RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 13 September 2010

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 8

Bab 8

"Arul??" sekali lagi aku menyebut namanya apabila panggilan ku sebentar tadi tidak disahut. Kedengaran suara mengeluh di corong sana.

"Arul... Wani ni... kenapa Arul senyap je?" tanya aku lagi.

"Kenapa Wani call Arul?" Fazrul seolah-olah bermain api denganku.

"Kenapa Arul dah lama tak call Wani? Arul dah lupakan Wani ke?" soalan Fazrul tidak berjawab. Kami saling berperang dengan persoalan. Rasa bengang tiba-tiba apabila Fazrul endah tak endah menjawab soalanku.

"Arul busy.." jawab Fazrul pendek. 

"Kalau busy sekalipun, takkan mesej pun tak mampu nak balas?" marah aku lagi. Air mata dah tak boleh nak halang dari jatuh mengalir ke pipi. Sebak rasanya bila diperkotak-katikkan oleh lelaki. Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang tak pernah sekalipun menghargai kasih sayang dan cinta kita.

"Wani call Arul ni semata-mata nak cari kesalahan Arul ke?" Fazrul menduga kesabaranku.

"Yes!" jawab aku pendek dan tegas.

"Kalau macam tu... kita putus! Takde makna untuk kita teruskan perhubungan ni. Maybe ini adalah yang terbaik.." Fazrul membuat keputusan. Kali ni aku agak tersentap. Why? Begitu senang sekali dia mengucapkan kata-kata perpisahan. Pernah tak dia terfikir yang aku kat sini begitu sayangkan dia setengah mati? Fazrul.. lupakah perjanjian kita dulu... Dimana janji-janjimu selama ini??

"Arul serius ke?" tanya aku cuba meredakan suasana yang tegang. Masih ada cara yang lain untuk meleraikan segala kekusutan. Aku tak mahu kehilangan lelaki yang paling aku sayang dan cinta. Aku sayangkan dia.

"Arul serius..." jawab dia. "Lupakan Arul, ye? Wani carilah kebahagiaan di sana. Arul tahu Wani akan bahagia bersama seseorang yang Wani sayang. Arul sayangkan Wani.. tapi mungkin kita takde jodoh... Selamat tinggal sayang..." Fazrul menamatkan perbualan kami. Aku menangis di sisi telefonku. Inikah yang aku dapat?

******************

"Maafkan Wani, Akim" pintaku setelah memberi jawapan yang pasti kepada lelaki bernama Hakim ini. Jelas kelihatan dari riak wajahnya kecewa bila mendengar dengan jawapanku.

"Kenapa, Wani? Apa kurangnya Hakim?" tanya dia tidak berpuas hati.
"Satu je jawapan...."

"Apa dia?"

"Cinta Wani masih pada Fazrul.... sampai bila-bila..." jawab aku. Walaupun tak berapa pasti dengan jawapan ku ini namun hati aku yakin yang Fazrul tetap milik aku selamanya. Biasalah kalau dah berjauhan macam-macam boleh jadi tapi aku tetap yakin Fazrul masih sayangkan aku.

"Jadi, Wani betul-betul tak boleh menerima Hakim?" tanya dia lagi.

"Bukan tak boleh terima.. Tapi Wani hanya boleh meletakkan diri Hakim hanya disudut kecil dalam hati Wani. Selebihnya milik orang lain..."

Hakim mengeluh.

"Setelah apa yang dia buat pada Wani, Wani tetap tunggu dia..." balas Hakim sinis.

"Walau apapun yang terjadi... Wani tetap sayangkan dia..." jawab aku sambil tersenyum. Lantak la apa yang Hakim nak cakapkan tapi aku tetap dengan keputusan ku. Walaupun tidak tahu apa akan jadi selepas ini namun aku tekad untuk menghadapinya.

