RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 19 Disember 2010

Alamak! Arziril ke Ariel!? 25

BAB 25

"Bodoh! Benda kecik macam tu pun tak boleh settle! 4 lawan sorang pon boleh kalah! Puihh!" tempelak seseorang apabila melihat berita tergempar tentang penangkapan 4 orang samseng di rumah Arziril semalam. Dia bengang! Cukup baik plan yang dia rancangkan namun tetap gagal. Semestinya ada kecuaian yang dilakukan oleh mereka.

Kotak rokok jenama Malboro dicapai dari atas meja lalu dikeluarkan sebatang untuk dihisap. Api lighter dinyalakan. Rokok dihisap senikmat-nikmatnya untuk membuangkan rasa tidak puas hatinya. Sudah lama dia berdendam dengan manusia bernama Arziril ini. Namun nasib sentiasa menyebelahi mamat itu. Mujur samsend itu tidak mengenalinya. Semuanya dilakukan dengan baik. Aturan yang hebat. 

Plan dijalankan dengan menghubungi salah seorang samseng tersebut dan menghantar wang upahan dengan hanya menggunakan seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa untuk mereka habiskan kerja yang telah diberikan. Perjanjian dibuat andaikata mereka tertangkap, namanya tidak sesekali dikaitkan.. Jika tidak, maut untuk diorang lepas ni. Asap rokok dihembus beberapa kali menjadikan bentuk 0 di udara. Dia kemudian tersenyum. 

Jangan cepat mengaku kalah. 
"Kau belum selamat lagi Arziril!" bisik dia di dalam hati.

Apakah plan seterusnya? Dia perlu merancang yang lebih hebat lagi untuk musuhnya itu.  Senyuman semakin luas dan ketawanya semakin besar. Plan kali ini pastinya akan berjaya. Dia perlukan masa untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar!

**********************

Dania berlari ke Hospital Tawakal yang menempatkan Arziril di situ. Kelihatan ramai wartawan-wartawan dan peminat-peminat yang berdiri di luar. Suasana riuh rendah. Pihak polis cuba menghalang mereka daripada masuk. Dania cuba melintas di celah-celahan orang ramai. Dia perlu tahu keadaan Arziril. Namun nasibnya sama macam yang lain. Mereka langsung tidak diberi peluang untuk berjumpa dengan artis kesayangan mereka.

Arziril hanya memerhatikan keadaan di luar dari tingkap bilik. Dia mengeluh. Penat juga menjadi seorang artis terkenal. Peribadinya sentiasa dicerobohi. Apa yang dilakukan, yang dia buat semuanya menjadi perhatian semua orang. Kadang-kadang dia give up. Seronok menjadi manusia biasa. Tapi, dia sudah terlanjur jauh.. tak mungkin untuknya berpatah balik. Arziril menoleh memandang Marzuki yang sibuk menyediakan makanan untuknya. Lelaki itu pengurus yang baik dan setia. Sejak dari awal penglibatan Arziril ke dalam dunia seni, dia la lelaki yang sentiasa berada di sisinya. Marzuki bukan setakat pengurus sahaja, malah menjadi PA (personal assistant), kawan baik, abang dan sewaktu dengannya.

"Ki..." tegur Arziril. 

"Yo!"

"Aku rasa aku nak berehat la dari dunia artis ni..."

Marzuki agak terkejut. Reaksi mukanya sedikit berubah.

"Kenapa?"

"Aku nak hidup macam orang biasa buat masa ni..." kata Arziril meluahkan hasrat di hati.

Marzuki mengeluh.

"Dulu, kau berhenti belajar sebab nak capai matlamat kau sebagai artis ternama. Sekarang ni kau nak berehat dari jadi artis pulak?" tanya Marzuki tidak berpuas hati dengan hasrat Arziril.

"Aku bukan apa, Ki. Aku rindukan saat aku jadi orang biasa dulu. Aku nak jugak bergembira dengan kawan-kawan. Hidup bebas tanpa ada siapa-siapa mengenali aku. Aku nak jadi Ariel kembali..." dia berterus-terang.

"Kau nak berehat sampai bila?"

"Maybe setahun? Atau 2 tahun?"

