RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 6 Januari 2011

Alamak! Arziril ke Ariel!? 26

BAB 26

Pagi itu Dania bangun awal. Setelah siap berpakaian, dia meminta diri untuk keluar mengambil angin pagi. Dania begitu gembira sekali apabila dapat bertemu semula dengan Ariel.. kawan baiknya sejak kecil.. Kawan baik? Hahaha.. dulu, dia tidak pernah merasakan yang lelaki itu kawan baiknya. Yelah.. dulu dia rimas melayan kerenah Ariel yang menjengkelkan. Tambahan lagi lelaki itu terlalu pengecut. Sampaikan semua benda mesti memerlukan pertolongannya. 

Ariel.. kenapa tiba-tiba perasaan rindu mula terbit. Kali ni rindu itu lain.. Dania mengeluh. Percutian kali ini tidak berapa menyeronokkan. Arziril tidak begitu mesra dengannya. Pelik sungguh! Adakah kerana minah gedik bernama Farisya tu tak join sekali?

"Menung panjang nampak?" sapa seseorang. Dania terkejut sedikit apabila suara itu datang tanpa memberi salam terlebih dahulu. 

"Arziril...." balas dia. Dia menarik nafas lega. Arziril agak sedikit termengah. Dania melihat lelaki pujaannya itu dari atas ke bawah.. kemudian dari bawah ke atas berkali-kali. Hanya memakai t-shirt putih jenama DKNY tanpa lengan, seluar pendek  Adidas paras bawah lutut juga berkasut sukan jenama adidas. Sehelai tuala good morning disangkutkan di lehernya. Mukanya kemerahan... menampakkan lagi kehenseman beliau.

Arziril tersenyum memandangnya. Sempat lagi dia mengelap mukanya yang agak berpeluh. 

"Awak seronok bercuti di sini?" tanya dia lagi. Dania diam sejenak. Memikirkan jawapan.. mahu jujur ke tidak?

Tidak! 

"Hem.. best la jugak. First time saya jejak kaki ke luar negara. Lebih-lebih lagi bila dapat bersama idola saya.. Lagipun, dah lama saya tak bercuti macam ni..." Dania mengetap bibir. Baik punya jawapan! Syabas beteh!~

Arziril senyum tawar.. 

"Awak ada pakwe?"

Soalan itu benar-benar membuatkan Dania sedikit terkejut.

"Kenapa awak tanya?"

Arziril ketawa kecil. "Saje.. Mana la tahu awak bercuti dengan kami ni ada orang jealous? Nanti sure kena pujuk kalau dia merajuk.."

"Hehe.. saya takde pakwe la awak.." berterus-terang. Dania tersenyum gembira. Pelik jugak bila tiba-tiba mamat anelah dia ni bertanyakan soal itu. Mata Dania mengerling tajam ke arah Arziril. Kadang-kadang instinct dia merasakan seolah-olah Arziril ini sebijik macam Ariel. Hem.. tak mungkin. Wajah maybe seakan sama tapi orangnya berbeza..

"Kenapa takde pakwe? Orang cantik macam awak mustahil takde pakwe.." Arziril cuba menguji lagi.

"Pakwe takde.. tapi kawan baik tu ada la..." jawapan ikhlas dari Dania membuatkan Arziril spontan memandang ke arah Dania. Gadis itu memberi senyuman yag cukup manis. Jarang Dania senyum sebegitu kepada dia selama ini. Maybe inilah senyuman ikhlas Dania yang sebenar-benarnya.

"Siapa?" Arziril ingin tahu. Adakah Ariel? Atau orang lain?

"Orangnya kawan saya sejak kecil. Ibu saya besarkan dia sejak dia kematian kedua orang tuanya. Dulu... saya tak pernah hargai dia. Tak pernah anggap dia sebagai salah seorang ahli keluarga kami... Tapi sekarang.."

"Tapi sekarang!?" Arziril semakin teruja.

"Bak kata orang tua-tua dulu, jauh di mata dekat di hati.. huhuhu"

"Awak rindukan dia ke?" uji dia lagi.

"Kami sama-sama sejak kecil Arziril.. tak pernah renggang. Walaupun kadang-kadang saya rimas dengan keadaan dia yang agak menjengkelkan tapi sejak dia takde di sisi saya, saya rasa cukup kehilangan..."

"Awak cintakan dia!?"

Dania mengerut dahi.. Arziril seolah-olah begitu berminat dengan jalan cerita hidupnya bersama Ariel.

"Takde la cinta. Tapi sayang sebagai seorang kawan dan sahabat tu adalah.."

Arziril mengeluh. Dia agak kecewa. Seingat dia perempuan itu menyayanginya.. Dania mengerut dahi lagi. Heran melihat Arziril tiba-tiba mengeluh..~

"Kenapa?"
"Err.. takde apa-apa.." Arziril cuba menyembunyikan sesuatu. "Jom balik.. Kejap lagi kita ada trip ke tempat lain pulak!"

