RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 11 Januari 2011

Cinta Belakang Tabir 1

BAB 1

         Zafril menanggalkan kasutnya sebaik sahaja tiba di pintu rumah kampung bapak mertua kakaknya. Cuti semester telahpun bermula. Kalau boleh dia mahu menghabiskan cutinya di kampung. Dia sukakan Pulau Pinang. Walaupun kedua orang tuanya duduk di Melaka tetapi  Pulau Pinang tetap menjadi pujaan hatinya.

            “Dah lama hang sampai Zafril?” tanya Tok Wan Azim apabila melihat Zafril yang sudahpun bergerak ke ruang tamu. Zafril tersenyum lantas mendekatinya untuk bersalam. Tok Wan Azim merupakan bapak mertua kakaknya. Zafril dan Zarith Azwani hanya dua adik-beradik sahaja. Mereka adik-beradik cukup rapat sejak kecil. Walaupun kakaknya telah berkahwin namun semangat kekeluargaan antara mereka cukup kuat. Zafril gemar menghabiskan cuti di Pulau Pinang kerana kedua ibu bapanya jarang berada di Malaysia kerana urusan bisnes. Sebab itu dia begitu rapat dengan keluarga mertua kakaknya.

            “Baru je Tok Wan! Tok Wan apa khabar? Sihat?” Zafril bertanya khabar. Dia begitu senang dengan Tok Wan Azim. Lelaki berusia awal 60-an itu begitu dihormati di kampungnya. Tugas Tok Wan Azim sebagai imam di Kampung Batu Putih, Balik Pulau begitu disegani penduduk. Sikapnya yang ramah dan tenang dalam menyelesaikan pelbagai masalah ilmu ghaib mampu membuatkan namanya begitu popular bukan sahaja di Kampung Batu Putih malah di kampung lain juga.

            “Aku macam ni la Zafril. Kejap sihat kejap sakit. Maklumlah.. umur dah lanjut..” balas Tok Wan Azim lalu mempelawa Zafril duduk. “Berapa lama hang kat Penang ni?”

            “Kalau boleh saya nak duduk sini sampai habis semester, Tok Wan!~”

            “Baguslah, tu. Boleh hang tolong Tok Wan bersihkan surau kat hujung kampung tu ha. Sejak mesjid (masjid) tu dibina, surau tu dah jarang digunakan. Jadi, penduduk kampung pun dah setuju nak bergotong-royong ramai-ramai nanti..”

            “Saya tak kisah, Tok Wan. Saya ok ja!” balas Zafril tersengih. Dia sudah biasa mengikut Tok Wan Azim menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti ni. Dulu setiap kali musim semester, dia rajin juga membantu Tok Wan Azim ke sana ke mari. Daripada duduk lepak sahaja di rumah at least, cuti dia dipenuhi dengan aktiviti berfaedah.

            Mereka leka berborak di ruang tamu. Tidak sedar dirinya diintai seseorang. Alisya Athirah  duduk mencangkung sambil menyembunyikan dirinya disebalik dinding yang diperbuat daripada kayu meranti. Dia tersenyum sendirian. Malu mencengkam wajahnya. Sejak kali pertama melihat Zafril Hazwan, hatinya terpikat. Aduyai.. umurnya baru sahaja mencecah 13 tahun. 8 tahun lalu, kali pertama Mak Ngah Zarith datang memperkenalkan Zafril kepada keluarga Tok Wannya, dia sudah meminati lelaki itu.

            “Eisya intai siapa tu?” tanya Zarith Azwani kehairanan. Di tangannya dia menatang sedulang berisi air dan kuih. Alisya Athirah  terkejut. Segera dia berlari masuk ke dalam bilik. Zarith Azwani menggelengkan kepala. Tak faham dia dengan perangai anak saudaranya ini. Alisya Athirah  merupakan anak kedua kakak suaminya. Mereka rapat. Selalu juga Alisya Athirah  menjengah rumahnya setiap kali balik dari sekolah. Kedudukan rumah Tok Wan Azim dengan rumahnya hanya 5 minit perjalanan sahaja. Keluarga belah suaminya begitu besar. Setiap kali hujung tahun memang wajib mereka mengadakan hari keluarga untuk merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Sebab itu keluarga mereka dikenali.
******************************************
           
            Alisya Athirah  segera masuk ke dalam bilik lalu baring di atas katil. Umairah, kakaknya yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah terkejut apabila secara tiba-tiba adiknya menyelusup masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Alisya Athirah  tersengih seorang diri.