"Lamanya! Aku tak setuju!" marah Marzuki.

"Ki... kalau boleh, setahun dua ni aku nak habiskan study aku. Kau pun pernah cakap.. pelajaran tu penting. Lepas dah habis belajar.. baru aku fokus balik pada dunia nyanyian ni..." pinta Arziril.

Marzuki mengeluh... 

"Jadi, apa alasan kau pada wartawan nanti?"

"Aku just nak bagitau.. Aku nak berehat dan bercuti ke luar negara untuk masa yang panjang..."

"Peminat-peminat kau macam mana?"

"Diorang akan faham... "

Marzuki terdiam lagi. 

"Kau betul-betul ke nak berehat? Kau tak takut lama-lama kalau berdiam diri, peminat akan semakin lupakan kau?"

"Ki, kalau betul diorang peminat setia aku.. sampai ke akhir hayat diorang tetap jadi peminat aku.... Lagipun aku tak kisah sangat kalau hilang peminat. Aku betul-betul nak jadi orang biasa untuk setahun dua ni..."

"Baiklah. Up to you. Aku sokong apa saja yang kau nak buat..Tapi kalau boleh, selesaikan dulu vacation kita ni ke Sydney.." balas Marzuki lemah. Kalau boleh, dia tak mahu Arziril membuat keputusan terburu-buru.. Tapi dia takde hak untuk mengatur hidup Arziril. Arziril sudah dianggap macam adiknya sendiri....

Arziril mengangguk.

"Terima kasih bro...!!" ucap Arziril gembira. 

*************************

Dania semakin teruja apabila melihat gerbangan jambatan sydney di hadapan mata. Berjalan di atas Jambatan Harbour Sydney menambahkan lagi rasa kegembiraannya lebih-lebih lagi bersama dengan Arziril. Walaupun dikelilingi dengan krew-krew jelajah yang lain namun dia tetap berpuas hati. Kelihatan ramai manusia-manusia di jambatan itu.. ada yang menaiki basikal, berjalan kaki seperti mereka, memandu dan sebagainya. Pandangan waktu malam begitu cantik dan lawa.

"Oklah! Kita kejap lagi akan pergi ke Kings Cross untuk check-in apartment di Macleay Malam ni kita jalan-jalan dulu sekitar jambatan ni. Esok pagi, kita akan pergi ke Royal Botanical Garden, Sydney Opera House dan Art Gallery of New South Wales.." jelas En Azmirul dengan lebih lanjut. Masing-masing hanya mengangguk. Dania memandang Arziril di sebelah. Lelaki itu hanya diam membisu sahaja.

'Kenapa dari semalam lagi mood Arziril agak dingin?' bisik hati kecil Dania.

"Err.. Arziril.., sejuk kan suasana kat sini?" tanya Dania meramahkan diri.

Arziril tersenyum. "Yeps.." sepatah dia menjawab.

"Saya seronok sangat dapat bercuti bersama awak..." 

"Thanks.."

Dania mengeluarkan kamera dari beg sandangnya. Belum sempat dia meluahkan hasrat,untuk bergambar, Arziril sudah bergerak ke depan meninggalkannya. Dania mengeluh. Adakah percutian kali ni tidak membawa erti untuknya?

**********************

Malam itu Dania mengeluh keseorangan. Dia rasa bosan dan alone. Memandang kosong pada salah seorang krew perempuan rancangan jelajah bernama Irma ini yang sedang nyenyak tidur. Malam semakin larut namun dia tidak boleh tidur. Dia tidak ngantuk. Dania segera turun dari katil dan keluar dari bilik untuk mengambil angin luar. 

Dania berjalan ke area kolam renang dan barbeque untuk melihat pemandangan cantik di luar. Pemandangan dari arah Apartment Macleay ke arah Jambatan Harbour Sydney begitu cantik. Pantai Bondi Sydney pun boleh nampak terus dari sini. Sedang asyik menikmati keindahan malam.. tiba-tiba dia ternampak seseorang yang juga berjalan seorang diri.

Lelaki itu macam pernah dilihat. Rambut belah tengah, memakai cermin mata dan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Gaya dan pemakaian tak ubah seperti .... 