**********************

Final exam dah berlalu dan cuti semester bermula. Aku tak balik ke Sabah untuk bertemu keluarga. Cuti semester selama sebulan menyekat aku dari pulang ke kampung. Biar lah aku duduk di Kedah ni mencari ketenangan. Fazrul... sejak hari itu, aku tidak lagi menghubunginya. Namun di sudut hatiku mengharapkan agar dia terima aku semula. Masakan boleh aku lupa perjanjian kami berdua untuk sehidup semati? Tapi kenapa begitu senang Fazrul melepaskan semuanya? Kenapa begitu mudah dia memutuskan perhubungan dan perjanjian yang telah kami setuju sebelum ini?

Aku menapak ke rumah Fazrul. Sudah lama tidak mengunjungi keluarganya. Dulu sewaktu kami di sekolah, begitu akrab sekali hubungan aku dan mimi dengan keluarga mereka berdua. Namun sejak Mimi dan Firdaus berangkat ke luar negara, hubungan aku dengan keluarga Fazrul semakin renggang. Mama Firdaus sebelum ni rajin bertanya khabar aku.. tapi aku sahaja yang cuba merenggangkan hubungan ini.

"Assalamualaikum..." ucap aku sebaik kaki betul-betul berada di hadapan gate rumah Fazrul. Mama Firdaus merangkap ibu tiri Fazrul yang sewaktu itu sedang sibuk menyiram pokok bunga mengerut dahi. Dia agak terkejut bila melihat kedatanganku yang tidak dijangka.

"Waalaikumussalam.. eh, Wani!!" balas dia lantas segera membuka pintu gate. Kami berpelukan. Rasa sudah lama tidak ketemu walaupun jarak UiTM aku dengan rumah Fazrul hanya beberapa minit perjalanan sahaja. "Lamanya Wani tak datang jenguk makcik.. rindu sangat!" luah mama Firdaus.

"Maaf la makcik. Wani busy sangat-sangat. Ni datang pun sebab rindu nak jumpa dengan makcik," jawab aku. Mama Firdaus hanya tersenyum lantas mengajak aku masuk ke dalam rumah.

Mama Firdaus menghidangkan air sirap kepadaku. Dia begitu seronok sekali bila melihat aku. Mungkin terluah rasa rindunya padaku agaknya.

"Wani cuti sem kan sekarang?" tanya dia. Aku hanya mengangguk. 

"Fazrul hari tu ada call makcik. Dia balik petang ni rasanya. Mesti dia ada bagitau Wani, kan? Sebab tu Wani datang ni?" tanya mama Firdaus mengagak. Aku hanya tersenyum. Walau bagaimanapun aku bersyukur sebab dapat tau juga cerita terbaru dari Fazrul. Kebetulan Fazrul pulang hari ini. Mungkin aku dapat bertemu dengannya dan membincangkan masalah kami berdua secara baik.

"Firdaus tak contact makcik, ke?" soal aku menukar tajuk perbualan.

"Eh, mestilah dia contact! Dia sihat kat sana. Mimi pun sama. Dorang maybe balik hujung tahun ni. Rindu sangat makcik dekat Firdaus tu. Maklum la, satu-satunya anak kesayangan makcik selain Fazrul. Dorang berdua je la cinta hati makcik sekarang ni...." jawab dia bersungguh-sungguh. "Hem.. Wani dengan Arul macam mana sekarang? Hari tu makcik ada jugak tanya dekat Arul pasal Wani tapi dia macam ada rahsia sesuatu dari makcik. Wani dengan Arul ok..ok je kan?" 

Aku diam. Kemudian mengeluh.

"Kami dah takde apa-apa hubungan lagi, makcik," jawab aku jujur. Riak muka mama Firdaus berubah. Dia mungkin agak terkejut dengan berita ini.

"Apa masalah korang berdua, ni? Kan sebelum ni korang baik-baik je kan?" 

"Entahlah makcik.. Wani tak tahu nak cakap apa. Itu semua keputusan dari Arul sendiri. Wani takde hak untuk berkata apa-apa. Kalau Arul nak berpisah, takkan Wani nak jadi perigi cari timba nak melutut merayu supaya dia jangan tinggalkan Wani?" luah aku lagi. Air mata ku tahan dari mengalir. Aku kena tabah.