            “Eisya! Kau ni kalau masuk cuba bagi salam dulu. Terkejut akak, tau!” marah Umairah. Beza umur antara mereka berdua hanya setahun sahaja. Disebabkan umur mereka dekat, mereka dah di’cop’ sebagai unofficial twin. Dimana sahaja mesti berdua. Sama-sama berkongsi masalah. Sedih, gembira, marah semua dirasai bersama.

            “Kak Umai, hari ni Pak Su Zafril datang..!!” Alisya Athirah  begitu teruja. Mukanya bersinar-sinar. Jari-jemari Umairah yang tadinya sibuk menari di atas buku notanya terhenti.

            “Pak Su Zafril datang? Patutlah berseri je muka..” balas Umairah. Dia kembali sambung membuat kerja sekolahnya. Alisya Athirah  menarik kerusi mendekati kakaknya.

            “Handsome la kak! Iesya suka!”

            Umairah hanya tersenyum sinis. Dulu dia agak tidak menggemari apabila melihat adiknya menyukai lelaki itu. Yelah, beza umur mereka 10 tahun. Dia sendiri pun hairan macam mana adiknya boleh menyukai lelaki itu. Kerana rupanyakah? Atau kerana perangainyakah? Maybe.. rupa! Maybe.. perangai! Hanya Alisya Athirah  sahaja yang tahu.

***********************************
           
            Zafril sedang sibuk mengemas barang di dalam biliknya. Kakak dan abang iparnya berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia malas untuk menyertai mereka. Biarlah dia melayan perasaan di dalam bilik sahaja.

            Radio dibuka. Dia membaringkan diri di atas katil. Kepalanya dialasi dengan tangan. Dia mengeluh. Baru hari itu Siti Zulaikha datang menemuinya untuk menanyakan soal perkahwinan mereka. Sekilas Zafril mengeluh. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menangguhkan perkahwinan mereka. Bukan kerana tidak sayang.. dia sayang wanita itu separuh mati. Namun, sikap Zulaikha yang baran dan suka menempelaknya tanpa usul periksa membuatkan dia bosan. Tambahan lagi dengan apa yang keluarga Zulaikha buat kepada keluarganya betul-betul mencabar kelelakiannya. Pernah suatu ketika dulu dia pernah mengusulkan perihal ini kepada maminya tapi…

            ‘Mami, Ril ingat tak mau kahwin la!’ pujuk Zafril sewaktu ibunya ingin membincangkan soal perkahwinan mereka. Zafril berasa geram apabila bakal mak mertuanya mencabar maminya. Memburuk-burukkan dirinya di hadapan khalayak ramai ketika mami dan ayahnya merisik Siti Zulaikha. Nasib dia tidak ada di situ. Kalau tidak, sudah lama dia tarik balik kata-kata untuk menyunting Siti Zulaikha.

            “Jangan Ayil!~” bantah maminya. Ayil, nama timangan keluarga untuknya. “Perancangan semua dah dibuat. Takkan kamu nak cancel semuanya? Nanti memburukkan keadaan sahaja..” tambah maminya lagi.

            “Kenapa baru sekarang mami ceritakan perkara ni pada Ayil? Kenapa mami tak ceritakan semasa mami merisik Ika dulu? Kenapa mami tak beritahu Ayil yang bakal mak mertua Ayil tak sukakan Ayil?,” pertanyaan demi pertanyaan diajukan kepada maminya. Puan Ruziah, mami Zafril Hazwan terdiam sejenak. Bukan tidak mahu beritahu tetapi..

            “Sebab mami tengok Ayil begitu sayangkan Ika. Mami tak mahu disebabkan kerana benda kecil macam ni bakal memusnahkan kebahagiaan antara kamu berdua,” jelas maminya. Zafril Hazwan mengeluh. Mami belum tahu lagi apa yang tersirat di hatinya. Memang.. dia sayangkan Siti Zulaikha. Tapi itu dulu, perasaan dia kini berbelah bahagi. Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu meneruskan perkahwinan ini tapi segala persiapan sudah hampir siap. Takkan dia nak batalkan sahaja.

            Zafril mengeluh lagi bila mengenangkan saat itu. Dia menutup matanya. Biarlah esok sebagai penentu segalanya. Dia pasrah.

3 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Nice....

Cik Waniey berkata...

hehe.. thanksss!! =)

Wild Cherry berkata...

Laen dr yg laen novel ni kak waniey... Baru umur 13 thun da jtuh cnta ek eisya tu... Cepat2 smbung ek kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...