Iesya pun ada dekat sini? Tak keluar kemana-mana ke?” tanya Zafril sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah. Dia segera bergerak ke sofa berdekatan. Niatnya hanya untuk bertemu dengan Tok Wan Azim. Tak sangka Alisya Athirah  juga ada di situ. Rindu juga dia pada anak sedara abang iparnya itu. Sudah lama tidak bertemu.
           
            Teringat dia saat gadis itu masih lagi kecil Tak silap dia, Alisya Athirah  pada waktu itu berumur 5 tahun. Setiap kali dia balik ke kampung, budak kecil itulah yang paling excited dan gembira. Sampaikan mereka dah dicop macam pasangan kekasih dan ada skandal. Zafril tidak kisah bila kakaknya dan saudara yang lain memerlinya bercinta dengan budak kecil. Apa lah sangat melayan budak sebesar itu. Pemikiran Alisya Athirah  masih suci. Mungkin kasih sayang yang diberikan oleh Zafril melebihi dari kedua orang tuanya membuatkan mereka berdua semakin rapat. Dimana sahaja dia berada,  Alisya Athirah  selalu bersama dia. Bermain Cak! Cak! bersama. Makan pun boleh bersuap-suap bersama. Gadis itu paling gemar didukung dari belakang. Kalau dah start memeluk belakangnya, dia mulalah mengacah-acah dan mengangkat anak kecil itu sehingga ketawa tak henti-henti dan teruja.
           
            Tetapi bila budak kecil itu semakin meningkat remaja, hubungan mereka agak sedikit renggang. Maklumlah, waktu itu masing-masing sudah mempunyai perasaan. Alisya Athirah  pun sudah mencapai akil baligh. Takkan nak main Cak! Cak! dan bersuap-suap lagi? Mau kena baling dengan lesung batu pulak nanti. Hahaha..
           
            Baru sebentar tadi Tok Wan Azim menelefon rumah kakaknya untuk mengajak dia bergotong-royong membersihkan surau seperti yang dikatakan sebelum ini. Selesai sahaja solat zohor, terus dia ke rumah Tok Wan Azim.

            Alisya Athirah  hanya tersengih. Dia malu. Rindunya terlerai sudah. Lelaki yang disayangi dan dicintai secara diam kini di hadapan matanya.

            “Tak, Pak Su! Iesya saja je nak lepak kat rumah Tok Wan ni. Bosan duduk kat rumah tu. Lagipun Kak Umai keluar ke pekan. Katanya nak tengok wayang dengan kawan-kawan. Mami dengan daddy pulak kerja. Sebab tu datang sini. At least boleh jumpa sepupu-sepupu yang lain,” bohong Alisya Athirah . Dia sengaja tidak mengikut kakaknya ke pekan walaupun telah diajak beberapa kali oleh Umairah. Alasannya tak sihat la.. penatlah.. apa lah.. Bukan Umairah tidak tahu yang adiknya itu ada agenda lain yang dia sendiri pun boleh agak. Malas hendak memaksa, dia mengajak kawan-kawan sekolahnya sahaja ke pekan.

            “Oh, yeke? Tok Wan Azim mana?” tanya Zafril apabila sejak dari tadi dia tidak melihat bayang Tok Wan. Jadi ke tak jadi, ni?

            “Tok Wan kat belakang rumah. Tengah kasik ayam makan. Pak Su datang tadi tak nampak Tok Wan ka?” balas Alisya Athirah  lantas mencapai remote control. Jantungnya sejak dari tadi berdegup kencang.

            “Oh, tak perasan pulak..” Zafril hanya memandang ke arah televisyen. Siaran demi siaran ditukar Alisya Athirah . Tak tahu nak menonton cerita apa. Perbualan mereka mati sekejap. Masing-masing tidak tahu nak borak tentang apa. Hanya angin petang dan siaran televisyen sahaja menemani mereka di kala itu.

Dalam beberapa minit kemudian..
            “Dah lama sampai Zafril?” sapa Tok Wan Azim di pintu hadapan. Dia membasuh kakinya di paip berhampiran sebelum masuk ke dalam rumah. Zafril bangun sejenak apabila terdengar sapaan Tok Wan Azim. Alisya Athirah  pula hanya tersengih kerang dari tadi.

            “Baru je Tok Wan!” jawab Zafril lantas bersalaman. Sebaik Zafril duduk semula, Tok Wan Azim mengarahkan Alisya Athirah  untuk membuatkan air minuman untuk Zafril tetapi ditolak baik olehnya. Sebelum keluar dari rumah tadi dia sudah pun minum. Masih terasa lagi air sirap ais yang dibuat oleh kakaknya sekarang. “Bila kita nak gerak ni, Tok Wan?” tanya Zafril sudah tidak sabar. Tok Wan Azim hanya ketawa sahaja.