"Ok jom!"

Mereka jalan beriringan. Kelihatan ada kemesraan di situ.

********************

"Salam semua.. selamat datang ke Sydney Opera House. Sebelum kita mula melawat tempat ni saya nak menceritakan asal-usul Sydney Opera House. Untuk pengetahuan anda semua Sydney Opera House telah berusia 37 tahun dimana ia dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth pada 20 Oktober 1973. Pembinaan Sydney Opera House dimulakan pada 1959 membabitkan 10,000 kontraktor dengan perbelanjaan sebanyak A$102 juta."

"Sydney Opera House atau Rumah Opera Sydney mempunyai reka bentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Seperti yang anda lihat, rumah opera ini terletak berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge di Darling Harbour menjadikan kedua-duanya sebagai mercu tanda untuk Australia."

"Rumah opera ini memiliki daya tarikannya tersendiri dimana rekaan bentuknya bersumberkan cengkerang laut. Selain daripada objek pelancongan, rumah opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, balet dan lain-lain seni teater. Kejap lagi saya akan tunjukkan pentas teater pada anda semua. Reka bentuknya berdasarkan kerja Jorn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada 1957" En Azmirul begitu lancar menceritakan sejarah rumah opera itu. Maklumlah, beliau telah hampir 15 tahun menjadi penduduk tetap di situ setelah beliau mengahwini isterinya yang juga penduduk asal negara Australia. Jadi, tidak hairan la sekiranya beliau menjadi tourist guide di situ.

Mereka mengikut sahaja jejak langkah En. Azmirul di dalam Sydney Opera House itu. Setelah puas berpusing sekitar Sydney Opera House, mereka ke Akuarium Sydney pula untuk melihat lebih 11,000 hidupan laut yang dipelihara di situ termasuk jerung dan anjing laut . Tempat lawatan kali ini begitu sesuai untuk kunjungan keluarga terutama kanak-kanak. Mereka pastinya seronok melihat kenakalan anjing laut ketika diberi makanan oleh pelatihnya.

Setelah penat berjalan, mereka singgah pula di restoran berdekatan. Sydney bukan asing bagi masyarakat Malaysia. Jika anda toleh ke kiri atau ke kanan, anda pasti dapat melihat wajah rakyat negara ini, terutama keturunan Melayu dan Cina. Malah, ramai pelajar kita yang belajar di Universiti New South Wales (UNSW), Sydney.

Lebih 200 restoran makanan halal wujud di sini. Malah, apa yang dipraktikkan di Australia mempunyai persamaan dengan Malaysia kerana sebelum sesebuah restoran atau pasar raya itu mendapat pengiktirafan halal, pihaknya menggariskan beberapa syarat yang harus dipatuhi oleh pemilik premis berkenaan. Contoh, sesebuah premis yang ingin mendapatkan sijil halal perlulah mengemukakan permohonan dan selepas itu pihaknya akan menjalankan siasatan.
Dania begitu gembira sekali malah dia mendapat banyak informasi sepanjang berada di situ.

"Lepas ni kita nak kemana?" tanya Dania kepada Arziril di sebelah.

"Hem.. mandi kot?" teka Arziril.

"Mandi!?" Dania mengerut dahi pelik. "Tengah hari buta macam ni nak pergi mandi kat pantai ke?"

"Dania.. ini negara bermusim..~ Orang-orang dekat sini suka berjemur time-time macam ni. Walaupun tengahari, panasnya tak macam panas di Malaysia.." jelas Arziril. Dania mengangguk faham.

"Apa yang best kat Pantai Bondi tu selain mandi laut?"

"Tadi En. Azmirul cakap dekat situ selain mandi dan melihat pemandangan cantik dan pasir memutih, kita berpeluang bermain papan luncur air yang sungguh menyeronokkan. Mungkin selepas penat mandi dan bermain, kita boleh berehat sebentar di restoran makanan laut di pantai berkenaan sebelum meneruskan perjalanan untuk membeli belah di The Rocks Market dan Paddy’s Market yang menyediakan pelbagai kraftangan dan pakaian dengan harga berpatutan untuk dijadikan buah tangan atau kenang-kenangan. Tentu awak tak sabar-sabar nak belikan hadiah kenangan untuk kawan baik awak tu, kan?" usik Arziril. Keningnya sengaja diangkat berkali-kali dan matanya dibesarkan. Dia senyum gatal.

Dania ketawa. Arziril kuat mengusik sejak dua menjak ni. Lelaki itu sangat peramah dan mudah mesra. Sikap Arziril yang begitu mesra itulah yang membuatkan Dania senang dengannya. Teringat dia kepada Ariel. Watak mereka berdua ada persamaan.

