RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 14 September 2010

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 9

BAB 9

Pagi itu aku hanya menatap gambar Fazrul. Dia begitu segak dengan berpakaian kemeja dan kot hitam. Namun itu semua hanya lah kenangan dan memori untuk aku terus mengingatinya. Aku rindukan Fazrul. Walaupun dia telah tiada lagi, sayangku padanya masih tetap seperti dulu.

Arul,
Kalau la Arul tahu apa perasaan Wani tatkala ini.. tentunya Arul akan berasa sedih. Wani rindukan Arul.. teramat rindu. Bagaimana harus Wani lupakan Arul? Wani tak mampu untuk buang Arul dalam ingatan Wani. Wani rindukan saat kita bersama, saat kita bertengkar dan saat kita bergelak ketawa. Semuanya adalah memori. Maafkan Wani, Arul kerana tidak mampu melupakan Arul...

Tiba-tiba bahuku disapa seseorang. Sekilas aku mengesat air mata yang bertakung dari terus mengalir ke pipi.

"Wani... kau ok ke?" tanya Linda merangkap teman serumahku. Sudah dua tahun kami bersama. Linda sentiasa bersamaku bila aku dilanda keresahan dan kesedihan.

"Aku ok..." jawabku pendek.

Linda mengeluh. Aku tahu dia sedih bila melihat aku sebegini. Maafkan aku, Linda. Aku banyak menyusahkan kau.

"Dah setahun kau macam ni... Esok dah start cuti semester. Kau balik la ke Sabah. Maybe kat sana kau boleh tenangkan perasaan kau tu.." nasihat Linda.

"Family aku datang Kuala Lumpur tak lama lagi" balas aku. Sudah lama aku tak jumpa keluargaku. Kebetulan papa kena hantar semula ke Semenanjung. Kali ini ke Kuala Lumpur. Aku rindukan keluargaku.
Kedua orang tuaku sudah mengetahui mengenai perihal kematian Fazrul. Mereka begitu sedih dan banyak memberi semangat kepadaku untuk teruskan hidup. Badanku semakin kurus dan lemah. Fazrul cinta pertamaku, mana mungkin aku boleh hidup tanpanya.

"Semalam Hakim datang ke rumah. Tapi waktu tu kau dah tidur...." ujar Linda. Aku agak terkejut. Hakim.. begitu setia lelaki itu menantiku. Walaupun Fazrul telah mewasiatkan dirinya untukku namun hatiku tetap tak boleh melupakan Fazrul. Arul.. maafkan aku...

"Dia ada pesan apa-apa, ke?" aku bertanya.

"Ada.. dia cakap dia nak ajak kau keluar petang nanti. Dia nak bawa kau ke satu tempat..." balas Linda lagi. Aku hanya diam membisu.

Sekali lagi Linda mengeluh.

"Wani, cheer up girl! Kalau la Arul masih hidup.. tentu dia sedih bila tengok kau macam ni..." nasihat Linda. Aku hanya tersenyum sahaja. "Badan kau makin kurus tau. Jangan la macam ni... Aku risau sangat tengok keadaan kau ni..."

"Aku rindukan Arul, Linda..."

"Aku tahu.. tapi nak buat macam mana? Kau kena redha dengan kehendakNya. Allah lebih sayangkan dia... Kita yang masih hidup ni teruskan hidup.. Doakan aje dia kat sana bahagia di sana," ujar Linda lagi seolah-olah memberi tazkirah padaku. Aku hanya ketawa sahaja.

"Don't worry, Linda. Aku dah ok..." balas aku. Aku tak mahu Linda sedih mengenangkan nasib aku. Biar la aku sebegini..

"Kau pergi la jumpa dengan Hakim. Koman-koman dia mampu ceriakan hidup kau..."

Maybe Hakim mampu ceriakan hidup aku. Bila bersama dengan Hakim, aku dapat melupakan Fazrul sebentar namun bila kakiku melangkah semula ke dalam rumah ini.. pastinya kenangan bersama Fazrul kembali semula dalam fikiranku.

Aku hanya mengangguk perlahan. Baiklah..

*****************

"Nah!" Hakim menghulurkan ais krim Cornetto padaku. Aku mengambilnya. 

"Thanks!" jawabku. 

Sekilas, Hakim duduk di sebelahku memandang ke arah pantai Batu Feringgi.

"Lama dah kita tak lepak-lepak dekat sini, kan?" tanya Hakim padaku. Aku hanya mengangguk sambil sibuk menjilat aiskrim di tangan. "Semalam Wani dah tidur, ke? Awalnya..."

"Penat la...." jawabku manja. Serius! Bila bersama dengan Hakim, aku dapat melupakan sebentar Fazrul tapi sebaik sahaja kakiku menjejakkan kaki ke dalam rumah, rindu kembali bertandang. Kenapa yek?

Tiba-tiba bahuku disapa. Aku agak terkejut sedikit. Walaupun aku dan Hakim telah lama berkawan namun hatiku belum sepenuhnya menerima kehadiran Hakim dalam hidupku.

"Sayang..." panggilan itu mengingatkan aku pada Fazrul.. Ah! Kenapa aku tak boleh melupakan dia?

"Wani.. kenapa ni? Macam tak gembira je jumpa Hakim?" rungut Hakim. Mulutnya mencebik. Aku hanya tersenyum. Hakim walaupun agak matang tetapi kadang-kadang perangainya lebih kepada kebudak-budakan.

"Mana ada... Wani tengah fikir sesuatu ni..." bohong aku.