"Makcik tak tahu perkembangan korang berdua. Fazrul begitu perahsia orangnya. Dia tak suka bercerita sangat dengan makcik. Tapi bila makcik dengar berita ni dari Wani, makcik betul-betul terkejut. Fazrul susah nak menyayangi orang lain. Bila makcik tahu gadis yang dia betul-betul sayang adalah Wani sendiri, makcik tumpang gembira. Sejak kematian ibu kandungnya, Fazrul jadi seorang yang pendiam dan suka membuat halnya sendiri. Lepas tu dia berjumpa dengan seseorang yang mengubah perangai dia. Tapi hubungan mereka tak lama sampailah Fazrul jumpa Wani.. Tapi makcik yakin, Fazrul sayang Wani cuma makcik tak faham apa masalah Fazrul sebenarnya"

Aku cuma mengangguk. Takpelah.. asalkan dia bahagia aku dah tumpang gembira.

Tiba-tiba..

"Assalamualaikum..." sapa seseorang di hadapan pintu gate. Mama Firdaus bangun dan segera ke pintu depan. Dia agak gembira bila melihat siapakah yang tercegat di hadapan pintu gate itu. Aku di dalam cuma mengagak kemungkinan besar Fazrul.

Sebaik menjawab  salam, mama Firdaus menarik Fazrul masuk ke dalam rumah. Lelaki itu agak terkejut dengan kedatanganku petang itu. Namun dia pandai menutup rasa terkejutnya dari dilihat jelas oleh ibu tirinya.

"Korang borak la berdua dulu ye. Mama ke dapur kejap buatkan air..." pinta mama Firdaus seolah-olah memberi ruang untuk kami berdua berbual.

Fazrul tidak memandang wajahku. Matanya tertancap betul-betul ke arah televisyen yang menyiarkan cerita drama Melayu. Dia seolah-olah tidak keruan. Aku mengetap bibir. Tidak tahu nak mulakan dengan ayat apa.

"Err.. Arul..." aku tekad menegur.

Fazrul sekilas memandang ke arahku. Dia hanya tersenyum nipis. Seolah-olah tidak ikhlas dan terpaksa.

"Arul masih marahkan Wani?" tanya aku.

"Buat apa Wani datang ke sini? Mama ke yang suruh Wani datang?"

"Tak!" aku menggeleng. "Kebetulan Wani datang nak jenguk makcik. Tak sangka Arul pulang hari ni..."

"Kenapa tak balik ke Sabah?"

"Cuti singkat.. Wani ingat nak duduk di sini je.." 

"Bahaya Wani duduk seorang diri di sini..."

"Takpe.. Wani ada sedara mara yang lain.. Wani ada Arul di sisi Wani...." jawab aku spontan. Aku pun tak tahu kenapa aku begitu berani berkata sebegitu.

"Sudahlah Wani! Kita dah takde apa-apa lagi. Wani pulang lah!"

Aku mendekatinya. Tangannya kugenggam erat.

"Tekad kah Arul nak putuskan hubungan kita? Wani merayu dekat Arul... jangan buat Wani macam ni!" rayu aku. Aku tak mahu kehilangannya. Aku betul-betul sayangkan dia.

Fazrul menarik tangannya kasar. 

"Antara kita dah takde apa-apa lagi! Wani tak faham ke?" marah Fazrul. Dia segera bangun dari duduk dan segera naik ke atas. Aku mengetap bibirku. Panggilanku tidak berjawab. Fazrul hilang ke atas. Kali ni sudah tidak dapat ditahan lagi air mata yang mengalir.....

"Wani balik la dulu, ye? Biarkan Arul tenangkan perasaan dia..." ujar mama Firdaus apabila melihat keadaan kami berdua. Aku hanya mengangguk sahaja. Namun dari sudut hatiku, aku tak mahu pulang selagi tak ketemu jalan penyelesaian. Apa masalah Fazrul sebenarnya? Kenapa dia buat aku sebegini?

*****************

Aku agak terkejut bila mendapat panggilan dari mama Firdaus yang mengatakan Fazrul pengsan di dalam bilik air. Aku memandu keretaku laju ke hospital Sungai Petani untuk bertemu dengan Fazrul. Diluar bilik kecemasan, mama Firdaus sedang ditenangkan oleh papa dan ibu tiri mereka yang lain.