'Ariel?', tanya Dania di dalam hati. Arielkah itu? Macam mana dia boleh berada di sini??

"Ariel!!?" panggil Dania. Spontan lelaki itu memandang ke arahnya. Mukanya berkerut. Ah sudah!~

"Dania!?" dia mengetap bibir.. Mati dia kali ni! Gadis itu melambai-lambai ke arahnya. Langkahnya semakin laju mendekati Ariel. Apa yang harus dia lakukan???

*****************************


"Kau buat apa kat sini?" tanya Dania. Ariel hanya tersengih kerang.


"Err.. aku kerja kat sini. Kau pulak?" tanya Ariel cuba menyimpan rahsia. Dia tak mahu Dania tahu dia adalah Arziril dan Arziril adalah Ariel.


"Aku join penjelajahan bersama Arziril. Aku menang contest dia!" jawab Dania teruja. Ariel pura-pura tumpang teruja.


"Wah! Besnye kau... berapa hari kau dekat sini?"


"5 hari 4 malam.. Mestilah best!.. Hem.. patutlah aku call kau susah nak dapat. Jauh betul kau bawak diri. Kau merajuk dengan aku, ke?" 


Ariel gelak kecil. 


"Takdelah! Aku nak cari angin di luar. Dalam masa yang sama.. aku nak luaskan pengalaman hidup di negara orang.."


"Ibu dan adik-adik yang semua rindukan kau. Baliklah!"


Ariel diam... Benarkah? Yela.. dia tak punya siapa di dunia ni. Keluarga Dania adalah keluarga yang paling dia rapat. Dia takde saudara mara... takde keluarga. Dia alone...~


"Kau tak rindu kat aku, ke?" uji Ariel. Dania diam. 


Dalam hati memang dia rindu. Sebelum ni dia tak tahu benarkah dia merindui lelaki itu atau sekadar untuk menjaga sepotong hati yang mungkin sudah luka dihiris oleh kata-katanya sebelum ini... Tapi kali ni dia yakin dia benar-benar rindukan Ariel. Walaupun mamat tu blur dan bodo-bodo alang tapi sometimes dia gemar berborak dengan Ariel. Kehilangan Ariel begitu terasa since mereka berdua tidak pernah berpisah sebelum ini.


"Of course la aku rindukan kau!" jawab Dania lantas menumbuk lembut ke lengan Ariel. Ariel menjerit kecil.


"Ganas lagik kau ni yek?"


"Ganas-ganas pun, kau tetap suka kawan dengan aku kan??"


Ariel ketawa. Begitu juga Dania. Sudah lama tidak ketawa macam ni.


"Hem.. dah lewat malam ni. Aku nak balik bilik. Esok jom la join team aku jalan-jalan..." ajak Dania penuh mengharap..


"Aku kerja la Dania..." jawab Ariel. Langkah penyusunan ayat pembohongan semakin berjaya.


Dania mengeluh.


"Bila boleh jumpa lagi? Kau kasik aku nombor kau?"


"Er.." kali ni dia blur. Apa jawapan nak kasik ni?


"Err... aku takde handphone. Tapi esok kalau boleh kita jumpa dekat sini boleh? Lebih kurang pukul 12 malam?" balas Ariel memberi idea.


Dania mengetap bibir.


"Ok.. jumpa esok yek?" 


Tangan dihulurkan ke arah Ariel. Huluran dibalas.. Dania membisik sesuatu ke telinga Ariel..


"Miss you so much my friend!!" 


Sebaik dia mengucapkan kata-kata itu, Dania segera meninggalkan Ariel. Ariel kaku. Kemudian dia tersenyum. Benarkah Dania rindukan dia? Hem............... Begitu la kata orang, bila berada di depan selalu membenci tetapi bila seseorang itu takde di depan mata, rindu bertandang pula...


*******************************

3 orang beri kritikan::

yana daniel berkata...

waney cepat laa smbg tak sabar nak tunggu kesudahan cter nie...

pipvz devil berkata...

yup..dah lme xde n3 bru..xsbar nk thu ending nyer..agak2 bnyk lg ke ep nyer ek?

Cik Waniey berkata...

hik3.. insyaAllah akan habis nnti... sabar menanti.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...