RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 10 Januari 2011

Cinta Belakang Tabir (Sinopsis)

Salam semua peminat e-novel Waniey.. bawah ni cerita baru Wani bertajuk Cinta Belakang Tabir.  Kalau dapat feedback yang memberangsangkan, Wani akan jadikan dia sebuah novel satu hari nanti. Di harap kawan-kawan sentiasa menyokong Wani dari belakang. Luv ya! Thanks..
SINOPSIS

“Aku masih terima kau kerana anak-anak kita. Namun tiada lagi cinta di hatiku untuk kau! Kasih sayang aku dah mati! Cukuplah dengan apa yang kau dah buat pada aku selama ini! Cukuplah!”. Hati amarah mengatasi segalanya di hati Zafril Hazwan pabila egonya dicabar oleh seorang perempuan bergelar isteri. Yang pernah sama-sama menyulami kasih dan sayang. Namun segalanya telah terlewat.

“Sejak kecil aku menyayanginya. Tiada siapa yang dapat menakluki hati ini selain dia. Tak salah menyayangi lelaki yang lebih berumur. Kerana cinta itu buta. Aku tak sanggup kehilangan dia lagi. Dia cinta pertama dan terakhir bagiku.” Hati naluri seorang gadis berumur 16tahun bernama Alisya Athirah tak mampu ditafsirkan lagi. Sudah lama dia menunggu dan bila ianya hampir menjadi kenyataan, pasti ada yang cuba memisahkan percintaan yang suci antara dia dan Zafril Hazwan.

“Sanggup dia menduakan aku! Aku pasti akan cuba memisahkan mereka!” Siti Zulaikha memasang harapan. Hati dia sakit bila melihat suaminya bersama perempuan lain. Adakah layanan dia tidak cukup selama ini?

'Life is like a box of chocolates; you never know what you're gonna get. Just facing it without any doubt’

Kehidupan. Ianya akan menjadi lebih indah bila disulami dengan kebahagiaan. Mampukah percintaan Zafril Hazwan bersama Alisya Athirah berkekalan hingga ke jinjang pelamin? Apakah jurang umur dan talian persaudaraan yang rapat adalah satu kesalahan dalam memupuk kebahagiaan itu? Dapatkah Siti Zulaikha memutuskan percintaan suci antara mereka?

2 orang beri kritikan::

Wild Cherry berkata...

Menarik la sinopsis die... Bile nak mula bab kak waniey? x sabar da nk bace..

Cik Waniey berkata...

wild cherry,

ok.. nnti akak masukkan bab 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...