            “La (Sekarang) ni la!. Depa (Diorang) suma (semua) dah tunggu kita! Mari!” jawab Tok Wan Azim. Mereka dah tercegat di pintu. Alisya Athirah  berlari anak mengejar mereka ke pintu. “Hang dok (Kamu duduk) kat rumah jaga adik sepupu yang lain. Tok Wan balik lambat ni..” pesan Tok Wan Azim sebelum memulakan langkah. Alisya Athirah  hanya mencebik kekecewaan. Baru nak ikut dah kena paksa jaga adik sepupu pulak. Zafril hanya ketawa.

            “Alaa.. Iesya nak ikut!” rengek Alisya Athirah  macam budak kecil.

            “Tak boleh! Dengar cakap Tok Wan! Hang dok watpa (Kamu nak buat apa) ikut Tok Wan? Anak dara dok (duduk) saja kat rumah. Ni suma keje anak jantan! (Ni semua kerja anak lelaki)” Tok Wan Azim membantah dengan meninggikan suaranya sedikit. Matanya sengaja dibesarkan untuk menakutkan cucunya itu.

            Tok Wan Azim memang tegas orangnya. Dia memang suka mendidik anak-anaknya dengan cara sebegitu. Sebab itu anak-anaknya kebanyakkan sudah berjaya dalam hidup. Kali ini diturunkan didikkannya itu kepada cucu-cucunya pula.  Walaupun dia dicop sebagai atuk yang garang, namun dia disayangi oleh cucu-cucunya. Kadang-kadang kalau ada masa lapang, dia akan mengumpul cucu-cucunya untuk mendengar tazkirah malam. Semua berkaitan dalam menuntut ilmu dan adab dengan orang tua.
           
            “Tapi…” Alisya Athirah  tak mahu beralah.

            “Takde tapi-tapi.. karang Tok Wan habaq (beritahu) kat mami ngan daddy hang, nak?” ugut Tok Wan Azim. Sekali lagi Alisya Athirah  mencebik. Dia membebel seorang diri dan bergerak semula ke ruang tamu. Zafril hanya ketawa sahaja. Geli hatinya melihat pertelingkahan kecil antara atuk dengan cucunya. Zafril tidak mempunyai atuk. Arwah Atoknya sudah lama meninggal dunia. Tak silap dia waktu itu umurnya baru sahaja mencecah 12 tahun. Rindu datang menerpa. 


************************************
           
            Malam itu telefonnya berdering. Bila dilihat di skrin, panggilan itu datangnya dari Siti Zulaikha. Malas benar untuknya menekan punat ‘CALL’ jadi dibiarkan sahaja. Apabila bunyi deringan tidak henti dari tadi, Zafril mengalah akhirnya.

            “Hello, assalamualaikum?” ucap dia.

            “Abang kat mana!?” ucapan tidak dibalas malah Siti Zulaikha mula meninggikan suara padanya. Sakit hatinya bila dari petang tadi dia cuba menelefon Zafril namun langsung tidak diangkat oleh lelaki itu.

            Zafril mengeluh.

            “Sabar sayang.. jangan marah-marah..” pujuk Zafril. Dia sudah malas untuk bertekak.

            “Sabar!? Abang nak saya sabar? Saya call abang dari petang tadi kenapa tak angkat!? Tu abang nak suruh saya sabar lagi!?” marah Siti Zulaikha. Amarahnya semakin menjadi-jadi. Geram betul dia dengan sikap Zafril yang semakin tidak mengendahkan majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.

            “Sayang call abang kenapa? Penting sangat, ke?” tanya Zafril. Malas dia nak menambahkan lagi marah si Siti Zulaikha.

            “Macam mana dengan perkahwinan kita ni!? Cuba serius sikit! Mak dan ayah dah tanya sayang banyak kali! Bosan tau tak!” marah Siti Zulaikha lagi. Zafril hanya menggelengkan kepalanya. Ini belum berkahwin dah meninggi suara dengannya. Kalau sudah berkahwin macam mana la pulak, kan?

            “Sabarlah sayang. Abang kat kampung ni. Banyak benda yang abang perlu fikirkan..” jawab Zafril perlahan.

            “Abang kat kampung mana? Melaka atau Penang?” suara Siti Zulaikha mula rendah. Mungkin rasa marah sudah mulai kendur. Perempuan, sampai mana mahu melayan emosi. Sekali pujuk sahaja terus cair.
            “Hehehe.. Sayang dah tak marah abang lagi?” usik Zafril. Doa semoga Siti Zulaikha tidak lagi meninggikan suara dengannya.

            Siti Zulaikha diam sejenak. Kemudian terdengat dia mengeluh dari corong telefon.

            “Abang.. macam mana dengan perkahwinan kita, ni? Sayang dah tak larat la nak dengar mak tu membebel. Hari-hari bising tanya pasal abang. Sampai sayang naik rimas!” Siti Zulaikha mengadu.