"Fikirkan apa? Fikirkan perkahwinan kita, ke?" seloroh Hakim. Aku hanya ketawa. Aku tahu sudah lama Hakim menantikan kata cinta dari aku tetapi aku tak mampu untuk menerima. Berilah aku peluang untuk melupakan Arul sepenuhnya...

"Hakim ni...." seraya aku mencubit pehanya. Hakim mengaduh sakit.

"Tangan macam ketam! Sakitlah!" ejek Hakim. Aku hanya ketawa...

"Nak rasa lagik, ke?" sengaja aku mengacah dirinya. Rasa bahagia bila bersama dengan Hakim. Kadang-kadang kesengalan Hakim begitu terserlah membuatkan hatiku bunga-bunga riang.

"Sampai bila Hakim harus menunggu?" tiba-tiba persoalan itu membuatkan aku tersentak sebentar.

"Menunggu apa?" aku sengaja main-main tarik tali dengannya.

"Menunggu Wani untuk menerima Hakim?" jawab dia ikhlas. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Kalau cakap lebih bakal mengguriskan perasaan lelaki itu. Lebih baik diam sahaja tanpa apa-apa janji...

"Hakim cuma nak Wani tahu, Hakim akan tunggu Wani seperti mana Arul pernah tunggu Wani dulu..." jawapan itu betul-betul membuatkan aku begitu terharu.

"Cukup Hakim.. Wani tak nak Hakim terus menanti Wani.. Wani tak nak tragedi yang sama berulang kembali. Di saat Wani dan Arul bakal menemui kebahagiaan bersama, akhirnya kami berpisah jua... Wani tak sanggup hadapi semua itu lagi..." luah aku. Benar.. aku tak nak pisang berbuah dua kali. Begitu lama aku menunggu kata cinta dari Fazrul. Dan bila aku dapat cinta itu, Fazrul pergi buat selama-lamanya. 

"Jangan menyalahkan takdir, Wani. Semua itu qada' dan qadar Allah. Kita harus redha. Tak salah sekiranya Wani melupakan kenangan lama dan mulakan hidup yang baru..." nasihat Hakim padaku. 

"Berikan Wani masa, Hakim....."

"Hampir setahun Hakim menunggu.. Sampai bila?"

"Sampai Wani dapat melupakan Arul..."

"Kalau tak?"

"Kalau tak... biarlah Wani macam ni...... Akim carilah orang lain, mungkin ada perempuan yang lebih baik untuk Akim dari Wani..."

Sejenak tanganku digenggam erat.

"Akim akan tunggu walau beribu tahun sekalipun....."

Air mataku bergenang di kelopak mata.... Ya Allah, sungguh murni hati lelaki ini. Kau berikanlah petunjuk padaku agar diri ini mampu menerima kehadiran insan lain dalam hidupku selain Fazrul....

************************

Hakim menghantarku ke stesen bas...

"Berapa lama Wani kat Kuala Lumpur?" tanya Hakim tatkala menanti pintu bas express terbuka.

"Sampai habis semester la.." jawab aku.

"Kirimkan salam Akim pada parents Wani, yek?"

"Insya'allah...."

"Jangan lupa sampai sana mesej Akim ye?"
"Baiklah, Akim. Don't worry yek?"

Sebaik pintu bas terbuka, aku segera meminta diri. Hakim seolah-olah tidak ingin membiarkan aku pergi. Aku tahu, dia begitu sayangkan aku. 

Bas mula bergerak. Aku melambaikan tangan ke arahnya. Tiba-tiba hati rasa sebak. Mungkin aku kena belajar menerima dia. Tapi entah bila hati ini mampu menerimanya?

************************

5 jam berlalu, akhirnya aku sampai di Kuala Lumpur. Sudah lama tidak jejak K.L. Rindu rasanya.

Aku menarik beg tarik ke Menara Maybank. Janji dengan papa untuk tunggu di sini. Mata meliar mencari kedudukan yang sesuai untuk menunggu. Sebaik ternampak satu tempat kosong di hujung bangunan, segera kaki melangkah ke arah itu. 

Sedang aku menunggu kereta papa, tiba-tiba mataku tertancap pada seraut wajah yang aku sendiri merasakan pernah melihat wajah itu....

Lelaki berkulit hitam manis itu hanya memandangku sambil tersenyum... Wajahnya begitu seiras dengan..... FAZRUL????

**************************

"Wani!" kedengaran suara Pak Selamat, driver papa memanggilku.  Pandanganku ke arah lelaki tadi terganggu sebentar. Sekilas bila aku kalihkan pandangan semula, wajah itu hilang dari pandangan. Aku tercari-cari lelaki itu. Ke manakah dia?

"Wani.. kenapa tak sahut panggilan Pak Mat?" tanya Pak Mat lantas mengambil beg di tanganku.

"Maaf, Pak Mat. Wani nampak seseorang tadi..."

"Siapa?" tanya dia lagi sambil mengerut dahi. Aku diam.

Entahlah.. aku sendiri pun tidak tahu. Siapakah lelaki itu? Wajahnya seiras wajah Fazrul.... Ah!~ Adakah aku berkhayal? Fazrul dah lama tiada... kemungkinan perasaan aku sahaja...

Aku hanya menggelengkan kepala lalu mengikut Pak Mat ke kereta.....

Sebaik kereta bergerak, mataku masih lagi meliar memandang ke arah luar. Mengharapkan wajah itu kembali semula di hadapanku.... Namun apakan daya itu semua hanyalah harapan yang tak mungkin akan tercapai....

*****************


0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...