"Makcik...." panggil aku. Mama Firdaus berlari mendapatkan aku. Kami berpelukan. "Kenapa makcik? Apa dah jadi pada Arul?" tanya aku tidak berpuas hati.

"Makcik tak tahu, Wani. Pagi tadi masa makcik nak panggil Arul untuk sarapan, makcik nampak pintu bilik air terbuka dengan air melimpah keluar. Bila makcik tengok kat dalam, makcik nampak Arul dah terbaring tidak sedarkan diri....." jawab mama Firdaus. Dia tidak keruan. 

"Makcik dah beritahu Firdaus?"

"Sudah! Dia dalam perjalanan pulang. Maybe dia sampai esok..." jawab mama Firdaus lagi.

Kami menunggu dengan sabar. Dalam beberapa jam kemudian, lampu bilik kecemasan tertutup. Doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Kami segera mendapatkan doktor tersebut.

"Bagaimana dengan anak kami tuan doktor?" tanya papa mereka. Doktor itu hanya tersenyum nipis.

"Barah otak Fazrul sudah ke tahap kritikal..." jawab doktor tersebut membuatkan kami terkejut besar. Barah otak?? Apa yang telah terjadi sebenarnya?? Kenapa selama ini aku langsung tak tahu yang Fazrul sakit?

"Apa maksud doktor?" tanya papa mereka lagi tidak berpuas hati.

"Encik tak tahu ke yang anak encik mengidap penyakit barah otak?"

Kami menggeleng kepala. Doktor itu mengeluh.

"Astaghfirullahalazim... Sudah hampir setahun beliau mengidap penyakit tu. Sejak kemalangan yang menimpa Fazrul satu ketika dulu memberi kesan negatif pada otaknya" jawab doktor tersebut.

"Jadi, apa keputusannya tuan doktor? Adakah anak kami....." papa mereka tidak dapat menyambung kata-kata...
"Berserah pada Allah... Saya dah berusaha, Encik. Maafkan saya...." jawab doktor tersebut lantas meninggalkan kami.

Selepas mendengar kata-kata tu membuatkan mama Firdaus pengsan tidak sedarkan diri. Aku hanya jatuh terduduk. Aku tak faham kenapa Fazrul menyimpan rahsia ini sebegitu lama? Adakah sejak kes dia dipukul suatu ketika dulu..... Arul mendapat bala tersebut? Ya Allah... kenapa baru sekarang aku tahu?

********************

Fazrul memandang aku dengan mata redup. Dia hanya tersenyum nipis. Bibirnya pucat. Matanya kemerahan. Mungkin dia menahan sebak. Air mataku sejak dari tadi tak henti-henti mengalir. Kenapa Arul? Kenapa kau rahsiakan semua ini?

Aku menggengam erat tangan Fazrul. Sedih sangat-sangat bila melihat orang yang aku sayangi selama ini terbaring di hadapanku.
"Sayang..." sapa Fazrul tersekat-sekat.. Aku hanya terdiam... "Ma... maafkan A.. Arul, ye?" pinta dia.

"Kenapa Arul? Kenapa Arul rahsiakan semua ini? Kenapa??"

"A.. Arul tak.. tak mahu.. Wani.. Wani susah hati...." jawab dia berat. Aku tak mampu menahan... Lantas aku melarikan pandanganku darinya. "Wani... boleh tak Wani berjanji dengan Arul?" tanya dia.

"Janji apa Arul?"

"Janji yang Wani akan cari kebahagiaan Wani untuk Arul..."

Aku terdiam...

"Arul tahu Arul tak lama.. Sejak Arul dapat tahu yang Arul sakit, Arul cuba untuk mencari kebahagiaan bersama Wani. Arul tak sambung ke luar negara sebab Arul tahu Arul takkan lama di dunia ni. Arul minta transfer ke Shah Alam sebab Arul cuba nak lari dari Wani dan lupakan Wani... Dan Arul ajak Wani kahwin sebab Arul nak cipta kebahagiaan dan sisa hidup Arul bersama Wani...."