            Bukan apa, semuanya memang dia serahkan kepada Zafril. Dia perempuan bukan lelaki. Si ibu tiap-tiap hari membebel. Tanya itu tanya ini. Barang hantaran la, baju nikah la, apa la. Dah tu, kalaulah membebelkan benda yang baik takpelah jugak. Ini asyik dok mengutuk Zafril sahaja. Siapa yang tak tahan. Si Zafril pula, takde inisiatif ke nak ambil tahu pasai perkahwinan mereka? Takkan dia seorang sahaja yang nak terhegeh-hegeh? Huh!~

            “Hem.. abang tengah usahakan la. Lagipun tarikh perkahwinan kita kan lagi dua bulan? Barang hantaran dan baju nikah semua dah siap bukan? Kenapa ibu sayang masih lagi pertikaikan benda tu?” soal Zafril tidak puas hati.

            “Abang bukan tak tahu ibu tu. Ada je yang salah. Dia kan tak berapa suka dengan abang. Mulalah nak cari kesalahan abang tu..” jawab Siti Zulaikha. Dia sendiri pun tersepit antara ibu dan bakal suaminya ini. Dulu sewaktu Zafril mangajukan pendapatnya untuk terus berkahwin tanpa bertunang terlebih dahulu pun ibunya membantah. Kata tak ikut adat la apa la. Lagipun menurut perkahwinan Islam, takde pun mewajibkan pertunangan. Yang penting nikah. Tunang tu semua hanya adat semata-mata.

            Berhari-hari jugakla ibu merajuk dan tak bercakap dengannya. Semuanya kerana Zafril. Tapi kesabaran mengatasi segalanya. Puas dia memujuk ibunya. Dia sayang Zafril. Dia tak mahu kehilangan Zafril. Ibunya pula cuba menghasut dirinya untuk melupakan Zafril dan memilih Amran. Yelah, Amran merupakan pilihan ibu. Tapi waktu itu dia sudah bercinta dengan Zafril dari start mereka first year degree di MMU (Multimedia University). Tak mungkin untuknya menerima Amran yang tidak dikenalinya.

            Dulu waktu mami Zafril datang untuk menyuntingnya menjadi suri hidup Zafril, ibunya banyak memerli sehinggakan mami Zafril malu dengan saudara maranya sendiri. Dia yang duduk disebalik dinding ruang makan merasa simpati dan nampak reaksi mami Zafril yang kemerahan apabila ibu mengutuk anaknya sendiri.

            “Saya bukan apa Puan Ruziah! Siti Zulaikha tu satu-satu anak perempuan saya. Mestilah saya nak yang terbaik untuk anak saya. Lagipun, kalau ikutkan hati saya.. anak awak tu tak layak sebab saya dah ada calon untuknya. Tapi disebabkan anak saya tu beria-ia nakkan anak awak, saya terpaksa ikut saja” jawab Puan Maziah dengan nada sinis. Puas hatinya apabila dapat meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini.

            Puan Ruziah rasa malu. Pertama kali dalam hidupnya dia dimalukan sebegitu. Kalau ikutkan rasa marah sudah lama mulut ibu Siti Zulaikha itu diganyangnya. Agak-agak la nak malukan orang. Pakai sauk je tanpa berfikir terlebih dahulu. Ingat anak perempuan dia tu sempurna sangat ke sampai mengatakan bahawa anaknya sebegitu? Lawa sangat ke Siti Zulaikha sampaikan Zafril tidak layak untuknya? Zafril tu sejak kecil sudah mempunyai ramai peminat. Berkulit cerah, tinggi, rambut lurus beralun, hormat orang tua, periang, penyayang, berbadan tegap malah pernah wakil negeri Melaka lagi untuk sukan berbasikal. Siti Zulaikha? Apa yang ada? Patutnya keluarga mereka bersyukur kerana memperolehi menantu seperti Zafril Hazwan.

            Siti Zulaikha hanya terdiam membisu apabila ibunya mengatakan sebegitu. Dia rasa serba salah. Kenapa sampai macam tu sekali ibunya berkata sebegitu?

            “Nanti abang fikirkan ye, sayang. Abang cuba bincangkan dengan mami pasal plan seterusnya..” balas Zafril mematikan lamunan Siti Zulaikha. Dia mengeluh lagi.

            “Abang jangan tak angkat pulak call dari sayang.. ” pinta Siti Zulaikha berharap. Kalau ikutkan hati dia pun sudah bosan apabila hubungan mereka asyik berperang dengan emosi dan perasaan. Harap lepas kahwin ni mereka akan bahagia selamanya.

            “Baiklah!” jawab Zafril. Sebaik sahaja perbualan mereka ditamatkan sekali lagi Zafril mengeluh. Apa yang perlu dia lakukan? Apakah dia masih menyayangi Siti Zulaikha seperti dahulu? Mampukah dia melayari bahtera hidup perkahwinan bersama wanita itu?

************************************

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...