Sewaktu melihat Arziril bermain papan luncur, hatinya tiba-tiba rasa kagum. Lelaki itu bukan sahaja pandai menari, pandai menyanyi malah pandai bermain papan luncur. Dah la handsome, badan ketak-ketak.. tinggi.. bermata besar malah memiliki peribadi yang sungguh baik.

Dania kembali tersenyum. Ah! Adakah dia sudah mula menyayangi Arziril?

Tidak! Masakan Arziril ingin menerima dia. Arziril lelaki pujaan ramai.. Punya susuk tubuh yang menjadi idaman semua wanita. Dia juga ada tarikan dari sudut wajahnya. 

"Aku?" Dania memandang ke segenap badannya. "Sedangkan Farisya yang lawa gila tu pun dia boleh tolak.. inikan aku yang sedang-sedang je lawanya.. huhuhu.. Impossible..!"

"Dania!!" jerit Rita, salah seorang krew rancangan jelajah itu. "Kau tak nak mandi ke?"

Dania menggeleng..

"Aku takde mood la!" balas dia. Rita berlari mendekatinya lantas duduk di sebelah.

"Rugi! Bukan selalu dapat mandi kat tempat orang. Air laut dia tak panas sangat. Boleh mandi.............."

"Takpelah! Nanti kalau aku nak mandi, aku join la korang.. ok?"

"Ok! Aku sambung balik ye..." Rita berlari meninggalkannya. Dania hanya tersenyum.

********************

Marzuki yang sedang sibuk terbaring bersama Arziril menyapanya.

"Zi.. aku tengok kau makin rapat dengan budak Dania tu? Ada apa-apa, ke?" tanya Marzuki.

Arziril tersenyum.

"Takdelah! Diakan peminat aku... Mesti la aku kena layan baik~"

"Takdelah.. macam agak over je? Kau jangan buat skandal kat sini beb! Walaupun kita kat negara orang.. tapi reporter kat mana-mana je tau?" nasihat Marzuki.

"Don't worry la bro. Aku boleh setelkan kalau benda ni jadi kontroversi nanti... Eh jom main balik!!" Arziril seraya bangun untuk menyambung kembali bermain papan luncur. Dia malas nak berdebat dengan Marzuki berkaitan soal peribadinya. Tak salah dia berbaik dengan Dania. Dia pun manusia biasa. Punya perasaan nak berdamping dengan sesiapa pun. Takde siapa boleh halang semua itu selain dirinya sendiri.

***************************

Malam itu seperti biasa Dania menantikan Ariel di tempat yang dijanjikan. Sebaik melihat kelibat Ariel yang berjaket hitam dan berseluar track biru laut, Dania menjerit sambil melambaikan tangan ke arahnya.

"Ariel!!!~" jerit Dania lantas memeluknya sekuat hati. Hampir terlucut cermin mata yang dipakainya akibat rangkulan kuat dari Dania. Lepas sudah rasa rindu dendamnya selama ini. Ariel terkedu. Dania peluk aku!?

Pelukan dileraikan. Muka Dania merona merah. Dia malu...

"Err.. sori., aku agak excited sikit.." jawab Dania membuang perasaan syak wasangka Ariel.

"It's ok! Nasib kat tempat orang... hehehe.." seloroh Ariel. Dania ketawa..

Mereka makan bersama di sebuah restoran berdekatan..

"Kau duduk sini sampai bila?" tanya Ariel.

Dania cuba menghabiskan air coke di dalam gelasnya sebelum menjawab soalan Ariel.
"Rabu ni balik la.. Kami kat sini kejap je.."

"Nanti kirim salam dengan makcik, Daniel dan Danny ye?"

"Kau bila nak balik? Tak rindu dengan negara sendiri?"
"Kau nak aku balik, ke?"

Dania ketawa.. Ariel buat muka serius. 

"Kalau kau rindukan kitorang, baliklah! Aku kalau boleh.. nak kembali saat kau belajar di kolej dulu. Yang selalu susahkan aku.. buat aku sakit hati dan sebagainya.." ujar Dania. Dia berharap sangat agar Ariel pulang.

"InsyaAllah.. sampai seru, aku akan pulang.." jawab Ariel. Dania mengetap bibir. Adakah Ariel tidak ada hati untuk pulang ke Malaysia?

********************************

4 orang beri kritikan::

n.haliban berkata...

huwah...
nak ariel jek...
hahaha...

WaN.aWe berkata...

bile nk smbung lg....sy dh lme tggu...sy follow crite ni..bez sgt2...i love ariel......my love....

Nana berkata...

Blog nie msh pakai lagi ke..? cte lama dah tak post msk. plzzz smbg balik ^_^, minat sgt dgn cte u

Cik Waniey berkata...

insyaAllah.. Wani akan usaha untuk siapkan... Wani busy sket.. sori sgt2... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...