Aku diam lagi...

"Arul minta maaf, sayang.. Arul banyak buat Wani sakit hati... Tapi percayalah.. Arul tetap sayangkan Wani.... Sampai bila-bila......"

Aku hanya diam membisu... Air mata mengalir deras. Sungguh.. aku sayangkan dia. Aku tak mahu kehilangan dia. Ya Allah.. Kau tabahkan lah hati aku ini Ya Allah...~

"Janji dengan Arul ye, sayang...." tangannya semakin erat menggengam tanganku. Aku mengucup perlahan tangannya. Aku janji Arul.. aku janji...~

"Papa... Arul minta maaf.. dari hujung rambut sampai hujung kaki... Sampaikan salam ma.. maaf Arul pada Fir dan mama... Arul.. banyak berdosa.. Arul minta maaf... Sudah tiba masanya Arul nak berjumpa dengan mama Arul, pa... Maafkan Arul...." pinta Fazrul berulang-ulang kali... Aku tak sanggup mendengarnya. Papa mereka hanya mengangguk kesedihan. Jelas kelihatan lelaki tua itu menangis. Belum sempat aku berkata-kata... Fazrul seakan-akan nazak.... Aku terkejut lantas memanggil doktor... Papanya mendekatkan mulutnya ke telinga Fazrul untuk mengajarnya mengucap... aku hanya mampu melihat. 

Belum sempat doktor sampai... Fazrul telah pergi... buat selama-lamanya...

*********************

Sudah hampir setahun Fazrul meninggalkanku.. Aku memandang ke arah pusara dengan hati yang penuh dengan ketabahan. Sungguh, aku redha dengan kehendakNya. Aku redha dengan pemergian lelaki yang betul-betul aku sayang...

Arul,
Walaupun jodoh kita tiada namun Wani tetap sayangkan Arul selamanya. 
Maafkan segala kesalahan Wani Arul... Wani takkan lupa segala kenangan kita bersama...
Wani akan ingat selama-lamanya.....
Mimi mendekatiku. Kami berpelukan....

"Sabarlah....." ujar Mimi padaku. Aku mengangguk perlahan...

Kami berjalan meninggalkan pusara yang sepi itu perlahan-lahan.. Arul, sehingga kini Wani masih sayangkan Arul...... Gerimis jatuh membasahi bumi seolah-olah turut sama merasai kesedihan. Biarlah... hidup ini hanya sementara, maybe lepas ini turn kita pula..... yang penting.. kita teruskan hidup dan doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat...~ Amin...


Salam Wani,
Disaat Wani membaca surat ini, Arul telah tiada di dunia ini. Maafkan Arul kerana merahsiakan perkara ini sekian lama. Namun disudut hati Arul, Arul sayangkan Wani. Arul tak mahu kehilangan Wani tapi apakan daya, Arul takde hak untuk menghalang kebahagiaan Wani. Simpanlah gelang tangan hadiah dari Arul untuk Wani. Mungkin itu lah satu-satunya harta peninggalan Arul untuk Wani... 


Wani sayangku,
Doakan kebahagaian Arul ye sayang? Doakan kesejahteraan Arul di sana....  


Hanya satu pinta Arul untuk Wani... terima la Hakim, dia untuk Wani... Sebelum pemergian Arul ke Shah Alam... Arul sempat bertemu dengannya dan menceritakan segalanya pada dia. Arul yakin, dia mampu membahagiakan Wani... Harap Wani terima...


Maafkan sekali lagi, sayang....


Untuk kesekian kalinya Arul mengucapkan yang 
"Arul sayang dan cintakan Wani seumur hidup Arul..................."


Selamat tinggal, sayang...


Salam sayang dari:
Mohd Fazrul.............

***********************************


3 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

seyes sedey!!!!

Cik Waniey berkata...

cerita ni masih belum habis lagi.. ada sambungannya... maybe korang takkan terfikir apa jalan cerita selepas ini kan? tunggguuu....

Tanpa Nama berkata...

ala arul dh xda.. sedeyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...